Slider

Thursday, April 5, 2012

Membudayakan pendidikan Al-Quran seawal usia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama saya bertangguh-tangguh nak share tentang tajuk ni. Ramai rakan-rakan yang minta. Bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi guide yang perfect, sekadar perkongsian =)

Saya akan cuba listkan tips / steps pendidikan awal anak-anak mengikut apa yang saya tahu, yang saya baca, yang saya praktik dan yang saya lihat. Tapi tak semua yang saya list kan saya buat dengan sempurna. No! No! Banyak sangat lompang saya dalam mendidik anak-anak, In fact, banyak perkara suami saya yang buat, bukan saya =P

Apakah pelajaran pertama untuk anak-anak?
Kita biasa dengar : 

"Mana boleh ajar sendiri anak2, dia melampau, tu kena hantar kat orang lain" 

Ayat ni saya selalu dengar, walaupun dari mulut ustaz/ustazah sendiri. Menurut mereka, anak-anak tak nak dengar, mesti main-main kalau belajar dengan mak ayah. Sebab tu walaupun mak ayahnya alim alquran, masih juga kluar menghantar anak ke rumah tok guru lain. Rugi kan? anak kita sendiri tidak mengenal huruf2 alquran dari diri kita sendiri. Kita bagikan pahala tersebut kepada orang lain =)

Sebaiknya, kaut peluang mengajar & mendapat pahala mengajar Al-Quran terutamanya dari anak-anak kita sendiri. Bila kita mengajar sendiri, anak-anak akan lebih hormat & patuh kepada kita. Tahap respect mereka lebih tinggi. 

Bagaimana mengajar anak sendiri?

Beritahu objektif dengan jelas kepada anak2. "Ayah nak ajar, bagi kamu semua pandai, supaya kalau pandai baca quran...blablabla...."

> Jadi firm ketika mengajar, masa mengajar, semua anak-anak mesti panggil ustaz/cikgu bukannya ayah. Bezakan masa santai dan masa mendidik.

> Pakai pakaian sesuai untuk mengajar, ibu pakai lengkap-tudung, baju kurung, ayah pakai kopiah/songkok. bukan hanya kain pelikat atau mak pakai kain batik.huhu

> Fokus. Duduk face-to-face. Jangan mengajar sambil masak/lipat kain/main telefon/sambi tengok berita TV

> Wujudkan suasana kelas - panggil ustaz/cikgu, adakan whiteboard, rotan, penunjuk

> Gunakan IT. Baca alquran dari Internet atau scan Iqra' & play sebagai slide atau suruh anak-anak ikut dari youtube. Invest..invest..invest untuk pendidikan mereka. Kalau sesetengah kita boleh pakai smartphone 1-2k,  renovate rumah sampai 30-40k, takan nak beli komputer basic RM400 untuk anak-anak pon tak boleh kan? ;P



> Tetapkan masa spesifik, contoh : pukul 7.45 - 8.15mlm

> Variasikan kaedah pengajaran. Cth : baca buku iqra, games, baca dari internet (cth : QuranExplorer) , bacaan tarannum (kalau tak pandai, bukak you tube je) ^__^


Withdraw priviledge. Alternatif kepada denda. Tarik keistimewaan. Contohnya, tak boleh pergi playground kalau taknak baca iqra', Minggu ni NO ICE CREAM kalau taknak baca iqra'. Ini praktikal untuk ibubapa yang low budget/anak ramai macam kami.hahaha. Setiap kali pandai baca, nak hadiahkan baju baru, jenuh jugaklaaa :P

Pujian. Sentiasa puji anak yang berusaha/ mencapai target.


> Reward. Beri reward untuk usaha mereka, bukan semata-mata pencapaian mereka. Tahap/speed anak2 tak sama, kesilapan kita, kita selalu reward, hanya bila mereka berjaya, cuba tukar, reward bila mereka menunjukkan progress, mereka akan lebih usaha

> Latih anak yang tua/sulung untuk mengajar adik-adik, dengan cara ini, dia merasa lebih dihargai & kepandaiannya diiktiraf oleh kita. Dalam masa yang sama, dia boleh polish lagi skill dia =)



Kenapa Al-Quran sebagai pelajaran pertama?
> Kajian menunjukkan tajwid, dengung, makhraj, lagu dll. Al-Quran memberi kesan kepada emosi & minda anak2. Saya pernah terbaca, tapi tak berapa tahu detail, macamana. Penah dengar ada orang kata muzik boleh meningkatkan kepandaian kan? Lagu-lagu Al-Quran juga punya peranan yang sama, malah lebih dari itu

> Tajwid & sebutan Al-Quran boleh menjadi speech therapy untuk anak-anak yang pelat. 


> Bahasa Al-Quran sangat unik, baris atas, bawah, depan, dengung, harakat menjadikan bahasanya agak complicated. Kepayahan menguasai semua ini boleh meningkatkan IQ anak-anak. Sebab tu ajarkan al-quran dahulu, asah minda mereka, bila IQ meningkat, mudah untuk menerima & memahami pelajaran-pelajaran lain

Apa selepas Al-Quran?
Selepas berjaya menguasai at least sampai Iqra' 3, mulakan dengan membaca English. Kenapa English, bukan Bahasa Melayu? Nanti saya share lagi =)

Yang lebih penting daripada tips/steps di atas adalah SABAR..SABAR.. dan SABAR.. Make them sit & read. Cuba, 1 hari, 1 minggu, 1 bulan.. mesti kita akan berjaya, kena sabar. Jangan cuba seminggu dah give up.

Tak susah mengajar anak-anak jika kita sentiasa POSITIF. Jika kita terus-terusan berfikiran NEGATIF. susah, dia tak nak, mana boleh, nantilah.. memang sampai bila-bila pon tak boleh.

Sangat rugilah kita tidak mengaut pahala besar memperkenalkan huruf-huruf & kalimah bahasa syurga kepada anak-anak kita, darah daging kita, pewaris kita juga saham kita setelah kita mati kelak

Selamat berusaha TANPA jemu, salam sayang & salam ikhlas penuh ukhuwwah =)




Back to Top