Surijunior bermula sejak Januari
2011. Menjalankan bisnes pakaian & barangan kanak-kanak, dek keterujaan
dengan kecomelan buatannya :D Ini adalah pertama kali saya menceburkan diri ke
alam bisnes. Sungguh tinggi komiten yang diperlukan { Baru tahu :P }. Julai 2011,
setelah mencuba suplemen asas Shaklee semasa menyusu dalam tempoh berpantang
anak ke 4, saya teruja dengan kesannya lalu berniat untuk berkongsi kebaikan
Shaklee dengan lebih ramai diluar sana, khususnya ibu-ibu.
Menguruskan 2 cabang biz
(barangan kanak-kanak & Shaklee), juga bekerja sepenuh masa sebagai guru
biologi GCE A-level di sebuah International School menyebabkan saya tak menang tangan. Akhirnya, dengan
kemampuan dan pengalaman yang terbatas, saya terpaksa memilih untuk fokus kepada
Shaklee dan meninggalkan bisnes barangan kanak-kanak :’( kerana saya sedar,
tanpa FOKUS, Surijunior tak mungkin melangkah jauh.
Bertukar wajah setelah beberapa bulan. :D
..akhirnya begini ;)
Bagaimana? Saya menjalankan
Shaklee di Surijunior hampir 100% online bermula dari jual beli dengan
pelanggan, restock barang, after sales consultation & coaching “anak-anak
Shaklee”. Semuanya online dan ianya terbukti fleksibel & tidak membebankan
saya, keluarga, pelanggan mahupun “anak-anak Shaklee”. Alhamdulillah dari Julai
2011 sehingga kini, dengan izin Allah, Surijunior telah mampu melahirkan
Shaklee leaders yang telah stabil dengan income 4 angka dan 5 angka bulanan dari pelbagai negeri – Perlis, Pahang,
Selangor, Kedah, Kelantan dan lain-lain. Kami juga mempunyai wakil jualan di setiap negeri di Malaysia :) Dunia atas talian menafikan sempadan geografi.
Percaya atau tidak, online approach sungguh mengujakan !
Alhamdulillah, sekarang kami telah mencapai pangkat Master Coordinator.
Memilih Shaklee pada awalnya adalah kerana keyakinan saya terhadap kualiti
produknya yang tinggi dan semulajadi dengan harga yang sangat berpatutan.
Setelah mencuba, saya merasai kesannya. Setelah berkongsi, saya menikmati
kemewahan ganjaran yang ditawarkan. Alhamdulillah..
Surijunior adalah perniagaan bersama kami sekeluarga. Terbina & tercipta kerana keperluan sekeluarga, Bertahan & berkembang dengan pengorbanan dan penat jerih kami sekeluarga. Mudah-mudahan usaha ini mendapat keberkatan Ilahi untuk kebaikan sekeluarga dan mengembangkannya ke ratusan malah ribuan entiti keluarga lain diluar sana. Ameen
Dengan kunci PERCAYA,
YAKIN, SABAR, USAHA, DOA & TAWAKKAL, menjana pendapatan 5 angka dari
rumah bukan cerita dongeng
Menyertai kami di
Surijunior? Jom!
_________________________________________________________
_________________________________________________________
Shaklee Independent Distributor ID 858239
sms.call.whatsapp. 019 228 2147 | surijunior@yahoo.com |FB Surijunior
2 comments :
tahniah shbt, kagum sngt. nak join jurijunior
tahniah shbt
Post a Comment