Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ini kisah benar. Terjadi kepada sahabat saya, kawan baik saya. Saya dengan Mumtaz (AdeenaBoutique CameronHighlands) sahabat sejak dari sekolah menengah. Teman sekelas, teman bergelak ketawa, teman ekplorasi cari air pagi-pagi di asrama. Kenangan zaman remaja kami, telalu banyak dan terlalu manis jika diingatkan. Semua yang terukir menjadikan kami mustahil untuk melupakan satu sama lain.
Semasa Mumtaz menyampaikan hasrat menyertai Shaklee dengan Surijunior, gembira hati saya, tidak dapat saya bayangkan. Masa tu saya baru rank Senior Supervisor. Kami bersama-sama berniaga dan berkongsi kebaikan Shaklee. Saya pun tak tahu sangat selok belok Shaklee masa tu. Saya cuba sebaiknya membantu Mumtaz. Sampailah beliau ke Supervisor, gembira saya bukan kepalang.
Keluarga bahagia Mumtaz :)
Adeena, anak tunggal yang keletah !
Setapak demi setapak, Mumtaz melangkah, sehingga dia pernah mencapai income income lebih RM10,000 sebulan. Mumtaz tiada keperluan mendesak, suaminya, Hashim adalah manager di Kilang Boh, Cameron Highlands, anak baru seorang, hidup mereka senang dan mudah. Tapi Mumtaz melihat masa depan, dan percaya bahawa ada sesuatu dengan Shaklee yang jika dia tidak rebutkan, dia akan kerugian. Kerugian yang sangat besar.
Antara awards yang dicapai Mumtaz
Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Suami Mumtaz, Hashem tiba-tiba diserang penyakit, dan dimasukkan ke wad. Beliau terpaksa bercuti dan dipendekkan cerita, akhirnya, beliau meletakkan jawatan dan mereka sekeluarga pulang ke Perlis, berpencen awal. Mereka tinggalkan semuanya di Cameron Highlands, dan pulang menetap di Perlis, berpencen awal dari masa yang sepatutnya.
Sepanjang suaminya sakit dan berhenti kerja, bagaimana mereka meneruskan hidup tiga beranak? membiayai kos kehidupan dan kos-kos lain? Mumtaz meredah semuanya dengan bantuan PASSIVE INCOME dari Shaklee. Sewaktu peristiwa ini berlaku, beliau sudah pun ada income stabil dengan Shaklee setiap bulan. Dengan income inilah mereka meredah hari-hari dengan penuh ketabahan, Dengan income ini juga, mereka memulakan hidup baru di kampung.
Coaching offline, dengan anak Shaklee terpaksa di hadkan kerana menjaga suami. Tapi, tak mengapa, kami semua ada medium online yang hebat. Coaching dan teaching tetap diteruskan, macam biasa di whatsApps, Facebook & Telegram. Mudah saja :)
Inilah rutin Mumtaz ketika keadaan baik dahulu. Namun, setelah suaminya perlukan perhatian yang lebih, aktiviti pack & pos beliau hentikan seketika. Namun, ini semua tidak menjejaskan sales sebab, Shaklee Malaysia memang menjalankan khidmat pos terus kepada customer, sistem dropship. Jadinya, Mumtaz hanya pengantara kepada customer, submit order melalui sistem /
panggilan telefon / whatsApps, Shaklee Malaysia akan pos terus kepada customers.
Tiada apa yang nak dirisaukan :)
Kini, dengan rawatan intensif hospital, terapi perubatan dan bantuan Vivix Shaklee dan lain-lain suplemen, suami Mumtaz, En Hashim telah pulih dan sihat. Kini, beliau dalam usaha memulakan perusahaan perniagaan bersama keluarga di utara semenanjung. Alhamdulillah.
Bayangkan tanpa pasif income Mumtaz dengan Shaklee, bagaimana agaknya mereka melalui kehidupan ketika itu?
Bayangkan tanpa back up bisnes Shaklee, bagaimana agaknya mereka memulakan hidup baru di Perlis?
Bayangkan tanpa bisnes maya online hujung jari Shaklee, bagaimana agaknya Mumtaz terpaksa memulakan bisnes di tapak / kedai sambil menjaga suaminya di hospital?
Bayangkan kita di tempat Mumtaz, mampukah kita lalui semua itu dengan kedaaan kewangan sekarang?
Orang kata duit bukan segala-galanya kan? tapi, saya nafikan :)
______________________________
Contoh ketabahan Mumtaz, adalah inspirasi kepada saya dan seluruh empayar Surijunior. Anda yang ingin menjejaki dan berjaya seperti beliau, silakan untuk menyertai Empayarnya.
Hubungi Aini Mumtaz di
FB : AdeenaBoutique CameronHighlands
sms / whatsApps : 016-494 1276
Blog : http://vitadeena.blogspot.com/
______________________________
Contoh ketabahan Mumtaz, adalah inspirasi kepada saya dan seluruh empayar Surijunior. Anda yang ingin menjejaki dan berjaya seperti beliau, silakan untuk menyertai Empayarnya.
Hubungi Aini Mumtaz di
FB : AdeenaBoutique CameronHighlands
sms / whatsApps : 016-494 1276
Blog : http://vitadeena.blogspot.com/