Slider

Tuesday, July 15, 2014

Perhatikan Kuku Anda kerana terdapat Petanda Status Kesihatan di situ

Adakah anda tahu bahawa kuku dapat menceritakan bagaimana keadaan tubuh badan anda sama ada sihat atau tidak? Masalah yang berlaku kepada hati, paru-paru dan jaunting boleh ditunjukkan oleh kuku. Teruskan membaca untuk mengetahui apakah rahsia yang boleh diceritakan oleh kuku. 



Kuku yang pucat

Bila kuku kelihatan sangat pucat, ia adalah satu petanda penyakit yang serius seperti;
-Anemia (kurang darah merah)
-Saluran jantung tersumbat
-Penyakit hati
-Kekurangan nutrisi



Kuku berwarna putih

Jika permukaan kuku menjadi tersangat putih dengan galur-galur yang lebih gelap menunjukkan masalah dengan fungsi hati seperti hepatitis. Gambar ini menunjukkan kuku seorang penghidap jaundis, yang turut merupakan sejenis penyakit hati.



Kuku berwarna Kuning

Sebab paling utama kuku menjadi kekuningan ialah jangkitan fungus. Jika jangkitan ini lebih teruk kuku akan menebal dan menggerutu. Manakala, dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, kuku yang kekuningan menggambarkan berlakunya penyakit thyroid yang teruk, penyakit paru-paru, diabetes ataupun psoriasis.



Kuku kebiru-biruan

Ini adalah suatu petanda bahawa badan tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Ia juga boleh menunjukkan kemungkinan berlakunya masalah paru-paru dan masalah jantung.



Permukaan kuku tidak rata dan berbintik-bintik

Sekiranya permukaan kuku tidak rata dan seperti bertompok-tompok, ini petanda awal berlakunya arthritis. Biasanya warna kuku turut akan menjadi pudar dan kulit dibawah kuku akan kelihatan berwarna merah ke coklat


Kuku terpecah-pecah atau tercabut

Kuku yang kering dan sentiasa terpecah-pecah sentisa dikaitkan dengan penyakit thyroid. Sekiranya kuku pecah dan tercabut berserta dengan warna kekuningan ini mungkin disebabkan jangkitan fungus.




Kulit di celah kuku membengkak 

Sekiranya kulit decelah-celah kuku membengkak dan kemerahan ini menunjukkan berlakunya keradangan disebabkan jangkitan kuman



Garisan gelap di atas kuku

Sekiranya terdapat garisan gelap di permukaan kuku, jumpalah doktor secepat mungkin. Kadang-kadang ini disebabkan oleh melanoma, sejenis kanser kulit.



Walaupun  perubahan yang berlaku kepada kuku manifestasi kepada kesihatan badan, namun perubahan ini biasanya bukan petanda awal yang akan berlaku. Dan kebanyakan kekurangan yang berlaku terdapa kuku tidak berbahaya- bermakna tidak semua orang yang mempunyai kuku keputih-putihan menghidap hepatitis. Jadi, jumpalah doktor pakar kulit untuk mengetahui maklumat yang lebih jelas dan tepat. 

Shaklee mempunyai Vivix bagi mengelakkan dan mengoptimumkan kesihatan anda. Mencegah kanser, mengelak hepatitif dan jangkitan kuman dan pelbagai penyakit kronik yamg lain...



Rujukan : 
http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/ss/slideshow-nails-and-health

Thanks for reading!







Monday, July 14, 2014

Turunkan Berat Badan Dengan Mengurangkan Makan Di Waktu Malam

Pakar kesihatan sering mengesyorkan agar mengehadkan makan di waktu malam. Ini langkah yang terbaik untuk mengekalkan berat badan ideal dan menurunkan berat bagi orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Satu kajian yang dilaporkan di dalam British Journal of Nutrition berjaya membuktikan kesahihannya. Mereka mengesahkan bahawa mengehadkan pengambilan makanan di waktu malam menyebabkan kurang kalori diambil setiap hari serta mempercepatkan penurunan berat badan.




“Lelaki yang mengehadkan makan di waktu malam mampu mengurangkan 1 pound berat kurang pengambilan kalori sehingga 240 kalori setiap hari”  (British Journal of Nutrition)

Kurang pengambilan kalori bersamaan dengan berkurangnya berat badan

Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji kesan mengehadkan makan di waktu malam terhadap pengambilan kalori dan berat badan. Secara spesifiknya, 29 lelaki yang bertubuh sihat (berumur antar 18 ke 26 tahun) yang mempunyai berat badan yang normal telah diminta untuk mengehadkan pengambilan makanan di waktu malam. Mereka perlu mengelakkan segala jenis makanan ataupun makanan ringan kecuali air antara jam 7 petang ke jam 6 pagi.



Sekumpulan lagi kumpulan diminta untuk mengekalkan tabiat makanan yang sentiasa diamalkan (kumpulan kawalan). Eksperimen ini dijalankan selama 2 minggu. Sebahagian peserta memulakan dengan pengehadan makan di waktu malam dan sebahagian lagi memulakn dengan mengamalkan tabiat yang biasa. Para penyelidik kemudiannya memeriksa kadar pengambilan nutirisi dan berat badan sepanjang tempoh kajian.



Keputusannya, berbanding dengan kumpulan kawalan, peserta yang mengehadkan pengambilan makanan di waktu malam telah berjaya mengurangkan berat badan sehingga 1 pound dan kadar kalori yang diambil berkurang sehingga 240 kalori berbanding yang biasa. Bagi yang mengamalkan makan di waktu malam serta mengikut tabiat biasa mereka, berat badan telah bertambah lebih dari 1 pound.



Ketua penyelidik kajian ini mengulas bahawa “meskipun jumlah kalori telah berkurang dalam kadar yang sedikit, tetapi langkah ini mungkin berkesan untuk menyeimbangkan berat badan yang ideal”. Namun, kajian yang lebih panjang perlu untuk membuktikan secara tepat penemuan ini.

Langkah-langkah untuk mendapatkan berat badan yang ideal

Bagi orang yang sihat, pengurangan berat badan dan keseimbangan berat badan adalah bergantung kepada jumlah kalori yang kita makan dan pembakaran kalori-hanya semudah itu. Tetapi cara hidup yang diamalkan memberi kesan terhadap proses ini dan ia bertukar menjadi lebih kompleks dan mencabar. Senaman berterusan disamping makan kurang kalori sememangnya amalan yang sangat penting untuk mengoptimumkan berat badan unggul.



Kita harus ingat bahawa berat badan unggul dan ideal sangat penting untuk kesihatan yang terbaik serta mengelakkan badan dari terkena serangan penyakit berbahaya. Jadi, cubalah cara terbaik bagaimana  untuk menurunkan berat badan dengan mendapat nasihat dari pakar pemakanan atau professional.

Dipetik dari journal (Brit J Nutr 2013;110:2108–13)



Shaklee menawarkan Cinch Shake untuk membantu anda menurunkan berat badan. Ia mengandungi Cinch Pro campuran protein dan kaya dengan leucine. Leucine berupaya memelihara oto semasa menurunkan berat badan.

Thanks for reading!

Friday, July 11, 2014

Atasi arthritis

Bagaimana untuk mengatasi rasa sakit akibat arthritis dengan cara semulajadi?



Arthritis adalah sakit sendi yang sangat menyakitkan dan akan lebih terkesan terutama di dalam suhu sejuk. Bagi mengurangkan simptom dan sakit-sakit sendi ini, pesakit akan menggunakan rawatan alternatif kerana rawatan konvensional kurang memberikan kelegaan yang mereka harapkan. Tambahan pula, kesan sampingan daripada pengambilan ubat yang berterusan juga dikhuatiri akan berlaku.

Dr. Manny Alvarez,seorang doktor perubatan yang juga Pengurus Editor Rancangan Berita Fox, memberikan 4 langkah berkesan bagi menguruskan simptom arthritis.

Selalu bersenam

The National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases (NIAMS) menyarankan agar pesakit mengamalkan tiga jenis senaman iaitu:



1. Senaman pelbagai gerak seperti tarian yang boleh menolong untuk mengekalkan fungsi sendi secara normal, mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fleksibiliti sendi.
2. Senaman untuk menguatkan otot untuk mengekalkan dan meningkatkan keupayaan dan kekuatan otot.
3. Aerobik untuk mengekalkan kesihatan jantung, mengawal berat badan dan memulihkan fungsi seluruh sistem badan. Berat badan yang ideal sangat penting untuk pesakit arthritis kerana berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih ke bahagian-bahagian sendi yang sedia sakit.

Diet yang seimbang



Yayasan Arthritis Amerika Syarikat menyarankan pesakit untuk berterusan mengekalkan diet di bawah untuk mengurangkan simptom yang dihadapi:

1. Makan pelbagai jenis makanan namun elakkan dari makanan yang boleh bertindakbalas negatif terhadap ubat.
2. Pengambilan lemak dan kolesterol yang sederhana
3. Makan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan
4. Pengambilan gula dan garam yang sederhana
5. Ambil vitamin dan mineral setiap hari termasuklah kalsium

Suplemen tambahan

The American College of Rheumatology melaporkan bahawa terdapat beberapa bukti kajian yang membuktikan halia dapat mengurangkan kesakitan arthritis.Kemudian minyak ikan mengandungi omega-3yang dapat mengurangkan sakit sendi dan mengurangkan simptom. Namun, ia akan mengambil masa selepas beberapa bulan sebelum pesakit melihat kesannya. Namun ia akan turut memberikan kesan sampingan termasuklah bau mulut yang kurang enak.

Kawal stres

Yayasan Arthritis Amerika Syarikat percaya bahawa pengawalan stress adalah salah satu cara untuk mengurangkan kesakitan. Ini kerana bila stress berlaku, otot-otot badan akan meregang dan memberikan tekanan kepada otot. Ini akan menyebabkan kesakitan akan bertambah dan cepat terasa letih dan lemah tidak berdaya. Jadi, dengan mengawal stress, putaran ini akan dipecahkan dan kesakitan dapat dikurangkan.

Shaklee menawarkan 3 produk untuk anda dalam merawat arthritis iaitu Advance Joint Health Tablet, Ostematrix dan Omega Guard...

Advance Joint Health tablet - membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat


Omega guard - mengurangkan inflamasi


Ostematrix - mengekalkan sel tulang yang sihat

Dapatkan segera dari SID kami berdekatan anda...

Thanks for reading!

Wednesday, July 9, 2014

Senarai Semak Ibu Mengandung

1.Ambil Asid Folik Setiap Hari
Kesihatan bayi dalam kandungan ialah tanggungjawab si ibu. Mulakan hari dengan mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari. Jumlah ini sama dengan pengambilan kebanyakan multivitamin. Asid folik ialah vitamin B9 yang terdapat dalam kebanyakan sayuran hijau, buah-buahan sitrus dan kekacang.



Biasanya doktor akan membekalkan bakal ibu dengan asid folik berbentuk pil supaya pengambilan 400 mikrogram sehari adalah mencukupi. Ini kerana, kebanyakan kajian mendapati bahawa langkah ini berjaya mengurangkan risiko bayi dilahirkan terencat pertumbuhan otak dan saraf tunjang sehingga 70%. 

2. Atur temujanji dengan doktor gigi
Adakah anda tahu doktor gigi boleh membantu supaya kandungan sihat? Pastikan gigi dan gusi si ibu sihat dan tidak bermasalah ketika mengandung. Kerana kehamilan meningkatkan risiko penyakit gusi yang seterusnya mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang. Jadi, bagi mengelakkannya jaga kebersihan gigi sebaik-baiknya dengan memberus serta flos gigi sekerap mungkin.



3. Berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan berat badan yang seimbang
Terlalu kurus menyebabkan bayi kurang nutrisi. Terlalu berat pula turut mengundnag bahaya terhadap kandungan serta menambahkan risiko kemerosotan kesihatan. Ia termasuklah diabetes dan tekanan darah tinggi yang mengakibatkan susahnya untuk melahirkan anak. Senaman adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengawal berat badan.



4. Jadikan senaman suatu tabiat
Target untuk melakukan senaman selama 30 minit setiap hari. Berjalan kaki, mengayuh basikal dan berenang adalah cara terbaik untuk bersenam. Ataupun anda boleh juga hadir ke kelas senaman bakal ibu bersama jurulatih.


5. Makan makanan yang seimbang untuk anda serta si bayi
Mulakan cara pemakanan yang seimbang dan sihat sekarang. Ajaklah suami untuk mengamalkannya bersama. Ibu mengandung memerlukan lebih protein, kalsium dan asid folik. Jadi, kumpulkan stok buah-buahan, kekacang, sayur-sayuran, dan sumber tenusu yang kurang lemak di rumah anda. Hentikan memakan snek-snek, makanan berminyak, soda ataupun makanan rapu yang lain yang tidak mempunyai nilai kalori.



6. Rancang Bajet untuk Bayi
Perancangan kewangan yang baik adalah langkah bijak bagi menyambut kelahiran si comel. Masukkan dalam bajet untuk barangan bayi seperti pakaian bayi, lampin, perabot, upah pengasuh dan lain-lain. Jadikan bajet ini suatu yang praktikal supaya beban kewangan dapat dielakkan.



7. Kawal pengambilan kafein
Pakar-pakar menasihatkan seorang ibu hamil hanya boleh mengambil tidak lebih dari 200mg kafein setiap hari. Tukarkan kafein yang terdapat dalam kopi atau teh dengan jenis minuman yang lain seperti jus dan susu.

Thanks for reading !


Tuesday, July 8, 2014

Ubat Terbaik ialah Ketawa

Adakah anda tahu bahawa ketawa adalah suatu jangkitan? 


Gelak ketawa lebih cepat berjangkit daripada batuk atau selsema. Bila ketawa dikongsi bersama, ia boleh menghubungkan kemesraan antara insan, membuahkan keintiman dan juga boleh mengeratkan kasih sayang.   
Ramai orang tidak menyangka bahawa ketawa merupakan penawar yang sangat berkesan untuk tubuh badan. Yang paling menarik, ubat inilah yang paling menyeronokkan, percuma dan paling mudah didapati.



“Your sense of humor is one of the most powerful tools you have to make certain that your daily mood and emotional state support good health.”
~ Paul E. McGhee, Ph.D.

Bagaimana ketawa boleh menjadi penawar untuk tubuh?

Ketawa menenangkan seluruh anggota badan- tekanan fizikal dan tekanan mental/stres akan dihilangkan oleh ketawa sehingga 45 minit berikutnya.

Ketawa meningkatkan sistem imunisasi badan- Bila kita ketawa, hormon stress kurang dirembeskan oleh badan. Ini menyebabkan, meningkatnya jumlah sel imunisasi dan antibodi untuk pertahanan badan. Jadi, badan akan lebih kebal dari serangan mikrob dan patogen yang berbahaya.




Hormon Endorfin dirembeskan- Endorfin adalah sejenis hormon yang dirembeskan oleh sistem saraf pusat dan kalenjar pituitari. Apabila bahan kimia ini dirembeskan, ia memberikan perasaan nikmat dan “feel-good” bahkan boleh mengurangkan kesakitan untuk sementara waktu.

Ketawa melindungi jantung- Ia boleh menambahbaikkan fungsi salur darah dan meningkatkan kelancaran peredaran darah. Ini boleh melindungi badan dari serangan jantung ataupun penyakit kardiovaskular yang lain. 

Jadi, mulakan setiap hari dengan keceriaan dan kegembiraan. Walaupun pelbagai masalah melanda, hadapinya dengan tenang dan sentiasalah ketawa dan tersenyum kerana ia juga suatu jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, ketawa, ceria dan gembiralah sentiasa!!

Thanks for reading !


Friday, July 4, 2014

KENAPA KITA KENA SELALU BACA QURAN???


INILAH KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA ANDA MENDENGAR DAN MEMBACA AL QURAN

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

🌿AL QURAN DAN PENYEMBUHAN🌿

Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka. 

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. 

Penelitiannya dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. 


🌿AL QURAN DAN SEL KANSER🌿

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

🌿AL QURAN DAN MOLEKUL AIR🌿

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Jika anda membaca Al-Quran pada air, ciri-ciri air akan berubah dan bila air ini diminum, ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan. 



🌿AL QURAN DAN KETENANGAN🌿

Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. 

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan
ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.



🌿AL QURAN DAN VIRUS🌿

Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.

🌿AL QURAN DAN BAYI🌿

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. 

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.


Thanks for reading !

Back to Top