10 tahun yang lalu - Kakak Amirah, Anisah & Ahmad
Masa ni, saya dah ajar anak-anak berdikari, bukan saja pengurusan diri, belajar dan mengaji pun, adakalanya depa berdikari. Kakak akan ajar adik-adik mengaji dan belajar.
Abah tak tahu pukul berapa sampai rumah, lepas kerja hakiki, sambung dengan part time.
Umi dah start business masa ni. Facebook dan Blog, sampai terbenam kusyen di rumah, duduk update blog & blogwalking tak bangun-bangun. hahahaha
Tiba-tiba rasa rindunya blogging.
Saya memang orang membaca. jangan kata buat video, kalau search pun, prefer bacaan berbanding video. haishh.. memang orang dulu kala sangat kan?
sebab tu jugaklah reels, tiktok, tak sampai-sampai seru nak buat, walaupun dapat amaran dari downlines. Depa lain, bakat terlalu banyak. hahaha
Apa pun dalam hidup kita, dalam kerjaya kita, kalau kita tak mampu buat semua macam orang lain, kita jangan tinggal semua.
Konsisten dengan apa yang mampu kita buat
Konsisten, Fokus dan Kegigihan itu adalah kunci kepada kejayaan
Biar pun sikit, biar pun nampak tak advance macam orang lain, tak apa. Asalkan ada progress dalam business , kerjaya dan kehidupan kita.
Sebab, hidup ini adalah tentang kita. Sebanyak mana target kejayaan yang telah kita capai, Sebanyak mana hasil usaha yang telah kita manfaatkan
Untuk anda yang rasa kurang up to date dengan dunia media sosial yang sangat laju, macam saya. Jangan rasa down, buat saja dengan kapasiti yang kita ada.
Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Sebab tu rasa beruntung sangat ada bisnes yang fleksibel dan mudah diuruskan ni.
Anda berminat menjana income dari rumah? Atau nak grab promo Shaklee sangat berbaloi untuk family bulan ni? Hubungi saya di 019 262 2200 atau klik saja wasap.my/+60192622200 atau jemput ke Facebook saya