Slider

Sunday, March 8, 2015

Shaklee mengajar kami tidak hanya selesa di sarang sendiri, tapi membantu yang lain untuk hidup lebih berkualiti & berkongsi rezeki - Wani & Razif

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Hari ini saya nak kongsikan kisah cucu Shaklee saya (second level leader). Kisah cinta dan pertemuan mereka dengan Shaklee, sehingga menyebabkan mereka akhirnya memperoleh income 4 angka bulanan. Pasangan suami isteri ini, mengusahakan Shaklee bersama-sama, walaupun part time, tetapi kejayaan mereka boleh dibanggakan. Saksikan Kisah Wani & Razif :)

Kisah cinta. Kisah kami 

Terus terang, sebelum ini saya tak punya passion dlm bisnes.tak suka.tak minat.dan tak rasa ianya satu keperluan.sy dilahirkan dlm keluarga yg tidaklah terlalu kaya, tapi taklah hidup susah. Kedua ibu bapa saya bekerja sebagai guru. Bilangan adik beradik yang sedikit (4 orang), tinggal di kampung yang tidak menuntut perbelanjaan besar, membuatkan kami 4 beradik tidak pernah merasai kesempitan hidup. Sejak kecil, semua keinginan kami adik beradik, sentiasa dipenuhi. Disebabkan itu tak pernah timbul desakan untuk mencari wang tambahan.

2010, saya berkahwin Razif,seorang jurutera Intel (pada masa tu), dan saya pula menunggu masa untuk posting guru.Walaupun saya tidak bekerja, hidup kami masih selesa, kerana masih tidak banyak tanggungan.

Dahulunya Jurutera, kini bergelar guru :)

Januari 2011, Razif meninggalkan kerjayanya untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan di maktab perguruan. Masa ni kami dah mula rasa kesempitan.. Dengan pendapatan bulanan saya sebanyak RM3000++, saya perlu menyelesaikan pinjaman peribadi (buat rumah) rm1000++, ansuran kereta rm700++, takaful keluarga rm400++, bantu suami, perbelanjaan makan minum, minyak kereta, keperluan bayi dll... Elaun Razif yang cuma rm1300 pula hanya cukup untuk sara diri, kos pendidikan dan kos berulang-alik setiap minggu dr IPDA, Jitra-Baling.. Baki setiap hujung bln dlm akaun kami selalunya RM0.00... Selama setahun kami hidup sebegitu.. 

Hidup kami mula bernafas baru setelah Razif posting guru.. Jadi pendpatan kami ketika itu cukup untuk kehidupan dan keselesaan kami dan keluarga terdekat.. Tak pernah terfikir untuk orang lain..

2012 ketika hamil anak kedua, saya diuji dengan masalah kandungan.. saya ditahan di wad O&G selama 2 bulan setelah mengalami kebocoran air ketuban yg serius ketika kandungan 6 bulan. Bermulalah episod luka dan duka dalam kehidupan kami....

Saya ditahan di Wad Kenanga 12 Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani. Dalam keadaan masih belum wean off anak sulung masa tu, mmg memeritkan. Kasihan anak kecil yang tahu umminya sakit, menangis dan meraung seharian mencari susu ibu..Tiada satu hari pun saya lalui tanpa air mata.. Paling menyedihkan Razif terpaksa berulang-alik dari Baling ke Sg Petani hampir setiap hari. Mujur mak dapat bantu menjaga anak kami . Kadang-kala Razif dan famili saya terpaksa tinggal di hotel-hotel bajet bdekatan hospital semata-mata untuk dekat dgn saya...duit???mengalir macam air. Pernah suatu masa hampir terpaksa berhutang. Namun bantuan Allah sentiasa ada.. Allah lorongkan jalan yang mudah buat kami. Ketika saya masih di hospital, kami berbincang dan membuat keputusan besar. Razif buat pinjaman, beli rumah berhampiran hospital & renovate... Kami punya matlamat terhadap rumah ini. Rumah ini bukan untuk kami diami secara tetap, tapi sebenarnya untuk memudahkan keluarga kami menginap andaikata ada dikalangan ahli keluarga yang sakit dan terpaksa ditahan di hospital. Maka bertambah kos potongan gaji setiap bulan rm1000++ lagi... Agak membebankan..

Di hospital juga barulah saya benar-benar mengenali Shaklee. Saya hubungi Kak Farihah menceritakan masalah saya dan minta cadangan vitamin. Sebelum ini saya pernah 2,3 kali beli set bf dengan Kak Eha. Apabila saya beritahu hasrat menjadi ahli, terus kak Farihah letakkan saya bawah anak beliau, Kak Noorhafiza Akib. Mak fiza sangat2 membantu membimbing kami dalam dunia Shaklee. 

Di hospital saya diletakkan di bawah pengawasan pakar. Darah diambil setiap hari untuk pastikan saya bebas dari sebarang jangkitan kuman. Ketika mula-ditahan lagi saya dah diberi penerangan secara telus oleh pakar berkenaan risiko-risiko yang mungkin terpaksa saya hadapi akibat masalah ini. Antaranya, risiko kematian dan kecacatan bayi. Bayangkan bagaimana bayi dapat survive dalam rahim dengan cecair ketuban yang hampir kering. Doktor juga beritahu saya bahawa tiada ubat untuk masalah ini, dan minta saya agar kurangkan pergerakan dan banyakkan berdoa agar keajaiban berlaku. Atas keizinan doktor, saya hanya berbekalkan vitamin Shaklee sepanjang 2 bulan di hospital.

4.1.13 saya melahirkan anak secara ceasarian section, ketika usia kandungan 32 minggu dengan berat 1.54kg. Selepas itu anak saya ditahan di NICU dan wad paedatrik selama sebulan lebih. Alhamdulillah, Naurah Salsabila dilahirkan dalam keadaan yg sihat dan sempurna tubuh badan. Bermula ujian seterusnya buat saya dimana dalam kesakitan di hari pertama melahirkan, saya terpaksa mengeluarkan susu badan hanya dengan perahan tangan dan pam. Bayi saya ketika itu hanya boleh menyusu melalui tiub. Setiap hari saya berulang-alik ke hospital menghantar susu ke NICU. Keadaan di NICU sangat menyedihkan. Tak sanggup rasanya melihat bayi-bayi lain yang mengalami masalah yang kronik, dengan segala wayar dan alat sokongan hayat di tubuh kecil mereka. Terasa ujian Allah buat kami hanya kecil berbanding mereka. 

Naurah Salsabila, anak kecil yang dulunya bertarung nyawa di NICU, kini ceria. 
Razif, dulu penghidap diabetes, kini sihat dan bebas diabetes.
Alhamdulillah :)

Dalam tempoh itu, sekali lagi kami diuji. Suami disahkan menghidap diabetes type 2. Salah satu faktor yg menjadikan penyakitnya menjadi teruk adalah kerana makan minum yang tidak terurus terutama ketika 2 bulan saya di ward. Saya perasan waktu itu tubuh badan Razif menjadi kurus dengan sangat mendadak (50kg++ berbanding sebelum ini 60kg), dan tanda-tanda diabetes sangat jelas ketara. Kerap kencing, mudah haus, cepat letih. Setelah disahkan, saya paksa Razif makan vitamin Shaklee, tanpa mengambil ubat-ubatan sintetik... Alhamdulillah, Shaklee sangat serasi, dan bacaan diabetesnya menurun. Perlahan-lahan berat makin bertambah dan masalah diabetesnya hilang.

Keluarga bahagia :)


Suatu hari Razif cadangkan supaya kami serius dalam bisnes Shaklee. Saya sangat terkejut kerana tidak pernah terfikir langsung untuk berbisnes. Awalnya saya turut meragui kemampuan kami. Kami mula hubungi Mak Fiza dan Maktok Eha untuk menuntut ilmu. Bertemu sahabat-sahabat di grup whatsapp dan fb, berkongsi idea dan pengalaman, benar-benar membuka mata kami untuk terus melangkah jauh dalam bisnes ini. Misi Razif sangat luar biasa. Dialah yang mencari customer melalui fb kami, dialah yang membuat iklan dan promosi, dialah yang membungkus, dia jugalah yang pos vitamin kepada customer. Dia juga yang menghubungi mak dan maktok berbulan-bulan menggunakan akaun fb saya. Menyamar! (Pecah rahsia..) Saya pula membantu setakat yang terdaya. (Terima kasih, abang. Kalau tak kerana usaha dan pengorbanan abang, kita tak akan sampai ke tahap ini..)

Ramadhan 2013, dengan keberkatan bulan yang mulia, untuk pertama kalinya kami naik ranking Supervisor. Kami naik sendiri dengan belian anak-anak tak sampai 400uv. Dan sejak itu kami tidak menoleh lagi. Walaupun menyakitkan kami cuba sedaya upaya untuk efektif 21%. Duit gaji kami, setelah tolak keperluan keluarga, kami laburkan semuanya untuk bisnes. Alhamdulillah hari demi hari kami dikurniakan anak-anak Shaklee yang hebat. Kami mendaki satu rank ke satu rank.

Razif dan Wani, Leaders hebat, ketika menerima award di Master Celebration Surijunior :)

Apa yang nak kami kongsikan di sini, dengan Shaklee, kami tidak hanya hidup selesa di sarang sendiri, kami belajar daripada sahabat-sahabat untuk berkongsi rezeki. Kami belajar membantu insan lain untuk menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Kami dapat hadiahkan Vivix kepada ibu bapa setiap bulan. Kami dapat penuhi keinginan anak-anak. Kami dapat membantu insan lain tanpa had. Memenuhi segala impian kami untuk orang lain. Seronok. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Ibu kepada Wani, yang kini lebih ceria dan sihat bersama Vivix Shaklee :)


Semoga pengakhiran 2014 dan permulaan 2015 kali ini membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupan kami dan kita semua. Terima kasih atas sokongan, bantuan dan tunjuk ajar sifu-sifu hebat, adik beradik Surijunior dan Cerdas Cergas serta sahabat-sahabat semua yang tak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.


Ayuh sebarkan cinta, sebarkan kasih sayang...dengan Shaklee

Sertai Wani, Razif dan team hebat mereka & saksikan keaajaiban Shaklee merubah hidup anda, keluarga dan rakan-rakan anda :)

Facebook  > Noor Hazwani / +6017 535 9154 (Call / sms / WhatsApp / Telegram)
Facebook > Razif Saliman : +6012 797 3240 (Call / sms / WhatsApp / Telegram)

No comments :

Back to Top