Slider

Friday, November 25, 2011

Doa sewaktu bersujud & keistimewaannya



Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah SWT. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.

Sabda Rasulullah SAW :

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialahdikala dia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa didalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhirdalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, hati yang bersih,kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yangbesar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kitamendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah SWT dunia danakhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya:

"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?

Jawab baginda:

"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab:

"Bahkan !"

Rasulullah menyambung:

"Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudhu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila Allah hendak melimpahkan rahmat kepada ahli-ahli neraka yang Dia dikehendaki, Dia pun
memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud(di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud."


Begitulah Allah SWT memuliakan hambaNya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannyaapatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian sewajarnya.
Semoga kita akan menjadi hamba-hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam
Back to Top