Slider

Sunday, June 11, 2023

Rezeki Allah sangat luas, selagi kita berusaha dengan yakin dan penuh kesungguhan

 Assalamualaikum & Hai !!!

Adam pi Solat Jumaat semalam, saya bagi seringgit, untuk sedekah di masjid. Dah 8 tahun umur Adam. Kenang kembali, sebak pula dengan perjalanan membesarkan dia.



Masa mengandungkan Adam, ayah saya diserang stroke. Masa tu, kami di Ampang, Kuala Lumpur. Dalam tempoh sebulan, kami bergegas pindah balik kampung ke Kedah, untuk menjaga ayah. Kami tinggalkan rumah teres yang kami beli & baru lepas renovate, tukarkan sekolah anak-anak dan perkara paling besar sekali adalah suami saya melepaskan jawatannya sebagai guru. Tak tahu lah dari mana kami dapat kekuatan. Semuanya kerana ayah.

Ayah dah sihat 💖

‌برُّوا ‌آباءَكُمْ تَبَرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ
"Berbaktilah kepada ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu" [hadis riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat].

Balik ke Kedah, masa saya sarat mengandungkan Adam, bina semula kehidupan dari kosong. Pejam celik, dah 8 tahun kisah ini berlalu.


Adam menang pertandingan azan di masjid kampung

Kini, kami dah stabil di sini, menjalankan bisnes Shaklee, m Pengedar Shaklee asih lagi bisnes yang kami mulakan 2011 yang dulu. Cuma berpindah lokasi, tidak berpindah kerjaya. Dari Pengedar ShakleePengedar Shaklee Ampang kepada Pengedar Shaklee Kodiang. 

Saya meneruskan bisnes seperti biasa, bisnes online ni sangatlah fleksibel, tambahan pulak, Shaklee pegang semua stok & barang. Saya cuma promosikan & melatih ahli team sahaja melalui online.

Sangat mudah.


4 anak yang lahir di Kedah💖

Rupanya, setelah berpindah ke sini, bisnes kami kian berkembang, Alhamdulillah. Dari ceruk kampung ni, saya dapat satu lagi award tertinggi iaitu Elite Master 25 Award. Ada 6 orang yang dianugerahkan, dan kami salah satunya dan satu-satunya pemenang dari kampung 😂

Lagi gambar di FB : Elite Master Celebration

Rezeki Allah sangat luas, Alhamdulillah. Sebab itu, saya sayangkan sangat bisnes Shaklee, sangat mudah dan fleksible untuk bersama keluarga sambil menjana income. 

Jika anda ada cita-cita untuk membina bisnes tanpa modal, fleksibel tetapi lumayan, boleh hubungi saya untuk dibantu ya

💜

Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 

Tips tenaga Luarbiasa sewaktu umrah

 Assalamualaikum & Hai !!

Saya nak cerita pengalaman berumrah yang sangat best dan energetic. Rezeki Tuhan, saya dapat sponsor dari Shaklee 4 tiket umrah pada Mei yang lalu.

Kami pergi suami isteri bersama mak mertua dan anak sulung saya. Mak saya dia sihat saja, cuma dalam usia 77 tahun, dia berjalan agak lambat, dan risau dirempuh atau apa-apa yang tak diingini berlaku, kami bawa sekali wheelchair untuk Mak.



Sejujurnya, saya bawa vitamin hampir separuh beg ! tokey vitamin lah katakan 😂😂. Tapi, tak sempat nak makan pun, sibuk ke sana ke sini. Jadi, akhirnya, saya decide untuk kami empat beranak, konsisten dengan ResV dan OsteNutrix sahaja. 



2 kapsul ResV pagi dan malam + 4 biji OsteNutrix sebelum tidur.







Dan, alhamdulillah, dengan izin Allah kami semua sihat bertenaga, Mak yang pada awalnya macam nak selsema sembuh dan sihat sepanjang umrah. Ini testimoni shaklee saya yang tak tau ke berapa dah. banyak sangat Allah rezekikan sihat & cergas dengan Shaklee ni

Pulang ke Malaysia, dari KLIA, kami drive ke utara. Terus beraktiviti macam biasa, kawan-kawan datang ziarah, pi masjid, kenduri, hantar anak sekolah. semuanya seperti biasa.

Dan 3 hari selepasnya, drive lagi, hantar Mak balik Terengganu. Alhamdulillah, sihat semuanya dan cergas. Dah tak macam balik umrah, macam pi Aloq Setaq ja pulak 😂😂

Itulah, usaha itu dari kita, izinnya dari Allah. Sebagai manusia yang lemah, semua kebergantungan kita kepada Allah. Tapi, mesti melalui usaha yang bersungguh-sungguh.

Tips lain yang asas bila ke umrah

# Jangan kerap mandi
# Pakai lip balm untuk elak bibir pecah
# Banyakkan minum air, bawa botol air, isi air zamzam, minum air zamzam banyak-banyak
#Banyakkan baca doa ni semasa di sana, terutama waktu tawaf & saei, minta kekuatan tubuh badan. 


Doa ni, arwah mak saya bagitau, mak yang sakit lutut masa tu, boleh bersaei lebih laju dari saya. Alfatihah untuk Mak, moga Mak bahagia di sana




Selamat mengerjakan haji & umrah untuk yang dijemput Allah. Semoga ada peluang untuk kita semua pergi berkali-kali ke haramain.

Terima Kasih Shaklee, belanja bilik hotel duplex yang best dan luas sangatttt


Anda nak umrah percuma?

Jom saya bantu

💜

Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 







Monday, June 5, 2023

Multivitamin Shaklee berwajah baru dengan harga yang sangat berpatutan & kompetitif !

Assalamualaikum & Hai !!! 😁

Sebenarnya kannn.. cukup tak nutrien atau orang kita selalu sebut zat makanan, yang kita ambil setiap hari? Tak perlu kira nutrien yang hilang akibat stress dan lain-lain, nutrien yang sebenarnya kita ambil, cukup tak? Cukup kalsium? Cukup sayur-sayuran? Cukup buah-buahan? Tak siasat lagi, yang sebenarnya makanan kita juga tercemar akibat racun, persekitaran dan teramat kurang nutrien di sepanjang perjalanan untuk sampai pada kita.

Dan sebenarnya, tinjauan Pemakanan Dewasa Malaysia (MANS) 2014 menunjukkan bahawa majoriti daripada Rakyat Malaysia  tidak memakan makanan yang cukup yang kaya dengan vitamin dan galian. Di bawah ini adalah peratusan orang yang menggunakan hidangan yang disyorkan dalam sehari


Ternyata, bilangan yang tidak mengambil hidangan seperti yang disyorkan sentiasa lebih.

Jadi, apa akibat kekurangan vitamin & mineral?

Vitamin & mineral, walaupun hanya diperlukan oleh badan dalam jumlah yang sangat kecil, tetapi, kekurangannya boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit berjangkit, kematian akibat cirit-birit, campak, malaria dan radang paru-paru. Kesan-kesan lain adalah :
  1. Sakit tulang
  2. Pergeseran mood (disebabkan kekurangan vitamin D)
  3. Keletihan
  4. Sesak nafas
  5. Tangan dan kaki sejuk
  6. Kuku rapuh (disebabkan kekurangan zat besi)
  7. Kebas, kesemutan jari
  8. Irama jantung yang tidak normal (disebabkan kekurangan kalsium)
  9. Risiko kecacatan kelahiran
  10. Cirit-birit
  11. Sakit perut (disebabkan kekurangan kalsium)





Sebab itu, amatlah penting untuk kita menambah multivitamin dalam pengambilan harian kita. Shaklee menawarkan multivitamin & multimineral yang terbaik untuk kita semua. Tahu tak, sebenarnya, Dr. Shaklee adalah individu yang mencipta multivitamin & multimineral pertama di dunia? Nama Vitamin tu sebenarnya adalah daripada Dr. Shaklee









👆kompetitif kan, Vitalize Shaklee? Jom tingkatkan kesihatan dan kualiti hidup kita dengan penambahan hanya 2 biji Vita-Lize, multivitamin shaklee setiap hari 

Nak cuba Vita-Lize Shaklee? Jom klik sini 😉

💜

Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 




















Friday, June 2, 2023

Katakan yang benar walaupun pahit Tetaplah bersabar walaupun perit

 "We can't change the direction of the wind, but we can always adjust our sails to reach our destination"

Saya suka baca kata-kata motivasi. Kadang-kadang, sengaja saya buka google image untuk inspirasi

Pastinya tidak mampu untuk kita mengubah arah angin yang datang, tapi kita sentiasa mampu mengubah layar untuk kita sampai ke destinasi.

Ikhtiarlah untuk berdepan dengan cabaran demi cabaran yang dihantar. Semua yang datang, tujuannya untuk memperkuatkan kita menjadi insan lebih hebat



Sebelum berjaya, pasti ada cabaran.
Selepas berjaya, juga ada cabaran.

Hanya jiwa yang kental dan hati yang hebat boleh mengharungi keduanya.

Ada kawan yang tiba-tiba menjauh
Ada sahabat yang tiba-tiba menyepi
Ada saudara yang tiba-tiba menjarak

Tapi, percayalah

Allah itu sentiasa mendekat selagimana kita dan perbuatan kita adalah benar. Sukar untuk mencari kebenaran di mulut manusia. Tapi pastikan mulut kita sentiasa menuturkan yang benar.

Katakan yang benar walaupun pahit
Tetaplah bersabar walaupun perit


Nak join ahli FREE? Jom klik sini 😉

💜

Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya








Stay strong, Be bold
Back to Top