Slider

Saturday, February 18, 2012

7 jam tidur untuk kesihatan yang lebih baik!

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

Apa khabar? Bangun awal hari ni? Cukup tidur semalam? Jangan abaikan tidur yang cukup, sangat tak baik untuk kesihatan. Ini peringatan untuk diri saya juga yang kerapkali tidur lambat sebab banyak sangat kerja tak settle. 

Dulu zaman sekolah asrama, pukul 10, nanti ada pengawas asrama yang akan jerit "Liiiiiiiightsssss oooffffff !!!!!!!" Semua cube tutup lampu. Patutnya tido la kan. Ada jugak yang extra rajin study guna lampu corridor, baca novel pon ada. ishk.. ishk.. ishk.. ;)

Penting sangat tidur awal? Takde apa2 jadi pon? Ye.. skarang okey lagi, nanti tua2 esok, tak nak la merana kan? Ok Jom UBAH! Meh baca artikel ni. Saya petik dari blog e-kesihatan. Sangat penting, penting dan penting! =) Jom baca!

Tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk angin ahmar (strok) dan serangan jantung.



Itulah penemuan para penyelidik Britain yang menganalisa data yang diperoleh dari lebih daripada 470,000 orang dari lapan buah negara, termasuk Amerika Syarikat.


"Jika anda tidur kurang daripada enam jam semalaman dan mengalami tidur yang terganggu, anda 48 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat atau mati kerana sakit jantung dan 15 peratus lebih kemungkinan untuk mendapat atau mati kerana strok," kata Dr. Francesco Cappuccio, dari Warwick Medical School di England, seorang pengarang bersama penyelidikan tersebut, dalam hebahan berita di University of Warwick.

"Corak tidur lewat malam dan bangun awal pagi sebenarnya adalah bom jangka untuk kesihatan kita, jadi anda kena bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit yang mengancam nyawa ini," beliau menambah.

Teringat tidur ramai2 di asrama =)


Dr. Michelle Miller, penulis bersama kajian dengan Dr. Cappuccio, menjelaskan dalam hebahan berita itu yang "tidur sebentar kronik menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia dalam badan yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar , dan keadaan lain seperti tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kencing manis dan obesiti."



Kajian itu telah diterbitkan pada 8 Febuari dalam European Heart Journal.

Segala pergelutan hidup/kerja dalam kehidupan hari ini menyebabkan ramai dari kita menukarkan masa tidur yang berharga dengan bekerja untuk memastikan kita siap semua kerja yang diberikan kepada kita.



"Tetapi dengan berbuat demikian" kata Dr. Cappuccio, "kita meningkatkan risiko mendapat strok atau penyakit kardiovaskular yang mengakibatkan, contohnya serangan jantung."

Mendapat tujuh jam tidur semalaman melindungi kesihatan dan mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit kronik, nasihat beliau.





---------- **~~**-----------

Ok, malam ni tidur awal ye ;-)

Promosi Terkini? Hubungi kami...

~~***~~
*This statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan

_________________________________________________________
 Konsultasi percuma & Harga istimewa
sms.call.whatsapp. 019 228 2147 | surijunior@yahoo.com |FB Surijunior

No comments :

Back to Top