Slider

Thursday, August 6, 2015

Beg hospital bayi dan ibu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Menghadapi kelahiran, selain cukup keyakinan diri, persediaan fizikal juga perlu. Salah satunya adalah persediaan barang-barang keperluan ibu dan bayi yang perlu dibawa ke hospital. 

Beg hospital ini perlu disediakan seawal usia kandungan 7 bulan. Pack dan letakkan di dalam kereta. Doa kita sebaiknya, bayi akan lahir cukup tempoh, 9 bulan. Tapi, kita juga perlu bersedia jika ada sesuatu berlaku awal.

Apakah yang perlu ada dalam beg hospital anda?

Kelengkapan ibu :

> 1 helai tuala mandi
> Toiletries & keperluan diri - Berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, pencuci muka, pengikat rambut, sikat rambut, deodorant dan lain-lain yang dirasakan perlu


Pack kan toiletries dalam travel pack kecil seperti contoh di atas untuk memudahkan pengendalian

> 1 pasang pakaian untuk pulang dari hospital
> 1 pasang selipar
> 1 pasang stokin tebal
> 1-2 plastik untuk letak pakaian terpakai dan lain-lain
> Air zam-zam / Air yaasin
> Makanan kudapan - kurma / kismis /biskut
> Powerbank
> Charger telefon
> Guarantee Letter (GL) untuk staff kerajaan di hospital kerajaan
> 1 botol air masak
> 1 Nursing bra
> Tuala wanita - Cloth Pad atau Tuala wanita pakai buang
> Seluar dalam / Panties. Jika perlu, beli disposable panties, pakai, terus buang

Disposable panties

> Tudung basahan
> Buku merah / buku laporan mengandung
> Vitamin / Suplemen yang anda perlu. Jika anda pengguna Shaklee seperti saya, Suplemen asas yang penting semasa ini adalah :
  1. Vitalea Iron Formula
  2. Zink
  3. Sustain Released Vita-C
  4. B-Complex
  5. Ostematrix
  6. ESP - Masukkan dalam bekas kecil atau dispenser untuk memudahkan 
Set berpantang Shaklee


Repack suplemen anda dalam pek kecil mengikut kuantiti yang diperlukan. Zipper bag tersebut boleh didapati daripada farmasi atau kedai serbaneka

Suplemen yang telah di re-pack dimasukkan ke dalam bekas kedap udara


ESP yang berbentuk serbuk boleh dimasukkan ke dalam dispenser seperti ini. Tak perlu bawak tong ESP yang besaq tu naaa



Kelengkapan bayi :
> 1-2 pasang baju 
> 1-2 helai kain bedung
> 2-4 lampin pakai buang / pakai basuh
> 1 helai tuala
> 1 pasang sarung tangan dan sarung kaki
> Blanket
> Wet tissue

Buat persediaan awal untuk keselesaan anda. Selamat menimang cahayamata ! :)



Thanks for reading !

Salam sayang,

Email : farihah.abukasim@gmail.com
WhatsApp / Telegram / sms : 019 228 2147

No comments :

Back to Top