Slider

Friday, March 9, 2012

Karotenoid : Antioxidan hebat!

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Jom sembang pasal antioxidant :) Bila sebut antioksidan, Ramai yang akan terbayang cantik, awet muda, free wrinkles. Tu semua betul. tak de yang salah. Namun, lebih signifikan dari itu, antioksidan sangat penting untuk kestabilan sel. Apakah sebenarnya antioksidan?





Lihat dua diagram di atas, yang atas ialah bagaimana oksidasi berlaku yang mengakibatkan terbentuknya radikal bebas. Diagram kedua, bagaimana antioksidan berfungsi menggantikan elektron yang hilang tersebut dan mengembalikan kestabilan elektron. Mengapa penting kita mempunyai elektron yang stabil? Ketidakstabilan elektron selain menyebabkan sel-sel rosak jugak boleh mengakibatkan perubahan agresif sel sehingga mengakibatkan kanser. 

Apakah akibatnya jika kita kekurangan antioksidan? Tubuh kita sangat fragile menghadapi persekitaran. Mudah sakit juga dalam situasi yang teruk, boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, arthritis, katarak dan sebagainya.

Bagaimana kita mengekalkan kestabilan elektron sel? Dengan pengambilan makanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi macam dalam gambar di bawah ye =)



Ni je ke? Jenuh la nak makan stroberi hari2 ;P Basically, antioksidan terdapat dalam makanan yang mengandungi Vitamin A, C dan E

Pengendalian makanan juga penting untuk mendapatkan antioksidan yang optimum tambah-tambah pula makanan terutama sayuran kita banyak tercemar oleh pestisid. Kesian kita kan? :P

Jika kita mengambil supplement untuk membekalkan ontiksidan, pastikan ianya semulajadi & untuk Vitamin A & E, sebaiknya supplement tersebut adalah dalam bentuk pro-vitamin A & pro-vitamin E. Kenapa? Jika kita mengambil supplemen Vitamin A & E, kita mempunyai risiko untuk mendapat kelebihan Vit E & A, Kedua-dua vitamin ini larut lemak, jadi ianya akan tersimpan di dalam simpanan lemak kita dan menyebabkan ketoksikan Vitamin E & Vitamin A. Bagi yang mengamalkan Vitamin E & A Shaklee, anda boleh tersenyum kerana kedua-duanya adalah dalam bentuk pro vitamin yang hanya akan ditukarkan ke bentuk vitamin apabila tubuh kita perlukan, Jadi, senyum :)) 




Untuk Vitamin C? ada pro vitamin c? Hehe, vitamin C tidak begitu mendatangkan masalah kerana ianya larut air. Jika lebih, kita akan kumuhkan saja melalui urine. Tetapi, lebih elok jika kita boleh mencari Vitamin C yang ada fasa pelepasan (Sustained release). yang mana ianya dilepaskan sedikit demi sedikit. Contohnya, jika kita mengambil 500mg Vitamin C biasa, lebihnya hanya akan dibuang. sayang kan? Tetapi jika Sustained release, amaunnya akan dilepaskan sedikit demi sedikit (bukan serentak), lebih praktikal :)


Baik, kembali kepada antioksidan, Salah satu kumpulan antioksidan ialah karotenoid. Ini karatenoid yang Shaklee tawarkan

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan
# alfa-karotena
# astaxanthin
# beta-karotena
# lutein
# likopena
# zeaxanthin 

yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja. CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina. 

Kenapa Shaklee mengekstrak dari kelapa sawit? bukan dari carrot yang memang popular dengan Vitamin A? Seperti yang dinyatakan di atas, Vitamin A adalah vitamin larut lemak. Jadi Vitamin A yang berasal dari sumber lemak dan minyak didapati lebih biovalable berbanding yang dari bukan sumber lemak & minyak. Jadi, lepas ni, kalau nak dapat Karotin dari carrot, kita buat carrot susu kot. hehe =) 


Bioavailable tu apa? Owh.. bioavailable tu ketersediaan biologi. maksudnya yang lebih mudah diserap. Jika kita perasan, Vitamin E selalu didatangkan dengan kapsul minyak. Sebab apa? sebab Vitamin E larut lemak. Jadi, jika didatangkan bersama kapsul minyak, ia akan meningkatkan keberkesanan penyerapan  :))

Kenapa Carotenid penting?
  • Melindungi sel dari radikal bebas
  • Memberikan sumber Vitamin A
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Membantu sistem pembiakan berfungsi dengan baik :  beta-karotina ditemui pada kepekatan yang tinggi di korpus luteum iaitu struktur di ovari yang sangat penting untuk pembiakan wanita
Jadi, siapa yang perlukan Carotamax? 

Karotenoid dipercayai boleh membantu mencegah atau merawat kondisi kesihatan berikut 
(sumber : WHFood):
  • AIDS
  • Penuaan
  • Angina pectoris
  • Asthma
  • Katarak
  • Kanser servik
  • Sakit jantung
  • Kanser larink (peti suara)
  • Kanser paru-paru
  • Ketidak suburan lelaki & wanita
  • Osteoarthritis
  • Photosensitivity
  • Pneumonia
  • Kanser prostat
  • Rheumatoid arthritis
  • Kanser kulit
  • Vaginal candidiasis
Jadi, pastikan pengambilan Vitamin A kita mencukupi bagi mencegah gejala-gejala di atas.

Semoga bermanfaat. Kita minum dulu! Carrot susu boley?? =D



Oh ya, untuk cikgu-cikgi, selamat bercuti ya.. Recharge & Relax.... :)) 


~~***~~
*This statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan

_________________________________________________________
 Konsultasi percuma & Harga istimewa
sms.call.whatsapp. 019 228 2147 | surijunior@yahoo.com |FB Surijunior






No comments :

Back to Top