Slider

Saturday, December 6, 2014

Saya percaya saya berada di dalam Shaklee ada sebabnya, bukan kebetulan - Hafez Zaharuddin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Semua kita, Allah uji dengan cara masing-masing. Tidak kira kesusahan atau kesenangan, kedua-duanya adalah ujian. Berapa ramai dari kita yang bersyukur dengan ujian yang ditimpakan? Berapa ramai daripada kita yang menjadi semakin baik setelah diuji? Berapa ramai pula antara kita terus mengeluh, tanpa berbuat apa-apa?

Hari ni, saya nak kongsikan kisah cicit Shaklee saya, Saudara Hafez Zaharuddin.  Allah uji dia dengan jatuh terhenyak, dan akhirnya asbab Shaklee, dia mendapat semula "kehidupan"nya. Bagaimana dia jatuh? Bagaimana dia redha? dan apa yang menyebabkan dia bangkit?

--------------------------
Saya percaya saya berada di dalam Shaklee ada sebabnya, bukan kebetulan. Allah dah susun jalan saya untuk tiba di sini, bersama-sama dengan keluarga Shaklee saya. Mungkin sekarang saya belum semewah saya dulu-dulu, tapi saya positif yang keadaan akan jadi semakin baik. Saya positif yang saya akan jadi lebih mewah daripada dulu. 

Mewah yang saya harapkan sekarang bukannya mewah wang ringgit semata-mata, tetapi juga - 
mewah pahala,
mewah impian,
mewah kesihatan,
mewah akhlak,
mewah intelek,
mewah rohani,
mewah emosi,
mewah sahabat karib,

Buat pertama kali, saya Nampak dengan jelas, visi hidup saya bukan semata mata ingin bebas kekangan wang ringgit, tapi lebih daripada itu.
Jom singkap sejarah saya. Dulu saya bekerja sebagai pensyarah. Gaji bersih saya boleh tahan selesa, lebih kurang RM2800 sebulan. Tapi entah kenapa jiwa saya rasa tak seronok, tak tenang. Saya suka mengajar. Saya gemar bercakap depan orang ramai. Saya cintakan usaha berkongsi ilmu.
Tapi mengapa semakin lama semakin saya tak selesa dengan profession saya?

Hafez Zaharuddin - Versi dulu :)


Mungkin sebab bosan selalu disuruh buat kerja admin dan kewangan, mengutip hutang yuran pelajar.
Mungkin sebab saya kena bekerja ikut waktu yang ditetapkan.
Mungkin saya dah tak mahu dipijak kepala, bayaran rendah daripada jumlah waktu bekerja.
Mungkin jam mengajar saya tinggi daripada jam mengajar maksimum yang ditetapkan oleh pihak kolej.
Mungkin sebab saya bosan disuruh datang bekerja hari Sabtu dan Ahad dengan alasan sebab saya belum berumah tangga.

Entahlah. Semakin hari, semakin banyak alasan yang datang untuk saya berhenti kerja. Bukan saya tak ikhlas mendidik. Saya penat dengan kerja-kerja bukan hakiki yang disuruh di kolej.
Bila direnung, saya sedar yang saya suka berniaga. Walaupun saya sudah ada kerja tetap sebagai pensyarah, saya ada buat bisnes sambilan secara online. Saya pernah jual macam macam – alas tilam, sarung bantal, losen tangan, kek, cupcake, lukisan, beg berjenama, kaktus. Macam-macam!
Yang paling saya suka ialah jual cupcake dan kek. Lama-lama, pelanggan semakin ramai, tempahan semakin banyak. Saya mula ponteng kerja. Ambil MC untuk siapkan order kek dan cupcake.
Lama-lama, saya sedar berniaga lebih seronok daripada profession saya makan gaji sebagai pensyarah.
Hafez bersama rakan-rakan, di restoran mereka

Maka saya ambil keputusan untuk berhenti kerja.
Gempar satu kolej – Apis nak buka restoran. Mesti Apis akan kaya lepas ni. Ye lah, tauke restoran. Duit mesti dapat banyak.

Idea restoran ni dah lama berlegar dalam minda saya. Lebih setahun saya berangan-angan nak buka restoran. Dan saya ambil masa dua bulan untuk renovate restoran. Memang cantik, gayanya ikut kehendak saya. Konsep “industrial chic”.
Gembira betul saya masa tu. Kawan-kawan datang tak henti henti. Masing-masing puji restoran cantik. Konsep interiornya mengancam. Menunya sedap-sedap dan hiasan atas pinggan setaraf hotel. Memang sengaja saya gajikan 2 orang chef yang pernah praktikal di hotel. Restoran saya pernah masuk TV3 untuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan. Masuk surat khabar pun pernah.
Waktu ni, saya rasa saya hebat. Ye lah, gaji dah capai 3-4K sebulan.

Cupcaje Chapter, pilihan TV3 :)


Nak beli barang jenama tak risau-risau dah. Kasut kulit Prada? Dompet Gucci? Beg Kenzo? Beg Marc Jacobs? Semuanya saya dah rasa. Citarasa makanan pun dah macam orang lupa daratan. Tak nak makan di gerai. Nak makan tempat ada air cond je. Seminggu sekali kalau tak pergi restoran mahal-mahal, memang tak sah. Snap-snap gambar dan show off dalam instagram.
Tapi, tak semua tahu yang bukannya senang nak berniaga restoran. Saya tak malu nak kongsi kejatuhan saya sebab saya mahu anda tahu bahawa bisnes ni bukannya senang. Saya tak nak anda ulangi apa yang saya alami.

Restoran Cupcake Chapter 


Langit bukannya selalu cerah. Selepas 2 tahun, restoran Cupcake Chapter gulung tikar!
Cabaran yang saya pernah alami termasuklah duit top up bulanan tak cukup untuk bayar gaji dan sewa, maintenance. Bahaya kalau tiba-tiba ada yang rosak (paip air, pintu, mesin kopi) sebab semuanya menambah kepada perbelanjaan bulan tu. Duit untuk bahan mentah mesti sentiasa cukup.
Restoran saya memang best. Bukan saya nak berlagak. Makanan tip top. Kuih kek semuanya marvellous, saya berani cakap.


Tapi, salah satu sebabnya yang membuatkan saya gulung tikar ialah tak cukup duit untuk modal pusingan. Meniaga sendiri macam ni memerlukan masa panjang nak dapat untung. Setahun belum tentu dapat pulangan.
Saya terpaksa tutup kedai.

Rasa nak terjun bangunan bila fikirkan RM700K yang telah dibelanjakan untuk set up restoran. Dengan keadaan sehelai sepinggang saya (dan kawan karib saya Yusof) bawak diri ke Johor Bahru. Maka bermula la episod perit hidup kami.
Sewaktu berniaga restoran, memang stress. Jadual makan dan senaman saya tak teratur. Berat badan mencecah 120kg. Doktor diagnos saya borderline diabetes dan high risk untuk serangan jantung. Sudahlah sehelai sepinggang, kesihatan merosot, gemuk pulak tu.

Keyakinan diri saya mula menurun. Saya rasa saya ni tak layak untuk berjaya.
Hidup selepas gulung tikar amat perit. Duit tak cukup. Waktu tu saya bekerja sebagai tukang masak dengan gaji RM1500 untuk lebih kurang 10 jam sehari.

Transformasi Hafez. Hebat bukan?

Dulu gaji saya paling tinggi RM4K, maka tak kisah nak swipe kad kredit. Bahananya ialah, komitmen hutang saya besar sangat. Lebih separuh daripada gaji saya sebagai tukang masak di Johor Bahru.
Saya menyewa sama-sama dengan Yusof. Taraf ekonomi kami memang menjunam. Makan bubur garam, catu makanan, menangis merenung siling sebelum tidur tu memang rutin setiap hari. Baju ada lubang-lubang halus, nak ganti tak ada duit. Seluar dalam pun tinggal satu sahaja. Itulah yang dibasuh setiap hari. Hanya Allah yang mengerti isi hati saya masa tu.

Benda yang positif akibat drama sedih ni ialah, saya rasa lebih rapat dengan Allah. Saya mula rajin ke surau dan cuba untuk solat awal waktu. Dan saya percaya semua ni ada hikmahnya.
Hafez bersama Mohd Yusof, sahabat setia, kini anak Shakleenya :)

Kawan lama saya daripada matrikulasi pujuk saya berniaga Shaklee. Disebabkan kewangan terdesak saya turutkan. Maka saya pun terjun ke dalam bisnes Shaklee pada minggu ke-4 bulan mei 2014.
Mula mula tu, saya tak serius pun. Ada sedikit tawar hati sebab merajuk meniaga. Dan saya rasa macam saya ni takkan berjaya sampai bila-bila. Nasib saya memang untuk jadi orang miskin agaknya.
Lepas seminggu saya rasa pelik sebab group bisnes Shaklee (Glorious) banyak bincang keagamaan, ada motivational speech, saya dapat rasa bimbingan daripada senior untuk selok belok perniagaan. Dan yang paling penting saya rasa saya diperlukan dalam organisasi itu.




Saya betul-betul nekad nak berjaya dengan Shaklee. Saya pujuk hati saya mungkin inilah peluang untuk saya berniaga semula. Walaupun restoran dah hancur, tapi saya masih ada hati waja seorang pedagang. Minat berniaga tu masih terlalu tebal.


Saya ingat lagi, saya buat poster, info semuanya selepas balik kerja dan selesai buat kerja rumah. Saya start buat semua tu lepas balik daripada solat isya’ di surau. Rutin saya focus Shaklee sampai pukul 3 pagi. Lepas tu bangun awal untuk tahajud, seperti yang disarankan oleh mak Shaklee saya, Najihah Sudi.

Poster yang dihasilkan Hafez memang cantik dan menarik. 
Terkesima kan? ahaha
. 


Bulan Ogos 2014, saya selalu demam sebab tak cukup tidur. Semuanya sebab nak buat sharing bermagnet di FB. Saya paksa diri untuk post purata 8 posting sehari. Dalam bulan tu saya demam 3-4 kali.
Allahu Akbar, Allah Maha Kaya, Maha Pemurah. Bulan Ogos 2014 ialah bulan yang mengubah segalanya dalam diri saya. Saya berjaya jadi Supervisor! Syukur tak terhingga kepada Allah. 
Luka saya akibat terhempas jatuh, mula nak sembuh. Dan rasanya akan elok semula. Saya yakin satu hari saya akan terbang tinggi.

Progres Bonus saya hingga saat Supervisor.
===================================
Mei 2014: RM30 
Jun 2014: RM200.02
Julai 2014: RM340
Ogos 2014: RM 2282.17 – saya jadi Supervisor!

Alhamdulillah, saya berjaya jadi Supervisor. Income bulanan dah cecah 4 angka! 
Apa perubahan yang saya perolehi sejak join Shaklee?

1.Saya percaya rohani saya semakin baik. Saya kurang pandang negative pada orang. Saya biasakan diri dengan solat sunat, rutin membaca surah surah Al-Quran, dan macam-macam lagi.
2. Saya dapat semula keyakinan diri. Dulu saya rasa diri macam sampah. Lepas join Shaklee, saya mula rasa yang saya ada tempat dalam masyarakat. Allah... Kasih saying Allah saying kuat. Saya masih menangis kalau teringatkan betapa pemurah dan penyayangnya Allah. Sebak...
3. Kesihatan saya semakin baaik. Saya dapa semula potongan badan saya yang dulu. Daripada 120 kg saya turun ke 85kg. Daripada pinggang 45inci kepada 34inci.
4. Saya ada future yang cerah! Saya percaya saya akan pergi jauh dengan bisnes Shaklee.
5. Saya tak pentingkan diri. Sekarang, saya rasa dalam diri yang saya nak sangat tengok anak cucu bisnes saya berjaya. Saya tak pernah ada rasa macam ni sebelum join Shaklee. Sekarang, saya rasa hidup saya ada tujuan.

Bagi saya apa-apa pun perniagaan atau pekerjaan yang kita ceburi, biarlah ianya semakin mendekatkan diri kita dengan Allah.Terima kasih keluarga Shaklee yang hadir memberikan berjuta-juta makna buat diri saya. Kami sebenarnya saling terhutang budi antara satu sama lain. Ingat mengingati ke arah kebaikan.
Kini saya buat full time Shaklee di rumah. WAHD - Work at Home Dude. Belum lagi jadi ayah. Kini saya menetap di ke Muar dengan ibu. Saya nak hidup dalam persekitaran lebih sihat. Sayur tanam sendiri pakai baja organic buatan sendiri. Projek ternak ayam untuk telur dan daging. Free range egg and chicken. Semoga perniagaan Shaklee dapat membantu saya capai semua ni dengan mudah dan berkat.

Kebun Hafez di kampung 

Kalau anda tanya cita-cita saya sekarang, saya nak lahirkan ramai anak cucu yang berjaya. Hati saya dah lain macam, saya tak mahu pentingkan diri. Saya tahu betapa susah hidup tak cukup duit dan saya nak anak cucu saya berubah jadi lebih baik.

Saya selalu visualise saya naik pentas semasa Master Celebration saya. Sudah saya bayangkan apa yang akan saya katakan, baju warna apa, fesyen rambut dan senyuman serta tepukan orang ramai.

Anak cucu pun saya tak lupa tau! Saya bayangkan keadaan saya memandang satu-satu anak cucu empayar GloriousPhoenix naik ke pentas semasa Master Celebration mereka. Sayalah yang beri tepukan paling gemuruh untuk mereka!
______________________
Hebat bukan? Allah uji mestilah untuk berikan yang terbaik untuk kita. Pasti ada hikmahnya. Anda yang ingin merubah kehidupan, saya pelawa untuk menyertai Empayar Hafez. Hubungi beliau :


WhatsApp / sms / Telegram : 016 665 1067
Blog : http://hafezthegreat.blogspot.com/

Thanks for reading !





3 comments :

Unknown said...

Terima kasih Master Farihah, untuk ketengahkan kisah hidup saya di sini. :-)

Eyda Sukiman said...

Sedih baca kisah hafez ! Alhamdulillah akan kejayaan yg hafez capai sekarang.Semoga semakin sukses dan cepat2 naik Master ! �� Anda sumber semangat & inspirasi bagi saya ☺

Unknown said...

Sangat menyentuh sanubari...moga menjadi pembakar semangat saya untuk lebih berjaya bersama saudara hafez...doakan saya juga ye..

Back to Top