Slider

Saturday, December 20, 2014

Dulu, kadang-kadang hulur RM50 saja, kini saya mampu hulur RM500 sebulan pada ayah, Alhamdulillah - Noriah Ibrahim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Saya nak hidangkan hari ni kepada semua pembaca, kisah cucu Shaklee saya, yang saya sayangi, kejayaan itu ada dimana-mana, asal ada usaha dari kita & keizinan dari Allah. Beliau seorang graduate, tapi memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa, menjaga anak-anak permata hatinya dengan tangan beliau sendiri :)

----------------------


Shaklee dengan produk dan peluang yang hebat
======================================
Hari ini saya nak share "Success story" saya sehingga hari ini bertahan Sebagai Senior Coordinator & akan capai MASTER COORDINATOR jugak,in syaa Allah..ameen. Apa2 jadi pun..mesti bg tercapai jugak MASTER COORDINATOR! in syaa Allah..amin3.
saya start buat shaklee ni sebab saya betul2 nk tambah income sambil jaga anak kat umah.Push factor yg paling utama nak sangat bg duit bulanan kat mak ayah banyak & nak sangat bawah mak ayah g haji cepat2..sementara mereka masih sihat & kuat skarg. Bila sebut pasal mak ayah ni buatkan air mata saya mengalir..nak sgt membalas jasa mereka..walaupun sedikit@ xseberapa..kerana mereka telah banyak bersusah payah untuk kita selama ini.
Inilah si comel yang mengikat hati umminya di rumah :)


Sebelum ni saya x dapat nk bg duit pun..hanya mampu berdoa kat mereka setiap hari.itu jer yg termampu sedihkan?.Bila time asben dpt bonus lebih sampai minta izin asben nk bg duit kat mak ayah skit sebab hati ni membuak2 nk bg jgk kdg2 mampu bg RM50 jer sebulan...
Dulu, mcm2 dah sy jual online ni..jual tshirt muslimah ( dropship), shawl, h.bag murah,busha baby, baju kurung ready made..tp keuntungannya..biasa2 jer.x der kepuasan di situ..masa tu saya xder FOKUS..nk bg mak ayah bulanan pun belum mampu lg sebab duk rolling modal jer.
hari2 bukak fb.tiba2 terpandang iklan tuk bf milk booster shaklee Master Nini kat fb.Rupa2nya nini dah join shaklee.igt dia buat kopiah kait jer dgn jual cloth diapers.masa tu if x silap dia di rank Senior Supervisor. Masa bulan puasa thn 2012, risau anak ke 2 ni x cukup susu..sebab fully bf..saya pm master nini nak beli alfalfa dgn dia kat umahnya di Politeknik Arau Perlis.
Beza tak? Semuanya bermula apabila jatuh cinta dengan produk yang berkesan :)

Selepas guna sebulan..after raya..saya nk repeat order lg Alfalfa..masa tulah mak Nini offer join buat biz shaklee ni.Dia gtau buat biz shaklee ni senang jer.hanya sharing & promote di fb jer. Dgn senang hati saya terima.
Jujurnya saya cakap buat biz shaklee ni x senang sgt & x susah..semuanya ada cabaran tersendiri..perlukan pengorbanan..x perlulah sy nk citer kesusahan & kepayahan saya tuk sampai ke tahap skarg ini sebab kepayahan & kesusahan itulah yg buatkan saya mampu sampai di rank senior coordinator..& mampu dapat car bonus.
Sebenarnya..masa awal buat shaklee jgk saya teringin sgt nak ada kereta sendiri yg selesa buat suami & anak2 untuk travel jauh. Alhamdulillah saya dpt capai impian nk kereta ke2 yg selesa di rank senior coordinator..& dapat beri duit kat mak ayah setiap bulan RM500 ke atas..alhamdulillah..
Abah yang beliau sayangi :)

Nak bertahan bukannya mudah..perlu kekuatan yg luar biasa..dah banyak air mata ini mengalir tatkala..memikirkan anak cucu cicit yg sentiasa ada & saling bg support antara satu sama lain..
Empayar ummihealthyfamilylah yg buatkan saya kuat & tabah selain dpd support group mak tok surijunior,sideline2 (beautiful masters)&bijakbsihat..
Ukhuwwah yg terjalin sgt priceless...
Syukur sgt2..berada di kalangan org2 yg hebat!..banyak lg yg perlu saya belajar untuk bina empire ummihealthy yg lebih kukuh..leadership skill & marketing strategy...

Saya sangat2 bersyukur dapat bantu keturunan Ummihealthy dapat extra income bermula dari 2-3-4angka & in syaa Allah akan sampai 5-6 angka untuk membantu tambah ekonomi keluarga & dalam masa yang sama dapat membantu ringankan beban suami.
Salam sayang,
Noriah Ibrahim
Master to be
Empire UmmiHealty families

-----------------------

Sertai Empayar Hebat ini. Hubungi Noriah di :
Facebook : Noriah Ibrahim 
WhatsApp / Telegram / sms : 019 303 9690












Thanks for reading !








Friday, December 12, 2014

5 cara merawat puting merekah semasa penyusuan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Semalam saya kongsikan tentang Vitamin E membantu ibu menyusu untuk mengatasi puting merekah & menyusu dengan lebih selesa. Hari ni, saya nak kongsikan artikel yang saya baca dari blog pumponthejob. Terima kasih Puan Intan, untuk artikel yang baik ini :)

-------------------------------


Puting merekah! Ya, mana-mana ibu menyusu yang pernah mengalaminya, ia adalah sesuatu yang sungguh memedihkan. Walaupun puting merekah tidak berlaku lama tetapi untuk menempohnya sehingga pulih terasa amat lama dan rasa seksa menahan kesakitannya. Rasa nak “give up” menyusu pun ada! Semasa melaluinya, saya tetap meneruskan menyusu bayi saya tetapi mesti beri tumpuan penuh, ambil pernafasan yang mendalam sebelum menyusu bayi saya dan menahan kesakitan sepenuh hati. Tetapi semasa menyusu tengah “progress”, kesakitan itu akan hilang sendiri…sakitnya hanya pada permulaan menyusu sahaja. Saya sentiasa cuba berfikiran positif kerana tahu puting merekah akan sembuh juga dan bayi saya tiada pilihan lain yang lebih baik…hanya susu ibunya sahaja.
Apakah yang menyebabkan puting merekah?

Lebih kurang 80% daripada ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami puting yang sensitif dalam waktu beberapa hari pertama mula menyusu bayi. Keselesaan ini yang disebabkan oleh perubahan hormon dan puting tengah “adjust” kepada penyusuan terutamanya pada hari ke-4 atau ke-5, dan berkurangan dari hari ke hari. Secara amnya, kesakitan akan hilang selepas bayi anda berusia lebih kurang 2 minggu dan lepas itu, penyusuan sepatutnya menjadi bebas daripada sebarang  kesakitan.
Jika kesakitan pada puting melebihi daripada 2 minggu, itu adalah tidak normal…seperti merekah, luka, berdarah. Selalunya masalah ini disebakan oleh beberapa perkara berikut:

1. Kedudukan dan “latch-on”

Ini adalah penyebab nombor 1 kepada puting merekah. Bayi tidak menghisap puting dengan lebih mendalam.
http://pumponthejob.com

2. Terdedah kepada kelembapan terlalu lama

Jika puting anda dibiarkan dalam kelembapan terlalu lama, ini akan menyebabkan kulit menjadi terlalu lembut dan menambahkan risiko kepada puting merekah…kelembapan ini mungkin disebabkan oleh tidak mengeringkan puting selepas penyusuan; memakai “breast pad” yang terlalu lembap; atau menggunakan “breast pad” yang menggunakan lapisan plastik.
Breast pad / nursing pad

3. Pelincir semulajadi dikeluarkan

Puting anda menghasilkan pelincir sendiri semula jadi yang melindunginya daripada kesan kelembapan dan memberikan ciri-ciri anti-bakteria. Oleh kerana terlalu kerap membasuh dengan sabun, ia menanggalkan pelincir semulajadi yang memberikan perlindungan kepada puting anda, dan menjadikan ia lebih terdedah kepada kemerekahan.

5. “Thrush”

Puting merekah atau kegatalan mungkin bermakna anda mungkin ada “thrush”. Ia disebabkan oleh ketumbuhan sejenis yis seperti kulat dipanggil “Candida albicans.” Puting ibu menyusu boleh dijangkiti oleh bayi yang yang mengidap kulat ini dalam mulutnya.

Kesakitan semasa menyusu bayi lebih kurang sama di antara “thrush” dengan “latch on” yang tidak betul. Apa yang membezakan di antara mereka adalah kesakitan yang disebabkan “latch on” tidak betul berlaku semasa permulaan menyusu tetapi bertambah baik apabila bayi sedang menyusu.

6. Dermatitis, eczema or psoriasis

Jika anda pernah mengalami keadaan di atas, ini mungkin menjadi penyebab kepada puting merekah.
Eczema

Jadi, bagaimana merawat puting merekah?

1. Sebelum penyusuan

  • Jika sakit teruk, anda boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen (paracetamol) atau ibuprofen kira-kira 30 minit sebelum makan.(kalau boleh tahan, elok dielakkan sahaja paracetamol).
  • Jika “breast pad” melekat pada puting anda, lembapkan dengan air sebelum cuba untuk mengeluarkannya.
  • Cuba gosok puting anda dengan ais sebelum menyusu bayi untuk memberi sedikit rasa kebas  kepada puting anda.
  • Pam / perah susu untuk beberapa minit sebelum menyusu, ini akan membawa kepada satu “let down reflex” supaya bayi anda tidak menyusu terlalu agresif dalam minit pertama atau lebih semasa penyusuan. Jika payudara anda terlalu penuh “engorged“, ini juga akan membuat ia lebih mudah bagi bayi anda untuk “latch-on”.

2. Semasa penyusuan

http://pumponthejob.com
  • Kedudukan yang betul dan lekapan yang dalam adalah langkah-langkah yang PALING penting yang boleh diambil untuk mencegah kerosakan yang lebih teruk dan membantu puting anda sembuh.
  • Tawarkan payudara yang kurang sakit terlebih dahulu.
  • Cuba buat perubahan dalam kedudukan/posisi semasa menyusu. Ini akan memberi tumpuan tekanan ke atas kawasan puting anda yang kurang sakit.
  • Menyusu kerap (sekurang-kurangnya setiap 2 jam) ini akan memastikan bayi anda tidak terlalu lapar, yang boleh menyebabkan dia menyusu terlalu kuat.
  • Perhatikan corak hisapan bayi anda. Jangan biarkan bayi anda menghisap “comfort sucking” pada bahagian yang sakit selama lebih daripada beberapa minit sebaik sahaja dia tidak lagi aktif menyusu.
  • Jangan tarik bayi anda dari puting sehingga dia telah mengeluarkan puting dari sedutan mulutnya.  Untuk melepaskan sedutan, letakkan jari anda di dalam mulutnya di antara gusinya.

3. Apabila menyusu menjadi terlalu sakit

  • Rehat satu atau kedua-dua payudara selama 24 hingga 48 jam.
  • Ekspres menggunakan tangan atau pam payudara dari yang paling teruk untuk mengeluarkan susu dan mengurangkan risiko mastitis supaya pengeluaran susu tidak terjejas.
  • Susukan bayi anda menggunakan alat minum alternatif seperti penitis mata, penitis ubat, “syringe”, cawan ubat atau sudu. Elakkan botol (terutamanya jika bayi anda adalah lebih muda daripada 4 minggu) kerana risiko kekeliruan puting. Jika bayi anda masih belum menghisap dengan betul, menggunakan botol boleh merumitkan lagi keadaan.

4. Selepas menyusu

  • Lap puting anda dengan perlahan sehingga kering. Jika boleh semasa di rumah, biarkan dada anda terdedah kepada udara untuk beberapa minit.
  • Untuk puting yang rasa sakit tetapi tidak merekah atau berdarah, sapu susu badan sedikit pada puting dan biarkan ia kering. Susu badan mengandungi ciri-ciri anti-mikrobial yang akan membantu melindungi puting anda daripada jangkitan.
  • Untuk puting yang merekah teruk dan terdapat pendarahan, cuba lanolin gred perubatan seperti Lansinoh ® , Purelan ®, atau Avent, dibuat khusus untuk ibu-ibu yang menyusu bayi. Ini tidak perlu dibersihkan sebelum menyusu kerana ia adalah selamat untuk bayi anda.

5. Di antara penyusuan

  • Mendedahkan payudara anda ke udara sekerap yang boleh untuk beberapa minit sahaja.
  • Apabila memakai baju, anda boleh menggunakan pelbagai “nipple shells” yang berlubang (jangan keliru dengan “nipple shields”). “Nipple shells” menghapuskan keperluan untuk “breast  pad”. Ini membolehkan pengaliran udara dalam coli anda dan mengurangkan kelembapan pada puting.
  • Jika anda menggunakan “breast pad”, tukarnya dengan serta-merta apabila ia menjadi terlalu lembap/basah. Elakkan “breast pad” yang berlapisan plastik.
  • Jangan gunakan sabun, alkohol, krim atau losyen pada puting anda. Basahkan puting anda dengan air bersih semasa mandi sudah memadai.

Jangan putus asa!

Biasanya ia hanya mengambil masa sehari atau lebih untuk puting anda sembuh apabila bayi anda menghisap dan melekap “latch on” dengan berkesan. Jika puting retak berterusan lebih dari 2 hari tanpa tanda-tanda pemulihan, jumpalah seorang kaunselor penyusuan untuk memerhatikan samada teknik lekapan dibuat dengan betul.
Jadi jika anda mengalami puting sakit atau merekah, cubalah teknik-teknik yang tersebut untuk merawatnya. Masa yang diambil untuk memulihkannya tidak lama, jadi banyakkan bersabar dan jangan cepat berputus asa!
:)

Thanks for reading !






Thursday, December 11, 2014

Gabungan tidak popular : Lechitin dan Vitamin E

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Ibu menyusu, pastinya menikmati saat penyusuan dengan si manja dengan begitu gembira. Siapa tak happy kan, dapat susukan sendiri baby. Melihat setiap hisapan bayi itu adalah satu nikmat yang sukar digambarkan. Sebab itulah, ramai ibu-ibu yang sanggup buat apa sahaja demi untuk memberikan susu ibu yang terbaik untuk anaknya.



Tetapi, semua journey penyusuan sebenarnya mempunyai cabaran tersendiri. Antara masalah yang dihadapi oleh ramai ibu yang kadangkala menggagalkan misi penyusuan eksklusif adalah puting susu merekah dan saluran susu tersumbat. Dua masalah ini banyak dirunguti oleh ibu-ibu. Malah, ada antara mereka yang give up dengan mimpi ngeri ini.

Imej ihsan google

Puting merekah

saluran biasa dan saluran susu yang tersumbat




Mengatasi masalah ini, Lechitin dan Vitamin E Shaklee sangat popular di kalangan ibu menyusu. Pengambilan kedua-dua suplemen ini secara konsisten boleh mengelakkan daripada mimpi ngeri ini berulang.

Vitamin E untuk mengekalkan kelembapan kulit,mengelakkan puting merekah & Lechitin membantu mengelakkan saluran susu tersumbat. Saluran susu tersumbat boleh mengakibatkan bengkak susu dan untuk sesetengah ibu, bengkak susu boleh mengakibatkan demam & penderitaan yang hebat.


Selain mengatasi dua masalah ibu menyusu ini, pengambilan lechitin dengan dos yang betul secara konsisten sebenarnya membantu ibu untuk memiliki berat badan yang ideal, dan memiliki daya ingatan yang lebih tajam. Pengambilan Vitamin E pula membantu ibu untuk memiliki kulit yang cantik, bebas cela dan sihat. Serampang banyak mata ni !



Ibu-ibu menyusu, sebelum dihantui oleh dua mimpi ngeri ini, silalah konsisten dengan Lechitin & Vitamin E. Mencegah sentiasa lebih baik dari merawat !

Hubungi kami atau wakil Shaklee berhampiran anda untuk memilikinya :)


Thanks for reading !





Wednesday, December 10, 2014

Transformasi anda tidak mustahil dengan Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Farika seorang peguam muda, mencuba Shaklee dan sekarang, Shaklee adalah obsesinya.

Farika yang kini sedang menunaikan umrah


Beliau merupakan cucu Shaklee di Surijunior. Perubahan kulitnya menjadikan beliau sebagai live testimonial. Ratu Nutriwhite Shaklee ini, seterusnya menjadikan perkongsian kebaikan Shaklee sebagai kemestiannya

Transformasi sebegini bukan mustahil dengan Shaklee :)


Mencabar dirinya berjaya dalam Shaklee, bulan ini, beliau berjaya mencapat rank Supervisor dan sedikit lagi, melengkapkan car fleet pertama 5000 uv. Car fleet stage 1 & Supervisor pada bulan pertama ! Dengan pencapaian ini, bonus 4 angka sudah semestinya dalam tangan 

Tidak begitu sukar untuk berbisnes, hanya, guna & kongsikan.

Tahniah Farika, bagaimana Farika boleh menjadi sehebat ini? Silalah bermentor kan beliau.

PM FB : Farnaz Legacy / Nurfarika Md Nazari
013 250 9150


Thanks for reading !



Tuesday, December 9, 2014

4 Tips asas menjaga dapur tempered glass

Assalamalaikum & Salam Sejahtera !

Siapa guna dapur tempered glass? Ramai kan? Rata-rata yang ada cabinet dapur guna dapur jenis ni. 
Gambar ihsan google

Dapur macam ni memang cantik dipandang. Lawa ja kan? Rata ja kan? Saya pun suka. Tapi, para suri sekelian perlu berhati-hati kerana ada insiden kacanya pecah berderai. Ada pengalaman? Saya ada ! Ketaq jugakla. haha. Tapi, nasib baik, takla kaca tu terpelanting teruk. Sikit saja. Keadaan dapur saya masa pecah tu macam di bawah ni

Juga gambar hiasan google.

Masa kejadian, saya upload di FB dan tanyakan kawan2, pasaipa jadi lagu ni?? Eh, paham tak? Kenapa agaknya jadi macam ni? Ramai la yang komen, beratus2 viewers, simpati gamaknya. haha. Pelik sungguh, otai memasak relax ja kan? saya yang masak setahun sekali ni, boleh berderai pulak, haha

Baik, saya nak kongsikan dengan semua. Antara komen dan cadangan kawan-kawan tentang tips memelihara dapur tempered glass :

1. Jangan lap dengan kain lembap semasa dapur masih panas, kesan penyejukan serta merta boleh menyebabkan keretakan
2. Jika ada renovation atau construction besar di rumah atau rumah jiran, lebih baik, angkat dapur, gegaran boleh menyebabkan retakan
3. Pastikan kedudukan dapur dengan lubang yang di tebuk pada kabinet betul, tak senget atau lubangnya terlalu besar dan akibatnya, hanya sedikit bahagian tepi yang disokong oleh kabinet
4. Jangan menggunakan periuk yang terlalu besar dan berat

Ada jugak yang sarankan gunakan dapur stainless steel. Jadi, sebenarnya, anda ada pilihan lain, selain tempered glass ya. Ni ha rupanya stainless steel

Ni stainless steel tapi sebelah tu glass untuk letrik

Ni stainless steel untuk guna gas

ok, setakat ini sahaja, esok kita sembang lagi :) Eh.. saya tak jual dapur ya, saya jual Shaklee saja :)

Thanks for reading !













Monday, December 8, 2014

Saya berjaya menyusukan si kembar ! - Mamareen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Menyusukan si manja, bukan semudah yang disangka, apatah lagi, menyusukan si kembar 

Puan Sha'Irne OmAr berinisiatif untuk consume Shaklee Supplements bagi menjayakan penyusuannya. Seorang tukang jahit yang terlalu sibuk, dengan izin Allah, beliau masih mampu menjayakan misi penyusuannya dibantu Supplements Shaklee

Teruja dengan hasilnya, beliau bertekad untuk berkongsi kebaikan Shaklee kepada umum. Ibu muda ini kini konsisten mendapat bonus 4 angka setiap bulan, alhamdulillah.

Dari rumah, bersama rutin kesibukan harian ditemani anak-anak aktif 

=====

Reen sekeluarga terpampang di poster sebagai Coordinator Shaklee !

Reen yang hebat bersama permata hatinya

"Assalamualaikum..Alhamdulillah sudah 8bulan 11 hari Fully BF bersama set menyusu Shaklee..Berbeza ketika anak 1st dlu..ank 1st dalam pantang sudah campur susu formula disebabkan susu kurang..

Alhamdulillah Allah temukn saya dgn set Menyusu Shaklee yg mmg membantu dlm proses pnyusuan baby kembar saya ni..Khaleefah & Khaleelah membesar dgn baik sejak dalam kandungan sehingga sekarang masih meyusu penuh susu ibu..

Sangat mencabar untuk menyusukan baby kembar, tapi Alhamdulillah Allah izin susukan anak2 kembar ini...maaf xda stok susu sb direct BF"


=====

Beliau kini adalah leader Shaklee bergelar COORDINATOR level ke 4 Surijunior. 

Menjadi mentee Shaklee beliau? Hubungi beliau :
Call/WhatsApp :  011 3718 1390

Sunday, December 7, 2014

Kurus dan Cergas dengan Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Merasakan tahap kesihatannya agak membimbangkan, Dr. Normi Mohd mula mencari produk yang boleh membantunya. Konsisten dan disiplin dengan Shaklee, beratnya kian turun, tidak lagi tercungap penat naik turun tangga, baju kian longgar, bonus pulak, kulit semakin cantik.



Teruja dengan perubahan dirinya, Dr. Normi mula berkongsi kehebatan Shaklee dengan suaminya. Turut mengagumkan apabila suaminya juga kian sihat. Berhenti hanya setakat keluarga bererti beliau tidak pedulikan ramai lagi yang perlukan kesihatan yang baik. Langkah diteruskan, beliau terus menyebarkan Shaklee kepada lebih ramai di alam maya. Kini, selain sihat, beliau juga turut menjana income bulanan 4 angka. Setiap bulan, tanpa gagal! 

Dr. Normi & Ustaz Bakhtiar , Mei 2011

Dulu dan Sekarang :)



Hatinya mengakui keadilan sistem pemasaran Shaklee dan amalan bisnes di Group kami yang tidak membebankan. Tiada modal ribuan, apatah lagi puluhan ribu. Kami bermula dengan hanya apa yang ada di tangan. Kini Dr Normi & Ustaz Bakhtiar dalam pendakian ke tangga Key Coordinator !

Antara pelanggan mereka yang berjaya :)


Kesibukan menguruskan klinik, tidak membatasi Dr Normi untuk turut berjaya dalam Shaklee, kerana bisnes Shaklee, hanyalah online, dihujungnya jari 

--------------

Berjaya bersama Shaklee? Pilih mentor yang betul. Hubungi beliau di :
Facebook : Normi Mohd
WhatsApp / Telegram / smsm : 019 481 7803

Thanks for reading !







Saturday, December 6, 2014

Saya percaya saya berada di dalam Shaklee ada sebabnya, bukan kebetulan - Hafez Zaharuddin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Semua kita, Allah uji dengan cara masing-masing. Tidak kira kesusahan atau kesenangan, kedua-duanya adalah ujian. Berapa ramai dari kita yang bersyukur dengan ujian yang ditimpakan? Berapa ramai daripada kita yang menjadi semakin baik setelah diuji? Berapa ramai pula antara kita terus mengeluh, tanpa berbuat apa-apa?

Hari ni, saya nak kongsikan kisah cicit Shaklee saya, Saudara Hafez Zaharuddin.  Allah uji dia dengan jatuh terhenyak, dan akhirnya asbab Shaklee, dia mendapat semula "kehidupan"nya. Bagaimana dia jatuh? Bagaimana dia redha? dan apa yang menyebabkan dia bangkit?

--------------------------
Saya percaya saya berada di dalam Shaklee ada sebabnya, bukan kebetulan. Allah dah susun jalan saya untuk tiba di sini, bersama-sama dengan keluarga Shaklee saya. Mungkin sekarang saya belum semewah saya dulu-dulu, tapi saya positif yang keadaan akan jadi semakin baik. Saya positif yang saya akan jadi lebih mewah daripada dulu. 

Mewah yang saya harapkan sekarang bukannya mewah wang ringgit semata-mata, tetapi juga - 
mewah pahala,
mewah impian,
mewah kesihatan,
mewah akhlak,
mewah intelek,
mewah rohani,
mewah emosi,
mewah sahabat karib,

Buat pertama kali, saya Nampak dengan jelas, visi hidup saya bukan semata mata ingin bebas kekangan wang ringgit, tapi lebih daripada itu.
Jom singkap sejarah saya. Dulu saya bekerja sebagai pensyarah. Gaji bersih saya boleh tahan selesa, lebih kurang RM2800 sebulan. Tapi entah kenapa jiwa saya rasa tak seronok, tak tenang. Saya suka mengajar. Saya gemar bercakap depan orang ramai. Saya cintakan usaha berkongsi ilmu.
Tapi mengapa semakin lama semakin saya tak selesa dengan profession saya?

Hafez Zaharuddin - Versi dulu :)


Mungkin sebab bosan selalu disuruh buat kerja admin dan kewangan, mengutip hutang yuran pelajar.
Mungkin sebab saya kena bekerja ikut waktu yang ditetapkan.
Mungkin saya dah tak mahu dipijak kepala, bayaran rendah daripada jumlah waktu bekerja.
Mungkin jam mengajar saya tinggi daripada jam mengajar maksimum yang ditetapkan oleh pihak kolej.
Mungkin sebab saya bosan disuruh datang bekerja hari Sabtu dan Ahad dengan alasan sebab saya belum berumah tangga.

Entahlah. Semakin hari, semakin banyak alasan yang datang untuk saya berhenti kerja. Bukan saya tak ikhlas mendidik. Saya penat dengan kerja-kerja bukan hakiki yang disuruh di kolej.
Bila direnung, saya sedar yang saya suka berniaga. Walaupun saya sudah ada kerja tetap sebagai pensyarah, saya ada buat bisnes sambilan secara online. Saya pernah jual macam macam – alas tilam, sarung bantal, losen tangan, kek, cupcake, lukisan, beg berjenama, kaktus. Macam-macam!
Yang paling saya suka ialah jual cupcake dan kek. Lama-lama, pelanggan semakin ramai, tempahan semakin banyak. Saya mula ponteng kerja. Ambil MC untuk siapkan order kek dan cupcake.
Lama-lama, saya sedar berniaga lebih seronok daripada profession saya makan gaji sebagai pensyarah.
Hafez bersama rakan-rakan, di restoran mereka

Maka saya ambil keputusan untuk berhenti kerja.
Gempar satu kolej – Apis nak buka restoran. Mesti Apis akan kaya lepas ni. Ye lah, tauke restoran. Duit mesti dapat banyak.

Idea restoran ni dah lama berlegar dalam minda saya. Lebih setahun saya berangan-angan nak buka restoran. Dan saya ambil masa dua bulan untuk renovate restoran. Memang cantik, gayanya ikut kehendak saya. Konsep “industrial chic”.
Gembira betul saya masa tu. Kawan-kawan datang tak henti henti. Masing-masing puji restoran cantik. Konsep interiornya mengancam. Menunya sedap-sedap dan hiasan atas pinggan setaraf hotel. Memang sengaja saya gajikan 2 orang chef yang pernah praktikal di hotel. Restoran saya pernah masuk TV3 untuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan. Masuk surat khabar pun pernah.
Waktu ni, saya rasa saya hebat. Ye lah, gaji dah capai 3-4K sebulan.

Cupcaje Chapter, pilihan TV3 :)


Nak beli barang jenama tak risau-risau dah. Kasut kulit Prada? Dompet Gucci? Beg Kenzo? Beg Marc Jacobs? Semuanya saya dah rasa. Citarasa makanan pun dah macam orang lupa daratan. Tak nak makan di gerai. Nak makan tempat ada air cond je. Seminggu sekali kalau tak pergi restoran mahal-mahal, memang tak sah. Snap-snap gambar dan show off dalam instagram.
Tapi, tak semua tahu yang bukannya senang nak berniaga restoran. Saya tak malu nak kongsi kejatuhan saya sebab saya mahu anda tahu bahawa bisnes ni bukannya senang. Saya tak nak anda ulangi apa yang saya alami.

Restoran Cupcake Chapter 


Langit bukannya selalu cerah. Selepas 2 tahun, restoran Cupcake Chapter gulung tikar!
Cabaran yang saya pernah alami termasuklah duit top up bulanan tak cukup untuk bayar gaji dan sewa, maintenance. Bahaya kalau tiba-tiba ada yang rosak (paip air, pintu, mesin kopi) sebab semuanya menambah kepada perbelanjaan bulan tu. Duit untuk bahan mentah mesti sentiasa cukup.
Restoran saya memang best. Bukan saya nak berlagak. Makanan tip top. Kuih kek semuanya marvellous, saya berani cakap.


Tapi, salah satu sebabnya yang membuatkan saya gulung tikar ialah tak cukup duit untuk modal pusingan. Meniaga sendiri macam ni memerlukan masa panjang nak dapat untung. Setahun belum tentu dapat pulangan.
Saya terpaksa tutup kedai.

Rasa nak terjun bangunan bila fikirkan RM700K yang telah dibelanjakan untuk set up restoran. Dengan keadaan sehelai sepinggang saya (dan kawan karib saya Yusof) bawak diri ke Johor Bahru. Maka bermula la episod perit hidup kami.
Sewaktu berniaga restoran, memang stress. Jadual makan dan senaman saya tak teratur. Berat badan mencecah 120kg. Doktor diagnos saya borderline diabetes dan high risk untuk serangan jantung. Sudahlah sehelai sepinggang, kesihatan merosot, gemuk pulak tu.

Keyakinan diri saya mula menurun. Saya rasa saya ni tak layak untuk berjaya.
Hidup selepas gulung tikar amat perit. Duit tak cukup. Waktu tu saya bekerja sebagai tukang masak dengan gaji RM1500 untuk lebih kurang 10 jam sehari.

Transformasi Hafez. Hebat bukan?

Dulu gaji saya paling tinggi RM4K, maka tak kisah nak swipe kad kredit. Bahananya ialah, komitmen hutang saya besar sangat. Lebih separuh daripada gaji saya sebagai tukang masak di Johor Bahru.
Saya menyewa sama-sama dengan Yusof. Taraf ekonomi kami memang menjunam. Makan bubur garam, catu makanan, menangis merenung siling sebelum tidur tu memang rutin setiap hari. Baju ada lubang-lubang halus, nak ganti tak ada duit. Seluar dalam pun tinggal satu sahaja. Itulah yang dibasuh setiap hari. Hanya Allah yang mengerti isi hati saya masa tu.

Benda yang positif akibat drama sedih ni ialah, saya rasa lebih rapat dengan Allah. Saya mula rajin ke surau dan cuba untuk solat awal waktu. Dan saya percaya semua ni ada hikmahnya.
Hafez bersama Mohd Yusof, sahabat setia, kini anak Shakleenya :)

Kawan lama saya daripada matrikulasi pujuk saya berniaga Shaklee. Disebabkan kewangan terdesak saya turutkan. Maka saya pun terjun ke dalam bisnes Shaklee pada minggu ke-4 bulan mei 2014.
Mula mula tu, saya tak serius pun. Ada sedikit tawar hati sebab merajuk meniaga. Dan saya rasa macam saya ni takkan berjaya sampai bila-bila. Nasib saya memang untuk jadi orang miskin agaknya.
Lepas seminggu saya rasa pelik sebab group bisnes Shaklee (Glorious) banyak bincang keagamaan, ada motivational speech, saya dapat rasa bimbingan daripada senior untuk selok belok perniagaan. Dan yang paling penting saya rasa saya diperlukan dalam organisasi itu.




Saya betul-betul nekad nak berjaya dengan Shaklee. Saya pujuk hati saya mungkin inilah peluang untuk saya berniaga semula. Walaupun restoran dah hancur, tapi saya masih ada hati waja seorang pedagang. Minat berniaga tu masih terlalu tebal.


Saya ingat lagi, saya buat poster, info semuanya selepas balik kerja dan selesai buat kerja rumah. Saya start buat semua tu lepas balik daripada solat isya’ di surau. Rutin saya focus Shaklee sampai pukul 3 pagi. Lepas tu bangun awal untuk tahajud, seperti yang disarankan oleh mak Shaklee saya, Najihah Sudi.

Poster yang dihasilkan Hafez memang cantik dan menarik. 
Terkesima kan? ahaha
. 


Bulan Ogos 2014, saya selalu demam sebab tak cukup tidur. Semuanya sebab nak buat sharing bermagnet di FB. Saya paksa diri untuk post purata 8 posting sehari. Dalam bulan tu saya demam 3-4 kali.
Allahu Akbar, Allah Maha Kaya, Maha Pemurah. Bulan Ogos 2014 ialah bulan yang mengubah segalanya dalam diri saya. Saya berjaya jadi Supervisor! Syukur tak terhingga kepada Allah. 
Luka saya akibat terhempas jatuh, mula nak sembuh. Dan rasanya akan elok semula. Saya yakin satu hari saya akan terbang tinggi.

Progres Bonus saya hingga saat Supervisor.
===================================
Mei 2014: RM30 
Jun 2014: RM200.02
Julai 2014: RM340
Ogos 2014: RM 2282.17 – saya jadi Supervisor!

Alhamdulillah, saya berjaya jadi Supervisor. Income bulanan dah cecah 4 angka! 
Apa perubahan yang saya perolehi sejak join Shaklee?

1.Saya percaya rohani saya semakin baik. Saya kurang pandang negative pada orang. Saya biasakan diri dengan solat sunat, rutin membaca surah surah Al-Quran, dan macam-macam lagi.
2. Saya dapat semula keyakinan diri. Dulu saya rasa diri macam sampah. Lepas join Shaklee, saya mula rasa yang saya ada tempat dalam masyarakat. Allah... Kasih saying Allah saying kuat. Saya masih menangis kalau teringatkan betapa pemurah dan penyayangnya Allah. Sebak...
3. Kesihatan saya semakin baaik. Saya dapa semula potongan badan saya yang dulu. Daripada 120 kg saya turun ke 85kg. Daripada pinggang 45inci kepada 34inci.
4. Saya ada future yang cerah! Saya percaya saya akan pergi jauh dengan bisnes Shaklee.
5. Saya tak pentingkan diri. Sekarang, saya rasa dalam diri yang saya nak sangat tengok anak cucu bisnes saya berjaya. Saya tak pernah ada rasa macam ni sebelum join Shaklee. Sekarang, saya rasa hidup saya ada tujuan.

Bagi saya apa-apa pun perniagaan atau pekerjaan yang kita ceburi, biarlah ianya semakin mendekatkan diri kita dengan Allah.Terima kasih keluarga Shaklee yang hadir memberikan berjuta-juta makna buat diri saya. Kami sebenarnya saling terhutang budi antara satu sama lain. Ingat mengingati ke arah kebaikan.
Kini saya buat full time Shaklee di rumah. WAHD - Work at Home Dude. Belum lagi jadi ayah. Kini saya menetap di ke Muar dengan ibu. Saya nak hidup dalam persekitaran lebih sihat. Sayur tanam sendiri pakai baja organic buatan sendiri. Projek ternak ayam untuk telur dan daging. Free range egg and chicken. Semoga perniagaan Shaklee dapat membantu saya capai semua ni dengan mudah dan berkat.

Kebun Hafez di kampung 

Kalau anda tanya cita-cita saya sekarang, saya nak lahirkan ramai anak cucu yang berjaya. Hati saya dah lain macam, saya tak mahu pentingkan diri. Saya tahu betapa susah hidup tak cukup duit dan saya nak anak cucu saya berubah jadi lebih baik.

Saya selalu visualise saya naik pentas semasa Master Celebration saya. Sudah saya bayangkan apa yang akan saya katakan, baju warna apa, fesyen rambut dan senyuman serta tepukan orang ramai.

Anak cucu pun saya tak lupa tau! Saya bayangkan keadaan saya memandang satu-satu anak cucu empayar GloriousPhoenix naik ke pentas semasa Master Celebration mereka. Sayalah yang beri tepukan paling gemuruh untuk mereka!
______________________
Hebat bukan? Allah uji mestilah untuk berikan yang terbaik untuk kita. Pasti ada hikmahnya. Anda yang ingin merubah kehidupan, saya pelawa untuk menyertai Empayar Hafez. Hubungi beliau :


WhatsApp / sms / Telegram : 016 665 1067
Blog : http://hafezthegreat.blogspot.com/

Thanks for reading !





Back to Top