Assalamualaikum & Salam Sejahtera!
Dah lama tertangguh entry ni. Cuba luangkan masa hari ni nak menulis. Pendek pun takpa kan, asal bermanfaat :) Kami sekeluarga, 6 beranak bercuti ke Sarawak pada 26 Feb 2015 yang lalu. Saya menghadiri Conference, dan bawak anak-anak bercuti sekali.
Ambik flight lepas subuh, awal, supaya sampai ngam-ngam terus boleh pi jalan-jalan. Balik tengahari, baru check in hotel. Kami menginap di Grand Margherita Hotel, sama hotel dengan venue untuk conference. Senang! Hotel ni harganya berpatutan dan bersih, alhamdulillah. Terletak di tengah-tengah bandar, dan dekat dengan tempat makan dan persisiran Sungai Sarawak. Dekat dengan water front, Sungai Sarawak, mudah nak pi jalan-jalan dan cari makan. haha
Water Front Sungai Sarawak
River cruise di Sungai Sarawak. Harga RM60 kot rasanya. Kami tak naik yang ni. Naik Bot Tambang, lagi live. ahahaha
Berjalan menuju waterfront. Di sini, selepas Maghrib, start akan ada peniaga kecil buka meja dan jual macam-macam. Souvenir, gelang, pencil box, buku, kraft, lukis inai, t-shirt, kain tenun, kain batik, rantai, macam-macam lagi. Harga di sini memang murah, kadang lebih murah dari pasar, mungkin sebab kos sewa tiada.
Mereka buka meja dan berniaga di sepanjang ni. (Gambar ihsan google)
Kaftan. Cantik sangat
Boat Cruise / Bot Tambang di Sungai Sarawak
Murah ja harga dia. Masa dia pusing Sungai Sarawak tu 1 jam. Memang lama sungguh!
Lalu depan hotel.haha
Ni lah sebabnya nak sangat bot tambang ni, nak kocak air sungai. hew hew hew
Seram jugak naik bot tambang ni sebenaqnya. Buat-buat berani ja. Tengok life jacket dia pun menyeramkan, ada yang zip, ada yang zip jadi pengikat. hehe. Pakcik ni kata, setahun sekali akan renew lesen, masa tu boat akan di cat dan dipulih baik, life jacket akan diganti bagai. Jadi, masa kami pi ni, mungkin dah dekat nak renew lesen kot. haha
Sungai Sarawak ni sangat besar. Dari atas bot,kita nampak perkampungan dengan rumah yang sangat rapat. Katanya, penduduk memang padat dan ramai. Sungai ni banyak ikan patin, besar sangat, tapi harga patin takla semahal di semenanjung, dan bukan pulak ikan yang demand di sana. Kaum Melanau, depa tak makan ikan patin. Dipercayai, dulu-dulu, zaman silap, ada nenek moyang depa jatuh dalam Sungai Sarawak ni, kemudian diselamatkan oleh sekawan ikan patin ke darat. Jadi sejak itu, mereka menganggap ikan patin ni mulia dan depa haramkan diri depa untuk makan ikan patin. Gitula, cerita dahulu kala.
Taman Orkid.
Dalam ni katanya ada dalam 15,000 spesies orkid, memang cantik-cantik. Tapi takdak yang dijual ya. semuanya dalam taman dan pameran saja. Free Entrance.
Best jugak jalan-jalan. Cantik bunga-bunga, luas tamannya :)
Muzium Kuching
Kemudian kami ke Muzium Kuching. Muzium ini menempatkan apa-apa sahaja berkaitan Kucing. Garfield pon ada. haha. Juga di sini, ada sejarah penubuhan dan pembentukan Bandar Kuching
Dari atas bangunan Muzium Kuching
Kucing ni depa pakaikan ikut perayaan. Kalau raya puasa, haaa pakai baju melayu. haha
Muzium Kuching terletak dalam ni
Entrance
Tetiba semua jadi Kucing. haha
Muzium Etnologi
Kemudian kami ke Muzium Etnologi. Kat area muzium ni, banyak mini muzium yang boleh di lawati. Pi dengan budak-budak macam ni la, suka sangat muzium !
Tidoq dah. penat round muzium. haha
Rumah Iban
Meriam kat luar muzium. Ahmad panggil Launcher. hahaha
Berhampiran dengan muzium etnologi juga ada akuarium, ada muzium kesenian islam, dan mini-mini muzium yang lain
Best juga pi muzium ni untuk kanak-kanak. Depa belajar banyak benda baru, dan tahu sebenarnya ada kaum dan kehidupan lain zaman dahulu yang hidup 100% berlainan dari kehidupan depa. Nampak depa enjoy, mak la asyik menguap, tunggu depa baca description pameran. haha
ok, esok kita sambung lagi
Thanks for reading !
Salam sayang,
Farihah | 0192282147
3 comments :
Balqis suka sgt pada Kucing ... Meeoowww ~
lacoste shirts
vibram fivefingers
ghd
jordan 11
cheap jordans
swarovski crystal
michael kors outlet, http://www.michaelkors-outlets.us.com
cheap toms
new york knicks jersey
coach outlet
salomon shoes
north face jackets
cheap snapbacks
fred perry polo shirts
cheap oakley sunglasses
supra footwear
true religion outlet, http://www.truereligionoutletstore.us.com
snapback hats
salomon running shoes
oakley sunglasses canada
tods shoes
burberry outlet
adidas shoes
tory burch outlet online
ghd hair straighteners
chanel outlet
the north face outlet store
swarovski uk
ferragamo shoes
ray ban sunglasses
oakley outlet
herve leger dresses
dansko outlet
koby bryant shoes
ray ban sunglasses
jordan 4
louboutin shoes
michael kors outlet
cheap jordans
coach outlet online
0805maoqiuyun
museum sume ni terletak dimana ye...senang x cari?nk pegi bln 11 ni
Post a Comment