Slider

Showing posts with label Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Bersalin. Show all posts

Wednesday, November 8, 2017

7 Petua Untuk Luka Cepat Sembuh Bagi Ibu Yang Bersalin Ceaser

Orang kata kalau bersalin secara pembedahan caesarean susah nak jaga. Banyak sangat pantang larang yang kena ikut. Maklumlah perut sudah kena belah berlapis-lapis jadi proses penyembuhan mengambil masa yang lama berbanding bersalin normal yang tidak mengambil masa lama untuk sembuh.
Orang tua-tua juga sering berpesan supaya ibu yang bersalin secara pembedahan lebih ekstra penjagaan diri semasa berpantang. Dikatakan luka pembedahan mengambil masa yang lama untuk sembuh walaupun luka luaran kelihatan sudah sembuh.
Bermacam-macam tip dan petua yang dikongsi tentang penjagaan ibu bersalin caesarean. Tak salah untuk mencuba salah satu daripadanya. Mana tahu ia paling serasi dengan anda.
1. Pastikan tempat jahitan cepat kering terutama selepas mandi. Boleh guna pengering rambut untuk cepatkan ia kering.
2. Jaga pemakanan semasa berpantang. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
3. Amalkan juga makanan  seperti madu, minyak zaitun, cuka kurma atau delima, badam, kurma. Luka cepat sembuh dan bahagian dalaman juga cantik.
4. Amalkan makan banyak sayur sawi dan minum jus oren sunkist untuk luka cepat sembuh.
5. Semasa pantang makan sumber protien yang baik seperti contoh sup ikan. Kerana protien membantu mencantikkan semula kesan luka pembedahan dari dalam dan luar.
6. Elakkan mengangkat objek berat dalam jangka masa yang lama.
7. Ambil juga suplemen sebagai membantu ibu memenuhi keperluan nutrisi dalam badan serta ibu lebih cergas dan sihat serta luka juga cepat baik.
Menurut doktor, amalan minum air gamat dan pati ikan haruan yang dipercayai oleh orang tua-tua boleh mempercepatkan luka hanya boleh diminum oleh ibu selepas tempoh sebulan dan ke atas lepas bersalin itu pun dalam kuantiti yang sederhana bagi mengelakkan sebarang risiko adhesion colic.
Adhesion colic ialah keadaan di mana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ-organ dalaman.
Kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan dijangka melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, bolehlah gunakan tip ini. Semoga luka bersalin anda cepat sembuh.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

Thursday, August 6, 2015

Beg hospital bayi dan ibu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Menghadapi kelahiran, selain cukup keyakinan diri, persediaan fizikal juga perlu. Salah satunya adalah persediaan barang-barang keperluan ibu dan bayi yang perlu dibawa ke hospital. 

Beg hospital ini perlu disediakan seawal usia kandungan 7 bulan. Pack dan letakkan di dalam kereta. Doa kita sebaiknya, bayi akan lahir cukup tempoh, 9 bulan. Tapi, kita juga perlu bersedia jika ada sesuatu berlaku awal.

Apakah yang perlu ada dalam beg hospital anda?

Kelengkapan ibu :

> 1 helai tuala mandi
> Toiletries & keperluan diri - Berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, pencuci muka, pengikat rambut, sikat rambut, deodorant dan lain-lain yang dirasakan perlu


Pack kan toiletries dalam travel pack kecil seperti contoh di atas untuk memudahkan pengendalian

> 1 pasang pakaian untuk pulang dari hospital
> 1 pasang selipar
> 1 pasang stokin tebal
> 1-2 plastik untuk letak pakaian terpakai dan lain-lain
> Air zam-zam / Air yaasin
> Makanan kudapan - kurma / kismis /biskut
> Powerbank
> Charger telefon
> Guarantee Letter (GL) untuk staff kerajaan di hospital kerajaan
> 1 botol air masak
> 1 Nursing bra
> Tuala wanita - Cloth Pad atau Tuala wanita pakai buang
> Seluar dalam / Panties. Jika perlu, beli disposable panties, pakai, terus buang

Disposable panties

> Tudung basahan
> Buku merah / buku laporan mengandung
> Vitamin / Suplemen yang anda perlu. Jika anda pengguna Shaklee seperti saya, Suplemen asas yang penting semasa ini adalah :
  1. Vitalea Iron Formula
  2. Zink
  3. Sustain Released Vita-C
  4. B-Complex
  5. Ostematrix
  6. ESP - Masukkan dalam bekas kecil atau dispenser untuk memudahkan 
Set berpantang Shaklee


Repack suplemen anda dalam pek kecil mengikut kuantiti yang diperlukan. Zipper bag tersebut boleh didapati daripada farmasi atau kedai serbaneka

Suplemen yang telah di re-pack dimasukkan ke dalam bekas kedap udara


ESP yang berbentuk serbuk boleh dimasukkan ke dalam dispenser seperti ini. Tak perlu bawak tong ESP yang besaq tu naaa



Kelengkapan bayi :
> 1-2 pasang baju 
> 1-2 helai kain bedung
> 2-4 lampin pakai buang / pakai basuh
> 1 helai tuala
> 1 pasang sarung tangan dan sarung kaki
> Blanket
> Wet tissue

Buat persediaan awal untuk keselesaan anda. Selamat menimang cahayamata ! :)



Thanks for reading !

Salam sayang,

Email : farihah.abukasim@gmail.com
WhatsApp / Telegram / sms : 019 228 2147

Wednesday, August 5, 2015

13 Tips menghadapi proses bersalin dengan tenang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kelahiran bayi comel adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Dalam masa yang sama, debaran menghadapi proses bersalin pasti dirasai terutama oleh si ibu. Saya nak kongsikan beberapa tips untuk ibu-ibu terutama first timer dalam menghadapi proses bersalin.



Saya tak pernah ke kelas-kelas pembelajaran natural birth atau sebagainya, apa yang saya kongsikan hanyalah daripada pengalaman sendiri sahaja ;)

1. Bersedia secara mental. Kekuatan mental sangat penting untuk menjayakan proses kelahiran. Seorang ibu hendaklah percaya bahawa dia cukup kuat untuk menghadapi semua ini demi anak yang tersayang.



2. Siapkan kelengkapan bayi seawal 7 bulan kandungan. Persiapan seawal ini, mengelakkan situasi panik dan ketidaksediaan ibu jika tiba-tiba terpaksa bersalin awal atas sebab-sebab kecemasan

3. Selalu berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan. Cakap perkara yang baik-baik dan berikan pesanan yang positif untuk bayi. 


4. Kerapkan membaca Surah Maryam, untuk memudahkan proses kelahiran



5. Cerita dan berbincang dengan suami tentang proses kehamilan dan kelahiran

6. Elakkan mendengar kisah-kisah hitam kelahiran. Bayangkan perkara yang mudah & positif untuk kelahiran anda.

7. Minta bantuan suami untuk buatkan air yaasin, memiliki air doa dari suami adalah sesuatu yang sangat membantu meningkatkan keyakinan isteri

8. Semasa anda diminta untuk masuk ke labour room, hubungi ibu, bapa dan adik beradik terdekat untuk meminta mereka mendoakan anda. Sokongan moral sangat penting untuk memberi keyakinan buat si ibu

9. Ketika di labour room, jangan terlalu fikirkan rasa sakit dan ngerinya proses bersalin. Alihkan perhatian anda daripada rasa sakit. Sibukkan diri dengan memikirkan saat-saat indah memangku bayi comel.

10. Bawa smartphone ke dalam labour room bersama anda. Bacalah Al-Quran di smartphone anda atau sibukkan diri berbuat di WhatsApp atau mesej untuk mengalihkan fokus anda kepada rasa sakit. Anda yang sukakan majalah atau buku, juga boleh berbuat demikian. Jangan tumpukan sepenuh perhatian kepada rasa sakit.

11. Basahkan bibir atau baca dalam hati zikir-zikir dan doa nabi Yunus



12. Berbual dengan suami atau nurse tentang perkara-perkara lain yang menggembirakan

13. Teruskan keyakinan dalam hati bahawa bantuan Allah akan datang dan ramai orang-orang disekeliling anda mendoakan anda



Sakit bersalin ni sakit yang paling sakit dalam dunia katanya, tapi kita perlu ingat, bahawa, kuasa minda dan kawalan keyakinan diri boleh mengatasi semua itu dan mengurangkan rasa sakit, dengan izin Allah. Ingat ganjaran Allah terhadap ibu yang melahirkan. Dan yang paling penting adalah minda yang positif. Apa yang kita sangka, Apa yang kita fikir dan apa yang kita doakan, itulah yang akan datang kepada kita. Jadi, Cakap yang baik-baik, Fikir yang baik-baik, InsyaAllah, yang datang juga yang baik-baik :)



Thanks for reading !

Salam sayang,
Email : farihah.abukasim@gmail.com
WhatsApp / Telegram / sms : 019 228 2147

Friday, December 5, 2014

MamaPride untuk keselesaan ibu :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Para ibu, tentunya ada pengalaman sendiri semasa bersalin kan? Banyak sangat kita baca, yang happy, gembira, tak kurang jugak yang ngeri, sedih dan menyayat hati. Semuanya dilakukan untuk kelahiran seorang bay comel, permata hati yang ditunggu-tunggu.

Bagi saya sendiri, ketika yang sangat menakutkan adalah semasa doktor atau nurse check bukaan. Masa tu rasa nak keriau pun ada, nak nangis pun ada (eh.. sama keriau dengan nangis).

Semalam, saya baca forward message dari rakan bisnes saya, tokey Shaklee besar, Puan Najla tentang produk untuk ibu-ibu yang sedang nak bersalin. Masa admit hospital tu. Produk Seluar Bersalin. Pernah juga dengar sebelum Najla bagitau, tapi sekali lalu. Sebenarnya ekspo ni dah lepas, tapi anda tetap boleh mendapatkan produk ini dari maklumat di leaftet ya.

Sangat baik untuk ibu-ibu, untuk meminimumkan pendedahan aurat kita semasa di ward dan di labour room. Sila baca maklumat di bawah ya :)

Penerangan lengkap

Disokong oleh tokoh agama :)

Inilah rupanya

Packaging

Testimoni yang menggunakannya

Testimoni lagi

Bagus kan? Yang nak bersalin tak lama lagi, boleh dapatkan ya. Para suami juga elok dapatkan untuk isteri anda. Boleh hubungi 0199009321 atau ke Page FB MamaPride

Hubungi mereka ya. Surijunior tak jual, nak set berpantang Shaklee yang best, ada kami jual :D

Thanks for reading !



Back to Top