Slider

Thursday, December 3, 2015

Terokai peluang depan mata, kenapa lepaskan rezeki tergolek?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pengelibatan dalam bisnes mesti ada risiko, mahu tidak mahu, itulah yang berlaku. Bisnes Shaklee juga ada risiko, saya tidak nafikan. Tapi, risiko perniagaan ini sangatlah minimum. Sebab apa? Sebab bisnes Shaklee ini, modalnya minimum, premis kedainya tiada dan kewajipan melabur menyimpan stok tiada. 

Menyedari gelombang GST, harga barang dan kos yang meningkat di Malaysia, Shaklee Malaysia mengadakan Tour ke seluruh Malaysia menerangkan peluang luas dan mudah berbisnes dengan Shaklee. Program ini dinamakan Jejak Jutawan. Bermula Oktober sebenarnya ia bermula dan penyertaannya adalah dikalangan ahli Shaklee dan juga bukan ahli. Datang, dengar dan faham peluang yang ditawarkan.

Jejak Jutawan ni ada 2 speakers. Kedua-duanya Master Coordinators dan mereka akan berkongsi faktor WHY dan HOW mereka dalam bisnes Shaklee.

Jom tengok gambar sekitar program Jejak Jutawan 

Ni warga Surijunior yang hadir di Program Jejak Jutawan Oktober 2015

Barisan Master Coordinators yang hadir. 
Dari kanan > Master Nur Laila, Master Izzati, Master Rahimah, 
Master Norlin, Master Farah Wahida, saya, Master Noorhanita & suami

Master Nur Laila, menyampaikan perkongsian WHY. 
Menyentuh perasaan setiap yang hadir.


Ini pula warga Surijunior yang hadir pada Jejak Jutawan November

Selepas sharing WHY dan HOW dari para Masters, kami ada sharing dalam meeting kumpulan. Yang ni, Dr Normi Mohd, Key Coordinator di Surijunior, 
berkongsi pengalaman dan tips berShaklee

Ini Ustazah Badrul Asiyah sedang sharing tips sebarkan Shaklee 
melalui aplikasi WhatsApp

Ini Puan Siti Azimah, berkongsi pengalaman beliau berShaklee. Kenapa beliau tegar berhenti kerja untuk menjaga anak-anak dan yakin dengan peluang bisnes Shaklee, hanya dari rumah.

Kita masih ada tour Jejak Jutawan di utara bulan Disember (bulan akhir), Jejak Jutawan di KL, Selatan dan akan datang di Pantai Timur. Jika anda mencari peluang perniagaan berisiko rendah dengan modal 0, hadirkan diri untuk mengalami sendiri aura perniagaan Shaklee.

Hubungi saya, jika anda mahu sertai Jejak Jutawan kami. Ingat, ianya terbuka kepada ahli dan bukan ahli dan MASUK ADALAH PERCUMA :)


Thanks for reading !

Salam sayang,
019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com


Wednesday, December 2, 2015

Jadikan diri kita sebab untuk mereka terus tersenyum :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jika kita cerita pasal kolagen, mesti semua terbayang kulit yang tegang, tanpa cela, anjal dan yang cantik-cantik sahaja. Tapi sebenarnya fungsi kolagen jauh lebih hebat dari itu. Setiap elemen dalam tubuh kita memerlukan kolagen, baik kulit, atau tulang atau mata dan segala-galanya.




Ketika sebenarnya kita ghairah memiliki kolagen untuk diri sendiri, kita terlupa bahawa ibu dan bapa kita lebih perlukannya daripada kita. Sendi-sendi mereka yang berusia 50 tahun, 70 tahun, 60 tahun telah tua dan kehilangan banyak kolagen dimamah waktu.

Tangan yang saban hari menadah ke langit mendokan kita, sudah tidak lagi setegang dahulu, Lutut yang saban hari membengkok bekerja sudah tidak lagi sekuat dulu dan segala-galanya di tubuh mereka kian hari, kian kehilangan kolagen merentasi waktu.



Saya nak kongsikan testimoni saya sendiri yang memberikan kolagen untuk ayah, apabila tisu lututnya terkoyak. Dulu, ayah saya pernah jatuh di kawasan rumah, menyebabkan tisu lututnya terkoyak, dan beliau akhirnya tak boleh bengkok lutut. Solat sambil berdiri dan keadaan itu sangat menyakitkan. Semua aktiviti harian hanyalah yang minima sahaja.

Saya sedih, tak tau nak habaq. Jadi, saya poskan kolagen. Ayah saya susah sangat-sangat nak consume benda lain selain ubat hospital. Pujuk dan pujuk akhirnya, beliau consume. 2 minggu selepas itu, saya dapat perkhabaran daripada mak bahawa ayah dah solat macam biasa. Allahuakbar, perasaan dan kegembiraan yang saya tak boleh gambarkan. Bagaimana usaha kecil saya menjadi asbab untuk ayah beribadah lebih baik.

Anda boleh tonton sharing saya yang dirakamkan. Klik di sini 

Jika ada kemampuan, hadiahkanlah suplemen terbaik ini untuk ayah dan bonda. Semoga sisa baki hidup mereka diakhiri dengan kesihatan yang baik dalam beribadah.

Kenapa Shaklee Collagen Powder terlalu hebat ?


Collagen Powder Shaklee bukan sekadar kolagen. Ianya ditambah dengan bahan aktif lain untuk meningkatkan keberkesanannya :)

Hubungi saya, jika hati yang tulus anda terdetik untuk menghadiahkan mereka kolagen ini. Saya akan bungkuskan dengan cara yang paling istimewa untuk kejutan kepada mereka :)

Jadikanlah diri kita sebab untuk mereka mengukir senyum :)

Thanks for reading!

Salam sayang,
019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com

Gabungan tidak popular Lechitin dan Vitamin E di kalangan ibu menyusu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Ibu menyusu, pastinya menikmati saat penyusuan dengan si manja dengan begitu gembira. Siapa tak happy kan, dapat susukan sendiri baby. Melihat setiap hisapan bayi itu adalah satu nikmat yang sukar digambarkan. Sebab itulah, ramai ibu-ibu yang sanggup buat apa sahaja demi untuk memberikan susu ibu yang terbaik untuk anaknya.



Tetapi, semua journey penyusuan sebenarnya mempunyai cabaran tersendiri. Antara masalah yang dihadapi oleh ramai ibu yang kadangkala menggagalkan misi penyusuan eksklusif adalah puting susu merekah dan saluran susu tersumbat. Dua masalah ini banyak dirunguti oleh ibu-ibu. Malah, ada antara mereka yang give up dengan mimpi ngeri ini.

Imej ihsan google

Puting merekah

saluran biasa dan saluran susu yang tersumbat




Mengatasi masalah ini, Lechitin dan Vitamin E Shaklee sangat popular di kalangan ibu menyusu. Pengambilan kedua-dua suplemen ini secara konsisten boleh mengelakkan daripada mimpi ngeri ini berulang.

Vitamin E untuk mengekalkan kelembapan kulit,mengelakkan puting merekah & Lechitin membantu mengelakkan saluran susu tersumbat. Saluran susu tersumbat boleh mengakibatkan bengkak susu dan untuk sesetengah ibu, bengkak susu boleh mengakibatkan demam & penderitaan yang hebat.


Selain mengatasi dua masalah ibu menyusu ini, pengambilan lechitin dengan dos yang betul secara konsisten sebenarnya membantu ibu untuk memiliki berat badan yang ideal, dan memiliki daya ingatan yang lebih tajam. Pengambilan Vitamin E pula membantu ibu untuk memiliki kulit yang cantik, bebas cela dan sihat. Serampang banyak mata ni !



Ibu-ibu menyusu, sebelum dihantui oleh dua mimpi ngeri ini, silalah konsisten dengan Lechitin & Vitamin E. Mencegah sentiasa lebih baik dari merawat !

Bulan ni sebenarnya kita ada promosi lechitin dengan harga super-hebat !

Tiga produk promosi bulan ini dan salah satunya adalah LECHITIN !

Hubungi kami atau wakil Shaklee berhampiran anda untuk memilikinya :)


Thanks for reading !



Salam sayang,
019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com

Disember untuk Langsing, Flawless dan Cerdas !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

November melabuhkan tirai dengan 1001 cabaran dan kenangan. Alhamdulillah, kita mengalu-alukan Disember yang penuh harapan.


Bulan ni Shaklee buat promo yang sangat hebat ya. Apa dia ? Haaa.. Lechitin, Kolagen dan Vitalea for Children. Semua ni hot item.



Apa promosinya?

Lechitin 
Beli 7 botol pada harga 6 botol
Beli 2 botol dengan diskaun 5%

Collagen Powder
Beli 7 kotak pada harga 6 kotak
Beli 2 kotak dengan diskaun 5%

Vitalea for Children
Beli 4 botol pada harga 3 botol

Basically, ringkasnya untuk ketiga-tiga ini, fungsinya seperti poster berikut :




Haaa.. siapa nak cantik flawless, nak kurus langsing, nak anak cerdas cergas, boleh grab peluang bulan ni ya. Psstt.. pm ya untuk harga terjunam ni :D

Best Best Best :)

Thanks for reading!

Salam sayang,
019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com

Wednesday, November 18, 2015

Ahmad dah boleh menulis dan berjalan dengan baik :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni saya nak kongsikan testimoni pelanggan saya. Beberapa hari lepas, saya menerima mesej dari seorang bapa, yang kerisauan anaknya mendapat eczema yang teruk. Beliau meminta saya mencadangkan produk Shaklee yang boleh menyelesaikan masalah anaknya

Tak sampai 3 hari guna, ibunya dah beritahu saya melalui whatsApp, anaknya, Ahmad dah pun pulih sepenuhnya eczema di tapak tangan. Tinggal bahagian tapak kaki sahaja. Sebelum ini, eczema Ahmad mengganggunya untuk berjalan dan menulis dengan baik. Kesian kan.

Alhamdulillah, memang seronok berkongsi kebaikan Shaklee dengan kawan-kawan. Ramai yang semakin pulih kesihatannya. Jom kita tengok screen shot perbualan saya dengan ibu & ayah Ahmad


Awalnya saya terima pm dari ayah Ahmad


Luka Ahmad dah kering dan tertutup. Alhamdulillah

Ini tapak tangan Ahmad. Dulu langsung tak dapat menulis, sekarang dah baik dah. 
Alhamdulillah

Apa yang saya cadangkan kepada Ahmad? Ini dia set eczema yang sangat berkesan, insyaAllah. ESP, Herbal Blend, Vita C Chewwable, Omega Guard :)








Kesihatan anak-anak sangat berharga. Apalah sangat pelaburan setakat ini sahaja untuk mereka kan? Eczema boleh dikawal dengan suplemen terbaik Shaklee, insyaAllah. Untuk konsultasi dan maklumat lanjut tentang Shaklee, bersesuaian dengan budget anda, boleh hubungi saya atau wakil jualan Shaklee anda :)


Thanks for reading!

Salam sayang,
019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com
Back to Top