Amalkan 7 langkah ini untuk memastikan si kecil mendapat segala keperluannya.
- Sediakan campuran makanan yang seimbang daripada setiap kumpulan makanan dalam Piramid Makanan untuk memastikan si kecil mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan.
- Berikan si kecil pelbagai makanan daripada setiap kumpulan makanan, contohnya, jka anda menyediakan ayam untuk makan tengah hari, hidangan ikan pula untuk makan malam.
- Pengambilan terlalu banyak dan terlalu sedikit nutrien boleh menimbulkan masalah kesihatan. Jadi, berikan makanan secara sederhana menurut jumlah yang disyorkan dalam piramid makanan.
- Patikan si kecil berusia 2-4 tahun makan setiap kali tiba waktu makan. Dia perlukan tenaga untuk pergerakan badanya sepanjang hari
- Snek sihat memastikan si kecil anda riang dan aktif antara waktu makan, tetapi jangan beri snek 2jam sebelum waktu makan agar tidak menjejaskan seleranya
- Susu adalah makanan yang baik untuk semua, tanpa mengira umur. Teruskan memberi si kecil susu dan produk tenusu setiap hari.
- Si kecil memerlukan sedikit lemak untuk membekalkan tenaga dan juga untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Gunakan lemak dan minyak dengan sewajarnya apabila menyediakan sajian makanan untuk si kecil dan keluarga anda.
Pilihan hebat untuk si kecil anda?
hubungi saya
Farihah