Slider

Friday, June 21, 2013

Shaklee tawar pendapatan lumayan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Menjana pendapatan dengan Shaklee tidaklah sesukar yang disangka. Ia cuma perlukan kegigihan dan komitmen untuk berkongsi. Walaupun tak sukar, tapi teknik dan cara yang silap boleh menyebabkan ianya dirasakan sukar & mustahil.

Amboii cakap... senangnya... haha.. Ya, itu adalah pandangan peribadi. Saya laluinya sejak hujung 2011, dan sekarang telah mencapai rank tertinggi Master Coordinator. Betul, jika kena caranya, sesiapa juga boleh berjaya. Awlnya >> "work very hard & smart", dan sekarang cuma perlu "work smart". The smartest that you can!

Rezeki dalam Shaklee seperti apa yang kami perolehi adalah anugerah dari Allah. Mungkin dari doa orang-orang tersayang, anak-anak didik Shaklee juga customers yang sungguh setia. Ianya tidak mungkin berlaku tanpa izin Allah. Namun, apa sahaja ketentuanNya perlukan sebab bukan? Kerja keras, usaha & doa kita adalah penyebabnya. 


Bacaan online : Utusan Malaysia

Bagi anda yang mencari-cari sumber untuk menjana side income, kami mengalu-alukan kehadiran anda di keluarga Surijunior. Modal? Dalam paper ni cakap RM600. betul. Tapi, kami boleh tunjukkan cara untuk anda memulakannya dengan modal RM65 atau hanya RM0. Sungguh! Ini FAKTA, bukan auta. haha.

Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson 
bersama kami semasa Master Coordinator Parade di Shaklee National Conference

Ok, sampai di sini :)

Thanks for reading!






Sunday, June 16, 2013

7 Cara Kempiskan Perut


Perut buncit adalah mimpi ngeri semua orang, baik lelaki mahupun wanita. Buruk kan kalau yang lain ok, tetiba perut buncit? Berikut beberapa tips untuk mengempiskan perut yang saya ambil dari berita.net

1. Minum air masak yang banyak
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.



2. Makan perlahan-lahan
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.


3. Kurangkan garam dalam makanan
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.



4. Makan makanan yang penuh serat
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.



5. Kesan pengambilan ubat
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.



7. Lakukan senaman atau bersukan
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Apa-apa pun, mencegah lebih baik dari mengubat. Elakkan buncit lebih baik dari merawat setelah buncit!

:-)


Thanks for reading!








Silakan untuk LIKE Surijunior :)




Back to Top