Slider

Sunday, December 8, 2013

Masters Farihah & Raja Abdul Mutalib : Majalah Shaklee Today Volume 4 / 2013



Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memiliki segala kekayaan di langit dan bumi juga yang mengizinkan sebuah kejayaan

Kunci utama kejayaan adalah percaya kepada diri sendiri. Menafikan potensi diri adalah kesilapan besar yang dilakukan oleh seseorang individu. Apabila seluruh pancaindera difokuskan hanya untuk menghitung kelemahan diri, tiada lain yang akan terhasil melainkan kegagalan dan putus asa.

Bangkit setelah rebah, bangun sesudah jatuh atau berhempas pulas untuk konsisten dengan kejayaan adalah kehebatan yang mungkin kita sangkakan hanyalah rekod peribadi, tetapi sebenarnya memberikan  impak besar kepada dunia.

Shaklee membantu kami mencapai tahap kesihatan terbaik untuk keluarga dan ramai insan lain. Seterusnya, berkat perkongsian ini, dunia MLM Shaklee kami menjadi lebih bermakna, apabila kami diberi peluang untuk membantu lebih ramai mengubah taraf kehidupan ke arah yang lebih baik. Hanya terlalu sedikit yang kami bantu, selebihnya adalah usaha mereka beserta keizinan Allah.
Setinggi-tinggi penghargaan buat ibu bapa, keluarga, guru-guru Shaklee, warga Surijunior, sahabat-sahabat seperjuangan dan semua yang memberikan dorongan, cabaran serta sokongan. Tidak tergambar ucapan terima kasih kami untuk menghargai setiap ruang & peluang yang dikongsikan. Pastinya, kalian sentiasa dalam doa kami. 

Buat warga Surijunior,
Kita telah tempuhi penat jerih bersama, walau kerapnya di alam maya. Kita akan teruskan bersama mengharungi segalanya sehingga ke puncak jaya. Kesungguhan & ketabahan kalian adalah inspirasi kami, yang menolak kami sehingga ke tahap ini.

Kita akan teruskan dengan usaha dan doa sehingga ke akhirnya kerana keyakinan kita dengan janjiNya “Berdoalah kepadaKu, nescaya Kuperkenankan”

Salam sayang & Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah 



Thanks for reading !



1 comment :

dila said...

Salam, saya nak berdaftar bawah group ni boleh ke? mcm mana caranyer ye...
ni email saya nfo_cicak@yahoo.com

Back to Top