Slider

Sunday, April 29, 2012

Kenapa susu ibu perahan saya cair?

Subhanallah...kalah kita benar-benar kaji keajaiban susu ibu, air mata kita boleh menitis dan lebih menambahkan rasa syukur berpeluang memberikan yang terbaik untuk simanja kerana susu ibu berubah mengikut keperluan bayi dan sentiasa sesuai untuk bayi.

Tidak sekadar itu, juga berubah mengikut kehausan bayi + cuaca. Jika dalam keadaan panas,kita boleh dapati susu sedikit cair, untuk menghilangkan dahaga bayi.


Ada juga ibu yang bertanya : Kenapa susu perahan (EBM) saya cair?

Untuk mendapatkan susu yang pekat, ibu perlu express sehingga habis kedua-dua belah payudara. Susu yang dihasilkan pada awal akan sedikit cair untuk menghilangkan dahaga bayi..susu yang di akhir-akhir sesi pekat. Susu diperingkat awal dipanggil foremilk yang yang di akhir dipanggil hindmilk.

Mari kita mengenal dengan lebih dekat susu ibu =)


KOLUSTRUM

Kolostrum, susu awal yang dibuat oleh payudara anda, biasanya ada sehingga selepas bulan kelima atau keenam kehamilan. Apabila bayi anda dilahirkan, ia hadir dalam jumlah yang kecil untuk tiga hari pertama sepadan dengan saiz kecil perut bayi anda. Kebanyakan bayi tidak memerlukan nutrisi tambahan pada masa ini. 

Kiri : Kolustrum, Kanan : Susu Ibu matang 

Mulakan penyusuan secepat mungkin selepas melahirkan anak. Menyusu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali setiap 24 jam supaya bayi anda menerima susu berharga ini. Kolostrum dan susu matang direka untuk memenuhi keperluan khas yang baru lahir. Kolostrum mempunyai warna kuning, pekat, dan tinggi protein dan rendah lemak dan gula. 

Kandungan protein adalah tiga kali lebih tinggi daripada susu matang, kerana ia kaya dengan antibodi yang dibawa dari ibu. Antibodi ini melindungi bayi anda dan bertindak sebagai pelawas semulajadi, membantu bayi anda menyahkan najis pertama dipanggil meconium.

SUSU MATANGSusu anda akan berubah dan bertambah dalam kuantiti kira-kira 48 hingga 72 jam selepas melahirkan anak. Ia mungkin mengambil masa yang lebih lama bergantung kepada bila anda mula penyusuan dan berapa kerap anda menyusukan bayi. Perubahan dalam susu berlaku sedikit lebih awal jika anda telah susu ibu sebelum. 

  • Foremilk 
Apabila kali pertama bermula untuk menyusu, susu pertama yang diterima bayi dipanggil foremilk. Ia adalah cair dan berair. Foremilk sebahagian besarnya air yang diperlukan untuk memenuhi dahaga bayi anda.

Hindmilk (kanan) lebih berkrim dari foremilk 
  • Hindmilk 
Hindmilk dirembeskan selepas beberapa minit penyusuan. Ia adalah bertekstur krim dan mempunyai kepekatan lemak yang tinggi. Hindmilk membantu bayi anda berasa kenyang. Susukan bayi anda sehingga anda melihat seolah-olah dia mengantuk yang menunjukkan dia kenyang.

Apabila susu dihasilkan, lemak akan melekat di sisi sel-sel susu yang membuatnya manakala bahagian susu yang berair bergerak ke bawah duktus ke arah puting, di mana ia bercampur dengan susu yang ditinggalkan di sana dari suapan terakhir.  Susu  "berair" ini mempunyai kandungan laktosa yang tinggi dan kurang lemak berbanding susu yang disimpan di dalam sel-sel susu membuatnya (kilang) dalam payudara.

Jadi susuilah / perahlah sehingga payudara kosong untuk mendapatkan kedua-dua foremilk & hindmilk.
NOTA:

Tiada anggapan seperti "susu ibu yang lemah." Badan anda akan menggabungkan bahan-bahan yang tepat yang perlu untuk memenuhi keperluan bayi anda.

Kredit : babies.sutterhealth.org , llli.org





Thursday, April 5, 2012

Membudayakan pendidikan Al-Quran seawal usia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama saya bertangguh-tangguh nak share tentang tajuk ni. Ramai rakan-rakan yang minta. Bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi guide yang perfect, sekadar perkongsian =)

Saya akan cuba listkan tips / steps pendidikan awal anak-anak mengikut apa yang saya tahu, yang saya baca, yang saya praktik dan yang saya lihat. Tapi tak semua yang saya list kan saya buat dengan sempurna. No! No! Banyak sangat lompang saya dalam mendidik anak-anak, In fact, banyak perkara suami saya yang buat, bukan saya =P

Apakah pelajaran pertama untuk anak-anak?
Kita biasa dengar : 

"Mana boleh ajar sendiri anak2, dia melampau, tu kena hantar kat orang lain" 

Ayat ni saya selalu dengar, walaupun dari mulut ustaz/ustazah sendiri. Menurut mereka, anak-anak tak nak dengar, mesti main-main kalau belajar dengan mak ayah. Sebab tu walaupun mak ayahnya alim alquran, masih juga kluar menghantar anak ke rumah tok guru lain. Rugi kan? anak kita sendiri tidak mengenal huruf2 alquran dari diri kita sendiri. Kita bagikan pahala tersebut kepada orang lain =)

Sebaiknya, kaut peluang mengajar & mendapat pahala mengajar Al-Quran terutamanya dari anak-anak kita sendiri. Bila kita mengajar sendiri, anak-anak akan lebih hormat & patuh kepada kita. Tahap respect mereka lebih tinggi. 

Bagaimana mengajar anak sendiri?

Beritahu objektif dengan jelas kepada anak2. "Ayah nak ajar, bagi kamu semua pandai, supaya kalau pandai baca quran...blablabla...."

> Jadi firm ketika mengajar, masa mengajar, semua anak-anak mesti panggil ustaz/cikgu bukannya ayah. Bezakan masa santai dan masa mendidik.

> Pakai pakaian sesuai untuk mengajar, ibu pakai lengkap-tudung, baju kurung, ayah pakai kopiah/songkok. bukan hanya kain pelikat atau mak pakai kain batik.huhu

> Fokus. Duduk face-to-face. Jangan mengajar sambil masak/lipat kain/main telefon/sambi tengok berita TV

> Wujudkan suasana kelas - panggil ustaz/cikgu, adakan whiteboard, rotan, penunjuk

> Gunakan IT. Baca alquran dari Internet atau scan Iqra' & play sebagai slide atau suruh anak-anak ikut dari youtube. Invest..invest..invest untuk pendidikan mereka. Kalau sesetengah kita boleh pakai smartphone 1-2k,  renovate rumah sampai 30-40k, takan nak beli komputer basic RM400 untuk anak-anak pon tak boleh kan? ;P



> Tetapkan masa spesifik, contoh : pukul 7.45 - 8.15mlm

> Variasikan kaedah pengajaran. Cth : baca buku iqra, games, baca dari internet (cth : QuranExplorer) , bacaan tarannum (kalau tak pandai, bukak you tube je) ^__^


Withdraw priviledge. Alternatif kepada denda. Tarik keistimewaan. Contohnya, tak boleh pergi playground kalau taknak baca iqra', Minggu ni NO ICE CREAM kalau taknak baca iqra'. Ini praktikal untuk ibubapa yang low budget/anak ramai macam kami.hahaha. Setiap kali pandai baca, nak hadiahkan baju baru, jenuh jugaklaaa :P

Pujian. Sentiasa puji anak yang berusaha/ mencapai target.


> Reward. Beri reward untuk usaha mereka, bukan semata-mata pencapaian mereka. Tahap/speed anak2 tak sama, kesilapan kita, kita selalu reward, hanya bila mereka berjaya, cuba tukar, reward bila mereka menunjukkan progress, mereka akan lebih usaha

> Latih anak yang tua/sulung untuk mengajar adik-adik, dengan cara ini, dia merasa lebih dihargai & kepandaiannya diiktiraf oleh kita. Dalam masa yang sama, dia boleh polish lagi skill dia =)



Kenapa Al-Quran sebagai pelajaran pertama?
> Kajian menunjukkan tajwid, dengung, makhraj, lagu dll. Al-Quran memberi kesan kepada emosi & minda anak2. Saya pernah terbaca, tapi tak berapa tahu detail, macamana. Penah dengar ada orang kata muzik boleh meningkatkan kepandaian kan? Lagu-lagu Al-Quran juga punya peranan yang sama, malah lebih dari itu

> Tajwid & sebutan Al-Quran boleh menjadi speech therapy untuk anak-anak yang pelat. 


> Bahasa Al-Quran sangat unik, baris atas, bawah, depan, dengung, harakat menjadikan bahasanya agak complicated. Kepayahan menguasai semua ini boleh meningkatkan IQ anak-anak. Sebab tu ajarkan al-quran dahulu, asah minda mereka, bila IQ meningkat, mudah untuk menerima & memahami pelajaran-pelajaran lain

Apa selepas Al-Quran?
Selepas berjaya menguasai at least sampai Iqra' 3, mulakan dengan membaca English. Kenapa English, bukan Bahasa Melayu? Nanti saya share lagi =)

Yang lebih penting daripada tips/steps di atas adalah SABAR..SABAR.. dan SABAR.. Make them sit & read. Cuba, 1 hari, 1 minggu, 1 bulan.. mesti kita akan berjaya, kena sabar. Jangan cuba seminggu dah give up.

Tak susah mengajar anak-anak jika kita sentiasa POSITIF. Jika kita terus-terusan berfikiran NEGATIF. susah, dia tak nak, mana boleh, nantilah.. memang sampai bila-bila pon tak boleh.

Sangat rugilah kita tidak mengaut pahala besar memperkenalkan huruf-huruf & kalimah bahasa syurga kepada anak-anak kita, darah daging kita, pewaris kita juga saham kita setelah kita mati kelak

Selamat berusaha TANPA jemu, salam sayang & salam ikhlas penuh ukhuwwah =)




Wednesday, April 4, 2012

7 sebab kenapa Meal Shake sangat kritikal untuk anak anda !


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hmm.. apa kabar? dah sarapan? Anak-anak saya sarapan dengan ESP hari ni. Mealshake dah abis.. hari ni baru re-stok. Maklumla..sekampung ambik mealshake, kejap saja abesnya.. :P 

Ok, jom cerita bagaimana kita semua  memlih makanan tambahan yang baik untuk anak-anak. Satu family pon elok, cuma anak-anak lebih utama, diorang kan nak membesar.. kenalah bagi yang terbaik. Saya petik 7 keypoint ni dari mamafaiz.com. Jom baca :)
  • Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.


  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.


  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.


  • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.


  • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion


  • Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.


  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.
Itu dia 7 fakta.. Secara tak langsung, apabila badan cukup dgn zat2 yg diperlukan.. takdela nak mkn merapu2.. Memangla suplemen tak boleh menggantikan makanan harian. dah nama pun supplemen.. ianya hanya makanan tambahan. menampung mana2 yg kurang je. 


Berikan yang terbaik untuk masa sihat sebelum sakit, masa ada sebelum tiada. Perlukan cadangan suplemen Shaklee untuk anak anda? Hubungi saya ya =)

Jom bantu mereka membina fizikal, spiritual & intelektual yang baik! =)


_________________________________________________________
FARIHAH ABU KASIM 
Shaklee Independent Distributor : ID 858239
sms.call.whatsapp. 019 228 2147 | surijunior@yahoo.com |FB Surijunior

Sunday, April 1, 2012

Produk-produk Shaklee

Berminat mengetahui lanjut mengenai produk-produk Shaklee? Klik disini


Back to Top