Slider

Sunday, February 19, 2012

Suplemen Natural vs Suplemen Sintetik

Ramai yang bertanya beza Supplement Shaklee dengan Jenama lain. Untuk yang bertanya, boleh teruskan pembacaan anda. Entry di bawah saya olahkan dari entry asal dari mysuperkids

Ramai yang bertanya

“Boleh ke saya makan vitamin dari farmasi atau yang diberi percuma, lepas tu ambil milk booster Shaklee?”

Ada juga yang bertanya


“Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Kan sama je vitaminnya”.


Supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, sintetik dan natural. Apa bezanya?


Penghasilan
Supplement natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Supplement sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.


Keserasian dengan badan
Supplement natural dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Supplement sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan supplement natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.



Kesan kepada tubuh badan
Suplemen natural mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, dengan tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Jadi Kalsium dari natural supplement didatangkan bersama magnesium dan vitamin D.

Supplement sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakannya datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Padahnya, jika kita gagal menyempurnakan diri kita dengan Magnesium dan Vitamin D, Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Begitu juga dengan nutrien-nutrien lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam supplement sintetik.

Kesan jangka panjang
Suplemen natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara suplemen natural dengan sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.

Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.


Jadi, bijaklah dalam membuat penilaian. Anda boleh mengambil vitamin dari mana-mana, farmasi mana-mana, pembekal mana-mana… tapi demi kesihatan berpanjangan, pilihlah yang terbaik, antara vitamin natural dengan sintetik. Pasti tak sama.


Saturday, February 18, 2012

7 jam tidur untuk kesihatan yang lebih baik!

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

Apa khabar? Bangun awal hari ni? Cukup tidur semalam? Jangan abaikan tidur yang cukup, sangat tak baik untuk kesihatan. Ini peringatan untuk diri saya juga yang kerapkali tidur lambat sebab banyak sangat kerja tak settle. 

Dulu zaman sekolah asrama, pukul 10, nanti ada pengawas asrama yang akan jerit "Liiiiiiiightsssss oooffffff !!!!!!!" Semua cube tutup lampu. Patutnya tido la kan. Ada jugak yang extra rajin study guna lampu corridor, baca novel pon ada. ishk.. ishk.. ishk.. ;)

Penting sangat tidur awal? Takde apa2 jadi pon? Ye.. skarang okey lagi, nanti tua2 esok, tak nak la merana kan? Ok Jom UBAH! Meh baca artikel ni. Saya petik dari blog e-kesihatan. Sangat penting, penting dan penting! =) Jom baca!

Tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk angin ahmar (strok) dan serangan jantung.



Itulah penemuan para penyelidik Britain yang menganalisa data yang diperoleh dari lebih daripada 470,000 orang dari lapan buah negara, termasuk Amerika Syarikat.


"Jika anda tidur kurang daripada enam jam semalaman dan mengalami tidur yang terganggu, anda 48 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat atau mati kerana sakit jantung dan 15 peratus lebih kemungkinan untuk mendapat atau mati kerana strok," kata Dr. Francesco Cappuccio, dari Warwick Medical School di England, seorang pengarang bersama penyelidikan tersebut, dalam hebahan berita di University of Warwick.

"Corak tidur lewat malam dan bangun awal pagi sebenarnya adalah bom jangka untuk kesihatan kita, jadi anda kena bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit yang mengancam nyawa ini," beliau menambah.

Teringat tidur ramai2 di asrama =)


Dr. Michelle Miller, penulis bersama kajian dengan Dr. Cappuccio, menjelaskan dalam hebahan berita itu yang "tidur sebentar kronik menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia dalam badan yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar , dan keadaan lain seperti tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kencing manis dan obesiti."



Kajian itu telah diterbitkan pada 8 Febuari dalam European Heart Journal.

Segala pergelutan hidup/kerja dalam kehidupan hari ini menyebabkan ramai dari kita menukarkan masa tidur yang berharga dengan bekerja untuk memastikan kita siap semua kerja yang diberikan kepada kita.



"Tetapi dengan berbuat demikian" kata Dr. Cappuccio, "kita meningkatkan risiko mendapat strok atau penyakit kardiovaskular yang mengakibatkan, contohnya serangan jantung."

Mendapat tujuh jam tidur semalaman melindungi kesihatan dan mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit kronik, nasihat beliau.





---------- **~~**-----------

Ok, malam ni tidur awal ye ;-)

Promosi Terkini? Hubungi kami...

~~***~~
*This statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan

_________________________________________________________
 Konsultasi percuma & Harga istimewa
sms.call.whatsapp. 019 228 2147 | surijunior@yahoo.com |FB Surijunior

Friday, February 17, 2012

Kenapa Omega-3?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Semoga semuanya sihat sejahtera, sebelum askar-askar bangun dari hibernasi, sempat saya berkongsi tentang OmegaGuard. Supplement yang sangat berbaloi untuk di invest. Cemana rupanya? Meh tengok =)
Semua dari kita mesti familiar dengan supplement minyak ikan bukan? Fish oil. Sangat popular. Banyak kebaikan memakan ikan. Ada kajian melaporkan Orang Inuit, jantung mereka sangat kuat & sihat kerana mereka banyak makan ikan. Kalau kita, kalau gemuk saja, selalunya dikaitkan dengan tinggi bad cholesterol & sakit jantung tetapi mereka, walaupun mereka berbadan besar, of course sebab perlu extra lemak untuk menahan sejuk, tetapi jarang di antara mereka sakit jantung. 
Inuit Village
Ini disebabkan pengambilan diet berasaskan ikan yang tinggi sebagai sumber omega-3 yang menyumbang kepada kesihatan jantung. Ada jugak saya pernah dengar dulu (takde kajian saintifik okey), Orang Terengganu & Kelantan kebanyakannya pandai sebab banyak makan keropok ikan. Ye ke? Balik tanya mak eh?! :P Orang Kedah pon sehat sebab banyak makan sayur fresh dalam pasembor, Jangan tak tau! >__<V
Keropok lekor yang lebih sihat jika direbus/kukus =)
Kenapa ikan? Sebab ikan adalah sumber popular Omega-3? Apakah Omega-3?

Asid Lemak Omega-3 adalah komponen diet yang diperlukan untuk kesihatan optimum. Badan kita tidak boleh menghasilkan Omega-3 tetapi perlu didapatkan dari sumber luar. Ikan sahajakah?? Ada lagi, Omega-3 boleh didapati dari sumber marin & minyak tumbuhan. Selain ikan laut dalam, sumber omega-3 boleh didapati dari flaxseed, canola oil, soybeans, pumpkin seeds & wallnuts. Ikan & sumber marin mengandungi DHA & EPA yang lebih tinggi.

Asid Lemak Omega-3 yang penting/vital dalam fisiologi manusia adalah α-linolenic acid (18:3, n−3; ALA), eicosapentaenoic acid (20:5, n−3; EPA), dan docosahexaenoic acid (22:6, n−3; DHA), senang sebutnya ALA, EPA & DHA. 

Kenapa ALA, EPA dan DHA penting?
Berbanding ALA, kajian-kajian saintifik menunjukkan EPA dan DHA mempunyai fungsi yang lebih signifikan terhadap fisiologi tubuh manusia. Jadi, hati-hati dengan sesetengah produk yang claim ada omega yang tinggi tapi sebenarnya kandungan ALA jauh lebih tinggi daripada EPA dan DHA. 
Cikgu Ikan mengajar....
Sejauhmana pentingnya Omega-3 terutamanya DHA & EPA?
# Perkembangan dan fungsi otak (Selalu dengarkan susu diperkaya dengan DHA semua tu?)
# Meningkatkan sistem imunisasi
# Mengurangkan keradangan
# Menyokong sistem saraf 
# Membantu fungsi mata
# Melancarkan pengaliran darah, mengatasi darah beku seterusnya mengawal tekanan darah
# Membantu menurunkan berat badan
# Mengurangkan simptom depression
# Mencegah arthritis
# dan lain-lain....

Banyak tu.. make sure ambil omega ye lepas ni. Tak nak? sebab tak sakit? Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati? 

Jadi? Meh kita makan ikan banyak2 =) Nanti dulu.. berpijak di alam nyata.. Ikan-ikan kita sekarang banyak yang tercemar dengan logam berat seperti merkuri & plumbum. 
Marine pollution : Kerosakan hasil dari tangan-tangan manusai =(


Saya ada kongsikan entry di FB dulu.  

American Heart Association, United States Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA), telah mengeluarkan nasihat tentang pemakanan ikan terutamanya kepada Ibu mengandung:

#Berikut merupakan cadangan pengambilan ikan FDA US:

#Boleh dimakan seperti biasa - makarel dari Atlantik Utara
#Maksimum 6 kali sebulan - Ikan Kod, Lobster, Tuna
#Maksiumum 3 kali sebulan - Kerapu, makarel (Sepanyol), tuna kuning,
#Sebaiknya dihindari - makarel raja, TodakMarlin, Tiefish, Yu, mersuji

Bukan ibu mengandung je ye. Kepada semua manusia. Sebab apa? Pencemaran logam boleh menganggu sistem tubuh manusia & paras toksik yang terlalu tinggi boleh membahayakan:
- Gangguan  sistem saraf .
- Kerosakkan otak   
- Kerosakkan DNA dan kromosom (genetik) 
- Kesan Alahan (menyebabkan ruam kulit , keletihan dan sakit kepala) 
- Kesan  reproductive , Kerosakan sperma , kerencatan fetus dan keguguran. 

Ketoksikan logam berat sepert merkuri & plumbum boleh menjejaskan kanak-kanak


Sebab tu, kita mesti prihatin ketika anak-anak mula suka menulis/melukis. Kadang-kadang masa mencari idea ke apa ke, dia suka masukkan pensel ke dalam mulut, Secara tidak langsung boleh mengakibatkan anak-anak kita tertelan Plumbum di mata pensel dan dulu ada jugak isu jewelery yang ada salutan Kadmium, Bila pakaikan pada anak-anak, kadang-kadang budak-budak kecik suka jilat/gigit gelang/rantai tu. Jadi, hati-hati. *Selingan ye*

Takan bila kita makan banyak sangat merkuri/logam berat? Isu sekarang ialah bioakumulasi. Bioakumulasi ni maksudnya pengumpulan logam tersebut dari segi jangka masa panjang. Katakan kalau kita termakan 1microgram hari ni, dikumpulkan sehingga esok, minggu depan, bulan depan? Jadi pengumpulan dalam sistem & organ-organ badan akan menyebabkan toksik sehingga memberikan kesan seperti di atas. *Macam mengajaq Bio online pulak*

Jika anda mengambil supplement minyak ikan kerana anda tahu kepentingan omega-3, anda sepatutnya berhati-hati memilih jenis minyak ikan & pastikan mendapat kualiti yang terbaik. Jika tidak, instead of benefiting from the fish oil, you might suffer of toxicity. Lagi satu, pastikan minyak ikan tersebut mempunyai kandungan DHA & EPA lebih tinggi berbanding ALA.

Kembali kepada gambar pertama di atas;


Pilihan terbaik saya tentulah OmegaGuard Shaklee :
# Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
Memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan

#Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi

Jadi, sebelum menutup bicara (lama betul tak buat esei skema :p), bersempena dengan promosi O-Mega Sale bulan ni, 



Dapatkan OmegaGuard SHAKLEE untuk:

~ Menguruskan badan anda
~ Mendapatkan bentuk badan yang menarik untuk diri anda
~ Menyokong kesihatan jantung ibu & ayah tersayang
~ Meningkatkan kecerdasan minda anak yang tersayang
~ Meningkatkan ketahanan badan si manja
~ Mengurangkan bad kolesterol sang suami
~ Melegakan sakit lutut dan sendi mak, ayah, nenek di kampung

Semua ni tak berkaitan? Lebih penting, Omega-3 untuk kesihatan optimum, mencegah sebelum sakit datang menjengah & bermastautin. 


Sentiasa ingat, jangan lupa:
  • Mencegah sentiasa lebih baik dari merawat
  • Pemakanan tambahan yang terbaik bukan jaminan anda 100% bebas dari penyakit, tetapi boleh mengurangkan tahap keterukan jangkitan/penyakit. 

Ada soalan? Bagaimana Omega-3 membantu menguruskan badan? Ok, nanti kita sembang lagi =)

Makan keropok lekor dulu, jom! >,<

~~***~~
*This statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan

_________________________________________________________
 Konsultasi percuma & Harga istimewa
sms.call.whatsapp. 019 228 2147 | surijunior@yahoo.com |FB Surijunior












Thursday, February 9, 2012

Memulakan S.O.H.O anda

Small Office Home Office semakin popular dikalangan  rakyat Malaysia terutamanya isteri / ibu-ibu yang memilih untuk menguruskan keluarga disamping menjana pendapatan tambahan. 
Contoh SOHO. >__< !



Kelebihan SOHO :
~ Fleksibel
~ Modal yang kecil/ minima tanpa perlu menyewa premis
~ Masa bersama keluarga yang lebih.

Dunia tanpa sempadan dengan kewujudan internet menjadikan SOHO satu kenyataan. Tahukah anda SOHO boleh menjana pendapatan sehingga 5angka? Tidak mustahil 6angka atau lebih dari itu.

Bagaimana saya memulakan SOHO? Anda boleh google & mendapat maklumat bagaimana SOHOwan memulakan perniagaan mereka. Di sini, saya ingin berkongsi apa yang saya lakukan untuk membina SOHO saya secara serius. Perkongsian kecil, yang mungkin boleh membantu anda :)


1. Fikirkan nama kedai & logo yang sesuai 
2. Bina FB Fan Page
FB Page

3. Bina blog 
4. Daftar syarikat
5. Daftar dengan courier service (Poslaju, GDex etc)
6. membuka Akaun semasa (saya pilih Maybank) 

Pendaftaran Syarikat
Untuk mendaftar syarikat, anda hanya perlukan 1-2jam (mungkin kurang) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk urusan pendaftaran. Yang diperlukan hanyalah:
1. IC
2. Wang RM70-RM90 (lebih kurang, tak ingat brapa :P)
3. Rakan kongsi (Jika syarikat bersama)

Kenapa perlukan syarikat?
1. Jadikan perniagaan anda legal
2. Meningkatkan kepercayaan pengguna
3. Boleh mendaftar dengan mana-mana syarikat courier

Kenapa perlu mendaftar dengan syarikat courier?
1. Item dapat di collect dari kediaman/pejabat FOC tanpa anda perlu menapak ke pusat           poslaju/courier & kurang kos fuel juga ;-) Jika tidak mendaftar, setiap kali pick up akan dicaj (Cth: Poslaju caj RM5/pick up)
2. Mendapat supply plastik & sticker Fragile dari syarikat courier
3. Nama & alamat anda dicetak terus oleh syarikat, Cantik & Jimat masa, perlu tulis nama receiver saja :)

Plastik/ Flyer, Pocket & Form (dengan nama & alamat dicetak)
Juga FRAGILE sticker :)


Kenapa perlukan akaun semasa?
1. Anda boleh mendapatkan buku cek, jadi, pembayaran courier boleh dilakukan dengan mengeluarkan cek     kepada posmen (posmen tidak terima cash). Jika tidak, anda perlu ke Poslaju Centre untuk pembayaran
2. Pengeluaran wang tanpa limit
3. Statement akaun semasa boleh digunakan untuk apply loan rumah/kereta/biz etc. terutama jika anda     adalah WAHM

Akaun semasa boleh dibuka dengan (Ini contoh Maybank current account ya):

~ Deposit RM1k untuk akaun personal dengan menggunakan introducer yang menggunakan akaun semasa    selama 1-2tahun atau lebih
~ Deposit RM2k untuk akaun syarikat dengan menggunakan introducer yang menggunakan akaun semasa     selama 1-2tahun atau lebih
~ Paling mudah, mohon membuka akaun semasa melalui maybank2u. Tunggu maybank call lebih kurang    lepas 3-7hari dengan deposit hanya RM500


---->Lepas settle, nak withdraw balik deposit, boleh la :P

Fikir-fikirkan & Selamat merancang! Berjaya merancang adalah merancang untuk berjaya :)


Tuesday, February 7, 2012

One of the best messages I've seen in my life..

At a fundraising dinner for a school that serves children with learning disabilities, the father of one of the students delivered a speech that would never be forgotten by all who attended. After extolling the school and its dedicated staff, he offered a question:

'When not interfered with by outside influences, everything nature does, is done with perfection. Yet my son, Shay, cannot learn things as other children do. He cannot understand things as other children do.

Where is the natural order of things in my son?'

The audience was stilled by the query.

The father continued. 

'I believe that when a child like Shay, who was mentally and physically disabled comes into the world, an opportunity to realize true human nature presents itself, and it comes in the way other people treat that child.'

Then he told the following story:

Shay and I had walked past a park where some boys Shay knew were playing baseball. Shay asked, 

'Do you think they'll let me play?' 

I knew that most of the boys would not want someone like Shay on their team, but as a father I also understood that if my son were allowed to play, it would give him a much-needed sense of belonging and some confidence to be accepted by others in spite of his handicaps.

I approached one of the boys on the field and asked (not expecting much) if Shay could play. The boy looked around for guidance and said, 

'We're losing by six runs and the game is in the eighth inning. I guess he can be on our team and we'll try to put him in to bat in the ninth inning.'

Shay struggled over to the team's bench and, with a broad smile, put on a team shirt. I watched with a small tear in my eye and warmth in my heart. The boys saw my joy at my son being accepted.

In the bottom of the eighth inning, Shay's team scored a few runs but was still behind by three.

In the top of the ninth inning, Shay put on a glove and played in the right field. Even though no hits came his way, he was obviously ecstatic just to be in the game and on the field, grinning from ear to ear as I waved to him from the stands.

In the bottom of the ninth inning, Shay's team scored again..

Now, with two outs and the bases loaded, the potential winning run was on base and Shay was scheduled to be next at bat.

At this juncture, do they let Shay bat and give away their chance to win the game?

Surprisingly, Shay was given the bat. Everyone knew that a hit was all but impossible because Shay didn't even know how to hold the bat properly, much less connect with the ball.

However, as Shay stepped up to the plate, the pitcher, recognizing that the other team was putting winning aside for this moment in Shay's life, moved in a few steps to lob the ball in softly so Shay could at least make contact.

The first pitch came and Shay swung clumsily and missed.

The pitcher again took a few steps forward to toss the ball softly towards Shay.

As the pitch came in, Shay swung at the ball and hit a slow ground ball right back to the pitcher.

The game would now be over. The pitcher picked up the soft grounder and could have easily thrown the ball to the first baseman. Shay would have been out and that would have been the end of the game. Instead, the pitcher threw the ball right over the first baseman's head, out of reach of all team mates.

Everyone from the stands and both teams started yelling, 

'Shay, run to first! Run to first!'

Never in his life had Shay ever run that far, but he made it to first base.

He scampered down the baseline, wide-eyed and startled.

Everyone yelled, 

'Run to second, run to second!'

Catching his breath, Shay awkwardly ran towards second, gleaming and struggling to make it to the base.

By the time Shay rounded towards second base, the right fielder had the ball . the smallest guy on their team who now had his first chance to be the hero for his team.

He could have thrown the ball to the second-baseman for the tag, but he understood the pitcher's intentions so he, too, intentionally threw the ball high and far over the third-baseman' s head.

Shay ran toward third base deliriously as the runners ahead of him circled the bases toward home. All were screaming,

'Shay, Shay, Shay, all the Way Shay !'

Shay reached third base because the opposing shortstop ran to help him by turning him in the direction of third base, and shouted, 

'Run to third!

Shay, run to third!'

As Shay rounded third, the boys from both teams, and the spectators, were on their feet screaming,

 'Shay, run home! Run home!'

Shay ran to home, stepped on the plate, and was cheered as the hero who hit the grand slam and won the game for his team


'That day', said the father softly with tears now rolling down his face, 

'the boys from both teams helped bring a piece of true love and humanity into this world'.

Shay didn't make it to another summer. He died that winter, having never forgotten being the hero and making me so happy, and coming home and seeing his Mother tearfully embrace her little hero of the day!


Air : Nadi Kehidupan

Kenapa penting minum air yg mencukupi??

+ Lebih 2/3 berat tubuh kita terdiri dari air
+ Komposisi utama organ penting. Contoh:
- 95% air pada otak
- 80% air dalam darah
- 90% air dalam paru-paru



+ Sebagai pelincir
+ Asas kepada air liur
+ Membentuk cecair di sendi
+ Mengawalatur suhu badan
+ Mengelakkan sembelit

+ Agen nyahtoksik yang terbaik
+ Membantu metabolisma sel tubuh
+++ banyak lagi..

Tanpa air, sistem badan tidak boleh berfungsi secara normal. Pentingnya air, sehingga jika beberapa hari tanpanya, kita boleh mati.

Masih beralasan untuk minum air?? Fikirkan!


Besarkah sumbangan air kepada kesihatan jika diminum dengan mencukupi?

+ Merendahkan risiko batu karang
+ Mild dehydration (Hanya sedikit kekurangan air)boleh meningkatkan risiko jangkitan virus
+ Mencegah Urinary Tract Infection (UTI)
+ Mengurangkan risiko sakit jantung
+ Meningkatkan metabolisme sel lemak


+ penurunan 2% daripada keperluan air boleh menyebabkan dehidrasi yang mengakibatkan:
--> Sering lupa
--> Sukar menyelesaikan masalah Matematik asas
--> Sukar fokus kepada tulisan kecil seperti skrin komputer
--> Mudah letih

Masihkan kita beralasan? Sangat mudah meminum air bukan? Tanpa kesedaran & tips yang betul, kita akan terus beralasan.. mungkin sehingga ginjal kita rosak.. mungkinlah!

Tips pengambilan air harian:

Kita disarankan mengambil air kosong 6-8gelas sehari atau ada juga yang menyarankan 1liter untuk setiap 25kg berat badan. Bagaimana mencukupi keperluan ini?

--{@ Gunakan botol air berindikator / penunjuk
--{@ Minum 1gelas setiap jam.
--{@ Jangan tunggu sehingga dahaga. Ketika dahaga, kita sebenarnya telah dehidrasi

--{@ Minum 1-2gelas air sebaik jaga dari tidur untuk membantu tubuh flush out toxin yang diproses sepanjang malam
--{@ Jika perlu, set alarm untuk masa minum air sebagai regime
--{@ Pilih bekas minuman bebas BPA
--{@ Lebihkan air jika anda mengambil minuman dierutik / "pencuri" air seperti kafein

Mulakan sekarang atau tunggu sehingga sakit baru mulakan?

Pilihan ditangan anda :)

Saturday, February 4, 2012

Hanya yang terbaik untuk permata hati :)

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua,

Pejam-celik dah pun Februari. Pantas sungguh! Semoga hari-hari yang berlalu kita mampu manfaatkan sebaik mungkin.Hari ni saya nak kongsikan baaanyak kegembiraan pengguna-pengguna Shaklee terhadap Mealshake & Omega Guard. Sebelum paste keterujaan mereka, ni pengalaman saya sendiri. 


Alhamdulillah saya dikurniakan empat orang anak-anak. Rekod kesihatan paling teruk mereka?? hmm... mungkin demam campak seminggu, demam panas 3-4hari, tu je kot.. Keadaan kesihatan yang baik ini, bagi saya perlu disyukuri. Bagaimana? dengan berusaha mengekalkannya / maintain. Dulu, keadaan saya yang bekerja menyebabkan kami tiada pilihan selain menghantar mereka ke nursery, untuk mencari maid.. err.. buat masa ni, belum kott..

Berada di nursery, selsema, batuk, demam kadang-kadang adalah perkara biasa. Maklumla, bercampur dengan ramai.. Tapi lama-lama, bila dah hari-hari exposed, agaknya, immunity diorang pon dah tinggi sikit, selsema dll tu dah kurang sikit..alhamdulillah.. sehinggalah saya berkenalan dengan Shaklee. Saya memperkenalkan mereka Vita-Lea for Children & Vita - C chewwable. Tapi cuma yang 4 tahun ke atas saja boleh ambil.. Kesihatan mereka bertambah baik, kami juga dah kurang mengunjungi klinik.

Tapi sebenarnya, saya memang berniat untuk memberikan anak-anak saya Mealshake & Omega Guard. Sebab dari umur setahun dah boleh ambil, jadi semua anak-anak boleh ambil. Alhamdulillah, bisnes Shaklee yang saya usahakan pada mulanya kecil-kecilan, kian menunjukkan hasil. Dari 2 angka, kepada 3 angka dan sekarang sudah 4 angka. *senyum* Jadi kami mempunyai lebihan. Saya laburkan keuntungan ini sedikit untuk kesihatan anak-anak. Bukannya mahal sangat pon, cuma bila dah 4 orang, 1 canister tu sekejap saja.. err.. campur mak ayah, jadi 6 la :P  

Cuti raya cina hari tu kami balik kampung. Memang kebiasaan kami balik kampung dalam 2-3bulan sekali. Dah tak kerap sangat macam dulu sebab anak-anak pon dah sekolah. Sepanjang di kampung, memangla budak-budak ni lasak,nak-nak pulak, suami saya angkut sekali basikal & scooter balik kampung. Sepanjang di kampung, belukar-belukar diredahnya, main tak kira masa, kacau ayam nenek, masuk semak.. macam-macaaaam ada :D Tapi anehnya (aneh?) kali ni, takde seorang pon yang demam atau pun selsema, selalunya, at least sorang akan selsema/demam setelah balik KL. 


Alhamdulillah.. ikhtiar yang membuahkan hasil dengan izin Allah. Bila sampai KL, baru saya terfikir, sejak consume Mealshake & Omega Guard;

~ Terlalu/ sangat jarang mereka selsema apatah lagi demam
~ Selera makan sangat baik tanpa memilih sayur 
~ Tiada lagi insiden tidur dalam kelas seperti dahulu ;P
~ Tiada selsema/ batuk/ demam sepanjang / setelah balik dari kampung

Semuanya dengan izin Allah. Apa yang penting, konsisten dalam memberikan supplement. Ini kisah saya, bagaimana dengan yang lain? Mari kita baca :)

FB : Iffah Anuar
"Alhamdulillah... saya juga berikannya pada Faheem.. alhamdulillah, travel from Sgr - Cherating- Tgn - Melaka - Sgr...
ke ladang ayah, berpanas hujan..main lumpur..Faheem tidak demam/selesema/muntah2 spt sepupu yg lain.. Alhamdulillah...

Sy juge dah tidak bermusuh dengan matahari :) kalo dulu x boleh kne matahari migrain+rashes..+ demam + sakit2 sendi smp x boleh bgn..syukur.. setelah 1 Yr+ tekun amalkan shaklee"

FB : Beeha Yunos
"Since saya bg anak saya meashakes+omega, mmg dia jarang selsema (kalau tak sebulan sekali sure g pakar kanak2) dan susu mmg abis aje..dan makan pon selera..alhamdulillah..sayur sume makan, dah tak de masalah tak nak makan..and kalau demam atau selsema, 2 hari dah baik..alhamdulillah..akhirnya saya temui supplement yg serasi utk anak saya :)

insyaallah kesan dlm seminggu dah nmpk lg2 tang selera makan anak..lgpon berbaloi2..tahan lamaaa..omega sebotol tu tak tau laa bila nak abis sbb seminggu cuma 2-3kali je makan..kalau dulu saya pengunjung setia farmasi (utk anak aje 3-4 jenis supplement bg prebiotik la mcm2 sebulan ratus2 gak abis utk supplement anak) skrg alhamdulillah..setia pd 2 tu-mealshakes+omega..sampai en somi pelik sbb dah xde g farmasi lg ehhee..syukurr (yg penting sihat dpt, safe budget pon dpt) ehheee" 

FB : Sha Shaklee
"anak sha selama klu blk tgnu mesti meragam smpai berhari2 sbb mungkin sakit tubuh jln jauh smpai setiap kali nk blk,sha mesti termenung pk kn kshtn ank..
tp sha prsn blk CNY baru ni,alhamdulillah ank sha ok sgt2..lgsung xmeragam..lgsung xsakit2 tubuh dh..sha baru start bg ank mealshakes dlm seminggu..alhamdulillah,terima kasih ya Allah..lps cuti trus keje mlm,husbnd pun kata ok je,xmeragam..syukur sgt2.syukur... " 

FB : Azra Balqis Irdina
"bagus jugak mealshake nie ye..ank sy dlu x mo mkn..ble nk bg mkn msti nyorok blakang pintu..skrg lepas sy bg die mealshake..mkn mcm x ingt dunia..ble x bg mkn msti mrh..skrg sayur2 pon die mkn..dlu die paling benci kt sayur..gembira hati sy tgk die da berselera..pipi pon da berisi..

FB : Rafaliah
" Irfan salah satu contohnya..dulu every mth demam, batuk n selsema pastu siap kena asthma attack. AlhamduLILLAH skang ni sgt better..:-) " 

FB : Zabrina Ar.
"Baru 2 hari bagi zara mealshake...selera makan dia bertambah..asyik nak nyam2 je...hehehe..."

FB : Haslina Hamat
"anak sy 5 thn sblm ni pun mmg xnak mkn ns..lepas amik mealshake , terus ada slera mkn.alhamdulillah..tp bdn xder la terus gemukss..ok la..slera mkn mbuak2 tu ada..siap kul 12 mlm minta ns lg...huhu..sahur pun bgn mkn ns..kuikuikui...thank to Nur Hidayu."

FB : Lydzar Rusman
"Sambil-sambil saya bervitamin, saya beri juga anak-anak saya vits for kids. Vitalea, chewable vita-C, mealshake dan Omega guard. Saya suka sgt sbb since dorang makan mealshake, selera anak dah mula bertambah. Tak perlu dh saya kejar sane sini nk suapkan makan. Malah dorang boleh duduk dan makan sendiri..Alhamdulillah.."

FB : Rini Shariff.
"Anak saya mikail mmg susah sgt nak makan.sgt2 cerewet...nasi tu mmg tak makan la...badan mmg kurus sgt 6 tahun. so saya bancuh mealshake + susu dugro coklat bagi dia minum...alhamdulillah selera semakin ok.."


Hmm.. banyak ye.. Mealshake & Omega Guard memang antara supplement hangat SHAKLEE. 

Mealshake, Selain itu ia membekalkan protein dan 19 jenis Vitamins dan Mineral utk tubuh si kecil anda :) Membina pertumbuhan yang lebih baik, dengan tubuh yang lebih cergas, sihat dan minda yang cerdas! 

OmegaGuard, Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.* Omega Guard sangat baik untuk Perkembangan minda anak, Membantu selera makan anak, Keradangan sendi / arthritis, Perlindungan jantung/kardiovascular serta Alahan/eczema/asthma* 
*This statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan

_________________________________________________________
 Konsultasi percuma & Harga istimewa
sms.call.whatsapp. 019 228 2147 | surijunior@yahoo.com |FB Surijunior






Back to Top