Slider

Sunday, March 29, 2015

Percutian keluarga ke Kuching, Sarawak 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Dah lama tertangguh entry ni. Cuba luangkan masa hari ni nak menulis. Pendek pun takpa kan, asal bermanfaat :) Kami sekeluarga, 6 beranak bercuti ke Sarawak pada 26 Feb 2015 yang lalu. Saya menghadiri Conference, dan bawak anak-anak bercuti sekali.

Ambik flight lepas subuh, awal, supaya sampai ngam-ngam terus boleh pi jalan-jalan. Balik tengahari, baru  check in hotel. Kami menginap di Grand Margherita Hotel, sama hotel dengan venue untuk conference. Senang! Hotel ni harganya berpatutan dan bersih, alhamdulillah. Terletak di tengah-tengah bandar, dan dekat dengan tempat makan dan persisiran Sungai Sarawak. Dekat dengan water front, Sungai Sarawak, mudah nak pi jalan-jalan dan cari makan. haha

Water Front Sungai Sarawak

River cruise di Sungai Sarawak. Harga RM60 kot rasanya. Kami tak naik yang ni. Naik Bot Tambang, lagi live. ahahaha

Berjalan menuju waterfront. Di sini, selepas Maghrib, start akan ada peniaga kecil buka meja dan jual macam-macam. Souvenir, gelang, pencil box, buku, kraft, lukis inai, t-shirt, kain tenun, kain batik, rantai, macam-macam lagi. Harga di sini memang murah, kadang lebih murah dari pasar, mungkin sebab kos sewa tiada.

Mereka buka meja dan berniaga di sepanjang ni. (Gambar ihsan google)

Kaftan. Cantik sangat 

Boat Cruise / Bot Tambang di Sungai Sarawak
Murah ja harga dia. Masa dia pusing Sungai Sarawak tu 1 jam. Memang lama sungguh!

Lalu depan hotel.haha

Ni lah sebabnya nak sangat bot tambang ni, nak kocak air sungai. hew hew hew

Seram jugak naik bot tambang ni sebenaqnya. Buat-buat berani ja. Tengok life jacket dia pun menyeramkan, ada yang zip, ada yang zip jadi pengikat. hehe. Pakcik ni kata, setahun sekali akan renew lesen, masa tu boat akan di cat dan dipulih baik, life jacket akan diganti bagai. Jadi, masa kami pi ni, mungkin dah dekat nak renew lesen kot. haha

Sungai Sarawak ni sangat besar. Dari atas bot,kita nampak perkampungan dengan rumah yang sangat rapat. Katanya, penduduk memang padat dan ramai. Sungai ni banyak ikan patin, besar sangat, tapi harga patin takla semahal di semenanjung, dan bukan pulak ikan yang demand di sana. Kaum Melanau, depa tak makan ikan patin. Dipercayai, dulu-dulu, zaman silap, ada nenek moyang depa jatuh dalam Sungai Sarawak ni, kemudian diselamatkan oleh sekawan ikan patin ke darat. Jadi sejak itu, mereka menganggap ikan patin ni mulia dan depa haramkan diri depa untuk makan ikan patin. Gitula, cerita dahulu kala.


Taman Orkid. 
Dalam ni katanya ada dalam 15,000 spesies orkid, memang cantik-cantik. Tapi takdak yang dijual ya. semuanya dalam taman dan pameran saja. Free Entrance.



Best jugak jalan-jalan. Cantik bunga-bunga, luas tamannya :)

Muzium Kuching

Kemudian kami ke Muzium Kuching. Muzium ini menempatkan apa-apa sahaja berkaitan Kucing. Garfield pon ada. haha. Juga di sini, ada sejarah penubuhan dan pembentukan Bandar Kuching

Dari atas bangunan Muzium Kuching

Kucing ni depa pakaikan ikut perayaan. Kalau raya puasa, haaa pakai baju melayu. haha

Muzium Kuching terletak dalam ni


Entrance

Tetiba semua jadi Kucing. haha



Muzium Etnologi
Kemudian kami ke Muzium Etnologi. Kat area muzium ni, banyak mini muzium yang boleh di lawati. Pi dengan budak-budak macam ni la, suka sangat muzium !


Tidoq dah. penat round muzium. haha



Rumah Iban

Meriam kat luar muzium. Ahmad panggil Launcher. hahaha





Berhampiran dengan muzium etnologi juga ada akuarium, ada muzium kesenian islam, dan mini-mini muzium yang lain

Best juga pi muzium ni untuk kanak-kanak. Depa belajar banyak benda baru, dan tahu sebenarnya ada kaum dan kehidupan lain zaman dahulu yang hidup 100% berlainan dari kehidupan depa. Nampak depa enjoy, mak la asyik menguap, tunggu depa baca description pameran. haha

ok, esok kita sambung lagi

Thanks for reading !

Salam sayang,
Farihah | 0192282147

Sunday, March 22, 2015

Menikmati pendapatan yang sangat baik, saya akhirnya menukar kerjaya daripada terus bekerja dengan rejim masa terbatas kepada bekerja dengan masa super-fleksibel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum menyertai  Shaklee, saya seorang guru, di sebuah sekolah antarabangsa, mematuhi rejim bekerja dari 8.00pagi hingga 4.00petang. Masa saya bersama keluarga, suami dan anak-anak lazimnya hanya bermula selepas 6.00petang atau selepas Maghrib, dan hujung minggu. Kegusaran paling besar masa itu adalah apabila terpaksa memohon cuti apabila anak sakit dan kerinduan  sepanjang masa kepada anak di pusat jagaan semasa saya bekerja. Kesihatan kami sekeluarga agak baik, namun, sebulan atau dua bulan, kunjungan ke klinik, pasti ada terutamanya anak-anak yang di pusat jagaan, selsema, demam, perkara biasa.

Buah hati, pengarang jantung. Aidilfitri 2013



Pemilihan menjadi pengguna Shaklee seterusnya berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang sekeliling, adalah tindakan bijak yang banyak menukarkan hidup saya dan mereka. Kesihatan kami bertambah baik, kurang kunjungan ke klinik, dan sedikit demi sedikit apabila jaringan semakin membesar, Shaklee memberikan pulangan kewangan yang hebat  dan semakin lumayan. Ianya adalah perkongsian dua hala, memberikan kebaikan kepada saya yang berkongsi dan mereka yang menerima perkongsian.  Menikmati pendapatan yang sangat baik, saya akhirnya mampu menukar kerjaya daripada terus bekerja dengan rejim masa terbatas kepada bekerja bersama Shaklee dari rumah dikelilingi anak-anak, dengan masa super-fleksibel. Saya percaya, ini adalah impian yang diidamkan oleh semua orang, terutamanya para ibu, dan saya telah menikmatinya dengan Shaklee. Lebih bermakna dari itu, saya juga dapat membantu downlines Shaklee saya, juga menikmati kebebasan masa dan kewangan yang sama seperti  saya. 

Puan Masnah, juru x-ray, kini dengan income bulanan tambahan 4 angka dengan Shaklee :)

Kakak saya sendiri, Ustazah Badrul Asiyah, guru dengan income Shaklee 4 angka setiap bulan :)

Ada di antara mereka kini bekerja dari rumah, dengan masa dan kewangan yang sangat selesa. Inilah kejayaan yang  dikongsi, dan kegembiraan yang dirai. Tiada lagi kegusaran meninggalkan anak kecil kepada pengasuh, Tiada lagi kebimbangan cuti tahunan yang bakal habis, kurang sudah kerisauan kewangan yang  menjerat.

Rakan maya yang akhirnya menjadi keluarga Surijunior :)

Sebahagian kecil dari kami. 
Kini, Mac 2015, jumlah keseluruhan keluarga Surijunior adalah 2,500+ orang. 


Produk yang memulakan kecintaan saya kepada Shaklee adalah set menyusu. Permulaan saya hanya dengan pelaburan kecil membeli AlfafaComplex, B-complex, Sustained Release Vita-C dan Vitalea. 4 produk ini, memberikan rasa luarbiasa terhadap saya ketika itu ketika berpantang anak keempat. Penghasilan susu ibu yang meningkat, kesihatan bayi yang sangat baik dan kecergasan diri saya sendiri menyebabkan saya merasakan ada sesuatu yang istimewa dengan Shaklee. 
Raja Asyraf, anak keempat, yang menemukan saya dengan Shaklee :) Foto tahun 2011 

2011, Raja Asyraf, hampir setahun usia, bersama abang dan kakak-kakak. 


Bermula dari  situ, saya fokus untuk berkongsi set menyusu Shaklee kepada keluarga dan rakan-rakan. Keterujaan saya dapat menyusu anak dengan sangat baik, menjebakkan saya kepada dunia blogging. Saya bermula dengan kosong, menapak, membina blog sendiri, memuatkan tips-tips penyusuan susu ibu, juga berkongsi kebaikan suplemen Shaklee untuk ibu menyusu. Fokus dan kepakaran yang saya asah dan kongsikan ini, akhirnya membawa saya ke puncak Master Coordinator.

Majlis Keraian ke Puncak Master Coordinator oleh Shaklee Malaysia
Marriott Putrajaya, Feb 2014


Menyertai Shaklee dari Julai 2011, dan menyebarkannya secara serius telah melayakkan saya menikmati pendapatan 5 angka setiap bulan, tanpa gagal, bonus kereta dan bonus kepimpinan. Melangkaui jangkaan saya ketika awal menyertai Shaklee, rupanya, usaha ini juga membuahkan ganjaran pelancongan. Kurang 2 tahun tempoh menyertai Shaklee, tahun 2013, saya dan suami menikmati 2 tiket VIP ke Umrah – Dubai dan pada tahun 2014, kami sekali lagi menikmati insentif pelancongan, tapi kali ini 5 tiket VIP ke USA. Tahun ini, 2015, sekali lagi, kami layak menikmati  5 tiket percutian VIP.

Di Pentas Shaklee International Conference, Long Beach, US 2014


Kejayaan ini adalah dengan izin Allah, berkat doa semua yang menyayangi, terutamanya suami, ibu bapa dan guru-guru Shaklee. Tanpa ini semua, saya tak akan berada di tahap ini. Pengelibatan dan keputusan untuk serius bergiat dalam Shaklee adalah antara keputusan terbaik dalam hidup saya. Kepuasan memiliki kebebasan masa dan kewangan adalah terlalu hebat. Lebih daripada itu, kepuasan ini berganda apabila kita dapat membantu rakan-rakan dan keluarga memiliki kehidupan yang lebih baik. Untuk muslim, inilah pelaburan pahala dunia dan akhirat yang akhirnya akan menjadi saham untuk bekalan kita setelah meninggal dunia. Menambahbaik kehidupan insan lain adalah sebenarnya satu kemestian dan tindakan yang dituntut oleh agama.  Mulakanlah dengan apa yang ada, berkongsilah dengan sebaik mungkin.  Masa terbaik untuk mula berkongsi bukannya esok atau bulan depan, tetapi, masa ideal untuk berkongsi adalah sekarang. Mulakanlah dengan apa yang ada.




Orang yang paling bahagia adalah yang memilih untuk menjadikan apa yang dia ada kepada sesuatu yang terbaik, bukannya hanya menunggu yang terbaik untuk menjelma


Perarakan Master Coordinator sempena Shaklee National Conference 2014

Thanks for reading!

Salam sayang,
Farihah | 019 2282147

Tuesday, March 10, 2015

Pencegahan kemurungan selepas bersalin bermula seawal tempoh kehamilan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera !

Seram tak baca tajuk? ehehe. Seram atau tidak, ini biasa berlaku di kalangan ibu berpantang. Untuk sesetengah ibu, masa berpantang, tiba-tiba rasa sedih yang amat. Tanpa sebab, tiba-tiba menangis tanpa sebab. Diri sendiri pun tak tahu kenapa dan bagaimana ianya berlaku. Bagaimana kemurungan boleh berlaku? Bagaimana mengatasi? Apakah langkah pencegahan?



Kemurungan selepas bersalin dipercayai berpunca daripada perubahan hormon secara mendadak terhadap diri ibu. Perasaan sedih, sayu, kehilangan, kesunyian tiba-tiba menghantui tanpa sebab. Ibu boleh tiba-tiba menangis sendirian akibat emosi yang terjejas.



Apakah yang menyebabkan kemurungan?
# Masalah keluarga seperti masalah kewangan, kehilangan orang tersayang
# Sukar menyusu badan
# Suami dan keluarga yang kurang memberi sokongan
# Keletihan
# Masalah-masalah lama yang tiba-tiba kembali menghantui
Bagaimana mengatasi?
# Elakkan bersendirian
# Berbual dengan suami, ibu atau dengan bayi anda
# Tidur dan rehat dengan cukup
# Lakukan senaman ringan
# Sentiasa berfikiran positif 
# Amalkan berzikir sebagai terapi diri
# Jika keadaan berlarutan, jumpa doktor untuk ubatan antidepresi



Bagaimana mencegahnya?
# Sebelum kelahiran, pastikan anda membuat perancangan yang baik dari segi kewangan, penjaga semasa berpantang
# Berbincang dengan suami dan ibu tentang persediaan selepas kelahiran. Bagaimana mereka boleh membantu, dan apa yang anda harapkan daripada mereka


# Sentiasa berfikiran positif dan membayangkan yang indah-indah akan berlaku selepas kelahiran
# Rancang di mana anda akan melahirkan bayi. Buat pemeriksaan sekurang-kurangnya bermula bulan ke 7 atau ke 8 di hospital, bersama doktor yang bakal menyambut bayi anda
# Mulakan untuk mengambil makanan seimbang sejak sebelum melahirkan
# Pastikan pengambilan air yang cukup supaya tubuh tidak lesu
# Bagi anda yang mengandung pada jarak yang rapat, contohnya, si abang / kakak kepada bayi masih kecil, mulakan membiasakan dia rapat dengan suami anda semasa anda hamil. Ini untuk mengurangkan bebanan ibu sewaktu berpantang.



Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?
Pemakanan yang baik dan seimbang, lengkap dengan nutrisi yang tepat, boleh membantu mengatasi atau mengurangkan bebanan ibu. Beberapa suplement yang boleh disyorkan adalah seperti di bawah :

Suplemen Shaklee untuk menyokong ibu semasa mengandung dan semasa berpantang.

Suplemen yang disenaraikan memberikan nutrisi yang lengkap untuk ibu. Anda boleh menggunakan suplemen yang sama semasa dan selepas bersalin dengan hanya sedikit  tambahan suplemen lain. Produk-produk ini lengkap dan ibu tidak lagi memerlukan jamu atau produk lain, insyaAllah.

Apa bantuan yang ditawarkan oleh Suplemen Shaklee di atas? Antaranya adalah :
# Membantu keseimbangan hormon
# Mengelakkan stress (antistress)
# Multivitamin dengan iron untuk mencegah anaemia
# Protein berkualiti tinggi untuk menyokong penyusuan susu ibu
# Meningkatkan antibodi dan sistem pertahanan tubuh
dan lain-lain

Apa pun usaha kita sebagai manusia, kuasanya tetap di tangan Allah, banyakkan berdoa sejak dari sebelum mengandung, semasa mengandung dan selepas kelahiran. Sentiasa bersangka baik dengan takdir Allah. Jangan kita selalu bersangka buruk dan takutkan yang bukan-bukan. Hidup kita bertuhan dan kepercayaan kita kepadaNya sepatutnya 100% :)



Hubungi kami atau wakil Shaklee berhampiran anda untuk menyesuaikan suplemen Shaklee dengan keperluan dan budget anda. 

Pelaburan yang berbaloi, dengan izin Allah :)

Thanks for reading !

FB : Farihah Abu Kasim | FB Page : Surijunior | WhatsApp/ Telegram : +60192282147

Sunday, March 8, 2015

Hidup kita, pilihan kita :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Ada orang tanya saya, bila dah success dalam Shaklee, Shaklee ja la kan? Tak buat benda lain kan?

Untuk saya secara peribadi, ini adalah pertimbangan individu. Dulunya, saya tiada minat yang terlalu mendalam dalam bisnes. Niat saya pada asalnya berShaklee cuma nak bantu kawan-kawan dan ibu menyusu, sehinggalah saya sedar, Shaklee sebenarnya boleh menjadikan saya berpencen kaya sewaktu muda. Sebab itu saya usahakan. Bukan sebab saya pencinta MLM atau sebab saya dari latarbelakang bisnes. Bukan.

Antara testimoni pelanggan awal Surijunior yang berjaya menyusu dengan Shaklee. Alhamdulillah
Pemilik testimoni ini sekarang adalah leader di Surijunior, Puan Tinie :)

Inilah Puan Tinie, pemilik testimoni. Lebih tepat, Misi Tinie :)


Pencen dari Shaklee ini, jika anda berjaya mendapatkannya, membolehkan anda buat apa sahaja, sebab pasif income ini sentiasa mengalir. Setelah stabil, anda boleh :

- Fokus hanya kepada Shaklee

- Sambung pengajian tanpa pening memikirkan tajaan biasiswa, bayangkan anda pelajar postgraduate dengan pasif Income RM30,000 sebulan smile

Puan Siti Rubiah dan anak-anak Shakleenya. Puan Rubi adalah pelajar Sarjana dengan perbelanjaan sendiri. Income 4 angka bulanan, membolehkan ibu anak 3 ini, menyambung pengajian tanpa pening memikirkan tajaan biasiswa atau pinjaman :)

Puan Fatariah, ibu muda dengan anak 2 ini, melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Pemakanan di USM. Income 4 angka Shaklee beliau, menjadi sumber utama membantu pengajiannya. Hebat bukan?


- Mulakan bisnes kedua, yang anda pernah cita-citakan suatu waktu dahulu
- Berhenti kerja makan gaji, fokus pada Anak, suami, jaga mak dan ayah tersayang, bayangkan anda surirumah dengan pasif Income RM60,000 sebulan. Di bawah adalah beberapa orang anak-anak Surijunior yang telah berjaya menjadi Work-at-home-mom dengan pendapatan hebat, 4-5 angka sebulan. Hebat. Mereka telah buktikan dengan Shaklee :)

Puan Nini Nisrin dan Puan Aini Mumtaz kedua-duanya di Perlis


Puan Fiza, paling terkini berhenti kerja dan menjadi WAHM. Beliau dari Jitra, Kedah


Puan Fahana (Ummu Durrah), baru sahaja memiliki BMW setelah bergelar WAHM :)


Apa sahaja yang anda impikan, sebenarnya tidak pernah mustahil dengan Shaklee. Syaratnya, pembinaan empayar mesti berlaku dan terbina dengan JUJUR, bermula dari zero, bukan dengan pinjaman peribadi puluhan ribu.

Tak salah terima pasif income dari Shaklee. Macam government staff berpencen, bezanya hanya pada nilai dan kadarnya yang tidak tetap.

Bisnes ni sangat mudah, jika ada minat dan kegigihan.

Cuba, Rasai kebaikannya dan mula berkongsi. Semudah itu :)

Memulakan Bisnes Shaklee anda?
Hubungi kami di FB atau 0192282147 atau wakil Shaklee anda di Seluruh Malaysia :)

Thanks for reading !


Back to Top