Slider

Wednesday, April 24, 2013

Bisnes Shaklee yang kami bina lebih setahun yang lalu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

15 Jun 2011. Tarikh saya mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor (SID). Masa tu masa SID semua dapat bonus, Shaklee bagi bonus 14hb setiap bulan. Saya di add ke secret group, semua SID seniors dok cerita pasal bonus, 3 angka, 4 angka, 5 angka. hehe. Saya memang blur.. tak tau apa2, mana datang bonus pon tak tahu. :P

Sehinggalah saya sendiri study & faham dari mana datangnya bonus, saya juga bertindak untuk meluaskan perkongsian kebaikan Shaklee melalui Surijunior. Akhirnya seperti mereka saya juga Allah izinkan menikmati 2 angka, kemudiannya 3 angka, seterusnya 4 angka dan buat masa ini 5 angka. Alhamdulillah.. dengan izinNya.

Terkini, 2 hari lepas saya menerima jemputan ke National Conference (NC). NC diadakan setahun sekali untuk meraikan kejayaan leaders dalam Shaklee yang gemilang pada cycle sebelumnya. Syukur, saya disenaraikan dalam 7 kategori awards.


Jemputan ke National Conference (NC)

Apa yang dicapai hari ini, bukanlah hasil daripada frontloading modal sehingga RM5-10K. Tidak.  Modal saya sangat minimum, saya berdaftar dengan hanya FREE membership :) Segala-galanya ini juga tidak dicapai dalam masa semalaman, seminggu mahupun sebulan. Ini adalah izin Allah hasil dari usaha & doa selama lebih setahun. 



Syukur ke hadrat Ilahi, terima kasih kepada  SHAKLEE MALAYSIA & kepada semua yang menyokong, secara langsung atau tidak langsung :

# Suami, mak, ayah & keluarga yang tidak pernah putus dengan doa & restu
# Anak-anak yang sentiasa menjadi inspirasi
# Mentor2 Shaklee yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu
# Anak cucu Surijunior yang sungguh hebat
# Pelanggan setia, baru atau lama di Surijunior yang terus mempercayai kami

Nak tulis apa pun tak terluah. Terharu sangat. uhuk uhuk. Jom tengok gambaq la no :D

Kad keahlian. Suami Isteri. Lifetime membership :)


Kelas Coaching cum Gathering. Coaching kami online saja, sesekali je jumpa :D



Dengan Master Shareeza, "Nanny Shaklee" saya :D


Bersama "Ummie Shaklee" , Master Iffah Anuar 

Menerima anugerah dari ummie sbg Highly Effective Leader. Terima kasih ;)

NC cycle lepas saya terima 1 awards utk Business Growth. Tahun ni 7 awards. Alhamdulillah :)


Nilah sebahagian kecil dari ahli kumpulan Jutawan. Alhamdulillah. We are growing even BIGGER !!


Inilah pencapaian saya, pencapaian yang diiktiraf setelah saya membantu ramai anak2 buah Shaklee ke arah kewangan yang lebih baik. Saya dahulunya anti-MLM. Suka dengan produk Shaklee, saya kaji MLM Shaklee, baru faham, apa itu MLM yang sebenarnya :) Tindakan tepat yang saya ambil, peluang yang tidak saya sia-siakan setelah mengetahui apakah sebenarnya MLM & bagaimana MLM membantu individu mencapai financial freedom & membenarkan saya membantu lebih ramai untuk mendapat kesihatan & kewangan dengan jauh lebih baik.

Alhamdulillah. Syukur.. Segala puji hanya untukNya, yang maha kaya & pemilik segala-galanya

Anda yang ingin bersama kami, merubah hidup ke arah yang lebih baik dari segi kesihatan & kewangan, kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan =)

Thanks for reading!





Tuesday, April 23, 2013

Bagaimana sistem imun melindungi diri kita?




Assalamualaikum & Salam sejahtera

Setiap saat dan ketika kita sebenarnya terdedah kepada ancaman luar, dari pathogen. Pathogen ialah apa-apa organisma yang boleh memudaratkan sama ada bacteria, virus, mikroorganisma dan lain-lain. Soalnya, bagaimana kita mempertahankan diri? Hari tu kita cerita pasal Nutriferon kan? Bagaimana Nutriferon sangat berguna untuk saya & keluarga serta ramai yang mengenalinya untuk menggalakkan sistem imun.

Sistem imun melindungi kita dari pelbagai ancaman


Yang sangat popular dalam mempertahankan tubuh kita, yang selalu kita dengar ialah sel darah putih kan? Depa la hero katanya :D Sebenarnya, sebelum sel darah putih terpaksa bekerja, Allah yang maha hebat telah mencipta pertahanan luar untuk mencegah dan mempertahankan. Sistem ini kerapkali kita panggil Sistem Pertahanan Primer / First line defense sistem. Contohnya? Ya. kita ada : 

# Lapisan kulit yang menghalang kemasukan bakteria
# Membran / lapisan mukus yang meghalang kemasukan bakteria. Ni terdapat di sistem penghadaman, pernafasan atau pembiakan.
# Lapisan berambut seperti di dalam hidung
# Air mata yang mengandungi enzim
# Air liur yang juga mengandungi enzim untuk memusnahkan bacteria

Foto ihsan Google



Tetapi, jika pathogen masih mampu menembusi, maka di sinilah peranan sel darah putih untuk seterusnya memerangi musuh-musuh tubuh kita. Bagaimana sel darah putih memerangi musuh? Dengan cara "memakan" atau  "menembak" dengan antibodi.

Sel darah putih "memakan" bakteria

Oleh itu keupayaan kita menghasilkan antibodi amat penting untuk melindungi tubuh. Individu yang mempunyai sistem imuniti yang lemah tidak mempunyai keupayaan yang baik untuk melawan serangan musuh pathogen. 

Selain engulf (menelan), sel darah putih juga menyerang bakteria dengan "menembak" !


Dalam situasi begini, kita kerapkali diberikan antibiotik oleh doktor untuk membantu tubuh melawan penyakit. Baguskah antibiotik? Pada dos yang rendah, antibiotik wajar diambil. Tapi jika boleh dielakkan, eloklah kita elakkan. Kenapa? Antibiotik sebenarnya agen luar yang membantu tubuh melawna penyakit. Pemberian dadah antibiotik yang kerap atau pada dos yang tinggi boleh menyebabkan sistem tubuh kita terbiasa dengan bahan luar (Antibiotik) seterusnya mengurangkan inisiatif dan keupayaan tubuh untuk menghasilkan antibodi sendiri. Terlalu bergantung kepada antibiotik! 

Bagaimana Shaklee Nutriferon membantu sistem imun anda? Berbeza dengan peranan antibiotik, Shaklee Nutriferon sebenarnya mengaktifkan interferon. Apa itu interferon? Haa.. tu polis besar tu! Interferon ni adalah sistem komunikasi yang menyebabkan sel darah putih diaktifkan untuk melawan serangan. kalau interferon lemah, maka, sel darah putih pun lambat menerima arahan untuk bertindak !

Kredit gambar : Iffah Anuar

Jadi, kepentingan Interferon tidak boleh kita pandang remeh. Daripada berterusan melemahkan tubuh kita dengan suapan antibiotik, ianya jauh lebih baik jika mengaktifkan sel darah putih kita melalui interferon, kan??

Ok setakat ni dulu, Jom sama-sama kita bertukar kepada cara yang lebih semuajadi, selamat & berkesan. Elakkan antibiotik, elakkan drugs juga paracetamol!

Thanks for reading!






Sunday, April 21, 2013

Kekalkan mood ceria anak anda dengan Nutriferon

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Penat menguruskan order? Of course!!! Sebab customers Shaklee tak pernah la habisss. Penat dalam senyum. eheh! Bulan ni walaupun dah nak hujung bulan, promosi Nutriferon masih panas. Sesapa yang pernah menggunakan Nutriferon memang akan borong habis-habisan bila harga hebat terjunam macam ni kan??

Pengalaman peribadi saya dengan Nutriferon? Owh.. sungguh bermakna. Inilah gantian panadol kami sekeluarga. Alhamdulillah, tiada lagi drugs untuk saya, suami & anak2. Everything is natural. Just Natural! Bagi yang belum mengenali Nutriferon, ianya adalah suatu makanan tambahan yang membantu untuk meningkatkan sistem imun kita. Bila nak makan? Terpulang. Ada makan tiap2 hari, untuk saya kalau tak sakit saya ambil jarang2 je, 2-3 kali seminggu dah cukup. Jika rasa nak demam, terus telan 1 sachet, insyaAllah.. selalunya tak jadi demam. hehe

Pengalaman saya dengan Nutriferon yang paling signifikan ialah sewaktu anak-anak saya kena chicken pox lebih kurang setahun yang lepas. Dengan bantuan Nutriferon, Mealshakes, Basic H, anak2 tak demam, aktif ceria. Bintik campak je terus keluar, demamnya tak. Alhamdulillah.. Yang terbaru, anak bongsu saya kena campak. sorang2 la.. abang & kakak2 dah kena. Saya bagi Nutriferon setiap hari. Alhamdulillah.. keadaan yang sama, bintik campak saja yang keluar, dia aktif macam biasa. Senang kan hati ibu? :D

Ni la Asyraf, mangsa demam campak, Bawa juga untuk bercuti, alhamdulillah.. tak merengek. Muka cenggitu sebab baru bangun tido. hehe

Belum sempat snap dah lari ketepi, Kekal aktif walaupun deserang Chicken Pox. hehe



Nutriferon ni antara salah satu first aid kalau kat rumah. Cara nak makan? Boleh campur dengan minuman atau  cuma koyak, tuang atas lidah.. rasa macam pumpkin.. sedaappp :D Elakkan daripada membiarkan diri dan anak2 untuk sakit yang berpanjangan. Tambah-tambah kanak-kanak, kalau tinggi suhu, macam2 boleh jadi, mak pon tak lena tido. ye tak? 

Ni semua first aid Shaklee. Dari kanan : Nutriferon, Performance DrinBasic Hk (sekarang label baru),  & Herbal blend. Mesti ada ! :-)

Harga 1 sachet Nutriferon (pek kecik2 tu), ialah RM6. Harga biasa. Harga April? mestila lebih special kan :)

Thanks for reading!
















Back to Top