Slider

Sunday, June 12, 2016

Power Pumping untuk susu lebih meriah !

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.


Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Happy pumping!

Thanks for reading !
Salam sayang,
019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com


 Sumber : hanisaminmobimotherhood

Saturday, June 11, 2016

Meashakes yang Ohsem !

Assalamualaikum & Salam sejahtera !

Inilah detik pertemuan saya dan Noorhafiza Mohamad Akib, tercari-cari apa yang boleh membantu anaknya. Fiza memulakan journey Shaklee nya dengan mendaftar keahlian PERCUMA dengan pembelian Mealshakes promo.

Itu dulu, Fiza kini bukan setakat pengguna, malah Leader Shaklee di Surijunior. Menjana income melebihi gajinya di pejabat. Sedikit masa lagi mencecah 5 angka, insyaAllah 

+++++++++



Anak saya, Harith dulu taknak minum susu. Sebab apa? Masa umur 3 tahun saya tukarkan susu Dutch Lady kepada Anmum.. sebab nak dia gemuk. Hahaha..

Dari sebab itu, lain rasa, terus dia STOP susu. Stop juga nasi dll. Hidupnya hanya makan TEH O kosong dan biskut. Bayangkan betapa risaunya hati ibu! Nurse pun risau sbb katanya boleh undang TALASEMIA.. uishhh.. lagi haru!

Kemudian saya terjebak dengan Shaklee, terjumpa pula dengan MEALSHAKE. Alhamdulillah it works for him. Nasik dah mau makan, SUSU pun sambung minum. Sekarang ni susu apa pun boleh minum. DUTCH LADY, DUGRO, TAMAR COCOA.. semua boleh asalkan susu.. Syukur Ya Allah

Saya mmg jatuh cinta dengan mealshake. Harith juga cakap.. poo poo dah senang!
He'll turn 7 yo on this 10 September.

Walaupun impian saya nak tengok dia berisi tak tercapai.. sekurang-kurangnya dia jarang sakit. Dulu, sejuk sikit cuaca, selsema. Minum ais, selsema. Sekarang ni kalau demam pun, baik sendiri.. tak sempat makan ubat sbb awal-awal lagi ibu suap nutriferon. Sungguh saya bersyukur, tak pernah sekalipun anak saya ni WARDED. Alhamdulillah

Hebat sangat Mealshakes? Meh baca leaftet dari Shaklee Malaysia ni :)








Lagi testimoni anak hebat dengan Shaklee? Klik di sini :)
_______________
MIliki Mealshakes untuk anak? Atau menjadi sebahagian dari keluarga Fiza?

Hubungi beliau di FB Noorhafiza Mohamad Akib atau WhatsApp / Telegram 0125299013. 


Thanks for reading !








Friday, June 10, 2016

10 tips asas menyusukan bayi semasa berpuasa

Assalamualaikum & Salam sejahtera !

Ibu-ibu menyusu perlu melalui masa berpuasa dengan persediaan yang baik dan mencukupi. Tidak diwajibkan berpuasa untuk ibu menyusu, tapi perlu dengan sebab yang tertentu untuk menentukan cara penggantiannya kelak. Walaupun banyak kekhuatiran berlaku, kajian menunjukkan tiada kemudharatan untuk ibu menyusu menjalankan ibadah berpuasa selagi mana ibu-ibu mengamalkan pemakanan seimbang dan mencukupi semasa sahur dan berbuka.



Ada juga pendapat mengatakan semasa berpuasa, toksin akan dibebaskan ke dalam darah dan akan pergi ke bayi melalui susu ibu. Tapi, kita juga mesti ingat, bayi juga memiliki sistem pertahanan dan perlindungan diri daripada situasi tersebut. Hayati syariat Allah dengan niat dan persediaan yang cukup. Hikmahnya cukup besar untuk kita perolehi, insyaAllah. Badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tidak terganggu. Sungguh hebat penciptaan Allah. 

Suruhan ini terkandung implikasi yang mendalam terhadap kesihatan setiap manusia khususnya yang bergelar ibu. Malah ada pula rukhsah yang dibolehkan berbuka puasa, istimewa untuk golongan tersebut jika berlaku kekhuatiran dan keadaan yang tidak diduga. Tetapi, bagi kita yang ingin merebut peluang berpuasa di bulan yang mulia seharusnya tidak menjadikan penyusuan susu ibu sebagai suatu halangan untuk mendapat dua ganjaran yang hebat tersebut dalam masa yang sama. Ditambah lagi, kajian- kajian sains terkini yang membuktikan tiada permasalahan yang menghalang wanita yang menyusukan bayi untuk berpuasa dari segi kesihatan ibu dan bayi itu sendiri. Malah, kita seharusnya percaya, sudah pasti ada hikmah dan keistimewaan yang tersirat di samping yang tersurat dengan apa yang Allah telah tentukan buat hambaNya yang bergelar wanita dan ibu.



Perkara yang sangat penting untuk ibu-ibu awasi ialah pengambilan makanan yang seimbang dan pengambilan air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi boleh membahayakan si ibu dan menjejaskan penghasilan susu ibu. Jika anda mula rasa tidak sihat atau mula dehidrasi / ternyahhidrat, hubungilah doktor anda. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.

Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda.Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu pula termasuk:
  • kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari);
  • najis berwarna kehijauan;
  • tangisan yang nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam;
  • turun berat badan atau berat badan tidak bertambah.
Jika keadaan seperti ini berlaku, berbukalah, dan utamakan kesihatan anda. 


Apakah tips dan pesanan penting untuk ibu menyusu yang berpuasa?

1. Niat dan berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan kita berpuasa & beribadah
2. Pastikan bangun sahur. 
3. Kurangkan makanan manis dan masin
4. Bawa air bekal semasa terawikh dan minum antara solat 
5. Minum banyak air semasa berbuka dan bersahur. Pastikan anda meminum 2-3 liter air sekurang-kurangnya dalam sehari
6. Ambil makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah (Low GI). Makanan seperti ini membolehkan anda kenyang lebih lama.

Makanan dengan GI rendah akan membekalkan tenaga dengan stabil secara berpanjangan 

Makanan GI rendah akan mengeluarkan tenaga perlahan-lahan dan memberikan rasa kenyang yang lama


Makanan Indeks Glisemik (GI) rendah adalah dalam kategori bacaan GI 55 dan ke bawah

ESP memberikan GI hanya 39, menyokong rasa kenyang yang lebih lama



7. Ambil makanan tinggi serat seperti sayur dan buah-buahan.
8. Kekalkan mood ceria dan positif
9. Elakkan bekerja atau berada di tempat panas dan menyebabkan banyak berpeluh dan stress
10. Bantu diri anda dengan suplemen yang baik seperti Set Ramadhan Shaklee.


Set ini mengandungi ESP, Mealshakes, Performance Drink dan Lechitin yang boleh membantu anda :
  • Mengekalkan bendalir tubuh / mencegah dehidrasi
  • Mengandungi protein yang berkualiti tinggi yang menggalakkan pengeluaran susu ibu
  • Mengandungi serat yang tinggi yang menggalakkan kenyang dengan lebih lama.

Betul kah set ini membantu? Boleh pm kawan-kawan kita dibawah, untuk tanya dan untuk beli pun boleh :)




Selamat berpuasa semua!. Hingga berjumpa lagi ya!
 
Kredit : 


Thanks for reading !
 
Salam sayang,
019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com

Thursday, June 9, 2016

Makin puasa, makin gemuk !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Salam Ramadhan untuk semua. Bagaimana kita menjalani Ramadhan adalah cerminan bagaimana peribadi diri kita. Semoga Ramadhan kali ini boleh kita jadikan madrasah untuk membentuk diri kita menjadi lebih baik, lebih soleh dan lebih cemerlang.



Kurang makan masa puasa kan? Tapi, kenapa sesetengah kita makin puasa makin gemuk? Elok ja sampai garis penamat Ramadhan, ting! jarum penimbang naik extra 5kg! 10 kg! Menakutkan! Sebabnya?

Balas dendam 
Siang sepanjang hari kita berpuasa, dan kita anggapkan waktu berbuka adalah waktu membalas dendam. Makan sampai tiada ruang perut untuk udara dan air. Makan dan makan lagi. Makanan kita pula manis, berlemak dan berkolesterol tinggi. Sekali hadap, semua kita habiskan. Mata semakin layu, badan kian memberat. Satu perkara yang kita perlu ingat, menahan lapar dan dahaga, mengawal nafsu bukan sahaja di siang hari, waktu berbuka juga begitu. Malangnya kita berlebih-lebihan dan membalas dendam semasa berbuka!



Malas bergerak.
Dengan alasan tak makan, maka siang hari dihabiskan dengan tidur dan bermalas-malasan di sofa. Tidur selepas sahur hingga matahari tinggi. Dan semua kerja di tangguhkan atas alasan berpuasa

Takut lapar
Tiba waktu sahur, kita sepatutnya makan seadanya. Jangan makan terlalu banyak, tambahan punya makanan manis dan tinggi karbohidrat terlalu banyak. Sifat keterlaluan ini akan menyebabkan kenaikan paras gula yang sangat tinggi dalam darah dan hormon insulin akan dirembeskan untuk menurunkan paras gula. Apabila keadaan ini berlaku, kita akan cepat lapar di waktu siang.


Keadaan ini perlu dikawal dan diatasi. Kerana bukan sahaja merosakkan puasa kita, tapi, ia juga akan memusnahkan tubuh. Ramadhan sepatutnya menjadi bulan detoksifikasi yang akhirnya melahirkan kita yang baru, yang lebih sihat, langsing dan cantik.

Bagaimana anda boleh mengawal diri anda dan mengelakkan keadaan ini?

1. Sebut di mulut dan biar telinga dengar, bahawa puasa kita ini adalah dengan niat kerana Allah. Dan semua yang kita buat, sepatutnya yang disukai Allah. Makan berlebihan, amalan pembaziran adalah tidak disukai Allah. Sebut, biar telinga dengar. Kitalah yang sepatutnya mengingatkan diri kita, bukan orang lain.

2. Elakkan terlalu kerap / pergi ke bazar Ramadhan. Perut yang lapar, hampir waktu berbuka, menyebabkan kita nak beli semuaaanya.. Sampai waktu berbuka, dah makan tak mampu nak habiskan, kemudian kita akan paksa diri untuk habiskan sebab sayangkan makanan yang dibazirkan. Terjadilah makan berlebihan tadi

3. Masak sendiri. Kalau masak sendiri, sebenarnya 2-3 lauk dah lebih dari mencukupi. Selain menjimatkan, ianya lebih sihat, bersih dan terjamin. Banyak tau jimat. :)

4. Mulakan dengan 3 biji kurma dan segelas air. Ini akan menyebabkan perut kita sedikit penuh dan tidak menyebabkan kita makan terlalu banyak



5. Bantu diri anda dengan Set Ramadhan Shaklee. Set Ramadhan ini ada banyak kebaikan. Antaranya :
 
  •  Membekalkan serat yang tinggi. Bagi individu yang mengalami sembelit. Mimpi negeri anda akan berakhir dengan konsistensi terhadap set ini
  • Membekalkan protein berkualiti tinggi. Protein adalah struktur yang kompleks, ianya lambat diuraikan dan akan bertahan lama dalam perut. Selain serat, protein juga membantu kita kenyang dengan lebih lama. 


  • Indeks Glisemik (GI) yang rendah.  GI yang rendah ini menjadikan tenaga dalam makanan tersebut dilepaskan perlahan-lahan sepanjang hari. Ini mengelakkan keadaan terlalu lapar atau cepat lapar
  • Membantu memecahkan lemak. Salah satu produk di dalam set ini iaitu Lechitin,bantu kita pecahkan lemak yang kita ambil dalam tubuh. Nak kurus langsing masa raya kan? Haaa... lecithin la jawapannya.
Kestabilan paras gula dalam makanan GI rendah

  • Sumber protein yang Shaklee bekalkan dalam set ini sebenarnya boleh membantu kita untuk memperbaiki struktur rambut, kulit dan kuku. Semua struktur ni, diperbuat oleh protein, jika kita berikan protein yang baik, maka, sempatlah lawa sebelum raya. hehe
  • Performance Drink dalam set ini membantu tubuh untuk mengekalkan bendalir dan elektrolit dalam tubuh.  Pentingnya kita mengekalkan kesegahan tubuh dan sel untuk sistem badan kita kekal di tahap optimum



Baik setakat ini sahaja. Pastikan Ramadhan kali ini menjadi medan untuk transformasi diri kita ke arah yang lebih baik - lebih sihat, lebih soleh / solehah dan lebih langsing-cantik-bergaya.

Oh! Kita ada PROMO HEBAT dan FREEGIFT menarik untuk set Ramadhan tau! Hubungi saya ya! :)



Thanks for reading !
Salam sayang,

019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com

Wednesday, June 1, 2016

Jun datang dengan semangat baru dan hebat !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Selamat tinggal Mei, Selamat datang Jun. Haaa.. dah separuh tahun 2016 dah kita. Pejam-celik tak sedar pun kan?Baik, Pastikan kita ada azam baru bulan ni, buat lebih baik dari bulan lepas tau!. Jangan tunggu tahun baru, bulan baru pun patut perbaharui azam dan kegigihan. Lebih baik, setiap pagi, kita perbaharui azam dan tingkatkan produktiviti diri.

Baik, bulan ni, Shaklee buat promo lagi. Macam biasa, setiap bulan ada promo. Tapi produk berbeza. Bulan ni promo 3 produk ni. - Mealshakes, Lechitin & Vitalea Children. Haaa... best ni tiga-tiga, Promo dia apa? Bukan beli 6 dapat 7 macam selalu tau! Tapi kali ni beli 3 dapat 4. Laaagi murah.













Haa tu dia poster !. Siapa tak nak rugi, nak rebut peluang, meh pm. Harga istimewa khas untuk anda. 



Thanks for reading !
Salam sayang,

019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com
 
Back to Top