Slider

Tuesday, October 31, 2017

Kenapa Bayi Suka Melekap Biarpun Sudah Selesai Menyusu?

Anak suka melekap pada payu dara biarpun sudah selesai menyusu adalah antara cabaran bagi ibu yang menyusu. Apabila dilepaskan puting payu dara daripada mulutnya, dia akan menangis biar pun sudah yakin dia sudah pun lena. Apa yang patut dilakukan agar ia tidak menjadi tabiat buruk kerana keadaan ini menyukarkan ibu untuk bergerak setiap kali sesi penyusuan berlangsung?

4  SEBAB KENAPA BAYI SUKA MELEKAP

Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Umar, keadaan ini berlaku bergantung pada usia anak. Kadang kala ia adalah biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibunya dan payu dara. Berikut adalah antara sebab terjadinya hal ini;
  1. Selama 40 minggu dia menjadi sebahagian daripada anda dan kini baru beberapa minggu atau bulan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
  2. Dia memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama anda.
  3. Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lainnya. Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif. Tiada salahnya jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu.
  4. Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari. Asasnya, jika anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.

GUNAKAN PENGGENDONG BAYI
Adalah tidak biasa jika bayi terus mahu menyusu ketika sedang tidur. Untuk itu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba lakukan bagi mengatasi hal ini. Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil tidur tetapi pastikan dia diletakkan di dalam sling (penggendong). Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur.


PERHATIKAN CORAK TIDUR SEBELUM MELETAKKAN KE DALAM PENGGENDONG

Walau bagaimanapun, pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini. Untuk itu, anda mungkin perlu menunggu untuk beberapa ketika. Bayi akan melakukan aksi hisapan untuk mendapatkan keselesaan (flutter atau comfort sucking) iaitu hisapan yang lembut dan perlahan-lahan. Apabila bayi baru sahaja tidur, anda dapat lihat dia mengerut mukanya, sebahagian tangan digenggam, bayi menegangkan otot badan serta muka dan
kelopak matanya bergerak-gerak.
CABUT BILA SUDAH TIDUR NYENYAK

Apabila sudah nyenyak tidur pula, anda dapat mengenal pasti dengan melihat corak pernafasannya adalah biasa, kelopak mata tidak bergerak dan anggota tubuhnya lemah; tangan terkulai, tiada lagi genggaman tangan serta ototnya lebih relaks. Oleh yang demikian, apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri daripadanya secara perlahan-lahan.

GUNAKAN KELINGKING

Satu perkara yang kadang kala membantu ialah sisipkan jari kelingking di dalam mulut bayi apabila dia sudah tidur. Jadi, anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda itu. Lama-kelamaan, barulah anda boleh mengeluarkan jari daripada mulutnya. Cara ini membantu dengan memberi sedikit tekanan pada bahagian bawah bibir bayi apabila anda melakukannya. Dengan melaksanakan panduan ini, anda boleh mengelakkan bayi daripada terjaga daripada tidur.
OBJEK YANG MEMPUNYAI BAU BADAN IBU

Meletakkan sesuatu objek yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal di sebelah bayi juga dapat membantu.

Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukannya. Lebih daripada itu, payu dara anda berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi. Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang anda curahkan melalui penyusuan susu ibu akan berkekalan seumur hidupnya. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi ada.

sumber: majalahpama
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Monday, October 30, 2017

Bila Waktu Sesuai Untuk Perkenalkan Garam & Gula Pada Anak Anda?

Apabila bayi mula makan makanan pejal, pasti terdetik perasaan kasihan melihat bayi makan makanan tawar. Jangan punya perasaan sebegitu. Anda tidak perlu menambah garam ke dalam makanan bayi yang disediakan. Hal ini kerana tidak ada keperluan untuk anda menambah garam ke dalam makanan bayi. Apatah lagi buah pinggang bayi belum matang untuk memproses sebarang garam tambahan.


emenetara itu, perlu diambil tahu bahawa bayi dan kanak-kanak di bawah usia dua tahun tidak sepatutnya diberikan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti biskut dan snek. Sebaliknya, pemberian makanan rendah garam seperti buah-buahan, sayur sayuran dan susu amat digalakkan.
Setelah anak anda mula makan makanan yang sama dengan ahli keluarga yang lain kelak, anda tidak perlu menambah garam ke dalam makanannya. Saranan pengambilan garam adalah berdasarkan usia anak. Jumlah garam yang dibenarkan bagi kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun ialah 3.0gm (1.2gm natrium) sehari. Manakala kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun sebanyak 5.0gm (2gm natrium) sehari. Dan, bagi yang berusia 11 tahun ke atas, saranannya barulah sama seperti keperluan dewasa iaitu 6.0gm (2.4 natrium) sehari.
Sama halnya juga dengan gula. Bayi tidak memerlukan gula dalam dietnya. Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan anak anda menjadi pemarah apabila paras gula di dalam badan menurun selepas beberapa jam pengambilan gula tersebut. Lebih teruk lagi, dalam tempoh masa yang panjang, pengambilan gula berlebihan akan merosakkan gigi dan menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan.
Ada perlu ingat!!!
  1. Apabila bayi mula makan makanan pejal, walaupun anda fikir makanan tersebut mempunyai rasa tawar tetapi tidak perlu menambah garam ke dalam makanan bayi yang dimasak atau makanan bayi komersial.
  2. Bayi dan kanak-kanak di bawah usia dua tahun juga tidak sepatutnya diberikan makanan segera yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti biskut dan snek. Sebaliknya, pemberian makanan rendah garam seperti buah-buahan, sayur sayuran dan susu amat digalakkan.
  3. Terdapat beberapa makanan manis yang bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak, malah mengandungi nutrien yang bermanfaat untuk tumbesaran. Contohnya seperti buah-buahan dan biskut kosong. Walaupun buah-buahan mengandungi gula, ia juga padat dengan vitamin dan mineral yang bermanfaat.
  4. Kek dan biskut kosong merupakan alternatif yang baik bagi menggantikan kek dengan krim dan aising atau biskut berperisa. Tetapi perlu diingatkan, pilihan ini juga masih mengandungi gula dan tidak perlu diberikan setiap hari.
  5. Susu ibu dan susu formula juga boleh ditambahkan ke dalam makanan bayi bagi memberikan rasa manis pada makanan tersebut.
sumber: zuriat.com & majalahpama

Sunday, October 29, 2017

Bayi Kembung? Jom Ikuti Cara Mengatasinya

Apabila si kecil merengek dan menangis tanpa alasan yang jelas, cubalah untuk periksa bahagian perutnya. Jika perut bayi terasa agak keras, dan kerap buang angin, ini merupakan tanda bayi kembung perut.

Selain itu, kembung perut boleh diperhatikan melalui gerakan bayi. Jika bayi sering menggeliat dan melengkungkan punggungnya ke belakang, serta mengangkat kedua kakinya, ini antara petanda bahawa dia sedang merasakan ketidakselesaan akibat kembung perut.

Ada beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah bayi kembung perut. Antaranya:
1. Tenangkan Bayi
Sekiranya bayi menangis, anda boleh cuba mendukung bayi dan melarikannya seketika daripada suasana yang bising atau meriah.

2. Bedung Bayi
Selain mendukung, cubalah membedung bayi semasa tidur kerana ia juga salah satu cara memberi keselesaan kepada bayi. Bedungan yang baik membantu bayi bertenang kerana tangan mereka tidak akan terkapai-kapai dan terasa seperti dipeluk.

3. Periksa Cara Bayi Menyusu
Pastikan bayi tidak meminum botol susu dengan posisi terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai boleh menyebabkan banyak udara ditelan sehingga terjadi perut kembung.

Bagi ibu yang menyusu badan, praktikkan cara lekapan yang baik dan posisi menyusu badan yang selesa. Sekiranya payudara anda terasa sakit ketika menyusu, ia bermaksud anda berada dalam posisi yang salah.

4. Tukar Susu Formula Yang Lain
Sekiranya anda mendapati bayi sering kembung sejak anda menukar susu formula, cuba hentikannya buat sementara. Sesetengah bayi mengalami alahan terhadap susu formula tertentu dan boleh menyebabkan mereka kembung.

5. Hindari Makanan Tertentu
Sesetengah bayi yang menyusu badan mungkin turut mengalami masalah pencernaan sekiranya ibu menyusu memakan makanan tertentu.

Sebaiknya, ibu menyusu cuba elakkan makanan yang akan membentuk gas setelah dicerna seperti kubis, brokoli, bawang atau kacang. Kadangkala, makanan segera dan minuman berkafein juga boleh menjadi faktor bayi kembung perut.

6. Urutan
Cuba beri urutan perlahan pada tubuh bayi untuk melegakan dan memberi keselesaan.
Lakukan pada bahagian perut dan belakang bayi sambil menitiskan beberapa titik minyak bayi yang selamat.

7. Biarkan Bayi Bergerak Aktif
Akhir sekali, biarkan bayi bergerak aktif. Anda boleh meniarapkan bayi dari semasa ke semasa, atau membiarkannya merangkak dan bebas bergerak.

Gerakan-gerakan ini mendorong proses pencernaan supaya berfungsi lebih optimum, selain juga dapat membantu keluarnya gas melalui kentut dan sendawa.

Pada kebanyakan masa, kembung perut akan hilang dengan sendiri. Anda tidak perlu risau jika perut bayi kelihatan kembung sedikit, tetapi masih aktif dan pertambahan berat badannya normal.

Tanda-tanda bayi kembung perut yang merisaukan adalah seperti kurang berat badan, muntah-muntah, cirit-birit, najis berdarah, perut kembung sehingga sangat keras dan bayi kelihatan sangat lemah dan tidak sihat.

Jika terdapat tanda-tanda ini, atau tanda-tanda lain yang luar biasa, pastikan anda segera membawa bayi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

sumber : majalahpama
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Saturday, October 28, 2017

Elakkan 5 Jenis Makanan Ini Daripada Anak Anda!

Kesibukan ibu bapa hari ini kerana komitmen kerja telah menyebabkan penyediaan makanan kepada anak-anak tidak dapat diuruskan sebaik mungkin. Oleh itu, makanan yang mudah disediakan menjadi pilihan untuk mengisi perut anak.

Dengan kehadiran makanan segera yang pelbagai jenis antara alternatif ibu bapa untuk mengenyangkan anak dan semestinya ia turut disukai anak. Tapi sebenarnya tahukah makanan seperti ini ada risikonya untuk masa depan mereka?


Seperti yang diketahui, anak yang sedang membesar memerlukan nutrisi untuk otak. Jika mereka disajikan dengan makanan ringan atau makanan segera ia bukan sahaja melemahkan sistem badan tapi membuatkan anak akan jadi ketagih.
Sekiranya mereka tidak dapat menikmati makanan tersebut, anak pasti akan mengamuk dan ini sukar untuk diatasi apabila semakin besar.
Mungkin ramai ibu bapa tidak perasan makanan yang berbahaya untuk pertumbuhan si kecil ini diambil sehari-hari oleh anak.Kandungan gula dalam makanan yang diproses antara salah satu penyebab kemampuan otak bayi jadi lemah.
Menurut Dr Zulfito dalam bukunya yang berjudul Menu Sihat & Permainan Kreatif, anak-anak yang terlalu banyak diberikan makan biskut, gula-gula, atau makanan yang kadar gulanya tinggi, perkembangan otak boleh terbantut.
Ini disebabkan kadar gula dalam darah menjadi naik dan turun dengan sangat cepat. Tindak balas ini mengakibatkan bekalan tenaga ke otak jadi tidak stabil. Kesannya kanak-kanak mudah tersinggung dan mudah lelah. Selain itu beberapa jenis makanan dan minuman yang tidak digalakkan untuk anak-anak ambil adalah:
Makanan ringan/makanan segera
Makanan segera ini merupakan makanan yang kurang zat pemakanan kerana ia mengandungi banyak pewarna,bahan pengawet,penambah perasa,garam dan juga gula. Asid lemak yang tepu terhidrogenasi juga banyak dijumpai dalam makanan ini. Jika anak terlalu kerap mengambil makanan segera ini akan mengakibatkan pencernaan kanak-kanak lemah serta masalah kesihatan lain yang mungkin mendatangkan pelbagai penyakit.
Minuman berkarbonat
Tidak hanya minuman yang mengandungi soda saja, tetapi jus buah-buahan dalam botol juga antara yang mengandungi karbonat.Minuman jenis ini  mengandungi gula, pengawet, pemanis, pewarna, kafein dan sebagainya. Semua kandungan ini tidak sesuai untuk perkembangan anak yang masih kecil.
Makanan yang mengandungi kafein
Kafein biasanya terdapat dalam teh, kopi, coklat, dan juga minuman yang berkarbonat. Berdasarkan kajian pada anak-anak yang bersekolah, kebiasaannya apabila mereka minum teh setiap pagi, permulaan hari mereka kurang memberangsangkan.Sebaiknya pengambilan susu sangat digalakkan.
Aditif dan pengawet
Bahan-bahan aditif dan pengawet ini banyak digunakan untuk menambah rasa, tekstur dan meningkatkan daya tahan makanan dalam tempoh yang lama. Sementara itu, sistem tubuh bayi dan kanak-kanak belum betul-betul bersedia untuk mengambil bahan tersebut.Memang pada dasarnya tidak semua bahan aditif berbahaya, tetapi boleh juga mengakibatkan alergi, daya ingatan lemah, kemurungan, dan beberapa faktor lain.
Oleh sebab itulah, kita sebagai ibu bapa harus mengambil berat mengenai pemakanan anak-anak kerana ia antara faktor yang boleh membawa perkembangan sihat anak pada masa depan.
sumber : majalahpama
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Friday, October 27, 2017

Buat Ibu Yang Pertama Kali Menyusukan Bayi, Cuba Lakukan 7 Tips Penting Ini

Bagi ibu yang pertama kali menyusu badan, kebanyakannya tentu akan menghadapi pelbagai persoalan dan cabaran. Berikut adalah antara perkara penting yang perlu anda tahu tentang cara menyusu badan yang betul.

Walaupun proses menyusu badan nampak begitu semulajadi dan mudah, sebenarnya ia adalah sebuah cabaran besar yang hanya dapat dirasai oleh seorang ibu.

Untuk membantu memudahkan anda melalui perjalanan menyusukan bayi selama 2 tahun penuh, atau sekurang-kurangnya 6 bulan pertama seperti yang disyorkan oleh doktor, ketahui 7 tips ini.

1. Manfaatkan Skin to Skin Contact
Selepas bayi selamat dilahirkan, biasanya doktor atau jururawat akan memberi peluang untuk anda memegang bayi buat seketika. Walaupun anda terlalu letih ketika ini, jangan sia-siakan peluang ini untuk berhubung dengan bayi.

Menurut kajian sebuah jurnal, tindakan ini dapat menyumbang kepada kejayaan untuk menyusu badan dengan sempurna hingga selesai tempoh menyusu. Anda boleh juga cuba menyusukan bayi sejurus selepas bayi dilahirkan, tetapi anda tidak perlu risau jika susu anda masih belum keluar ketika itu.
2. Ekperimen Posisi Menyusu Yang Paling Selesa
Pada beberapa hari pertama, anda tidak perlu begitu risau jika susu yang dihasilkan belum begitu banyak. Susu kolostrum ini penuh dengan khasiat dan imuniti yang sangat menakjubkan buat kesihatan bayi sehingga ia dikenali sebagai ‘titisan emas’.

Pada awalnya, anda akan berasa kekok untuk memegang dan menyusukan bayi. Namun, jangan berputus asa. Fokuskan kepada cara menyusu badan yang betul dengan bereksperimen beberapa posisi sehinggalah anda berasa selesa.

3. Pakai Pakaian Yang Selesa
Salah satu trik untuk mendapatkan cara menyusu badan yang selesa adalah dengan memastikan anda berdua dalam keadaan selesa.

Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai, duduk di tempat yang selesa, dan pastikan anda sudah menyediakan bra menyusu seawal mungkin untuk membantu memudahkan penyusuan.
4. Mengenal Pasti Tanda Bayi Lapar
Seeloknya, cuba kenalpasti tanda bayi anda lapar supaya anda dapat belajar menyusu badan dalam keadaan yang tenang. Apabila bayi sudah meragam dan menangis dengan kuat, sukar untuk bayi belajar melekap dengan baik.

Oleh itu, perhatikan tanda pergerakan pada mulut bayi dan cepatlah merespon terhadap rengekannya.
5. Praktis Mengepam
Tahukah anda, selain daripada digunakan untuk memerah susu, pam susu juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan payudara anda daripada bengkak atau tersumbat. Ia juga membantu melancarkan aliran susu ibu dan meningkatkan produksi agar cukup untuk bayi.

Jadi, tak perlu rasa teragak-agak untuk cuba menggunakannya seawal beberapa hari pertama, lebih-lebih lagi jika anda bakal kembali bekerja. Lebih senang untuk anda menggunakannya nanti.
6. Masalah puting Melecet
Masalah puting melecet bukan saja dialami oleh ibu yang baru, tetapi juga ibu yang sudah berpengalaman. Ia boleh berpunca daripada masalah lekapan yang tidak elok, atau gigitan oleh bayi yang sedang tumbuh gigi.

Hampir kesemua ibu yang menyusu akan mengalami masalah ini. Oleh itu, anda bukanlah keseorangan. Cuba dapatkan krim yang sesuai untuk membantu melegakan kesakitan anda dan seeloknya teruskan menyusu bayi. Jika terlalu sakit, anda boleh mengepam dan menyusukan bayi menggunakan susu perahan.

7. "Niple Confusion"
Waktu yang elok untuk anda melatih bayi menggunakan puting tiruan atau botol susu pada usia sekitar 4-6 minggu, atau 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.

Jika anda memperkenalkan botol susu terlalu awal, dikhuatiri bayi akan keliru terhadap puting dan sukar untuk belajar melekap dengan betul pada payudara. Akibatnya, ada bayi yang langsung tidak mahu menyusu badan apabila telah selesa dengan puting tiruan.

Sebelum anda bercadang untuk mengambil apa-apa suplemen, kekalkan diet seimbang dan minumlah banyak air kosong setiap hari.

Lebih elok, amalkan meminum segelas air sebelum dan selepas menyusu badan. Selain memberi tenaga, ia membantu anda untuk memproduksikan susu yang mencukupi buat bayi. Selain itu, lakukan perahan atau ‘power pumping’ dengan kerap untuk mengekalkan produksi susu badan anda setiap hari.

sumber : majalahpama
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Wednesday, October 25, 2017

5 Tips Elakkan Anak-Anak Bergaduh Sesama Sendiri

Sebagai ibu bapa, anda pasti setiap anak bersatu hati, saling menghormati antara satu sama lain dan sayang menyayangi.
Memang kadang-kadang akan ada perbalahan kecil sesama mereka. Namun, jika anda sejak daripada awal, sudah mendidik mereka erti kasih sayang antara adik-beradik, tidak mustahil mereka akan berbaik dalam masa yang singkat lantaran tahu menilai kasih sayang yang telah anda terapkan dalam diri mereka.


Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi  kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.
1. Makan bersama
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.  
2. Jaga antara satu sama lain
Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. Yang lebih berusia perlu tengok adiknya yang lebih kecil. Malah anak yang lebih muda pun boleh melakukan perkara yang sama juga.
Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.
3. Berlaku adil
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya. Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.
Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
 4. Tolong-menolong
Biarpun anak-anak masih kecil tetapi sikap tolong-menolong perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama. Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.
5. Tunjukkan contoh baik
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.

sumber : majalahpama
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Tuesday, October 24, 2017

Berat Anak Tidak Naik? Cuba Berikan Beberapa Makanan Yang Tinggi Kalori Ini.

Ketika bayi anda berusia 6 bulan, dia akan diperkenalkan dengan pelbagai variasi makanan bayi yang berbeza. Perkara pertama yang perlu anda pastikan adalah makanan tersebut adalah makanan sihat dan terbaik sehingga boleh membuatkan bayi anda menjadi cepat gemuk, namun tidak membuatkannya terlalu gemuk.
Melalui makanan yang sihat, bayi anda akan mendapatkan manfaat yang luar biasa. Bukan sahaja sihat, cepat gemuk, malahan makanan yang dinikmati ketika masih kecil ini juga akan mempengaruhi tahap kecerdasan dan kesihatannya sehingga dia dewasa kelak.



Jika pada ketika ini, bayi anda sudah mula makan namun berat badannya masih belum ideal, anda perlu memberikan sedikit perhatian supaya kesihatannya tidak terganggu. Cara mudah agar bayi anda cepat gemuk adalah dengan meningkatkan pengambilan kalori agar berat badan bayi anda kembali normal. Untuk mendapatkan kepastian, dapatkan nasihat doktor bagi menentukan berapa banyak kalori tambahan yang diperlukan oleh bayi anda itu. Dengan menambahkan beberapa makanan berkalori dapat membantu menaikkan berat badan bayi anda agar tidak terlalu kurus.
Susu Formula/Susu Ibu
Walaupun sudah makan banyak makanan dengan varian berbeza, susu merupakan makanan yang wajib diberikan di selang seli dengan makanan tersebut. Jika bayi anda masih menyusui, teruskan kerana pada ketika ini bayi anda sebenarnya masih memerlukan nutrisi dari susu formula dan air susu ibu.Jika anda memilih untuk memberikan susu formula kepada bayi anda, pastikan ia mempunyai tinggi lemak dan kalori, tetapi kurang gula kerana ia boleh membuatkan bayi anda cepat gemuk.Setelah bayi kenyang di saatnya mahu tidur, berilah susu lagi sehingga dia tertidur. Minum susu sampai bayi tertidur merupakan cara paling mudah untuk membuatkan bayi menjadi gemuk.
Makanan Berkalori
Makanan yang berasal daripada gandum atau biji-bijian juga mengandungi banyak kalori, tetapi juga merupakan makanan sihat untuk menambah nutrisi bayi anda.Pasta gandum yang dipotong kecil-kecil juga merupakan makanan berkalori tinggi dan boleh buat bayi cepat gemuk dan sihat. Selain itu, pengambilan oatmeal juga boleh membuatkan bayi anda cepat gemuk.
Pilih Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Berkalori Tinggi
Beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak besar kalori. Ia akan membantu bayi anda mendapatkan berat badan yang lebih baik serta nutrisi penting untuk pertumbuhan yang sihat. Berikan bayi anda beberapa potongan kecil avocado. Buah avocado tinggi lemak tak jenuh yang sihat dan memberikan efek baik untuk jumlah kalorinya. Selain itu, kacang, buah pear dan pisang juga merupakan makanan sihat untuk bayi anda. Tambahkan satu sudu teh minyak zaitun atau mentega ketika memasak sayuran bagi menambah kalori tambahan atau cincang buah dan tambahkan susu yogurt untuk meningkatkan kalori.
Ikan
Ikan adalah makanan bayi sihat buat bayi yang berusia setahun.Tetapi, anda boleh memberikan sedikit demi sedikit biarpun usianya belum mencapai setahun. Ikan boleh diberikan dengan mengukus dan dikisar lembut tanpa di berikan perencah atau serbuk perasa.Ikan adalah sumber protein, vitamin dan mineral. Omega 3 asid lemak dalam ikan terutama ikan salmon segar sangat penting untuk perkembangan otak bayi anda.
sumber: majalahpama
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Monday, October 23, 2017

Success Stories : BIG WHY Saya Nak Mak Pencen Sebelum Usianya 60 tahun

Sharing success story malam ni
Nama saya Farhanah, nama glamor Dr. Hana.


Pelik kan Doktor berbisnes? Income agak selesa dah RM7k sebulan tak cukup lagi ke?? Cukup makan pakai, boleh kasi mak abah, mak mertua pak mertua setiap bulan kerja pun stabil. Nak bisnes jugak? Tamak haloba sungguh!

Masing-masing ada sebab kenapa nak berbisnes. Saya mula-mula join Shaklee sebab produk yang bagus dan berkualiti. Saya dapat free membership dengan belian collagen buy 6 free 1. Masa tu, saya tengah istikharah nak beli rumah, entah macam mana tetiba Allah lorongkan saya ke bisnes Shaklee ni

Disebabkan saya join Shaklee lepas istikharah, saya  yakin melalui perniagaan Shaklee ini Allah nak bagi kemudahan. Haaa..nanti kita story pasal tu later

Mak saya masih makan gaji pada usia almost 60-series. Kami 4 beradik. Saya sulung. Bawah (angah) perempuan. 2 orang lelaki no.3 & 4 masih kat universiti. Adik paling kecil baru habis SPM, baru asasi kat Uniten.

Abah dah berhenti kerja sebab tak mampu tanggung beban dosa, banyak sangat rasuah dalam setiap level syarikatnya yang dia tak mampu ubah. Mak saya kerja di KL, abah sebelum ni kat JB. Setiap hujung minggu mak akan berulang alik KL-JB naik bas. Daripada tekanan darah rendah, sampai dapat darah tinggi. Ahad malam mak naik train di JB terus direct sampai ofis di KL pagi Isnin.

Mak menyewa di PJ dengan sewa RM1600/month. Tanggung adik masuk U. Dan adik yang baru habis sekolah. Bayar rumah, bayar kereta, bayar bil. Dan bayar kos hidup di KL/JB yg super tinggi. Everyday mak pergi kerja pakai public transport, LRT. Sebab mak tak boleh drive. Jalan kaki berkilometer dari last stesyen ke ofis.

Mak pernah kena ragut dalam perjalanan pegi balik kerja seorang diri. Jatuh dan kena seret bermeter-meter sampai lebam luka satu badan, sebab mak melawan. Masa tu takde siapa tolong dan saya duduk jauh.

Sebab tu PUSHFACTOR yang pertama, saya nak income yang selesa supaya mak saya boleh berhenti kerja. Saya nak tanggung mak abah yang dah berkorban berpuluh tahun sampai anak dia ni jadi doktor.

 PUSHFACTOR SAYA:
1   Aim nak mak berhenti kerja before 60tahun (tahun 2017 mak 59 tahun)
    Nak langsaikan hutang JPA, rumah + kereta dll
    Nak tanggung keluarga
    Nak buka klinik sendiri/pusat kesihatan dan kecantikan jika ada rezeki

Kadang-kadang patient mai klinik mintak MC. Umur 59tahun. Selalu sakit-sakit badan. Dalam hati, “Awat pakcik ni still kerja umoq dah dekat 60”. Padahal mak sendiri pun keja lagi. Umoq nak masuk 60series jugak.

Allah...

Mak tak pernah MC kecuali masa cabut gigi. Mak almost every year dapat pekerja cemerlang. Selalu jadi pak sanggup.Orang selalu lepas kerja kat mak. Tapi mak terima. Mak sangattt penyabar. 

Lain-lain org lain push/why factor. Ada yg nak bantu ekonomi suami, supaya suami tak perlu locum banyak-banyak sampai tak ada masa dengan family. Ada yg nak bebas hutang. Ada yg nak beli rumah/kereta cash sendiri tanpa loan. Ada yg nak buka 2nd bisnes nanti. Dan macam-macam lagi. Kita tak tahu, ramai sangat kat luar sana yang ada masalah kewangan dan terdesak.

Di Shaklee, kita sendiri boleh tetapkan berapa income yang kita nak. Ada yang nak RM2k, ada yang nak RM3k, ada yang aim RM 500, ada yang cukup dgn rm200. Setengah orang rasa RM200 tu sikit, tapi maybe bagi dia rm200+ tu dah syukur dapat beli susu dan pampers anak-anak untuk sebulan.

Ada yg rasa RM500 tu sikit, tapi bagi sesetengah kita RM 500 tu lepas nak bayar pengasuh utk anak 2 org!

Tadi ada patient. Mengandung 19 minggu. Kencing manis kena cucuk insulin 4x sehari. Selalu tak mai follow up sampai kami rasa geram. Kita ambikkan appoinment semua dia tak mai. Tapi bila tanya, dia takda transport. Dia ada anak OKU. Susah nak gerak ke mana2. Suami pagi keja KTM. Petang kerja guard sampai malam/esoknya.  Hari-hari kerja, 7 hari seminggu. Demi mencari rezeki untuk anak isteri. Sampai takda masa untuk bawak isteri follow up kat klinik 2 minggu sekali. Tak pi kerja, takda duit, takda makanan. Nak bela anak OKU maintenance sangat tinggi.

Apa-apapun, di mana pun kita,
1. Tentukan pushfactor kita.
2. Tentukan income yang kita nak capai dengan Shaklee.
3. Berusaha ke arah aim kita - BUKAN seorang diri tapi berusaha dengan membantu orang lain juga yang memerlukan di luar sana.

Dalam hadith riwayat muslim, "Allah akan membantu seorang hamba selama hamba itu membantu saudaranya" Itulah sistem yg diaplikasi dlm shaklee! Kejayaan sebenar kita adalah bila kita berjaya membantu org lain berjaya.

Letak pushfactor kat cermin. Hari-hari tengok dan mintak doa pada Allah agar permudahkan. Lebih bagus letak time limit bila nak achieve pushfactor tu ingat kelas pasal SMART goal.

Okay cerita sedih dah habis. Sekarang cerita happy pulak. So, ni rumah kami beli 2 tahun lepas. Walaupun beli pakai loan kerajaan, tapi 100% grooming guna bonus Shaklee 5 angka. Dalam RM20k untuk kelengkapan rumah semua pakai bonus Shaklee. Ingat tak saya istikharah nak beli rumah ni, tapi Allah lorongkan saya ke bisnes Shaklee?

Rupanya dengan bonus Shaklee tu saya support duit rumah, kereta, bagi mak abah dll. Rumah ni jangka siap Mac 2016. Tapi tak dapat-dapat kunci sampailah Julai 2016. Memula rasa nak marah sebab janji dicapati. Kata penyerahan kunci Mac 2016 tapi lepas 4 bulan baru dapat. Rupanya, bulan Julai 2016 tu Allah nak bagi 1st time merasa 5 angka. Dan dengan 5 angka tulah berjoli sakan nak grooming rumah jadi homestay. Cantikkk sangat percaturan Allah kan?

Allah tahu je masa yang terbaik untuk bagi sesuatu kat hamba Dia. Yang penting kita doa dan usaha. Last but not least, ni Nissan Serena Hybrid yang bulan-bulan car bonus Shaklee cover so rugi kalau tak pulun. Niat kerana Allah. Ingat big why selalu. Buat apapun Allah suruh buat dengan ihsan. Dengan terbaik. Termasuklah dalam berniaga, satu sunnah dan ibadah yang menjadi tuntutan. Taklah kaya mana lagi. Dan taklah sukses lagi. Masih banyak yang belum tercapai.

Saya doakan kita semua kaya dan berjaya dunia akhirat. Insyallah…Kaya harta, kaya pahala, kaya amalan, kaya kebaikan. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147
Back to Top