Assalamualaikum
Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ
عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ
فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah),
bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala
perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada
dalam kebenaran (al-Baqarah 2:186).
Dari ayat ni kita tahu bahawa Allah suka supaya kita memohon pertolongan kepadaNya melalui cara berdoa. Ia sebagai petunjuk bahawa kita adalah seorang yang sangat lemah dan hamba yang berkehendak.
Saya ingin berkongsi apa yang Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman katakan cara untuk supaya Allah perkenankan doa kita. Kita semua ada impian dan cita-cita kan? Kalau tengok Vision Board pasti penuh dengan keinginan. Ada nak pergi Italy, nak tunaikan haji, tukar kereta, baiki rumah dan macam-macam lagi. Disamping kita usaha, kita kene berdoa juga.
Ustaz kata, kalau nak diperkenankan doa, kita kene berdoa dengan penuh ikhlas dan hati yang khusyuk. Kita juga kene yakin dan tidak lali semasa berdoa. Jangan la masa dok angkat tangan berdoa, pemikiran kita ada kat Giant, nak ambil anak sekolah, nak g COD produk. No...no...no..
Selain tu, sebelum berdoa, kita kene mulakan dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya dan selawat kepada Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Allah dan kecintaannya. Kalau kita tengok orang bercinta, kita pergi kat dia dan puji buah hati dia...tentu dia suka kan. Allah tu lebih lagi. Allah suka kita pujiNya dan kekasihNya.
Kemudian, mintalah ampun dari dosa kepada Allah dan moga Allah terima amalan kita. Kemudia baru mulakan berdoa dan minta apa yang kita nak. Masa berdoa, janganlah berirama dan berpuisi sebaliknya gunakan bahasa yang mudah yang kita faham dan memberi bekas yang mendalam dalam jiwa kita. Bak kata orang jawa, touching...
Akhir sekali, janganlah memaksa Allah dalam berdoa. Cara mudah faham dengan berdoa macam ni :
"Ya Allah, jadikanlah aku jutawan esok juga!"
Ini dianggap memaksa Allah memberi apa yang kita nak. Berdoalah dengan rendah hati dan gaya mengharap kepadaNya.
Moga Allah terima doa kita semua... Jom sambung bekerja.. :)
Thanks for reading!
1 comment :
Thanks master farihah atas perkongsian. Mudah tapi mendalam mksudnya
Post a Comment