Slider

Wednesday, January 6, 2016

Umrah Ziarah 5 bintang dengan Shaklee : Hanya PERCUMA :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

2015 telah berlalu, kini sudah 6 hari di 2016. Alhamdulillah, kami menutup 2015 dengan pengalaman umrah dan ziarah yang amat bermakna dengan Shaklee. 



Bagaimana ya, saya nak memulakan? Trip Umrah & Ziarah ini memang WAJIB dianjurkan oleh Shaklee setiap tahun. Ianya adalah tawaran PERCUMA kepada leaders Shaklee yang layak dengan kiraan mata pada jumlah tertentu sepanjang setahun berbisnes

Kami disambut dengan karpet merah dan President Shaklee Malaysia setibanya di Abu Dhabi. Seronok bila diraikan hasil penat lelah setahun berbisnes :)

Kiranya Umrah Ziarah kami kali ini adalah reward daripada penat lelah berbisnes pada cycle yang lalu. Sebenarnya ini adalah umrah ke-2 untuk saya, umrah pertama juga saya ke sana dengan tajaan Shaklee. PERCUMA pada tahun 2013. Boleh baca di sini. 2013 adalah trip antarabangsa pertama saya dengan Shaklee, dan kami dihadiahkan 2 tiket ke umrah percuma. 2014, saya memilih ke US kerana kami diraikan dalam Global National Conference. Kami dihadiahkan 5 tiket. Nanti saya cerita di entry yang lain.



5 tiket Umrah - Abu Dhabi - Dubai


Dan tahun 2015, sekali lagi kami dihadiahkan 5 tiket dan kali ini kami memilih ke Umrah - Abi Dhabi.  Trip percuma ini dihadiahkan dengan kiraan points seperti berikut :
  • Jualan kumpulan
  • Bilangan leaders yang berjaya kita hasilkan dalam Empayar kita
  • Bilangan pendaftaran keahlian dengan belian tertentu
3 kriteria ini memegang points pada jumpah tertentu dan dikumpulkan selama 12 bulan. Di akhir cycle, akan ditentukan berapa points yang kita kumpul dan berapa tiket yang kita layak dengan points tersebut. 

Trip ini sangat EKSKLUSIF. Ia hanya boleh dimiliki dengan jumlah points yang kita kumpul. TIDAK BOLEH di tambah wang tunai, jika tak cukup points atau nak tambah tiket. Tak boleh ya. Cukup boleh dapat, tak cukup, walaupun 1 point, tak layak untuk dapat. Satu benda lagi yang best tentang trip Shaklee, bukan kita dan pasangan sahaja yang layak. Tiket ini juga melayakkan kita membawa bersama :
  • Suami / Isteri 
  • Anak-anak
  • Ayah
  • Mak
  • Ayah Mertua
  • Mak Mertua
  • Adik beradik kandung (untuk leaders yang belum berkahwin sahaja)
Shaklee adalah bisnes keluarga. Manfaat bisnes adalah untuk seisi keluarga, bukan untuk kita seorang atau kita dengan suami sahaja. Best kan? Dan TIADA HAD MAKSIMUM jumlah tiket. Bergantung kepada points yang kita kumpul. Boleh dapat 1 atau 2 atau 3 atau 4 atau 5 atau berapa sahaja tiket yang mampu kita claim.

Bagaimana mampu saya gambarkan kegembiraan apabila berjaya membawa bersama ibu dan ayah ke umrah. Niat saya saya nak mak dan ayah rasai pengalaman Umrah mewah dengan Shaklee. Saya juga nak mak dan ayah kenal kawan-kawan Shaklee saya yang hebat, staff Shaklee yang baik hati, juga suasana bisnes Shaklee yang mengujakan. Inilah sebenarnya yang saya ingin dedahkan kepada mak dan ayah. Alhamdulillah, Allah izinkan :)


Tapi... yang Shaklee bagi bukanlah tiket sahaja. Belanja yang perlu kita keluarkan adalah membuat passport sahaja. Lain-lain Shaklee tanggung, daripada beg bagasi, kain ihram, telekung, tiket kapal terbang pergi balik, penginapan di hotel 5 -6 bintang, makan-minum dan kos-kos jika masuk ke tenpat-tempat tertentu. Kita cuma bawa duit tambang sahaja. Ehemmm.. best ka syok?

Beberapa minggu sebelum ke Umrah, Shaklee poskan kelengkapan ke rumah saya. Beg bagasi, beg sandang, telekung, kain ihram, baju sejuk, buku panduan umrah. 5 tiket, jadi saya dapat 5 set. Sikit pun tak kurang :)

Amirah try baju sejuk yang Shaklee poskan. Happy sangat sebab brand Hello Kitty. haha. Saya dan mak dapat warna maroon, Ayah dan suami dapat warna hitam. Amirah dapat warna pink yang comel ni. Girl dengan pink, memang tak boleh dipisahkan kan? :D

Tiket umrah ini adalah salah satu push factor saya fokus dengan Shaklee, kerana saya nak sangat pergi umrah dan umrah yang Shaklee tawarkan bukan calang-calang pakej. Ianya pakej VIP berharga sekitar RM20,000. 

Kenapa perlu saya lepaskan jika ianya di depan mata, bukan?



Untuk anda yang memiliki push factor yang sama seperti saya, Shaklee ada peluangnya. Ianya percuma tapi perlu dibayar dengan usaha dan keringat. Anda yang telah menjadi ahli Shaklee, usahalah untuk mendapatkannya. Yang belum menjadi ahli Shaklee, peluangnya terbuka untuk anda.

Nanti saya sambung cerita lagi. Oh ya, koleksi gambar Umrah-Dubai-Abu Dhabi ada DI SINI. Jemput menjamu mata ya :)

Thanks for reading !


Salam sayang,

019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com

No comments :

Back to Top