Assalamualaikum & Salam sejahtera!
Kecemerlangan akademik mungkin adalah matlamat hampir semua ibu-bapa seperti kita. Saya pun tak menafikan childhood experience untuk anak-anak. Tapi, dengan sistem pendidikan kita yang mementingkan bilangan A. Kita seolah-olah tiada pilihan :) Anak sulung saya, Amirah yang bakal menghadapi peperiksaan. Saya kongsikan Boleh ambil mana yang rasa perlu dan sesuai :
2. Ajar anak untuk praktikkan niat dan doa penuh harapan untuk dapat 6A. LILLAHI TAALA.
3. Beli semua buku latihan berformat peperiksaan sebenar peperiksaan sama ada UPSR , PT 3 atau SPM
4. Utamakan dan siapkan kerja sekolah jika ada.
5. Istiqomah, konsisten buat latihan mengikut tempoh masa kertas soalan. Sediakan jam loceng jika perlu
6. Bulatkan soalan yang susah, tinggalkan dahulu, jawab kemudian.
7. Utamakan soalan yang senang dan jawab dengan cepat dan cermat, jangan CUAI.
8. Ajar anak untuk semak sendiri jawapan dengan pen merah dan dapatkan gred markah A, B. Tulis sendiri dengan pen merah di kertas soalan.
9. Semak jawapan bagi soalan susah dan salah. Rujuk ayah / mak / cikgu
10. Cuba kumpul dan buat koleksi soalan-soalan yang susah, dan baca sepintas lalu pada sebelum peperiksaan, mengikut subjek.
11. Buat sendiri jadual belajar di rumah. Disiplinkan diri ikut jadual dan jangan lupa solat 5 waktu.
12. Waktu bermain hanya pukul 6 - 7 ptg.
13. Bantu anak dengan supplement Shaklee. 3 Omega Guard dan 3 Lecitin setiap pagi, 1 Vitamin C dan mulakan dengan 1 sachet Nutriferon seminggu sebelum peperiksaan, untuk ikhtiar sihat & tidak sakit / demam / selsema semasa peperiksaan
Minyak ikan memang popular untuk membantu kecerdikan minda. Tapi, pastikan anda membeli minyak ikan yang berkualiti, bukan sekadar minyak ikan yang kandungan lebih kepada lemak ikan :)
Bukan orang yang nak kurus sahaja, Lechitin juga penting untuk kesihatan dan kecerdasan otak :)
Ni nama popular dia Air Basikal. hehe. Sangat berjasa mengekalkan kecergasan anak-anak
kita di sekolah. Terutama yang ada kelas pagi dan petang kan, kesian.
Bagi Performance Drink, untuk mengembalikan
kecergasan anak kita :)
Nutriferon ni memang popular kalau nak tingkatkan immuniti. Tapi saya tak bagi tiap-tiap hari pun kat anak-anak, bila depa macam nak demam, saya bagi. atau musim exam, bagilah. untuk
pelindung demam selsema dan sakit. Tawakkal pun ya, usaha mesti ada kan?
Suplemen ni eksklusif sangat, nak tahu lanjut, pm saya / 019 2282147
14. Minum dan bawa bekal Performance Drink Shaklee ke sekolah untuk cerdas dan semangat. Juga minum sebelum masuk dewan peperiksaan serta doa.
15. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi.
16. Baca Al-Quran sebelum ke sekolah setiap pagi paling kurang Surah 4 QUL.
17. Hormati dan sentiasa dengar cakap guru.
18. Sentiasa memberi dorongan dan motivasi sebagai ibu bapa.
19. Ikuti dan ambil tahu segala program sekolah.
20. Hadirkan diri ke program yang diminta hadir ke sekolah bersama dengannya.
21. Sediakan sudut yang eklusif di rumah untuk ulangkaji dan latihan. Walaupun sekadar bucu meja makan. Tapi ruangan tersebut adalah dikhaskan untuk anak yang bakal menghadapi peperiksaan. Tiada adik-adik lain yang dibenarkan duduk disitu
22. Kurangkan beban tugas dan kerja-kerja lain di rumah.
23. Berikan hadiah untuk 6A peperiksaan pertengahan tahun dan Percubaan UPSR serta UPSR sebenar.
24. Banyakkan kata-kata POSITIF untuk anak, seperti "in sya ALLAH abah yakin KAKAK PASTI DAPAT 6A"
25. Baca YASIN bersama sekeluarga pada setiap malam peperiksaan dan semua berdoa untuk peperiksaan
26. Jalinkan silaturahim dan interaksi yang baik dengan guru-guru dan pentadbir sekolah, khususnya Guru Besar sekolah.
27. Berilah sumbangan kewangan khas UPSR kepada sekolah / PIBG mengikut kemampuan berserta doa supaya dengan berkat usaha kita ini, anak akan cemerlang (Ambil resit sekolah / PIBG untuk tolak income tax. Jangan lupa tau. kehkehkeh)
28. Sesekali, adakan jamuan makan untuk semua guru sama ada di sekolah atau di rumah. Namun jangan sampai mengganggu urusan guru-guru di sekolah.
29. Yang sangat penting, adalah doa, solat hajat & tahajud dari kita sebagai ibu bapa untuk kecemerlangan anak-anak dunia & akhirat. Pesan kepada datuk, nenek, anak-anak yang lain, mohon doakan kecemerlangan bagi anak kita yang menduduki peperiksaan
30. TAWAKKAL kepada Allah atas semua ketentuannya. Apa kesudahan yang ditentukan Allah, itulah yang terbaik untuk anak kita & keluarga. Apa yang Allah beri kadangkala bukanlah apa yang kita minta tetapi apa yang kita perlukan
Cerita tentang kecemerlangan akademik, semua orang nak anaknya
cemerlang. Dan di Malaysia, kita didesak untuk menghasilkan bilangan A
di atas kertas. Bagi saya, suplemen untuk
anak-anak adalah keperluan, bukan semata-mata untuk menghasilkan
bilangan A yang berjujuk-jujuk. Lebih penting daripada itu adalah untuk
kesihatan keseluruhan.
Mungkin anak kita pelajar E, dengan bantuan suplemen,dia meningkat menjadi pelajar B. Jadilah, Alhamdulillah
Mungkin anak kita agresif, hyperactive, dengan bantuan suplemen, dia
boleh bertenang dalam kelas dan menumpukan sedikit perhatian.
Alhamdulillah
Mungkin anak kita cemerlang, semuanya A tapi
mengalami masalah kegemukan, apa masa depannya jika terus cemerlang tapi
obes? Mungkin dengan bantuan suplemen, dia boleh kurus dan meningkatkan
keyakinan dirinya. Alhamdulillah
Mungkin anak kita rajin dan
taat tapi selalu semput. asyik kena sedut gas. Mungkin dengan bantuan
suplemen, masalah semputnya boleh selesai. Banyak wang yang kita boleh
jimatkan dan hati kita lebih tenang. Alhamdulilah
Jangan melihat
pemberian suplemen hanya untuk peperiksaan. Ianya lebih bermakna dari
itu. Bentuk hari-hari anak-anak kita supaya ceria, sihat dan produktif,
kerana setiap hari yang dia lalui adalah sumbangan kepada kecemerlangan
masa depannya
Disaat kita tidak lagi boleh menjamin setiap butir makanan itu organik,
Disaaat kita tidak lagi boleh menjamin setiap hirupan udara itu bersih
Disaat kita tidak boleh lagi menjamin hidup bebas stress dan tanpa pencemaran untuk anak-anak
Disaaat kita tidak lagi boleh menjamin setiap hirupan udara itu bersih
Disaat kita tidak boleh lagi menjamin hidup bebas stress dan tanpa pencemaran untuk anak-anak
Beralihlah kepada suplemen seperti Shaklee yang memiliki track record
100 tahun inovasi, untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak.
Sayangkan anak, berikan yang terbaik
Selamat berjaya !
Salam sayang,
Founder of Surijunior
019 2282147
No comments :
Post a Comment