Slider

Tuesday, July 8, 2014

Ubat Terbaik ialah Ketawa

Adakah anda tahu bahawa ketawa adalah suatu jangkitan? 


Gelak ketawa lebih cepat berjangkit daripada batuk atau selsema. Bila ketawa dikongsi bersama, ia boleh menghubungkan kemesraan antara insan, membuahkan keintiman dan juga boleh mengeratkan kasih sayang.   
Ramai orang tidak menyangka bahawa ketawa merupakan penawar yang sangat berkesan untuk tubuh badan. Yang paling menarik, ubat inilah yang paling menyeronokkan, percuma dan paling mudah didapati.



“Your sense of humor is one of the most powerful tools you have to make certain that your daily mood and emotional state support good health.”
~ Paul E. McGhee, Ph.D.

Bagaimana ketawa boleh menjadi penawar untuk tubuh?

Ketawa menenangkan seluruh anggota badan- tekanan fizikal dan tekanan mental/stres akan dihilangkan oleh ketawa sehingga 45 minit berikutnya.

Ketawa meningkatkan sistem imunisasi badan- Bila kita ketawa, hormon stress kurang dirembeskan oleh badan. Ini menyebabkan, meningkatnya jumlah sel imunisasi dan antibodi untuk pertahanan badan. Jadi, badan akan lebih kebal dari serangan mikrob dan patogen yang berbahaya.




Hormon Endorfin dirembeskan- Endorfin adalah sejenis hormon yang dirembeskan oleh sistem saraf pusat dan kalenjar pituitari. Apabila bahan kimia ini dirembeskan, ia memberikan perasaan nikmat dan “feel-good” bahkan boleh mengurangkan kesakitan untuk sementara waktu.

Ketawa melindungi jantung- Ia boleh menambahbaikkan fungsi salur darah dan meningkatkan kelancaran peredaran darah. Ini boleh melindungi badan dari serangan jantung ataupun penyakit kardiovaskular yang lain. 

Jadi, mulakan setiap hari dengan keceriaan dan kegembiraan. Walaupun pelbagai masalah melanda, hadapinya dengan tenang dan sentiasalah ketawa dan tersenyum kerana ia juga suatu jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, ketawa, ceria dan gembiralah sentiasa!!

Thanks for reading !


No comments :

Back to Top