Salam kepada semua pembaca. Kami sekeluarga baru pulang dari beriadah di taman tasik. Semua wajib main. Ummie yang dah agak memberat pon briskwalk la sikit2 campur skipping. Kena carik2 tempat sembunyik sikit nak berskipping.. Pheww!! ok lagila, lepas lompat-lompat skipping, takdela lutut longgar, tumit terkehel ke apa.. survive lagikla............ :D
Badan sehat, otak cergas :) |
Senaman ni penting ye kawan2. selain melancarkan pengaliran darah, senaman juga meningkatkan penyerapan kalsium kita. Pentingkah kalsium? Semua orang tahu, adik-adik.. eh...anak-anak sekolah rendah pon tahu kalsium penting. Kekurangan kalsium pula boleh meningkatkan risiko osteoporosis. Selalu dengar kan? Tapi pernahkah kita betul2 ambil tahu? meh kita baca :) Ni link asalnya ya.
Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.
Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.
Tulang yang dibaiki dan diperteguhkan dengan pelbagai zat protein dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium , fosforus, protein dan juga asid amino. Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang.
Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopous, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat.
Mari kita lihat faktor-faktor lain juga yang turut menyumbang kepada osteoporosis:
- ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton.
- KURANG bersenam dan diet kalsium rendah, badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus.
- WANITA, lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita.
- BERBANGSA Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.
- TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil.
- SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi.
- MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa.
- MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan.
- PENYERAPAN nutrien dari makanan tidak sempurna, nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus. Inilah kepentingan detox agar nutrien dapat diserap dengan optimum
- MENOPAUS (putus haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut.
- PARAS hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.
- RAWATAN kemoterapi.
- AMENORRHEA, tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen rendah. Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman secara ekstrem untuk menguruskan badan atau akibat masalah pemakanan anoreksia nervosa.
- INFLAMASI kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik.
- HIPERTIROIDISME, penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid.
- KURANG vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis.
- PENGAMBILAN sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin (untuk mencairkan darah).
- PENDEDAHAN kepada logam berat, pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina.
- MINUMAN ringan, beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko osteoporosis.
Banyak kan faktornya? Jadi, pastikan kita menjaga & mengambil berat keperluan kalsium kita setelah mengetahui faktor-faktor penyebab osteoporosis. Pengambilan kalsium yang cukup amat penting, dan lebih penting, penyerapannya yang efisien. Bagimana? Dengan kewujudan Vitamin D, Magnesium, Vitamin C dan juga bersenam. Cegahlah sebelum ia berlaku.
Siapa pun anda, kesihatan tulang AMAT penting, tanpa tulang yang sihat, anda akan gagal menjalankan fungsi anda sebagai ibu, bapa, kakak, abang, pekerja dan yang lebih penting hamba Allah. Kalau tulang dah berkeriuk, sendi sakit, nak rukuk, sujud pon susah. Kurang sikit khusyuk nak sembahyang, bukan? baru solat, belum lagi nak ke hulu-ke hilir, naik-turun tangga jaga anak-anak, jaga makayah dan sebagainya.
Cegah! Cegah! Cegah! Kalau dah berkeriuk tulang, baru nak mula cari susu, keju, supplement kalsium, susahla sikit. uhuh!
Baik, cukup disini, bacaan lanjut mengenai kalsium boleh klik di sini ya :)
Mata pon dah tak larat celik, cukupla beriadah, moh le kita balik :) |
No comments :
Post a Comment