Slider

Sunday, December 18, 2016

19 ALATAN DAN KEPERLUAN PENYUSUAN YANG WAJIB IBU MENYUSU TAHU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Persediaan menyusukan bayi tidaklah sesukar yang disangka asalkan semuanya disediakan awal dan bukan last minute. Buat bacaan dan tuliskan apa yang anda perlu sediakan. Pentingnya list sebab keperluan kita tak akan sama dengan orang lain.


Okay, jom kita tengok apa yang perlu disediakan :

1. Breastpump
Pam susu / breast pump adalah sesuatu yang penting. Tapi jangan tak percaya, sesetengah ibu tak guna pun breast pump. Cuma memerah susu guna tangan saja. Teknik marmet namanya. Lebih mudah dan murah. Ini bergantung kepada individu. 

Untuk yang berkeperluan membeli breast pump macam saya, pastikan anda memilih yang praktikal dan sesuai dengan anda. Pam mahal tak semestinya bagus untuk anda. Pam murah sesuai dengan ibu A tapi tak semestinya sesuai untuk ibu B. 

Pam manual ringkas, mudah dibersihkan, murah dan mudah digunakan di mana-mana tanpa risaukan bateri habis atau tak ada sumber elektrik. Pam elektrik pula mudah sebab ibu boleh relax sikit, tak perlu nak tekan handle mengepam dan double breast pump membolehkan ibu mengepam dengan cepat sebab kedua-dua belah payudara di pam serentak. 

Jadi macamana nak pilih breast pump? Boleh pertimbangkan kemampuan dan keperluan anda. Dari segi keselesaan, boleh bertanya kepada rakan / saudara yang dah guna. Atau yang lebih baik lagi, walk in ke kedai baby yang jual peralatan menyusu dan cuba pump di sana. Selalunya mereka sediakan beberapa jenis pump untuk ibu cuba. Cuba dulu, selesa baru beli.

Saya sendiri selesa dengan Medela Freestyle untuk elektrik & Avent untuk manual. Melabur untuk pump ni tak membazir sebab menyusu sebenarnya jauh lebih jimat daripada membeli susu formula





2.Cooler Bag
Cooler bag ini adalah untuk menyimpan susu perahan (EBM). Cooler bag yang baik boleh menyimpan susu dan bertahan selama 12 jam. Best kan? Kalau pam susu di pejabat, simpan dalam cooler bag dari pagi sampai petang, masih ok lagi. Ianya penting ketika travel dan sangat penting untuk ibu bekerja. Berapa cooler bag yang anda perlu?  Mungkin 1 atau 2. 

Cooler bag 1 diperlukan untuk menyimpan susu perahan di pejabat. Kalau ada peti sejuk, selepas perah, simpan dalam peti sejuk saja, nak balik, baru ambil dan masukkan dalam  cooler bag dan bawa balik, pindahkan ke peti sejuk di rumah.

Cooler bag ke 2 mungkin anda perlukan untuk membawa susu perahan dari rumah ke tempat pengasuh. Dalam perjalanan tu, bawa dengan cooler bag. 

Atau jika tempat kerja anda berdekatan dengan rumah, nak bawa dari pejabat ke rumah, mungkin tak perlu cooler bag pun. Boleh fikirkan bergantung kepada jarak & masa anda seharian.Saya sendiri dulu masa masih bekerja, ada 1 saja cooler bag. Susu kepada pengasuh saya letak dalam bekas tupperware dan masukkan ice pack dalam tu. Perlu diingat, tanpa cooler bag, jika anda meletakkan susu perahan di suhu bilik, ianya bertahan selama 3-4 jam sahaja sebelum basi. Jadi timbang-timbangkan berapa cooler bag yang anda perlu. 1 atau 2 ? :)

Ini rupa cooler bag. Warna-warni pun ada. Yang biru tu ice brick untuk penyejukan.
Yang penting ianya berkesan untuk insulation yang baik


3.Beg menyusu
Beg menyusu ni untuk angkut alatan menyusu lah. Banyak jenis beg di pasaran. Boleh pilih dan beli yang paling efisien untuk anda. Yang banyak poket mungkin praktikal. Lagi satu, beg menyusu ini mesti cukup besar untuk letak cooler bag dalam nya. Nanti kena bawak asing-asing, kan ke susah?

Ini contoh dari google. Ada beg yang ada opening kat bahagian tertentu untuk keluarkan kabel untuk caj dan sebagainya. Saya guna beg free yang dapat masa beli breastpump saja. hehe


4.Ice pack / Ice Brick
Ada cooler bag, tak ada ice pack / ice brick, tak guna jugak ya. Kena ada ice pack/ ice brick ni untuk kesan penyejukan kepada susu perahan. Ice pack/ brick ni adalah ais yang dipekkan dan boleh dibekukan berulang kali. Malam masuk tempat beku, esok boleh guna, letak di celah-celah botol susu dalam cooler bag. Ice bricks lebih tahan lasak dan lama berbanding ice packs

Ice packs

Ice bricks

5.Storage bottle
Untuk ibu surirumah, ini tidak begitu kritikal. Sebab botol susu digunakan hanya semasa mengepam. Untuk menyimpan mungkin boleh guna storage liner. Terpulang kepada ibu berapa botol susu perlu ada. Mungkin 2-5 biji sudah mencukupi.

Untuk ibu bekerja, bilangan botol susu yang boleh saya cadangkan adalah sekitar 10 hingga 15 biji. Untuk apa?
  • 4 botol > mengepam di pejabat
  • 5 botol > bawa ke pusat asuhan
  • 3 - 6 botol > untuk stok susu di peti ais rumah & back up
Beli botol susu yang BPA free. Jadi kita boleh gunakan berulang kali dan tahan pemanasan. Ketika membeli, tengok juga perlu wide neck atau standard neck yang bersesuaian dengan breast pump dan puting susu yang bayi anda suka. 



Wide neck seperti avent, tommee tippee dll ni kelebihannya mudah dibersihkan.

Jenama bumblebee ni memang terkenal sebagai botol susu yang murah dan BPA free


6.Storage Liner
Storage liner  adalah plastik untuk menyimpan EBM dalam peti sejuk. Ada Ibu yang suka guna botol. Tapi  bagi saya, plastik ini lebih praktikal.Jimat ruang. Boleh  dinipiskan dan disusun macam cheese slice. Lagi satu, plastik ni membolehkan kita menyimpan susu ikut feeding baby. Contohnya baby minum 3oz sekali minum, Jadi setiap plastik kita simpan 3oz sahaja, nipiskan dan susunkan. Setiap kali nak guna, keluarkan satu sahaja. Jadi mencegah susu lebihan dari rosak . 


Jimat ruang kan, kalau susun macam ni


7.Sterilizer
Ini penting untuk sterilkan / menyahkuman perkakasan menyusu kita. Tak la tercemar. Atau kalau rasa tak mampu beli atau dapur sempit, payah nak letak mana-mana, ada alternatifnya. Cuma gunakan periuk, rebus air. Biar air mendidih dan masukkan peralatan menyusu ke dalam air mendidih tersebut. Biar dalam 15 - 20 minit, angkat dan keringkan.



8.Warmer 
Warmer ni tujuan dia untuk memanaskan susu ibu yang dikeluarkan daripada tempat sejuk. Ini pun optional. Nak beli pun takpa, tak beli pun ok. Alternatifnya, saya guna thermos, isi air suam dan masukkan botol susu dalam tu. Thermos tu beli yang gemuk, yang muat botol susu. Letak air suam dalam bekas biasa dan rendam botol pun boleh, tapi masalahnya, air tu cepat sejuk.

Ini warmer, untuk panaskan susu

Thermos gemuk yang macam ni saya maksud kan. 
Muat masuk botol susu


9.Bantal menyusu
Bantal menyusu ni untuk menampung baby dan menjaga postur badan ibu juga. Ini adalah optional, sapa rasa perlu, boleh beli. Saya tak guna pun bantal ni sepanjang menyusu 5 orang anak. Sebat ja la, bantal apa yang ada. haha. Tapi kalau guna bagus, terutama dalam kereta masa travel kan..



10.Coli menyusu
Coli menyusu ni berbeza kerana ia mempunyai bukaan khas di hadapan dengan cangkuk untuk memudahkan proses penyusuan. Di malam hari, ibu juga boleh memilih sleep bra bagi tujuan penyusuan. 

Nursing bra

Sleep bra


11.Breast pad
Breast pad ada yang jenis kain, boleh guna semula atau yang jenis pakai buang. Boleh pilih nak guna yang mana. Tujuannya untuk menyerap susu ibu yang kadang-kadang keluar mungkin sebab ingatkan baby atau lambat mengepam atau tiba-tiba breast bengkak. Pakai ni, dia akan serap, tak adalah susu melencun ke baju dan akhirnya bau masam sepanjang hari di pejabat. Adoi !

re usable breast pad. Yang ni warna putih pun ada, bukan semua corak meriah gini

disposable breast pad




12.Baju menyusu
Sebenarnya, pakai baju biasa pun boleh menyusu, tapi baju menyusu memudahkan proses penyusuan, tambah bila berada di public, mudah nak selak supaya tak terselak (ehh?! boleh faham?)



13.Ponco menyusu / Nursing cover
Ini fungsi dia untuk cover bahagian dada semasa menyusu supaya tak terselak. Tapi kalau pakai tudung besar yang melepasi dada, insyaAllah tak perlu ponco ni.

Gini haa.. yang macam apron pun ada. Macam2 style la ni



14.Kantung kering udara
Ini untuk mengeringkan bahagian-bahagian breastpump selepas selesai di cuci. Kalau di rumah, keringkan kat rak pun boleh. Ini kadang-kadang dapat free masa beli barang baby, tak beli pun takpa


15.Hot & Cold Gel Pack
Gel Pack ini digunakan untuk meredakan bengkak susu. Gel ni boleh digunakan untuk suam atau sejuk. Kalau nak sejuk, masukkan dalam freezer, kalau nak suam, masukkan dalam air panas dan boleh digunakan untuk tuam.



Boleh juga guna ketika demam, sakit otot, senggugut dan lain-lain. Tapi untuk bengkak susu, seeloknya elakkan daripada terjadi. Jangan biar susu lama tidak dipam dan bengkak. 

Untuk mencegah bengkak susu atau susu tersumbat/ clog duct, saya amalkan lechitin. Amalkan untuk mencegah sebab saya dah rasa keperitan clog duct. Selain fungsi ini, Lechitin juga bagus untuk kuruskan badan, kuatkan memori (maklumlah banyak urat putus 😜), kawal paras kolesterol dan cantikkan kuku ,  kulit dan rambut. 

16.Power Inverter
Penting untuk ibu yang selalu bekerja outstation. Kalau bateri breast pump habis, boleh guna power daripada kereta.



17.Hands Free Breast Pump Bra
Untuk ibu yang sibuk, tapi tidak memiliki breast pump yang boleh hands free macam medela free style contohnya. Anda boleh guna bra ini untuk menjadikan breast pump anda juga hands free. haa gitu.



18.Cecair / sabun mencuci
Semua peralatan menyusu kita perlu dicuci dengan sabun bebas bahan kimia. Gunakan cecair pencuci yang sesuai untuk mengelakkan residue bahan kimia tertinggal pada alatan. Ada banyak jenama di pasaran. Saya gunakan Shaklee Dish Wash / Shaklee Basic H. Ini terjamin organik dan tanpa bahan kimia. Dan lebih mudah, boleh cuci pinggan dan lain-lain sekali. Jadi, sekali harung saja, tak la banyak sangat botol-botol pencuci kat sinki kan.

  



19.Suplemen penyusuan
Suplemen atau kita selalu sebut vitamin, bukanlah bertujuan untuk semata-mata membanyakkan Susu ya. vitamin yang kita ambil untuk diri kita Sihat, Cergas, tidak tertekan dan gembira. Jadi, keadaan Ibu yang positif sebegini boleh menghasilkan susu ibu yang banyak dan berkualiti.

Banyak suplemen di pasaran,dan sejak 2011, pilihan saya adalah Set menyusu Shaklee :)






Saya tegaskan sekali lagi, semua ini bukanlah keperluan untuk semua ibu. Saya kumpulkan item yang kerapkali dicari untuk menyokong penyusuan. Anda mungkin tak perlukan semua. Boleh sort dan pilih ikut keperluan masing-masing ya :)


Sampai di sini dulu sharing saya. Terima kasih atas kesudian meluangkan masa ☺

Hubungi saya untuk konsultasi produk / bisnes Shaklee;

💝Farihah | 019 228 2147💝 


















No comments :

Back to Top