Slider

Friday, August 29, 2014

Resepi kebahagiaan suami isteri

Assalamualaikum Wbt.

Allah berfirman : “ Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami daripada isteri dan zuriat keturunan yang menyeejukkan mata dan jadikanlah kami ketua bagi orang bertaqwa. (Surah Al-Furqan : 74)

Kita selalu mendengar atau membaca ayat AlQuran ini kan? Ayat doa yang sangat power untuk kebuah kerukunan rumah tangga. Disini saya ingin kongsikan 7P untuk kebahagiaan suami isteri yang saya ambil dari Prof Muhaya. Nasihat ini sangat bagus untuk kita teladani dan amalkan supaya keluarga kita adalah keluarga yang sejahtera dan anak-anak kita menjadi anak yang baik.



1. Puji
Semua orang sukakan pujian. Menjadi sangat indah kalau kita dapat memuji pasangan kita. Setiap pasangan haruslah menghargai antara satu sama lain terutama jika pasangan membantu dalam urusan rumahtangga.

2. Peluk.
Pelukan sebenarnya dapat member keselesaan pada pasangan. Kalau isteri tengah marah atau ada masalah, suami ringankanlah untuk memeluk buah hati anda itu. Tidak perlu katakana apa-apa, cukup dengan body language yang baik sudah mampu membantu menenangkan kekusutan yang dialami. Selain itu, pelukan juga adalah tanda penzahiran cinta pada pasangan dan dapat menghasilkan kasih saying berterusan.


3. Penghargaan
Hargailah pasangan dengan ucapan yang baik. Perkataan yang baik dapat menenagkan jiwa pasangan. Sekali sekala belilah hadiah tanda menghargai penat lelah pasangan. Suami keluar dari pagi sampai malam untuk mencari rezeki, isteri pula letih menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Setiap pasangan ada peranan. Maka, hargailah dengan pemberian istimewa dan senyuman yang manis.

5. Persefahaman
Untuk wujudkan persefahaman, pasangan kene bertoleransi dalam semua hal. Walau perkara kecil. Kalau kita tidak mampu, hal yang kecil pun boleh jadi besar dan bergaduh suami isteri. Elakkan bergaduh depan anak sebab ia memberi kesan yang buruk dalam perkembangan mereka.

6. Pergaulan
Menjaga batas pergaulan dengan orang lain. Ini penting untuk mengelakkan cemburu dari pasangan. Sebab itu, Islam ajar supaya isteri meminta izin suami dulu jika ada tetamu ingin bertandang kerumah. Dan lagi perlu meminta izin suami jika perlu keluar rumah. Sifat cemburu antara pasangan adalah bunga-bunga awal keretakan rumahtangga. Maka, berwaspadalah.

7. Permohonan.
Mohonlah rahmat daripada Allah. DIa yang berhak memberikan ketenangan pada keluarga kita. Rajinlah berdoa kerana ia adalah bukti penghambaan yang sebenar.

Setakat ini dulu perkongsian hari ini. Jumpa lagi.. Salam saying..


Thanks for reading!


Thursday, August 28, 2014

Bolehkah ruam lampin dielak?

Assalamualaikum WBT

Ruam lampin adalah penyakit kulit yang dihidapi oleh bayi yang masih memakai lampin. Kebiasaannya ia terjadi kepada semua byi, tetapi bayi yang berusia 4 hingga 12 bulan, sedang tumbuh gigi, baru mula makan makanan pejal atau mengambil antibiotik akan lebih mudah terkena ruam lampin. Antara simptom yang biasa berlaku adalah kulit kemerah-merahan, melecet atau radang pada bahagian kulit yang lembap atau kering.



Kenapa ruam lampin berlaku?

Bayi anda mempunyai kulit yang halus dan lembut serta memiliki kelenjar yang kurang untuk membebaskan minyak. Lampin yang tidak diganti dalam tempoh yang lama juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Lembapan yang terperangkap serta geseran dari pergerakan bayi menyebabkan kulit bayi menjadi kemerahan. Selain itu, kesan keradangan akan timbul apabila kulit terlalu lama terkena najis dan air kencing.



Apa yang boleh anda lakukan?

Cuci punggung dan sekeliling kemaluan bayi anda sewaktu menukar lampin. Ruam ini boleh dicegah dengan menyapu krim pelindung ruam pada kulit bayiGantikan lampin baru. Penggunaan krim pelindung ruam boleh mencegah ruam dari merebak. Carilah produk yang tepat. Gunakan rumusan yang kaya dengan minyak. 

Ok, moga bayi anda baik-baik saja. Jumpa lagi...

Thanks for reading!


Monday, August 25, 2014

Tips komunikasi Islam

Assalamualaikum WBT

Setiap hari kita akan berkomunikasi dengan orang disekeliling kita. Samaada anak, suami/isteri, majikan, pelanggan, pekerja atau penjual dan sebagainya. KOmunikasi yang baik menggambarkan kehalusan budi dan akhlak seseorang. Sesiapa yang banyak bercakap kasar, menyumpah seranah orang dan banyak menggunakan perkataan negative dalam ucapannya, biasanya manusia ini adalah orang yang sakit. Hatinya sakit dan jiwanya sakit. Biasanya, kekeruhan hati ini akan terpancar pada raut wajah yang muram, kusam dan kelat. Berbeza dengan mereka yang mempunyai hati yang baik dan bersih, biasanya air muka mereka jernih dan memiliki bahasa yang sopan dan menyejukkan perasaan yang mendengar.



Anda bagaimana? Pilihan semua ditangan sendiri. Buat lah pilihan yang betul dan tepat. Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi tips komunikasi yang baik yang boleh kita amalkan berdasarkan sirah Rasulullah. Kita tahu Rasulullah adalah peniaga Berjaya, jadi kita kene tiru cara Rasulullah berkomunikasi supaya kita boleh mempraktikkan dalam perniagaan dan kehidupan kita. Ia adalah sunnah yang baik untuk diikut.

1.       Jelas dan mudah difahami
Sayyidina Aisyah  ra berkata :

 “Kata-kata Rasulullah SAW adalah kata-kata yang jelas dan boleh difahami oleh sesiapa yang mendengarnya. (HR Abu Dawud).

Rasulullah SAW adalah seorang yang petah berbicara. Ayat yang dilafazkan baginda adalah ayat yang ringkas, pendek, jelas dan penuh dengan makna. Baginda mampu untuk berkomunikasi mengikut kadar aqal seseorang sehingga mempu mempengaruhi sesiapa sahaja yang mendengar ucapan baginda.



2.       Ulang 3 kali
Jika kita ulang perkataan sebanyak 3 kali, ia adalah sesuatu yang sangat mudah untuk diingati dan diterima oleh pendengar. Hadis Rasulullah SAW bermaksud: 

“Apabila Baginda SAW ingin mengatakan sesuatu,Baginda akan mengulangi sebanyak 3 kali supaya mudah difahami. Dan apabila berjumpa dengan seseorang, Baginda akan member salam sebanyak 3 kali (Hadis Riwayat al-Bukhari)

3.       Berakhlak mulia
Rasulullah saw dianggap sebagai alquran bergerak. Peribadi dan tindak tanduk baginda melambangkan keindahan Islam yang sebenar. Sehingga ramai orang memeluk agama Islam berpunca dari kehebatan budi pekerti baginda SAW

4.       Doa Nabi Musa
Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Amalkanlah surah Taha ayat 25-28, banyak kelebihannya. Ia adalah ayat yang dibaca oleh Nabi Musa ketika mengadap firaun.


Selamat berfikir dan membaca 

Thanks for reading!

Saturday, August 23, 2014

Kenapa perlu bangun pagi?

Assalamualaikum wbt.

Seorang ahli angkat berat mampu mengangkat berat berpuluh-puluh kilo, tapi belum tentu dia mampu mengangkat selimut yang tebalnya tak sampai sekilo bila azan subuh bergema.

Ayam sebelum subuh dah bangi berkokok, tapi manusia bila dhuha baru bangun.

Bangun pagi adalah amalan yang sangat baik untuk kesihatan kita. Kalau tak kenapa Allah suruh kita solat Subuh kan? tentu ada rahsia yang tersembunyi yang kita tidak tahu. Sekarang, kita kongsikan apa kelebihan bangun awal pagi.



BIla bangun awal, fikiran kita akan menjadi lebih segar sebab kita mampu menghirup udara segar. Bangun pukul 6 pagi atau sebelum terbit fajar akan menghilangkan stress dan takanan kehidupan. Percayalah, kebiasaannya kerja yang kita lakukan pada hari tersebut akan lebih baik dan lebih efisyen. Dari segi sains, hormon kortisol akan meningkat dalam badan sehingga kerja yang kita lakukan lebih berkualiti kerana badan lebih bertenaga.



Kalau kita bangun awal. Kita boleh mengambil sarapan pagi. Sarapan pagi sangat penting untuk kesihatan kita. Sebab, dengan bersarapan, tenaga akan dibekalkan kepada otak untuk bekerja. Kalau anda kata takut gemuk, ia SALAH... sebab metabolisma badan akan tinggi pada waktu pagi, jadi dengan mengambil sarapan, makanan akan cepat dihadam dan digunakan oleh badan kita. Kalau kita tak makan, otak akan kurang tenaga sebab sel otak boleh mati dan fikiran akan menjadi kurang aktif.

Bangun awal pagi mengelakkan kita dari terburu-buru. Kalau kita bekerja jauh dari rumah, ia dapat mengelakkan kita dari merempun jem dan kita dapat merancang perjalanan dengan lebih baik. Kalau tak bekerja, kita dapat melakukan senaman dengan lebih gembira sebab pada awal pagi udara lebih bebas dari habuk dan asap kenderaan. Kita juga akan menikmati cahaya matahari pada waktu pagi yang boleh membekalkan vitamin D yang baik untuk tulang kita.



Kalau anda ada lagi nak share, boleh la komen ye...jangan malu dan segan. Terima kasih sudi membaca. :)

Thanks for reading!

Cara supaya doa mustajab

Assalamualaikum

Firman Allah SWT:


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (al-Baqarah 2:186).



Dari ayat ni kita tahu bahawa Allah suka supaya kita memohon pertolongan kepadaNya melalui cara berdoa. Ia sebagai petunjuk bahawa kita adalah seorang yang sangat lemah dan hamba yang berkehendak.



Saya ingin berkongsi apa yang Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman katakan cara untuk supaya Allah perkenankan doa kita. Kita semua ada impian dan cita-cita kan? Kalau tengok Vision Board pasti penuh dengan keinginan. Ada nak pergi Italy, nak tunaikan haji, tukar kereta, baiki rumah dan macam-macam lagi. Disamping kita usaha, kita kene berdoa juga. 

Ustaz kata, kalau nak diperkenankan doa, kita kene berdoa dengan penuh ikhlas dan hati yang khusyuk. Kita juga kene yakin dan tidak lali semasa berdoa. Jangan la masa dok angkat tangan berdoa, pemikiran kita ada kat Giant, nak ambil anak sekolah, nak g COD produk. No...no...no..

Selain tu, sebelum berdoa, kita kene mulakan dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya dan selawat kepada Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Allah dan kecintaannya. Kalau kita tengok orang bercinta, kita pergi kat dia dan puji buah hati dia...tentu dia suka kan. Allah tu lebih lagi. Allah suka kita pujiNya dan kekasihNya.



Kemudian, mintalah ampun dari dosa kepada Allah dan moga Allah terima amalan kita. Kemudia baru mulakan berdoa dan minta apa yang kita nak. Masa berdoa, janganlah berirama dan berpuisi sebaliknya gunakan bahasa yang mudah yang kita faham dan memberi bekas yang mendalam dalam jiwa kita. Bak kata orang jawa, touching... 

Akhir sekali, janganlah memaksa Allah dalam berdoa. Cara mudah faham dengan berdoa macam ni :
"Ya Allah, jadikanlah aku jutawan esok juga!
Ini dianggap memaksa Allah memberi apa yang kita nak. Berdoalah dengan rendah hati dan gaya mengharap kepadaNya.

Moga Allah terima doa kita semua... Jom sambung bekerja.. :)

Thanks for reading!


Back to Top