Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, kami telah kembali dari mengerjakan umrah, juga percutian ke Dubai. Semuanya atas tajaan Shaklee :) Lebih setahun yang lalu, cita-cita saya di dalam Shaklee tidaklah begitu besar, pengelibatan saya dalam Shaklee tidak lebih hanya sekadar ingin berkongsi kebaikan vitamin Shaklee dan juga menjana sedikit pendapatan untuk menampung kos vitamin saya & keluarga.
Namun, dengan izin Allah, berkat sokongan & doa semua, perkongsian kecil-kecilan tersebut telah merebak menjadi income yang telah membeliakkan mata saya. hehe. Sehinggalah ke pertengahan tahun lepas, saya mendapati points percutian saya agak banyak. Kira punya kira, rasa macam boleh skor untuk 2 tiket umrah. Dari situ saya all out, umrah punya pasal, dan alhamdulillah, berakhirnya business cycle 2012 / 2013, points yang terkumpul membolehkan kami mendapat 2 tiket ke umrah. yeay!
Untuk pengetahuan yang baru, points Umrah dikira berdasarkan:
i ) Jualan kumpulan ; lebih kurang RM930 menyumbangkan 1 point
ii) Pendaftaran ahli baru dengan pembelian RM650 ; menyumbangkan 1 point
iii) Penghasilan leader baru. Seorang supervisor (dgn jualan RM9000 sebulan) ; menyumbangkan 20 points
iv) Kenaikan pangkat ; ni ada jumlah tertentu ikut jadual, semakin tinggi pangkat, semakin banyak points
2 tiket umrah memerlukan 1721 points. Kami telah mencapainya. alhamdulillah!
2 tiket umrah memerlukan 1721 points. Kami telah mencapainya. alhamdulillah!
Insentif percutian antarabangsa ada 2 pilihan, contohnya tahun ni London/Paris atau Umrah/Dubai. Untuk non-muslim London/Paris, muslim boleh pilih salah satu. Best kan? Percutian tajaan Shaklee ini dianggarkan bernilai RM16K seorang. Jadi kalau saya dan suami jumlahnya lebih kurang RM32K. Betul, ianya percutian & umrah 5 angka :)) Semuanya ditaja oleh Shaklee, kami hanya perlu sediakan passport & duit shopping sahaja. yeay!
Perancangan saya ke umrah pada awalnya tahun 2014 dengan Shaklee atau 2015 dengan biaya sendiri. Namun, Allah cepatkan. Alhamdulillah. Untuk suami, ini adalah umrah ke 3 selepas haji & umrah terakhir tahun 2004. Untuk saya, ini adalah umrah pertama. Sungguh mengujakan. Terharu pun ada :)
Jom layan gambar :)
Beg sandang umrah dari Shaklee
Telekung Siti Khadijah, Kain ihram & beg bagasi pun Shaklee sponsor (Ni baru betul2 FREE !!)
Lokasi pertama kami di Madinah, Solat subuh di Masjid Nabawi setibanya kami di Kota Suci tersebut :)
Seusai subuh, payung dataran terbuka untuk meneduhkan dataran
Payung semakin terbuka
Ni mandi pun belum ni, masih dengan backpack, excited, sampai je, terus rush ke Masjid. Hotel sangat dekat, alhamdulillah :)
View Masjid Nabawi dari penginapan kami di Hotel AnwarAl Madinah Movenpick, hotel 5 bintang. sangat dekat dengan Masjid Nabawi
Kubah Hijau menunjukkan lokasi Raudhah. Kami berpeluang 2x masuk & berdoa di raudhah dengan bantuan Ustazah Ririn, dari Indonesia
Miqat. Pakej umrah kami menjadualkan 4 kali umrah di Masjid Bir Ali, Ja'ranah, Masjid Tanaim & Hudaibiyah. Tak wajib. ada yang buat 4, ada yang buat 3x, bergantung kepada kemampuan masing-masing :)
Kami yang menyertai :)
Peserta lelaki dengan 3 peserta cilik
Pengubahsuaian yang giat dilakukan untuk persediaan musim haji
Unta-unta yang mesra alam. hehe
Quran pertama mashaf Uthmani yang diabadikan di Muzium Kaabah. Besar!
Ehh?? kenapa gemok gambar ni? Layan je la.. Ni pintu kaabah yang asal, setelah ditukar, diabadikan di Muzium Kaabah ni
Selepas bersolat & berdoa di raudhah. Dari kiri Izati, Master Laila, Anum, Master Ruziah, Master Zura, Azlin, Saya & Mak Zura
Keluar dari raudhah. Terima kasih Ustazah Ririn !! (3 dari kiri)
Ni on the way ke Madinah dari Jeddah. Berhenti menjamu selera. Nasi Mandy !
Ustaz pelawa otak kambing kepada kami. Erk!!
Berbaju hijau terang, Ustaz Muhammad dari Safir go Travel, Berkopiah putih Ustaz Hassan, Mutawif kami.
Kepulangan kami dari umrah disambut Master Shareeza, Master Iffah, Mr Victor Lim (Shaklee Regional General Manager) & Staff Shaklee. Terima kasih semua =)
Ya. Tu antara koleksi gambar. Banyak lagi, tapi koleksi peribadi. hehe. Antara tempat-tempat lain yang dikunjungi dalam pakej ialah :
DUBAI
# Dubai Mall (kompleks membeli belah terbesar di dunia) & akuarium
# Medinat Jumeirah & Atlantis
# Desert Safari
# Dubai Palm Monorail
MADINAH
# Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain
# Jabal Uhud
# Bazar Kurma
# Makam Rasulillah
MEKAH
# Jabal Thur, Arafah
# Jabal Rahmah
# Jabal Nur
# Muzdalifah
# Mina
# Ladang ternakan unta
dan lain-lain
Semoga kita semua dijemput Ilahi untuk berkunjung ke rumahNya untuk kali pertama atau berkali-kali. Sungguh, ia adalah jemputan dariNya. Ramai yang kaya, tapi belum terpanggil untuk berziarah. Ramai yang sihat & berpeluang tapi masih sibuk dengan urusan dunia.
Sungguh, biz Shaklee kami bukan sekadar keuntungan kewangan. It goes beyond that. Selain ganjaran kewangan, kami juga menikmati peluang umrah 5 bintang dan membantu ramai anak-anak didik Shaklee mempunyai kesihatan dan kewangan yang lebih baik. InsyaAllah, tahun depan, lebih ramai dari group kami yang akan menikmati insentif umrah ini, berkat kegigihan yang kesungguhan yang ditunjukkan.
Semoga kita semua berpeluang menunaikan umrah & haji di Baitullah, InsyaAllah. Tanamkan niat dalah hati, visualize kejayaan kita ke sana, insyaAllah Dia akan mudahkan jalan.
Tidak dapat digambarkan rasa sayu meninggalkan Kaabah. Walaupun pendek, kami cuba mengoptimumkan waktu kami di sana untuk beribadah. Yang paling bersyukur ialah Hotel Hilton yang kami diami selesa & dekat dengan Masjidilharam.
Kaabah memang mempunyai magnet yang tersendiri. Tidak pernah sesaat sunyi dari manusia. Saya sendiri sanggup berpanas terik sendirian turun melakukan tawaf sunat. Sahabat semua, usahakanlah untuk berumrah walaupun sekali sebelum menunaikan haji. Sekurang-kurangnya kita mempunyai gambaran keadaan disana & perjalanan haji kita lebih mudah, insyaAllah.
Di Shaklee, peluang mengerjakan umrah ditawarkan setiap tahun. Terbentang luas, telus dan semua orang mempunyai peluang yang sama untuk merebutnya. Cuma tinggal kita yang bersedia & cukup gigih berusaha atau tidak. Kepada yang beralasan, saya tidak membantah, itu hak anda. Kepada yang mahukan, berusahalah, insyaAllah mimpi anda akan menjadi nyata. Allah boleh menjadikannya kenyataan dengan sekelip mata, cuma Dia nak tengok & nilai usaha & kesungguhan kita sahaja.
Saya doakan lebih ramai dari Surijunior yang boleh menjejakkan kaki ke Baitullah.
Percayalah, saya juga bermula dari 0 seperti kalian semua. Dengan izin Allah, doa & kesungguhan, segalanya tidak pernah mustahil.
Jangan pernah berhenti bermimpi :)
Salam sayang dari Surijunior :)
Thanks for reading!
No comments :
Post a Comment