Slider

Monday, January 16, 2023

SEDEKAH TIDAK AKAN MEMBUATMU MISKIN

 Saya baca kisah ni dari WhatsApp. Semoga keikhlasan anak kecil ini menjadi teladan untuk kita 🌹



 

"SAYA BERSEDEKAH UNTUK IBU YANG TELAH MENINGGAL"

Kisah seorg murid Sek.Agama Tementi 😢😢 Sesudah solat jumaat aku masih duduk di masjid brhmpiran sebuah sekolah rendah agama. 

Jemaah masjid sudah sepi, balik dgn hal masing2. 
Seorang nenek tua menawarkan dagangannya, kueh tradisional. Satu plastik harganya satu ringgit.

Aku sebetulnya tidak berminat, tetapi kerana kasihan aku beli satu plastik.

Si nenek penjual kueh kelihatan letih dan duduk di tangga masjid tk jauh dariku. Kulihat masih banyak jualannya. Tak lama kemudian, kulihat seorang murid mendatangi si nenek. Aku kira murid ini baru darjah satu atau dua.


Dialognya dengan si nenek jelas terdengar dari tempatku duduk.

“Berapa harganya Nek?”
“Satu plastik kueh 1 ringgit, nak”, jawab si nenek. Murid itu mengeluarkan wang lima ringgit dari sakunya dan berkata :

“Saya beli 5 plastik, ini duitnya, tapi buat Nenek...dan kuehnya boleh dijual lagi.”



Nenek tua jelas sekali terlihat berkaca2 air matanya:

“Ya Allah Syukur dan terima kasih ye nak. Alhamdulillah Ya Allah, Kau telah kabulkan doaku untuk beli ubat cucuku yg sakit.” Si nenek mneruskn jualannya..

Lantas aku memanggil murid tadi..

“Siapa namamu ? Darjah berapa?”
“Nama saya Puaad, darjah 2, pakcik”, jawabnya sopan.
“wang blnja kamu sehari lima ringgit,
ye?'”

” Oh .. tak Pakcik, saya diberi blnja 1 ringgit sehari. Tapi saya tidak pernah blnja, sbb saya bawa bekal dari rumah.”

“Jadi duit kamu bagi nenek tadi simpanan kamu sejak hari isnin?”, tanyaku semakin tertarik.

“Betul Pakcik. Jadi setiap jumaat saya boleh Sedekahkan Lima ringgit.

Dan sesudah itu saya selalu berdoa agar Allah berikan pahalanya untuk ibu saya yang sudah meninggal dunia. Saya pernah mendengar ceramah ada seorang ibu yang Allah ampuni dan selamatkan dari api neraka krn anaknya bersedekah sekeping roti, Pakcik”, murid itu menjelaskan dengan fasihnya.

Aku pegang bahu murid itu :

” Sejak bila ibumu meninggal, Puaad?”
“Ketika saya masih tadika, pakcik”


Tak terasa air mataku mengalir... :

“Hatimu jauh lebih mulia dari aku Puaad, ini pakcik gantikan duit kamu yg Lima ringgit tadi ya…”, kataku sambil menyerahkan sekeping not lima ringgit ke tangannya.

Tapi dengan sopan Puaad menolaknya dan berkata :

“Terima kasih, Pakcik… Tapi ini untuk keperluan pakcik, saya masih sek dan tidak ada tanggungan. Tapi pkcik ada keluarga…. Saya pergi dulu Pakcik”.

Puaad menyalami tanganku dan menciumnya.











No comments :

Back to Top