Slider

Friday, December 5, 2014

Saya sudah mula bayangkan bagaimana diraikan dalam Master Celebration nanti - Puan Natrah Mohamed

Assalamualaikum dan Salam sejahtera !

Hari ni saya nak berkongsi cerita anak Shaklee saya. Anak ni kalau biasanya orang sebut downline, tapi kami selalu sebut anak, cucu, cicit dan seterusnya. Natrah ni sebenarnya sepupu ipar saya, bukan orang lain aihhh.. Kita baca bagaimana Puan Natrah Mohamed jatuh cinta dengan Shaklee :)

----------------------

Cerita saya...
Mula kenal Shaklee? Dah lama kot. Lupa dah. Masa sekolah rendah kot. Tapi memang tak hirau la kan. Tahun 2012, saya tengok sepupu ipar saya, nama dia Farihah Abu Kasim  jual Shaklee. Saya like page dia. Tapi tak berapa menghiraukan sangat. Masa tu saya sedang fokus dengan Etiqa Takaful. Dia sembang2 dan ajak join bisnes Shaklee, saya tolak.
Saya terbaca dalam sebuah majalah, seorang wanita, kerja swasta, berhenti kerja dan fokus buat Shaklee. Pendapatan bulanan dia RM50 ribu. Saya terpegun juga. Tapi bila saya jalan2 di pasaraya atau kiosk2 jual produk kesihatan, tak pernah jumpa botol Shaklee, jadi saya tertanya-tanya, macamana dia boleh kaya dengan Shaklee? Jual kat mana?
Puan Natrah dan anak comelnya :)

Hari demi hari, saya dapat request friends dari pengedar Shaklee. Saya mula membaca post2 mereka. Sangat menarik post2 mereka. Memang saya tak kenal pun, tapi saya baca juga. Tahun 2012 tu juga saya mula buat dropship baju dan jubah. Ada 2,3 customer saya PM, bagitahu dia jual Shaklee. Ooooo... Macamani cara mereka perkenalkan diri. Mereka juga pelawa saya join dan jual Shaklee. Saya tolak baik2.
Pertengahan 2013, saya terima pelawaan Puan Master Farihah untuk sertai group Surijunior. Saya baca di blog Surijunior dan jumpa pasal Family Day di Cameron Highland. Wah, best juga group ni.

Encik Sofiyuddin, suami Natrah, juga sepupu saya yang 
memberikan sokongan padu kepada isterinya :)

Akhirnya saya mula berShaklee. Fokus sharing guna FB dan blog. Pelanggan semakin bertambah setiap hari. Saya belajar cara-cara jual diri. Banyak group2 bisnes saya sertai. Tiada group Next Project, tiada group New Supervisor atau group yang fokus untuk naik Supervisor. Saya pun tak fokus nak naik Supervisor bila.
Ahmad Nasih anak sulungnya, penggemar ESP Shaklee !

Oktober 2013, saya sertai Magic Aura di Ipoh. Dengar pengisian berapi dari Master2 Jutawan, pelbagai tips dan pengalaman. Saya bulatkan tekad. Bulan ni, nak naik Supervisor juga. Apa jadi pun, jadilah! Hari itu 19 Oktober. Bermula 19 Oktober 2013 saya usaha sehabis baik. Sehinggalah 31 Oktober 2013, saya rank up sebagai Supervisor.

Kami bersama Natrah & Sofi, berjumpa dengan Pak Su & Mak Su (Mak & Ayah Sofi)
yang baru pulang dari tanah suci Mekah

Apa yang saya dapat sebagai Supervisor? Bonus bulanan 4 angka. Saya akan habiskan dalam masa tak kurang 4 hari. Hahaha...

  • Saya ada mak yang berusia 65 tahun yang masih gigih menoreh. Inilah orang pertama yang saya ingat untuk berikan duit.
  • Saya ada kakak beranak 6 yang sangat susah. Kakak saya inilah orang yang dalam ingatan untuk saya bantu.
  • Saya ada anak angkat di Gaza yang yatim piatu. Anak ini saya hulurkan duit setiap bulan melalui NGO From Gaza With Love.
  • Saya ada hutang PTPTN, bil telefon, caruman takaful dan pelaburan dalam MAA Mutual yang saya bayar guna bonus Shaklee.
  • Saya ada jemaah yang sangat disayangi dan sangat memerlukan dana.
  • Saya ada 2 anak lelaki yang saya berikan sedikit reward untuk menceriakan hati saya sendiri.

Ok, itu sebahagian yang saya lakukan dengan bonus Shaklee. Jauh daripada itu, saya sangat hargai peluang berada dalam group hebat ini.
  • Tahajud
  • Zikir
  • Sedekah
  • Solat sunat
  • RCA
  • Kasih sayang yang tiada bertepi.
Semua ini menguatkan kami.


Saya tidak akan berundur atau berpaling. InsyaAllah. Saya yakin, saya mampu gapai Master Coordinator. Saya sudah mula bayangkan bagaimana diraikan dalam Master Celebration nanti. Sudah tak lama. 

Biiznillah.
Natrah Mohamed
Master Coordinator in the making.
_________________
Keyakinan saya pada leadership Natrah, sangat tinggi. Beliau pasti menggenggam title Master Coordinator. Ameen..

Silakan untuk menyertai Team hebat Puan Natrah. Hubungi beliau :
WhatsApp / Telegram / sms : 011 2701 6822

Thanks for reading !







MamaPride untuk keselesaan ibu :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Para ibu, tentunya ada pengalaman sendiri semasa bersalin kan? Banyak sangat kita baca, yang happy, gembira, tak kurang jugak yang ngeri, sedih dan menyayat hati. Semuanya dilakukan untuk kelahiran seorang bay comel, permata hati yang ditunggu-tunggu.

Bagi saya sendiri, ketika yang sangat menakutkan adalah semasa doktor atau nurse check bukaan. Masa tu rasa nak keriau pun ada, nak nangis pun ada (eh.. sama keriau dengan nangis).

Semalam, saya baca forward message dari rakan bisnes saya, tokey Shaklee besar, Puan Najla tentang produk untuk ibu-ibu yang sedang nak bersalin. Masa admit hospital tu. Produk Seluar Bersalin. Pernah juga dengar sebelum Najla bagitau, tapi sekali lalu. Sebenarnya ekspo ni dah lepas, tapi anda tetap boleh mendapatkan produk ini dari maklumat di leaftet ya.

Sangat baik untuk ibu-ibu, untuk meminimumkan pendedahan aurat kita semasa di ward dan di labour room. Sila baca maklumat di bawah ya :)

Penerangan lengkap

Disokong oleh tokoh agama :)

Inilah rupanya

Packaging

Testimoni yang menggunakannya

Testimoni lagi

Bagus kan? Yang nak bersalin tak lama lagi, boleh dapatkan ya. Para suami juga elok dapatkan untuk isteri anda. Boleh hubungi 0199009321 atau ke Page FB MamaPride

Hubungi mereka ya. Surijunior tak jual, nak set berpantang Shaklee yang best, ada kami jual :D

Thanks for reading !



WAHM Impian Semua Ibu

Assalamualaikum & Salam sejahtera !

Tadi petang, saya ke branch Shaklee KL, lokasinya di Taman Sri Rampai. Dulu rajin ke branch, sekarang dah kurang, sangat-sangat kurang. Pergi, beli vitamin untuk kegunaan sendiri saja. Tadi saya beli Lechitin saya yang dah habis juga Vivix & Advanced Joint Health untuk mak dan ayah di kampung. Vivix dah tinggal separuh botol kata ayah tadi !

Branch ni baru lagi, gantikan branch lama yang kecik. Sekarang branch lebih besar & cantik. Senang. Kerja pun lebih cepat!

Branch baru, masa launch, Ribbon Cutting Ceremony

Perasmian, potong kek dan giliran saya dijemput bagi ucapan sikit. eheh!

Sebenarnya, tadi, masuk branch tetiba terharu tengok gambar anak Shaklee Surijunior terpampang sebagai Master Coordinator. Master Farhana, atau lebih glamer dengan nama FB Ummu Durrah. Beliau jatuh cinta pandang pertama dengan OmegaGuard. Kini, haaa bukan saja pengguna tegar, tapi juga penjana income hebat bersama Shaklee sebagai Master Coordinator

Poster Master Noor Fahana di Shaklee :)

Apa yang anda perlu tahu dalam bisnes Shaklee, Bisnes yang lebih besar dan penting daripada berniaga adalah menjadikan anak anda berjaya sama hebat seperti anda atau lebih hebat dari anda. Inilah bisnes utama yang sangat penting dalam Shaklee. 

We teach others to teach others to teach others....
We help others to help others to help others...
We coach others to coach others to coach others...

Master Ummu Durrah menyampaikan sharing

Anda takkan berjaya dalam Shaklee selagi anda belum berjaya memberjayakan anak Shaklee anda. Inilah desakan dalam berbisnes Shaklee. Desakan yang menyebabkan kita berkeinginan kuat untuk membantu orang lain hidup hebat dan mungkin merubah kehidupannya 100% dengan Shaklee seperti kita.

Master Ummu Durrah dahulunya seperti saya, bekerja office hour, kini, beliau juga seperti saya, mampu berhenti kerja dan menjaga anak-anak sendiri di rumah, seperti fulltime housewife yang lain, bezanya, beliau adalah surirumah dengan pendapatan 5-angka sebulan. Tak percaya? Percayalah. Shaklee online sangat hebat yang memungkinkan anda menjana berapa sahaja yang anda mahukan bersama-sama anak & suami di rumah.



Fleksibiliti inilah yang menjerat saya untuk tidak dapat tidak, berusaha meraihnya, kerana WAHM adalah impian saya. Dan saya juga yakin dan percaya, WAHM adalah impian semua ibu di dunia. Jika dulu saya pergi bekerja dengan kereta ber air-cond, tapi terpaksa melepaskan anak pergi tadika dengan van sekolah, kini saya bebas menghantar dan mengambil anak dari sekolah & tadika. Malah kadang-kadang, berpimpin tangan hingga ke bilik darjah :)

Itulah, antara kebahagiaan apabila kita memilih untuk bekerja sendiri. Yang lebih bermakna dalam bisnes Shaklee ini adalah apabila kita juga dapat membantu anak-anak Shaklee kita juga menjadi fleksibel seperti kita.

Kenapa memilih untuk terkurung, jika kita ada peluang terbang bebas, bukan? 



Membina karier WAHM impian anda? PM saya atau wakil Shaklee kesayangan anda :)

Thanks for reading!









SURIRUMAH BOLEH BERJAYA

Master Coordinator
===============
Anggaran income: RM600,000 setahun

Master Nini Kopiah Kait adalah Master Coordinator pertama di Surijunior. Hebatnya Nini, dia mencapai Master Coordinator pada business cycle yang sama dengan saya, upline nya. Pesatnya Empayar BijakSihat tidak dapat dibendung lagi, kerana hati mereka bertaut atas dasar ukhuwwah yang sangat kuat. 

Berikut adalah perkongsian daripada Master Nini, dari Shaklee Today, majalah rasmi Shaklee Malaysia

=========
SURIRUMAH BOLEH BERJAYA




Assalamualaikum wbt

Peranan wanita terlalu besar, menjadi anak, isteri, ibu, anak watan, malah juga sebagai penyumbang ekonomi negara.

Semua wanita adalah pencorak kepada keluarga, mendidik anak agar berjaya.

SURIRUMAH, 1 pekerjaan yang tidak ternilai. Pengorbanannya keluarga tercinta, walau orang kata surirumah seolah olah tiada memberi apa apa kepada masyarakat, saya bangkit untuk menunjukkan kepada umum bahawa SURIRUMAH BOLEH BERJAYA.

Siapa sangka seorang suri rumah boleh berjaya menggapai kejayaan pangkat MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Ianya tidak pernah mustahil.

Shaklee tidak meletakkan syarat kelayakan akademik mahupun kerjaya dalam masyarakat. SEMUA ORANG BOLEH BERJAYA dalam shaklee. Syaratnya mudah KEINGINAN MEMBARA diikuti TINDAKAN YANG IKHLAS dalam membantu orang lain berjaya.

Terima kasih kepada suami (Master Anas Rizuan) yang tidak jemu memberikan semangat, keluarga yang sentiasa memberikan sokongan, Mentor hebat Master Farihah Abu Kasim yang terus menerus mengajar tanpa jemu, Master Iffah Anuar dan Master Shareeza yang sentiasa memberikan didikan terbaik untuk kami.

Penghargaan tidak terhingga juga kepada semua anak didik Empayar Bijaksihat. Semoga semua akan berjaya dunia akhirat.

warga surijunior penguat semangat dari mula bertatih sehingga ke puncak kejayaan. Terima kasih adik beradik surijunior. Anda hebat. Semoga sama sama berjaya menggapai impian .

All the best! We are the champion!

Salam sayang,
Master Nini Nisrin


___________________
Menyertai Empayar Bijaksihat Master Nini yang hebat? Hubungi beliau :

FB : Nini Kopiah Kait
WhatsApp / Telegram / sms : 014 506 8306



Wednesday, December 3, 2014

Mataku rabun, cerah kembali !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Beberapa bulan lepas, saya rasa mata saya kabur dan sedikit berpinau. Subtitle di skrin TV sukar untuk dibaca, signboard dari jauh pun jenuh renung ! Mungkin sebab masa  "membelek" skrin komputer terlalu lama setiap hari menyebabkan mata saya rabun !

Gambar hiasan. Err.. saya tak pakai spek :P


Saya mula rehatkan mata. Lebih dari hari-hari sebelumnya, tapi masih kurang berjaya. Agaknya dah lama stress dikenakan, jadi proses pemulihan tidak berkesan lagi. haha. Apa yang saya buat? Akhirnya saya konsisten dengan suplemen Shaklee iaitu Carotamax. Sesuai dengan namanya, Carot, suplemen ini sebenarnya adala pro-vitamin A.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, 
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Habis sebotol, saya dapat rasakan pengelihatan bertambah baik. Bekerja dengan skrin komputer tidak sekabur dahulu. Alhamdulillah. Semalam baru habis suplemennya. Apa hebatnya Carotamax? Carotamax Shaklee memiliki 6 rumusan karatenoid paling berkhasiat, campuran campuran proprietari alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan manfaat kuasa karotenoid serba lengkap. Makanan harian kita sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan kekuatan dan keaslian perlindungan antioksidan sebegini!


Carotomax mengandungi karotenoid semula jadi daripada buah sawit dan alga dunaliellasalina.

  • Mengekalkan kesihatan yang baik
  • Membantu menggalakkan pertumbuhan, menajamkan penglihatan dan merangsang perkembangan tisu*
  • Memelihara kesihatan kulit dan fungsi membran mukosa
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet

Sungguh! Saya pun tak sangka mata saya pulih secepat ini. Mungkin kaburnya & stressnya belum sangat teruk, jadi pemulihannya lebih cepat. Alhamdulillah. Ya, saya tiada evidence dari optometrist tentang tahap kekaburan mata saya. Saya cuma bercerita dari pengalaman yang saya rasa. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya :)

Oh ya, mari kita lihat testimoni lain berkaitan Carotamax :)




Mata ni, walaupun kecik, tapi fungsinya & kepentingannya, mashaAllah.. sungguh hebat. Kehilangan pengelihatan ataupun kabur sebenarnya adalah amat menyedihkan. Apa salahnya kita berusaha memberikan yang terbaik kepada anugerah Allah ini. Harga Carotamax ni jauh lebih murah daripada rawatan lain. 

Sama ada rawat atau cegah, kita yang tentukannya. Dapatkan suplemen anda? Hubungi saya di FB atau contact nombor di bawah atau wakil jualan kami di seluruh Malaysia.

Thanks for reading!


Back to Top