Slider

Friday, April 28, 2017

Susu Ibu VS Susu Lembu

Saya terbaca perkongsian dari blog Dr. Azwan mengenai susu ibu dan susu lembu.
Pada zaman serba canggih ini, masih lagi ada para ibu yang tidak lagi mengetahui cara terbaik untuk berikan susu kepada bayi mereka selepas bersalin.

Tahukah anda kelebihan susu ibu kepada bayi?

Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antibodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Dan TIADA.. saya ulangi.. TIADA.. susu-susu formula.. susu lembu atau susu kambing yang setanding dengannya untuk tumbesaran bayi.
Untuk para ibu yang ingin juga berikan susu formula atau susu lembu kepada bayi anda, anda perlu mengetahui beberapa perkara mengenainya.

  • Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda.
  • Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu… Walaupun begitu, ciptaan Allah tetap yang terbaik… antibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula… ini menjadikan susu ibu makanan paling power bayi..
  • Susu ibu adalah percuma… tak payah pergi supermarket beli.. jimaaaattt…
  • Hygienic… yelah tak payah jerang air panas, tak payah cuci botol… so si bapa, abah dan ayah tak payah bangun malam cuci botol dan buat susu… (eleh… memang tak pernah bangun pun!) :D
  • Anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu.
  • Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.
Bagaimana Jika Susu Ibu Tiada?

Ramai juga ibu-ibu yang mengeluh sebab susu tiada, dan bayi taknak menyusu. Bukan taknak bagi, tapi susu tak cukup. ok, mari sama-sama kite tengok,
  • Bila bayi menghisap puting, hormone prolactin terhasil di kelenjar pituitari di dasar otak, seterusnya hormone oxytoxin di hasilkan, menyebabkan pengecutan kelenjar susu..maka susu dihasilkan dan masuk ke mulut bayi. Semakin banyak bayi menyusu, maka lebih banyak prolactin terhasil jadi lebih banyak susu terhasil. Maknanya….. Kalau susu tak ada… bukannya kita berhentikan bayi itu dari menyusu.. sebaliknya kita kerapkan lagi susuan… nak elakkan bayi dehydrated.. kita sediakan juga sedikit susu formula sementara susu ibu nak terhasil.
  • Ibu-ibu juga perlu cukup pengambilan air ketika dalam berpantang dan ingin menyusukan bayi. Bagaimana jika kita nak hasilkan susu yang banyak sehingga 1000ml (banyak tu boleh buat niaga. hihihi...) sedangkan kita hanya ambil air sehari hanya 100ml? Cuba bayangkan.... So jangan takut untuk minum air secukupnya.
  • susu ibu ini terhasil daripada pemakanan ibu yang seimbang… susu ibu kurang kalau ibu makan terlampau berpantang… contohnya nasi beberapa suap dengan ikan kering… buah-buah tak makan langsung… sayur pun tak makan… sup tak boleh minum (sup pun air).. susah kan.. ibu yang lepas melahirkan perlu makan makanan yang seimbang… kalau buah itu tak boleh… buah ini sejuk… awak beli je buah-buah luar negara.. epal ke apricot ke… ;)
  • Cara penyusuan juga kena betul. Jika tiada pengalaman, perlulah belajar pada yang mempunyai pengalaman. Dapatkan juga bantuan dari pakar-pakar penyusuan susu ibu yang ada di klinik-klinik atau hospital rakan bayi.
Di zaman teknologi, bidang perubatan juga telah berubah. Kajian demi kajian menunjukkan bahawa Ibu menghasilkan susu yang sangat baik untuk anak mereka. Kasihan sekiranya, para ibu tidak menganugerahkan susu ciptaan tuhan kepada anak mereka disebabkan oleh kejahilan mereka sendiri

sumber info: Dr.Azwan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments :

Back to Top