Slider

Monday, January 11, 2016

Diabetes punca mati awal akibat sakit jantung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tahukah anda antara pembunuh utama di Malaysia adalah penyakit jantung? dan sakit jantung boleh disebabkan oleh diabetes? Bagaimana?

Punca utama kematian awal di kalangan penghidap diabetes yang tidak dikawal dengan baik adalah disebabkan penyakit kardiovaskular. Sebenarnya, penyakit jantung merupakan komplikasi diabetes yang paling lazim dan serius.

Ini kerana diabetes yang tidak diuruskan dengan baik akan mengganggu paras glukosa darah anda dan menyebabkan metabolisme lain badan menjadi tidak menentu, yang juga akan menghasilkan paras lemak darah (seperti kolesterol) yang tidak normal.

Diabetes juga lebih cenderung meningkatkan tekanan darah !

Kombinasi paras glukosa darah yang tinggi, paras lemak darah yang tidak normal dan tekanan darah yang tinggi akan merosakkan saluran-saluran darah badan dan memudahkan pembentukan plak di dinding dalam arteri.



Ini mempercepatkan pembentukan arterosklerosis, yang akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung atau kegagalan jantung.




JANGAN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA STATISTIK INI !


Apa tindakan kita?

1. Ambil diet yang seimbang
Pilih diet untuk jantung sihat yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh serta yang mengandungi rendah kandungan lemak tepu, kolesterol dan sodium (garam).

Anda perlu mengurangkan pengambilan kalori harian jika mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes. Kebanyakan kalori datang dari makanan berlemak dan yang digoreng.



2. Menjadi lebih aktif
Anda perlu melakukan senaman atau aktiviti fizikal lain selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali dan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu (sebaik-baiknya aktiviti ini dilakukan pada setiap hari!).

Anda perlu bersenam dengan lebih kerap dan untuk jangka masa yang lebih lama jika mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, untuk menurunkan berat badan anda.



3. Kekalkan berat badan dan ukur lilitan pinggang yang sihat
Mempunyai berat badan yang berlebihan terutama sekali pada bahagian abdomen akan meningkatkan risiko anda menghidap diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.

4. Periksa profil lipid darah anda
Paras kolesterol darah yang tinggi (kolesterol-LDL atau kolesterol jahat) akan meningkatkan risiko anda menghidap penyakit jantung. Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika anda turut mempunyai paras kolesterol-HDL atau kolesterol baik yang rendah.

5. Sentiasa periksa tekanan darah anda
Tekanan darah tinggi boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kardiovaskular. Periksalah tekanan darah anda sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun serta berusaha untuk mengekalkannya pada tahap yang rendah (130/80 mmHg atau kurang) tanpa mengira usia anda.

Mesin tekanan darah yang boleh digunakan dengan mudah di rumah. Laburkan wang anda untuk memilikinya :)


6. Menjalani pemeriksaan kesihatan berkala
Pemeriksaan kesihatan yang berkala akan dapat mengesan dan merawat penyakit diabetes dan jantung pada peringkat yang awal. Minta doktor untuk memeriksa paras glukosa darah anda.

7. Berhentilah merokok
Jika anda merokok, tolong hentikannya sekarang. Menghisap rokok boleh menyebabkan saluran-saluran darah menjadi sempit dan seterusnya akan mengurangkan bekalan darah ke organ-organ penting seperti jantung anda. Merokok juga akan memburukkan aterosklerosis.



8. Kurangkan tekanan atau stress
Kajian terkini menunjukkan bahawa stres berkaitan pekerjaan merupakan faktor penting ke arah pembentukan diabetes jenis 2 dan komponen-komponen lain sindrom metabolik yang boleh mengakibatkan anda menghidap penyakit jantung.



Bagaimana Shaklee boleh membantu anda? Jom baca pengalaman ibu kepada Saudara Hafiz


Masih ingat kisah mak saya yang bacaan kencing manis beliau paling rendah 8.3 dan paling tinggi 28.7 sejak kena kencing manis? Purata biasanya 11-14. 

Hari ni mak saya beri khabar gembira. Bacaan 6.5 lepas sarapan nasi lemak dan roti telur goreng. 

Rahsianya? Vivix konsisten hingga sekarang. Hampir setahun dah rasanya. 

Alhamdulillah. Syukur. 

Kesihatan orang tersayang = PRICELESS

Hafiz dan Ibunya. Macam Kakak dengan adik kan? :D
Sudahlah Diabetes bersansur baik, wajah pulak awet muda. bonus! bonus!


-----------------
Hebat kan? Usia ibu Hafiz ni bukan 30an tau, Usia dia dah lebih 50tahun.  Oh ya, beliau juga sekarang teruja menyebarkan kebaikan daripada keajaiban Vivix yang dirasainya :)

Kita selalu doakan ibu dan bapa kita dipanjangkan usia agar dapat kita menumpang doa mereka. Tapi, alangkah baiknya jika usia yang panjang itu dalam kesihatan yang hebat. Oh ya, Vivix bukan sahaja menyelesaikan masalah diabetes, tetapi juga boleh menjadi ikhtiar berhenti merokok.



Sayang diri anda dan orang tersayang? Dapatkan Vivix dengan harga menjunam bulan ini. Lagi testimoni Vivix, klik DI SINI

Hubungi saya atau pemilik testimoni ini, Saudara Hafiz atau wakil Shaklee berhampiran anda.

Thanks for reading !

Salam sayang,

019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com

No comments :

Back to Top