Slider

Sunday, April 30, 2017

Menyusukan Bayi Semasa Puasa, Adakah Ia Membahayakan?


Seperti yang kita ketahui, ramai para ibu di luar sana yang bimbang tidak dapat menyusukan bayi mereka ketika di bulan puasa atas sebab faktor-faktor susu akan merundum, badan menjadi letih dan lesu dan sebagainya.

Adakah berpuasa semasa menyusukan bayi itu merbahaya kepada bayi?

Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan. 




Ini kerana badan anda akan membuat penyesuaian dengan mengubah cara ia menggunakan kalori yang ada dan membebaskan tenaga dengan lebih baik sebagai tindak balas terhadap kekurangan makanan dan air.


Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu.

Pastikan pengambilan air yang cukup semasa berbuka dan bersahur, untuk mengelakkan badan anda ternyahhidrat semasa berpuasa. Pakar menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi. 
Shaklee juga menawarkan set bagi ibu yang menyusu dan boleh diamalkan ketika berpuasa. Membantu ibu-ibu kekal bertenaga sepanjnag hari dan juga membantu pengeluaran susu dengan baik.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior


No comments :

Back to Top