Assalamualaikum & Salam sejahtera !
Ibu-ibu menyusu perlu melalui masa berpuasa dengan persediaan yang baik dan mencukupi. Tidak diwajibkan berpuasa untuk ibu menyusu, tapi perlu dengan sebab yang tertentu untuk menentukan cara penggantiannya kelak. Walaupun banyak kekhuatiran berlaku, kajian menunjukkan tiada kemudharatan untuk ibu menyusu menjalankan ibadah berpuasa selagi mana ibu-ibu mengamalkan pemakanan seimbang dan mencukupi semasa sahur dan berbuka.
Ada juga pendapat mengatakan semasa berpuasa, toksin akan dibebaskan ke dalam darah dan akan pergi ke bayi melalui susu ibu. Tapi, kita juga mesti ingat, bayi juga memiliki sistem pertahanan dan perlindungan diri daripada situasi tersebut. Hayati syariat Allah dengan niat dan persediaan yang cukup. Hikmahnya cukup besar untuk kita perolehi, insyaAllah. Badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat beberapa penyesuaian
metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu
tidak terganggu. Sungguh hebat penciptaan Allah.
Suruhan ini terkandung implikasi yang mendalam terhadap kesihatan setiap
manusia khususnya yang bergelar ibu. Malah ada pula rukhsah yang
dibolehkan berbuka puasa, istimewa untuk golongan tersebut jika berlaku
kekhuatiran dan keadaan yang tidak diduga. Tetapi, bagi kita yang ingin
merebut peluang berpuasa di bulan yang mulia seharusnya tidak menjadikan
penyusuan susu ibu sebagai suatu halangan untuk mendapat dua ganjaran
yang hebat tersebut dalam masa yang sama. Ditambah lagi, kajian- kajian
sains terkini yang membuktikan tiada permasalahan yang menghalang wanita
yang menyusukan bayi untuk berpuasa dari segi kesihatan ibu dan bayi
itu sendiri. Malah, kita seharusnya percaya, sudah pasti ada hikmah dan
keistimewaan yang tersirat di samping yang tersurat dengan apa yang
Allah telah tentukan buat hambaNya yang bergelar wanita dan ibu.
Perkara yang sangat penting untuk ibu-ibu awasi ialah pengambilan makanan yang seimbang dan pengambilan air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi boleh membahayakan si ibu dan menjejaskan penghasilan susu ibu. Jika anda mula rasa tidak sihat atau mula dehidrasi / ternyahhidrat, hubungilah doktor anda. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
- anda rasa sangat dahaga;
- air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
- anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
- anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda.Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu pula termasuk:
- kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari);
- najis berwarna kehijauan;
- tangisan yang nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam;
- turun berat badan atau berat badan tidak bertambah.
Apakah tips dan pesanan penting untuk ibu menyusu yang berpuasa?
1. Niat dan berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan kita berpuasa & beribadah
2. Pastikan bangun sahur.
3. Kurangkan makanan manis dan masin
4. Bawa air bekal semasa terawikh dan minum antara solat
5. Minum banyak air semasa berbuka dan bersahur. Pastikan anda meminum 2-3 liter air sekurang-kurangnya dalam sehari
6. Ambil makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah (Low GI). Makanan seperti ini membolehkan anda kenyang lebih lama.
Makanan dengan GI rendah akan membekalkan tenaga dengan stabil secara berpanjangan
Makanan GI rendah akan mengeluarkan tenaga perlahan-lahan dan memberikan rasa kenyang yang lama
Makanan Indeks Glisemik (GI) rendah adalah dalam kategori bacaan GI 55 dan ke bawah
ESP memberikan GI hanya 39, menyokong rasa kenyang yang lebih lama
7. Ambil makanan tinggi serat seperti sayur dan buah-buahan.
8. Kekalkan mood ceria dan positif
9. Elakkan bekerja atau berada di tempat panas dan menyebabkan banyak berpeluh dan stress
10. Bantu diri anda dengan suplemen yang baik seperti Set Ramadhan Shaklee.
Set ini mengandungi ESP, Mealshakes, Performance Drink dan Lechitin yang boleh membantu anda :
- Mengekalkan bendalir tubuh / mencegah dehidrasi
- Mengandungi protein yang berkualiti tinggi yang menggalakkan pengeluaran susu ibu
- Mengandungi serat yang tinggi yang menggalakkan kenyang dengan lebih lama.
Betul kah set ini membantu? Boleh pm kawan-kawan kita dibawah, untuk tanya dan untuk beli pun boleh :)
FB : Hasifah Mohd Yusof
FB : Rosshalinda Rozali
FB : Lisa Sueriati Omar
Selamat berpuasa semua!. Hingga berjumpa lagi ya!
Kredit :
Thanks for reading !
Salam sayang,
No comments :
Post a Comment