Slider

Sunday, February 17, 2013

Apa kata ibu2 yg dah try MealShake?


Ihsan : mamafaiz.com
Salam kak ira,

Ingat tak cerita sy pasal Akif yang sembelit?
Lepas diintroduce meal shake,sy sgt2 nk try tuk Akif.since dalam tu ade fiber, jd boleh tlg melawaskan perut budak kecik ni.jd sy pon try,alhamdulillah,smggu lepas cuba,dh nmpak beza dia.tiap2 hr buang air besar.n bowel movement pon smooth je,perut dh x buncit(hehe,kl buncit pon sbb minum air byk). N 7oz tu mcm xckup je,sbb die suka dgn rasa vanilla meal shake tu
Sy pulak,dulu nk minum susu punye lah susah.bila tmbah meal shake,segelas tu senafas je boleh minum(hehe..exegerate).sedaap!thanks,nnti nk beli,buat bekal puasa



_________________________________________
Saya teruskan bagi Mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma dia terus hilang. Irfan kembali aktif (actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. If not, kalau dulu kena asthma attack, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau Ummi tau
________________________________________

...doktor beri ia antibiotik untuk anas makan selama 1 bulan..ngam 2 minggu cda tengok anas semakin kurus n tidak selera makan n minum.(kurus sampai neneknye di kampung terkejut bila melihat gambar anas yang cda MMs padanya)....kulit anas menjadi kasar...dan anas jadi sensitif...mudah menangis..tak bertenaga..dan dalam tempoh yang sama cda berhenti memberinye antibiotik dan menukarkannye dengan Meal shake..

2 hari selepas tu cda nampak perubahannye....anas dah mula ke dapur menunjuk apa saja makanan didapur..selera makannya bertambah!!! syukur.........dan dari tu juga anas semakin aktif.....tidak mudah meragam...dan sekarang selepas 1 bulan....badanya dah mula berisi...kulitnya semakin halus dan sekata.

_________________________________
Alhamdulillah. dengan milk shake+ susu, Vita lea for Children selama 1 minggu di samping kapsul minyak ikan Omega Shaklee guard... (sedap dikunyah begitu sahaja)......nakkan anak anda bijak?..pastikan diet hariannye tinggi kandungan DHA..untuk perkembangan otaknya. Sekarang Aiman akan mkn nasi 3 kali seharidan selalutgh malam dia tak boleh tidur sb lapar katanya.


_______________________________

AlhamduLILLAH, lepas 3 hari try Shaklee Mealshake,Alif dah mula menampakkan perubahan..dia dah mula mintak makan..dan makan pun takde ler tunjuk 4 jari dia tu dah..makan abes sampai dia betul2 kenyang..and takde dah makan benda2 merapu tu..dan dia mula nampak aktif, ceria dan sihat..
___________

Jadi utk menjawab soalan Pn Ieda sama ada produk ini berkesan atau tidak.. hanya ibu2 yg boleh jawab.. saya dah berikan fakta2 dan pengalaman ibu2.... Pilihan di tangan anda.. Saya dah menemukan yg terbaik utk saya dan keluarga saya. Ingat ye..kesihatan bermula dgn nutrisi yang baik... Anda bagaimana?


~~***~~

*This statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan


_______________________________________________________



Saturday, February 16, 2013

Rahsia Solat dari sudut Sains dan Kesihatan



Kredit : susudotmy
Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?
Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
               Membongkar Rahsia Solat dari sudut sains kesihatan  
Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:
AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.


“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Thursday, February 14, 2013

Panduan Menyediakan Makanan Bayi

Selain ibu, bayi anda perlu dijaga dari segi pemakanannya. Ikuti tips yang berikut;

1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.

2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.

3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.

4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.

5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.

6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.

7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.

8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.


9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.


10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.

11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.

12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.



13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.

14.  Elakkan memasak makanan bayi terlalu lama, Ini boleh memusnahkan vitamin.

15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi

Petikan dari http://hamil.mustaffa.org/ & 
http://whenmayend.blogspot.com/

Wednesday, February 6, 2013

Back to Top