Slider

Tuesday, October 7, 2014

Shaklee Motivation Rally - Zon Tengah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)

Salam Aidiladha untuk yang beragama Islam, semoga penghayatan pengorbanan tersemat kuat dihati kita. Beraya bukan sekadar beraya, tapi lebih dari itu. Bagaimana kita boleh berkorban untuk Allah, dalam mencapai matlamat akhirat :)

Cakap pasal raya, Shaklee Malaysia telah menganjurkan Motivation Rally dan Raya Celebration. Kira kombo kot, Raya Aidilfitri & Raya Aidiladha, Penganjuran ini bagi meraikan hari raya, juga tujuan yang lebih besar, mengiktiraf, pencapaian leaders Shaklee di Zon Tengah.

Awalnya, kehadiran dianggarkan 700 orang, entah macamana, sambutannya tiba-tiba kebabomm , menjadi 1300 orang lebih! Alhamdulillah, untuk Motivation Rally kali ini, saya bersama Master Hadhatina diundang sebagai guest speaker, siapkan slide sikit & cuba berkongsi sebaik yang mungkin untuk manfaat semua.

Siapa saya? Klik di sini

Perjalanan bisnes Shaklee Surijunior. Mendaki dari satu tangga ke satu tangga :)

Incentive Trip 5 bintang pertama tahun 2013 : Umrah :)
Klik di sini 

Incentive Trip kedua : US :)

Menerima award di pentas Shaklee US di Long Beach, California

Bantu orang lain untuk kehidupan yang lebih baik

Antara leaders Shaklee di Surijunior 
yang menikmati income bulanan 4 angka hingga ke 5 angka

Family Day Surijunior

Bantu merubah kesihatan & kewangan insan lain

Antara yang berjaya dengan Shaklee di Surijunior, Encik Hafez, Sekarang lebih sihat kurus & mula menjana pendapatan 4-angka bulanan secara konsisten dengan Shaklee. Leader baru yang 
dihasilkan di Surijunior. Semangat untuk berkongsi kebaikan Shaklee sangat kuat 
pada diri beliau :)

Antara yang berjaya dengan Shaklee di Surijunior, Ummu Durrah, kulit bertukar dari seperti katak puru kepada licin & halus. Beliau juga pengamal tegar set menyusu Shaklee. Kini menjana 
income 5 angka, dan selangkah mencapai rank tertinggi Master Coordinator :)

Antara yang berjaya di Surijunior, Pija dari sangat gemuk kepada lebih langsing & hebat. Lebih cergas & bertenaga dengan Set Shape Up. Pija kini berkongsi kebaikan Shaklee dengan lebih 
ramai insan di luar. Tekad & kesungguhannya menjadikan dia sekarang bukan lagi 
dia yang dahulu. Alhamdulillah :)

Apa sahaja yang kita lakukan, mulakan dengan niat yang betul. Begitu juga dengan bisnes Shaklee, nita yang pertama adalah untuk membantu insan lain lebih sihat & senang. 

Apa yang berlaku kepada saya & empayar Surijunior, kejayaan yang kami kecapi kini adalah dengan izinNya melalui perkongsian tanpa henti & KONSISTEN upline Shaklee kami dahulu. Jika mereka lebih awal give up, pastinya kebaikan & kehebatan Shaklee tidak akan sampai kepada kami.

Oh ya, ada seorang adik Shaklee yang record sharing saya (malu nak share sebenarnya. haha). Silakan untuk menonton, semoga mendapat manfaat dari sharing ini, insyaAllah :)


Terima kasih adik Mariani Md Isa atas videonya. Ntah bila laa nak aktif ber-youtube Surijunior ni, ntah! haha

Untuk anda yang membaca post ini, jika anda ingin merubah kehidupan & mempunyai keazaman yang tinggi, memilih Shaklee sebagai bisnes, adalah pilihan yang tepat. Saya laluinya dan saya rasainya. Saya bukanlah anak seorang tokoh perniagaan, jauh sekali memiliki apa-apa latarbelakang perniagaan. Saya bermula hanya dengan berkongsi apa yang saya rasa setelah mencuba Shaklee. Fokus saya hanyalah Set Menyusu

Percaya atau tidak, selama saya berada dari rank Distributor sehingga ke Master Coordinator, hanya set tersebut yang menjadi fokus saya. Berkongsi dengan passion. Sayalah pengguna, sayalah duta set menyusu, saya jugalah testimoni set ini.


Guna . Rasa . Kongsikan

Lakukan sesuatu hari ini, yang telah mendaftar, kongsikan kebaikan Shaklee. Yang belum mendaftar, cubalah rasai kehebatan vitamin Shaklee dan selepas itu, kebaikannya perlu anda kongsikan dengan orang yang anda sayang.

Thanks for reading !


Monday, October 6, 2014

Recycle & guna semula botol dan can suplemen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Saya pengguna Suplemen sejak lama dahulu, macam-macam brand saya cuba. Akhirnya, jatuh hati dengan Shaklee :) Sehingga sekarang, saya pengguna tegar suplemen Shaklee. Satu keluarga, 6 orang makan, memang sekejap saja, habis. Terutamanya yang jenis minuman.

Dulu-dulu, ada juga saya bekalkan bekas-bekas kosong ni pada customers, diorang mintak, sebab nak bahagikan suplemen kepada mak, mak saudara, ayah, kakak, abang dan lain-lain. Ada yang bajetnya sangat limited, gaji kecil, tapi kesedaran terhadap keperluan suplemen, sangat tinggi. Dia minta botol kosong, supaya dia boleh bahagikan untuk mak dia. Terharu pun ada, kadang-kadang bila fikir. 

Sayangkan mak, tapi duit tak cukup. Beli 1, bahagi 2 :) Boleh bahagi? boleh! sebab pil-pil Shaklee sangatlaaaa banyak. Murah pulak tu. Alfafa contohnya, harga tak sampai RM100, tapi dalam tu ada 770 biji. Banyak kan?Jadi boleh kongsi dengan orang tersayang.

Baik, ni kisah customers. Masih lagi ada botol-botol kosong yang terbiar di rumah, banyakkk. Jika anda pengamal Suplemen, anda pun mesti ada situasi macam saya kan? Saya lontarkan pertanyaan di Facebook, apa nak buat dengan botol-botol kosong ni? Terkejut ! Respon dari kawan-kawan sangat la kreatif, ternganga kejap bila baca. haha.

Jom kita tengok apa diorang cadangkan :)

1. Simpan rempah-ratus
2. Letak daun bawang yang ada akar tu, untuk dimasak masa akan datang
3. Simpan syiling ikut kategori. 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen
4. Tabung duit
5. Simpan barang-barang sekolah anak / barang-barang kecil - eraser 1 botol, sharpener 1 botol, stickers, sepit rambut, getah ikat rambut, paper clips, mata pensel, bullet

Ni Nita Zainal buat simpan barang-barang sekolah anak dia

6. Tanam pokok. Tebuk di bawah untuk aliran air keluar

Ihsan gambar : Syafriena Ajish

7. Bekas stationaries. Letakkan botol-botol kecil yang dipotong di dalam, supaya ada compartment. Takla tersenget-senget kalau ada pensil kontot kan

Pandai kan? Gambar Nita Zainal lagi :)

Inspirasi dari Puan Zaiton, Fuhhhh


8. Letak benang & alatan jahitan. Ni idea tukang jahit tersohor penang, Puan Sha'Irnie


9. Kitchen & Toilet Tissue Roll. 
10. Bekas di dapur untuk - Susu, Gula, Teh, Kopi, Keropok, Kerepek, Kuih :D Tapi pastikan berlabel, sebab bekas ni opaque, kang jenuh buka semua nak cari 

Gambar ihsan : D'Nur Iman

Bekas kuih raya ! hehe oleh Diyana


Hebat kan? Sebab tu kena selalu share & bertanya. Malu bertanya, sesat jalan. ehehe. Saya abis terer pun, buat bekas makanan & bekas pensel ja la. tapi tak sekreatif idea diorang ni. Hebat sangat. Banyak sangat, selalunya saya bagi pada makcik yang selalu dok kutip tin, botol kosong tu, dapat jugak dia extra income

Terima kasih semua, semoga ilmu ini menjadi ilmu bermanfaat untuk pahala berpanjangan. Jom semua, jangan buang bekas kosong di rumah, anda. Recycle. Sayangi alam sekitar, jimat duit, jana kreativiti.

Kalau kumpul dari tahun 2011, mula guna Shaklee, 
agaknya boleh jadi perahu penyelamat banjir gini kot? :P

Thanks for reading !


Back to Top