Slider

Tuesday, December 9, 2014

4 Tips asas menjaga dapur tempered glass

Assalamalaikum & Salam Sejahtera !

Siapa guna dapur tempered glass? Ramai kan? Rata-rata yang ada cabinet dapur guna dapur jenis ni. 
Gambar ihsan google

Dapur macam ni memang cantik dipandang. Lawa ja kan? Rata ja kan? Saya pun suka. Tapi, para suri sekelian perlu berhati-hati kerana ada insiden kacanya pecah berderai. Ada pengalaman? Saya ada ! Ketaq jugakla. haha. Tapi, nasib baik, takla kaca tu terpelanting teruk. Sikit saja. Keadaan dapur saya masa pecah tu macam di bawah ni

Juga gambar hiasan google.

Masa kejadian, saya upload di FB dan tanyakan kawan2, pasaipa jadi lagu ni?? Eh, paham tak? Kenapa agaknya jadi macam ni? Ramai la yang komen, beratus2 viewers, simpati gamaknya. haha. Pelik sungguh, otai memasak relax ja kan? saya yang masak setahun sekali ni, boleh berderai pulak, haha

Baik, saya nak kongsikan dengan semua. Antara komen dan cadangan kawan-kawan tentang tips memelihara dapur tempered glass :

1. Jangan lap dengan kain lembap semasa dapur masih panas, kesan penyejukan serta merta boleh menyebabkan keretakan
2. Jika ada renovation atau construction besar di rumah atau rumah jiran, lebih baik, angkat dapur, gegaran boleh menyebabkan retakan
3. Pastikan kedudukan dapur dengan lubang yang di tebuk pada kabinet betul, tak senget atau lubangnya terlalu besar dan akibatnya, hanya sedikit bahagian tepi yang disokong oleh kabinet
4. Jangan menggunakan periuk yang terlalu besar dan berat

Ada jugak yang sarankan gunakan dapur stainless steel. Jadi, sebenarnya, anda ada pilihan lain, selain tempered glass ya. Ni ha rupanya stainless steel

Ni stainless steel tapi sebelah tu glass untuk letrik

Ni stainless steel untuk guna gas

ok, setakat ini sahaja, esok kita sembang lagi :) Eh.. saya tak jual dapur ya, saya jual Shaklee saja :)

Thanks for reading !













No comments :

Back to Top