Slider

Saturday, September 30, 2017

Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Bayi Anda Mendapat Susu Yang Mencukupi

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu. 


Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari. 
Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi. 

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya. 
Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah:

  • Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
  • Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
  • Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
  • Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.
sumber : babycentre

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147


Friday, September 29, 2017

Benarkah Menyusu Badan Itu Mudah?


Sesetengah wanita akan mudah menyesuaikan diri dan penyusuan dan tidak menghadapi sebarang masalah. Tetapi kebanyakan ibu-ibu baru mendapati ianya sukar untuk dilakukan. Jika anda rasa kecewa, ingatlah bahawa bukan hanya anda seorang yang rasa begitu. Jika anda berputus-asa (atau hanya mahukan nasihat profesional), hubungi pakar perunding penyusuan ibu (terdapat di kebanyakan hospital). 

Anda juga boleh berbincang dengan doktor anda mengenai sebarang kebimbangan bersabit kesihatan yang mungkin akan menghalang penyusuan.
Penyusuan memerlukan latihan. Berikan diri anda masa sebanyak mana yang anda perlukan untuk membiasakan diri. Lakukannya satu persatu dengan perlahan. Jika anda mengalami penyusuan yang teruk pada satu hari, beritahu diri anda bahawa hari esok akan menjadi lebih baik. Sentiasa ingat bahawa sebarang masalah yang anda hadapi hanyalah untuk sementara. Menjelang pemeriksaan doktor pada minggu ke-6, anda sudah boleh menyusukan bayi anda tanpa sebarang masalah. Jika tidak, jangan teragak-agak untuk mendapatkan pertolongan.

sumber : babycentre
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Thursday, September 28, 2017

Benarkah Susu Ibu Adalah Yang Terbaik?


Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:

  • gastroenteritis;
  • pneumonia dan bronkolitis;
  • jangkitan salur kencing;
  • ekzema;
  • jangkitan telinga.
Susu ibu juga boleh mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi, apabila dibandingkan dengan mereka yang diberi susu formula: 


  • mempunyai tekanan darah yang lebih rendah; 
  • mempunyai tahap kolesterol lebih rendah;
  • kurang berkemungkinan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa.

Namun faedahnya bukan terhad kepada bayi sahaja. Menyusu badan juga baik untuk anda. Ia dapat:


  • mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid);
  • membantu melindungi anda daripada kanser ovari;
  • mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2 di kemudian hari


Organisasi Kesihatan Dunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan supaya bayi diberi susu badan sahaja selama enam bulan yang pertama. Mereka juga menasihatkan para ibu supaya meneruskan penyusuan badan setelah bayi mula makan makanan pejal, sehingga usia bayi satu tahun atau lebih, jika mereka mahu

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula. Malah, kandungan nutriennya juga berubah mengikut keperluan bayi anda semasa dia membesar. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu badan. 

Dan selain daripada manfaat pengembangan minda dan imuniti terhadap jangkitan yang terkandung dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. 

sumber : babycentre
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147













Monday, September 25, 2017

Performance® Natural Orange - Menyegarkan dan Menghilangkan Dahaga

Shaklee Sports Nutrition membantu anda memberikan prestasi terbaik.

Keistimewaan Shaklee
Tingkatkan prestasi untuk mencapai kemenangan yang diimpikan. Serlahkan prestasi terbaik anda yang kekalkan momentum. Dengan proprietari OPTI-Lyte™ campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum.
Nutritional Facts
Saiz Hidangan: 28g (3 sudu besar)

Hidangan Setiap Bekas : 19
RamuanSetiap HidanganSetiap 100 g
Tenaga100 Kcal357 Kcal
Karbohidrat25.0 g89.3 g
Gula11.0 g39.3 g
Protein0.0 g0.0 g
Lemak0.0 g0.0 g
Kolesterol0.0 mg0.0 mg
Sodium130 mg464 mg
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Sunday, September 24, 2017

CARA MENGATASI BENGKAK SUSU, IBU JANGAN BIARKAN!

Sakitnya bengkak susu terjadi bila susu terlalu banyak dan tidak diperah atau diberi kepada baik untuk dihisap mengikut waktu yang diperlukan. Ada juga penyebabnya dari puting melecet atau puting susu tersumbat sehingga menyebabkan susu tidak dapat keluar dengan baik.

Antara tanda bengkak susu adalah rasa sakit dan tegang pada payudara, terasa keras, sedikit panas, dan jika disentuh, ada ketulan di dalamnya. Keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi kondisi puting payudara. Bayi mungkin akan beasa sedikit sukar untuk melekap seperti biasa akibat puting yang tenggelam.

Nampak remeh, tetapi sebenarnya bengkak susu tidak patut dianggap ringan kerana ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti mastitis sehingga memerlukan pembedahan.
Jom saya kongsikan beberapa cara bagaimana untuk membantu mengatasi bengkak susu ini.

1. Tuaman Panas
Semasa payudara terasa sangat bisa dan berat, cubalah lakukan tuaman panas di rumah.

Terdapat beberapa cara melakukannya, sama ada menggunakan pek air panas, tuala yang direndam dengan air suam, dan mandian air panas di pancuran (shower). Dengan cara ini juga, pengeluaran susu pada saluran-saluran yang tersumbat dapat menjadi lebih lancar.

2. Urut Payudara
Anda mungkin berasa sangat sensitif apabila payudara anda disentuh, apatah lagi diurut, bukan? Tetapi, jangan biarkan perasaan ini menghalang anda untuk melakukan urutan.

Urutan pada payudara amat membantu mengurangkan bengkak susu. Jadi, rajin-rajinkan mengurut payudara dengan menggunakan 4 jari dari arah atas ke arah puting. Lakukan sekeliling payudara, terutamanya ketika anda sedang mengepam atau menyusu bayi.

Anda juga boleh menggunakan sikat rambut yang bersih untuk membuat urutan dan menghilangkan ketulan-ketulan pada payudara.
3. Gunakan Pam 
Jika susu terlalu penuh, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan lebihan susu. Namun, pastikan anda mempunyai jadual mengepam yang konsisten.

Jangan keterlaluan dalam mengepam kerana ia boleh merangsang penghasilan susu yang berlebihan dan melebihi keperluan bayi hingga menyebabkan anda sering mengalami bengkak susu.

4. Menyusukan Bayi Dengan Kerap
Anda akan mendapati bayi sukar melekap dengan betul akibat puting yang terlalu tegang atau tenggelam. Seperkara lagi, bayi mungkin tidak mahu menyusu apabila anda mengalami bengkak susu akibat aliran susu yang terlalu laju.

Jadi, anda boleh cuba memerah keluar sedikit susu lebihan dengan menggunakan tangan. Dengan cara ini, bayi lebih mudah untuk menyusu seperti biasa. Jangan lupa gilirkan payudara dan pastikan bayi turut menyusu pada waktu malam.

5. Guna Bra / Baju Dalam Yang Sesuai
Payudara yang terlalu penuh akan terasa berat dan boleh menyebabkan ibu berasa lenguh, bisa, dan letih yang luarbiasa.

Oleh itu, penggunaan bra yang sesuai amat penting bagi memastikan payudara anda disokong sepenuhnya oleh struktur bra menyusu yang baik.

6. Ambil Ubat Dengan Nasihat Doktor
Jika anda tidak dapat menahan sakit, pastikan anda memberitahu doktor dan mendapatkan ubat dengan preskripsi dan dos yang selamat.

Sekiranya anda ada mengambil suplemen atau memakan jamu selepas berpantang, cuba hentikannya buat sementara kerana ia mungkin mengandungi ramuan yang merangsang penghasilan susu yang terlalu banyak.
Dalam sesetengah keadaan, bengkak susu boleh menyebabkan demam atau mastitis, iaitu jangkitan bakteria yang turut disebabkan oleh puting melecet atau puting tersumbat. Oleh itu, sekiranya anda mendapati payudara anda terlalu penuh, cepat-cepatlah pastikan agar anda mengambil salah satu tindakan di atas.

Seperkara lagi, jangan jadikan masalah bengkak susu sebagai penghalang untuk anda menyusukan bayi anda dengan kerap atau seperti biasa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Saturday, September 23, 2017

CARA PERKENALKAN BOTOL SUSU BAYI APABILA MULA BEKERJA

Bagi ibu-ibu yang bekerja, tentunya saat bila hendak mula bekerja kerisauan anda terhadap bayi sangat merunsingkan. Terutama bila anda perlu melatih bayi anda dari awal biasa dengan mengihsap susu menggunakan botol. 

Sesetengh bayi yang sudah biasa secara langsung mengisap susu dari ibu, akan berasa janggal atau menolak untuk minum susu dari botol dengan puting tiruan itu. Masalah ini kekadang berlarutan sehingga ibu hendak mula bekerja. 

Jom ikuti cara bagaimana untuk memperkenalkan botol susu kepada bayi anda. Mungkin seber sedikit membantu para ibu diluar sana mengatasi masalah ini.

1. Mula Latih Pada Usia 4-6 minggu selepas Kelahiran
Menurut pakar laktasi, sebaiknya tempoh memperkenalkan botol susu bayi adalah sekitar usia 4-6 minggu. Jangan terlalu awal atau terlalu lewat.

Jika terlalu awal, bayi cenderung untuk keliru puting. Maka, mereka mungkin tidak akan mahu menyusu badan lagi. Ia boleh menyebabkan penghasilan susu badan turut terjejas. Sebaliknya, jika terlalu lewat diperkenalkan, mungkin bayi akan terlalu selesa dan mengambil masa yang lama untuk menerima botol susu.
2. Cari Puting Yang Sesuai
Seterusnya, pilihlah puting yang sesuai agar bayi tidak berasa terlalu asing dan susah untuk menelan susu. Kini, terdapat pelbagai bentuk rekaan puting yang berbeza mengikut kesesuaian bayi; antara rekaan yang baik adalah jenis berleher lebar (wide neck) dan mirip dengan payudara.

Anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis puting sebelum bayi betul-betul dapat menerimanya. Jenama yang terkenal adalah Mimijumi, Pigeon, Comotomo, Avent dan MAM.

3. Jangan Tunggu Terlalu Lapar
Apabila bayi terlalu lapar, mereka akan merengek dan menangis. Waktu bayi menangis kurang sesuai untuk mengajarnya minum dengan botol susu.

Oleh itu, perhatikan waktu menyusu yang biasa dan tawarkan botol susu sebelum bayi mula gelisah.
4. Guna Susu Yang Baru Dipam
Seeloknya buat beberapa kali terawal ini, latih bayi minum susu perahan yang baru diperah. Jadualkan waktu perahan berdekatan dengan waktu menyusu bayi supaya ia tidak perlu dipanaskan lagi dan suhunya sedang elok-elok saja.

Susu perahan yang berlebihan atau diperah pada waktu lain boleh disimpan di dalam ‘freezer’ untuk kegunaan apabila anda mula bekerja.

5. Minta Tolong Suami
Apabila si ibu yang memberi susu botol, mungkin pada awalnya bayi akan berasa sedikit keliru dan marah kerana ia bukanlah sesuatu yang mereka jangkakan. Maka, usahakanlah supaya suami dapat membantu anda memberikan botol susu kepada bayi.

Ingat, bayi masih boleh menghidu ibunya apabila berdekatan, jadi pandai-pandailah anda ‘bersembunyi’ di bilik lain atau melakukan sebarang pekerjaan di dapur ketika suami sedang menyusukan bayi!
6. Pesan Pada Bayi
Sebelum memulakan sesi memperkenalkan botol susu, beritahulah kepada bayi bahawa mereka akan melakukannya.

Walaupun bayi belum dapat memahami kata-kata, pujukan anda sedikit sebanyak dapat memahamkan mereka tentang perkara yang akan berlaku.

7. Guna Sudu Atau Syringe
Jika bayi tidak mahu botol susu, tidak salah jika anda cuba beberapa kali menggunakan sudu atau syringe. Jika bayi sudah mula makan, anda juga boleh memberikan cawan kecil untuk dipegang sendiri.

Yang penting, keperluan nutrisi dapat terus diberikan kepada bayi melalui susu itu sendiri. Lama-kelamaan, bayi mungkin akan menerima botol susu pula.

Dalam masa yang sama, banyakkan berdoa dan beri galakan kepada bayi apabila mereka telah mencuba botol yang diberi. Jangan sesekali memarahi bayi dan menunjukkan riak negatif kepadanya sekiranya ia masih belum berjaya.

Percayalah bahawa setiap bayi itu berbeza, dan mereka akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri kepada keadaan baru. Namun, dengan kesungguhan dan pujukan anda, mereka pasti boleh melakukannya!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Thursday, September 21, 2017

Phytocol-ST™ - Membantu Memperbaiki Kesihatan Anda

Sterol dan stanol tumbuhan adalah sebatian semula jadi yang ditemui dalam tumbuhan, buah, sayur dan bijian. Kajian menunjukkan bahawa apabila ditambah kepada pemakanan sihat, ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda. Oleh kerana ia mempunyai struktur yang serupa dengan kolesterol, mereka akan bersaing untuk penyerapan dan sekaligus membantu meningkatkan kesihatan.

Tahukah Anda? 

Berdasarkan Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Malaysia (2011) lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, dan angka ini dijangka meningkat disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.


Keistimewaan Shaklee
Diperbuat daripada gabungan sterol dan stanol.
Membekalkan 2,000mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.

Nutritional Facts
Setiap tablet (989.00 mg) menyediakan:
RamuanAmaun Setiap Tablet
Fitosterol
(Menyediakan 500 mg sterol)
525 mg

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Wednesday, September 20, 2017

Tips Mengatasi Susu Drop Semasa Period

Masalah susu badan drop semasa period memang sering terjadi kepada ibu-ibu yang menyusu. Tatpi pada masa ini, ibu-ibu jangan pula terlalu stress bila susu semakin drop. Tetapi cuma pelbagaikan pengambilan makanan yang sihat serta banyakkan juga rehat serta lakukan aktiviti senaman yang ringan. Dengan cara ini dapat juga membantu ibu-ibu mengurangkan stress yang mungkin membuatkan susu semakin drop.

Untuk para ibu diluar sana, ingin saya kongsikan beberapa tips yang mungkin membantu para ibu sekalian. Saya juga melakukannya semasa susu drop ketika period. Dan dengan cara ini, banyak juga membantu maintainkan susu badan tanpa ibu berasa stress.


1. Banyakkan minum air kosong lebih dari biasa (lebih 8 gelas sehari but its depend on ur body weight anggaran 1liter untuk setiap berat badan 25kg).
2. Ambil lebih kalsium (sumber tenusu), lg bagus ambil kalsium bersama magnesium+vitamin D utk penyerapan maksiumum kalsium ke dalam badan. Ini kerana, ketika perios, kalsium di dalam badan kita juga berkurangan dan ibu perlukan sumber kalsium untuk mengantikan yang telah hilang.

3. Lebihkan masa mengepam atau kerapkan menyusu bayi. 

4. Walaupun perubahan hormon ketika periot, cuba kawal stress. Boleh ambil sumber vitamin B yang lengkap dan membantu dalam mengurangkan stress.

5. Ibu perlu dapatkan rehat yang cukup untuk memudahkan oksitoksin release.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Tuesday, September 19, 2017

LECITHIN - Lemak Sihat Yang Anda Perlukan

Lesitin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman.

Lesitin juga ditukar menjadi asetilkolina di dalam tubuh anda, yang diperlukan untuk membantu mengekalkan tubuh yang sihat.
Tahukah Anda? 

Akademi Sains Kebangsaan menetapkan bahawa kolina penting dalam pemakanan kerana lesitin adalah bahan larut lemak yang dipanggil fosfolipid, yang terdiri daripada kolina dan inositol, dan ia boleh ditemui dalam semua sel hidup. Kedua-duanya merupakan komponen utama sel membran, yang mengawal aliran nutrien ke dalam dan ke luar sel.


Keistimewaan Shaklee
Shaklee Lecithin diperbuat menggunakan sumber semula jadi daripada kacang soya.
Nutritional Facts
Setiap kapsul (849.88 mg) menyediakan:

RamuanAmaun Setiap Kapsul
Lesitin Soya
(Menyediakan 518 mg Lesitin)
530 mg

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Monday, September 18, 2017

Kenapa Perlu Ambil Suplement Tambah Susu?

Mengikut piramid jadual pemakanan dan keperluan nutrisi ibu menyusu, jika ibu semua dapat makan serupa seperti jadual pemakanan ibu menyusu dan mengira setiap nilai kalori menu makanan harian dengan konsisten tanpa skip, ibu sebenarnya tidak memerlukan supplement. Namun, lumrah hidup kita dengan peranan dan tanggungjawab harian, kekadang kita tidak mampu makan mengikut piramid pemakanan seimbang tersebut. Ada juga yang telah terskip mengambil makanan berzat tinggi dan seimbang ini. Jadi, amat digalakkan pengambilan supplement dalam menu seharian.
Ingatlah ibu-ibu ya, penyusuan ini adalah berbalik kepada 2 hormon penting penyusuan iaitu hormon prolaktin dan hormon oksitosin. Kekadang disebabkan oleh faktor stress, tekanan dan tidak cukup makanan seimbang dan tidak cukup rehat, cabaran-cabaran dalam penyusuan, ianya juga kekadang menduga proses penyusuan esklusif susu ibu.


Oleh kerana itu, sebagai wanita, supplement memang sangat penting ya mommies. Seperti diakui oleh pakar perubatan Dr. Hamid Arshat, “..wanita…teruskan makan supplemen2 tersebut….hingga akhir hayat seseorang wanita”,

Mujarabkah sesuatu supplement penyusuan atau supplement milkbooster itu bergantung kepada supplement yang anda pilih dari segi kandungannya, keselamatannya dan keberkesanannya. Oleh kerana itulah, penting ibu memilih supplement yang bukan sebarangan. Pilihlah supplement penyusuan yang betul dan tidak memudaratkan ibu dan bayi. Elak sama sekali supplement tiruan, sentitik dan sebagainya yang boleh mengundang bahaya. Pilihlah yang semulajadi, selamat dan berkesan dalam masa yang sama kandungannya adalah mengikut jumlah nilai keperluan badan ibu.

Ibu-ibu juga perlu sentiasa berada dalam emosi yang positif, kerap memberi susu kepada bayi atau memerah/mengepam susu untuk kosongkan breast. Dengan cara ini juga (supply & demand), dapat mengalakkan pengeluaran susu dengan lebih banyak lagi. 

Susukanlah bayi anda secara exclusive selama 6 bulan dan diteruskan sehingga usia 2 tahun. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147
Back to Top