Slider

Thursday, June 9, 2016

Makin puasa, makin gemuk !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Salam Ramadhan untuk semua. Bagaimana kita menjalani Ramadhan adalah cerminan bagaimana peribadi diri kita. Semoga Ramadhan kali ini boleh kita jadikan madrasah untuk membentuk diri kita menjadi lebih baik, lebih soleh dan lebih cemerlang.



Kurang makan masa puasa kan? Tapi, kenapa sesetengah kita makin puasa makin gemuk? Elok ja sampai garis penamat Ramadhan, ting! jarum penimbang naik extra 5kg! 10 kg! Menakutkan! Sebabnya?

Balas dendam 
Siang sepanjang hari kita berpuasa, dan kita anggapkan waktu berbuka adalah waktu membalas dendam. Makan sampai tiada ruang perut untuk udara dan air. Makan dan makan lagi. Makanan kita pula manis, berlemak dan berkolesterol tinggi. Sekali hadap, semua kita habiskan. Mata semakin layu, badan kian memberat. Satu perkara yang kita perlu ingat, menahan lapar dan dahaga, mengawal nafsu bukan sahaja di siang hari, waktu berbuka juga begitu. Malangnya kita berlebih-lebihan dan membalas dendam semasa berbuka!



Malas bergerak.
Dengan alasan tak makan, maka siang hari dihabiskan dengan tidur dan bermalas-malasan di sofa. Tidur selepas sahur hingga matahari tinggi. Dan semua kerja di tangguhkan atas alasan berpuasa

Takut lapar
Tiba waktu sahur, kita sepatutnya makan seadanya. Jangan makan terlalu banyak, tambahan punya makanan manis dan tinggi karbohidrat terlalu banyak. Sifat keterlaluan ini akan menyebabkan kenaikan paras gula yang sangat tinggi dalam darah dan hormon insulin akan dirembeskan untuk menurunkan paras gula. Apabila keadaan ini berlaku, kita akan cepat lapar di waktu siang.


Keadaan ini perlu dikawal dan diatasi. Kerana bukan sahaja merosakkan puasa kita, tapi, ia juga akan memusnahkan tubuh. Ramadhan sepatutnya menjadi bulan detoksifikasi yang akhirnya melahirkan kita yang baru, yang lebih sihat, langsing dan cantik.

Bagaimana anda boleh mengawal diri anda dan mengelakkan keadaan ini?

1. Sebut di mulut dan biar telinga dengar, bahawa puasa kita ini adalah dengan niat kerana Allah. Dan semua yang kita buat, sepatutnya yang disukai Allah. Makan berlebihan, amalan pembaziran adalah tidak disukai Allah. Sebut, biar telinga dengar. Kitalah yang sepatutnya mengingatkan diri kita, bukan orang lain.

2. Elakkan terlalu kerap / pergi ke bazar Ramadhan. Perut yang lapar, hampir waktu berbuka, menyebabkan kita nak beli semuaaanya.. Sampai waktu berbuka, dah makan tak mampu nak habiskan, kemudian kita akan paksa diri untuk habiskan sebab sayangkan makanan yang dibazirkan. Terjadilah makan berlebihan tadi

3. Masak sendiri. Kalau masak sendiri, sebenarnya 2-3 lauk dah lebih dari mencukupi. Selain menjimatkan, ianya lebih sihat, bersih dan terjamin. Banyak tau jimat. :)

4. Mulakan dengan 3 biji kurma dan segelas air. Ini akan menyebabkan perut kita sedikit penuh dan tidak menyebabkan kita makan terlalu banyak



5. Bantu diri anda dengan Set Ramadhan Shaklee. Set Ramadhan ini ada banyak kebaikan. Antaranya :
 
  •  Membekalkan serat yang tinggi. Bagi individu yang mengalami sembelit. Mimpi negeri anda akan berakhir dengan konsistensi terhadap set ini
  • Membekalkan protein berkualiti tinggi. Protein adalah struktur yang kompleks, ianya lambat diuraikan dan akan bertahan lama dalam perut. Selain serat, protein juga membantu kita kenyang dengan lebih lama. 


  • Indeks Glisemik (GI) yang rendah.  GI yang rendah ini menjadikan tenaga dalam makanan tersebut dilepaskan perlahan-lahan sepanjang hari. Ini mengelakkan keadaan terlalu lapar atau cepat lapar
  • Membantu memecahkan lemak. Salah satu produk di dalam set ini iaitu Lechitin,bantu kita pecahkan lemak yang kita ambil dalam tubuh. Nak kurus langsing masa raya kan? Haaa... lecithin la jawapannya.
Kestabilan paras gula dalam makanan GI rendah

  • Sumber protein yang Shaklee bekalkan dalam set ini sebenarnya boleh membantu kita untuk memperbaiki struktur rambut, kulit dan kuku. Semua struktur ni, diperbuat oleh protein, jika kita berikan protein yang baik, maka, sempatlah lawa sebelum raya. hehe
  • Performance Drink dalam set ini membantu tubuh untuk mengekalkan bendalir dan elektrolit dalam tubuh.  Pentingnya kita mengekalkan kesegahan tubuh dan sel untuk sistem badan kita kekal di tahap optimum



Baik setakat ini sahaja. Pastikan Ramadhan kali ini menjadi medan untuk transformasi diri kita ke arah yang lebih baik - lebih sihat, lebih soleh / solehah dan lebih langsing-cantik-bergaya.

Oh! Kita ada PROMO HEBAT dan FREEGIFT menarik untuk set Ramadhan tau! Hubungi saya ya! :)



Thanks for reading !
Salam sayang,

019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com

No comments :

Back to Top