Slider

Wednesday, May 29, 2013

Misi menawan Cameron Highlands

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pertemuan semula saya dengan Aini Mumtaz adalah secara tidak sengaja di Facebook. Kami sebenarnya adalah rakan segelak ketawa lebih 18tahun lalu. Hebatkan Facebook? hehe. Masa jumpa di FB, saya memang dah jual Shaklee, tapi baru mula saja. Saya cerita pada Mumtaz, saja la syok2, kot2 la nak join, dia pun kaki bisnes, tapi bukan amatur macam saya la. Dia lagi kencang! 

Dipendekkan cerita, satu hari ada kawan dia tanya pasal set breastfeeding Shaklee, terus dia teringat pada saya, dia tanya. Saya jawab "Memang aku juai, tapi awat pulak aku nak juai kat kawan hang? baik hang yang juai kat dia. Jom kita menega!" ayarkk??!! tak faham. ok translate >> "Memang aku jual, tapi kenapa pula aku perlu jual pada rakan engkau, bukankah lebih baik engkau sahaja yang menjual padanya? Marilah kita berniaga Shaklee" Haa.. baku tak? :D

Dan bermulalah Mumtaz dengan bertempur di arena Shaklee dengan Vitadeena Vitamins. Jualan awalnya telah membuatkan saya melopong. Hebat! Lebih hebat dari saya. Lama-kelamaan, empayar Mumtaz semakin besar, dia jemput saya ke Cameron Highlands, tempat tinggal dia. Untuk coaching & bersua mesra dengan anak-anak Shakleenya. Setelah sekian lama bertangguh, akhirnya, Family Day kami terlaksana, dengan kerja keras Mumtaz, Najihah & Noor. Terima kasih semua warga Cameron.

Apa jadi kat Cameron? Meh kita tengok gambar =)

Ustaz Raja Abdul Mutalib memulakan sesi Coaching dengan bacaan doa 
Semoga usaha kami diberkati :)


Puan Nur Najmah membentangkan 5 Lampu Ajaib pemasaran. 
Nak tackle customer, cemana? =)


Penampilan istimewa Master Shareeza (Cery Mamafaiz)

Suara emas & tips mahal dari Master Cery. Semua teruja O_O
Suara emas Master Iffah Anuar dengan rahsia hebat kekal berjaya dalam Bisnes Shaklee

Ketua Pengarah Program, Puan Aini Mumtaz. Gigih & bijaksana

Puan Mas Ayra membentangkan "How to start, How to score"
Memang sesuai dengan bisneswoman yang hebat ni :)


Saya sebagai moderator, mengulas setiap perbentangan & 
mengendalikan sesi soal jawab :)

Mengembalikan nostalgia seorang guru ;)

Puan Haszlina dengan pembentangan Bagaimana mengenali &  menguasai produk

Puan Najihah Sudi dengan Marketing Plan dan kira mengira. Kayaaaa $__$

Nursery segera yang diwujudkan untuk anak-anak comel. Inilah nadi kekuatan kami =)
Jatuh cinta dengan Shaklee? Kena sebarkan, lagi best! :)

Puan Noorhafiza, datang sekeluarga, mak ayah, kakak, semua angkut =)


Leaders besar Surijunior, Bergambar selepas Sesi Coaching di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah. 

Malamnya, menikmati steamboat di Rossa Passadena. Sedappp.
Owh, ni Family Master Iffah Anuar ya 

Steamboat lagi
Esoknya kami ke BOH Center, Sungei Palas. Jalan dia... adeehh.. sempit & mencabar

Pokok teh sebenarnya seperti bonsai, dalam tempoh tertentu pucuknya dituai untuk menghasilkan teh. 
Bonsainya boleh bertahan selama 50tahun (err.. kalau tak silap)

Breakfast di BOH. Serius, sangat sedap

Thanks Tuan Manager (berbaju hitam 2 dari kanan) & 3 dari kanan, Puan Manager hehe =)

Terima kasih untuk yang menyumbang

Puas menjamu selera.

Sandwich sangat sedap. Saladnya FRESH !!

Layan anak-anak. Tak kenyang-kenyang. haha

Belakang papan tanda tu ada pokok teh yang tak pernah di cantas, usia dalam 30tahun. Tinggi kan? tengok dari dekat macam daun inai pun ada. haha


Masuk kilang pembuatan teh

Kami sekeluarga ;)

Puan Nur Najmah sekeluarga bersama ibu mertuanya

Puan Fiza, Puan Watie Akib, Mak, Ayah semua depa angkut mai

Master Iffah sekeluarga bersama ibu bapa & adik beliau

Keluarga Noor, ni orang Cameron ni

Puan Wani, dari Ipoh. Happening anak-anaknya!

Puan Ann Ilani, Najihah, Nina & the gang!

Puan Huda dari Melaka =)

Dengan Wani lagi. hehe

Thanks Master Iffah di atas cenderahati. We love it very much!

Terima kasih dik, tolong angkut hadiah-hadiah. 
Comel-comel semua hadiahnya :D

Best, sangat best. Eh.. ada lagi? Ni gambar-gambar misc ni. hehe


Ummie.. sejukkk..

Penginapan kami di apartment Puncak Arabella. Murah juga. 1 apartment dalam RM400 atau kurang utk 3bilik & 2 bilik air. Owh, nak dok hotel? boleh.. ikut sukaaa

Hik hik

Menikmati fresh strawberi & coklat. fuuhhh.. sehingga menjilat jari
Dalam stroller, Asyraf masih tido

Asyraf yang sebenarnya masih dalam proses recover dari demam campak, dengan bantuan Nutriferon, alhamdulillah... tak meragam! Ni baru bangun tido

Nilah mak beranak 4, tarik sorang di kanan

tarik lagi sorang di kiri

Baru boleh bergambar semua :)

Yang ni kat Tesco Ampang pun ada Anisah ooii

Chicken pox dalam proses mengering. (mengering?! Erk??)

Ok ok dah abis. hehe. Seronok juga pengalaman pertama ber coaching Shaklee secara offline. Sebelum ni dok online ja, mulut tutup. Sekali dapat bercakap offline, susah pulak nak jumpa fullstop. haha.

Any ways, orang-orang Cameron memang best! Semoga berjaya semua, InsyaAllah. Jom tawan Cameron!


Bisnes Shaklee kami tidak mewajibkan coaching offline atau wajib hadir meeting. TIDAK! TIDAK! Ni cumalah inisiatif dari kumpulan tertentu untuk bersua mesra. In fact, great leaders di Surijunior menjalani coaching online saja. Bila-bila senang, boleh attend kelas, material dah tersedia di group, baca, tak faham boleh PM mak Shaklee kat FB. Bila nak study? bila nak belajar? bila-bila yang senang. tengah malam, tengah masak, tengah menyusu, dalam train, dalam kereta (bukan masa memandu.haha) atau dimana-mana sahaja. Fleksibel kan? Menyertai kami? Ianya pilihan anda :)

Sehingga berjumpa lagi. 

Thanks for reading!


Back to Top