Slider

Friday, September 2, 2016

Mengatasi sembelit tanpa julap merbahaya

Assalamualaikum & Salam sejahtera !






Sembelit yang teruk boleh mendorong seseorang menggunakan julap. Malangnya, ada yang bertindak membeli sendiri tanpa preskripsi doktor. Percaya atau tidak, penyalahgunaan julap boleh menyebabkan kesan serius sehingga kematian. 6 sebab lazim sembelit adalah kerana diet yang tidak seimbang, kurang bersenam, pengaruh ubat-ubatan, keadaan kesihatan, kerap menahan jika rasa nak membuang dan menggunakan terlalu banyak julap.

Bagaimana kita boleh mengatasi sembelit?

1. Menggunakan kunyit


Kunyit dipercayai sejak turun-temurun boleh mengatasi masalah pencernaan, dengan mendorong sisa makanan bergerak keluar. Ini fungsi kunyit yang tidak diketahui ramai selain memberikan antioksidan pada kita !

2. Elakkan terlalu banyak menahan daripada membuang air besar

3. Melatih perut setiap hari
Setiap pagi selepas bangun tidur, duduk di toilet bowl dalam 5-10 minit. Set dalam fikiran untuk membuang. Fokus dan jadikan tabiat. Lama-kelamaan anda akan membuang dengan natural. Duduk saja tau, fokus, jangan bawak handphone pulak masuk sekali :D

4. Aktif
Duduk terlalu lama atau pasif, boleh menjejaskan kelancaran pencernaan. Amalkan bersenam 3 kali seminggu sekurang-kurangnya. Bersenam bukanlah semestinya berlari, marathon atau menunggang basikal. Ia boleh menjadi semudah berjalan kaki sahaja. Amalkan berjalan cepat (brisk walk) seminggu 5 kali untuk 20-30 minit setiap sesi. Berjalan kaki dikatakan merupakan senaman yang baik yang menjadi urutan dalaman "internal massage"  yang baik untuk usus besar dan menyelesaikan masalah sembelit



5. Hentikan merokok dan pengambilan alkohol 
Merokok boleh menyebabkan salur darah kita mengecil, menyebabkan kesukaran untuk salur darah mengangkut nutrien dan bahan buangan. Semasa tubuh kita bekerja keras untuk menyerap nutrien daripada usus kecil, dalam masa yang sama, kerja pembuangan di usus besar turut di perlahankan dan menyebabkan najis berada lama dalam usus besar. Dan pengambilan alkohol pula seperti biasa yang menyebabkan tubuh kita memberikan respon yang perlahan. 



Merokok menyebabkan tubuh kita bekerja extra-kuat dan alkohol menyebabkan tubuh kita bekerja perlahan. Kombinasi ini sebenarnya turut menjejaskan sistem penghadaman.



6. Makan dengan teratur
Makan dengan teratur pada kuantiti yang kecil tapi kerap boleh menyebabkan perut tetap aktif sepanjang hari tanpa bebanan berlebihan. Makan terlalu banyak boleh mengganggu pergerakan normal usus dan menyebabkan sembelit.


7. Bantuan buah-buahan tinggi serat.
Diet tinggi serat memang membantu mengatasi sembelit. Terdapat buah-buahan tertentu yang secara tradisinya memang membantu mengatasi sembelit iaitu seperti betik, tomato dan nenas.


8. Minum air yang cukup
Ini sangat penting, bukan sahaja untuk mengatasi sembelit, tapi untuk semua proses dalam tubuh. Minum air 8-10 gelas sehari, jangan culas. untuk tubuh yang lebih sihat dan terhidrat. Tips minum air, klik di sini > Air Nadi Kehidupan






Bagaimana Shaklee boleh membantu anda melalui nutrisi?
Beberapa produk Shaklee yang terkenal telah diakui mengatasi dan membantu masalah sembelit di kalangan pengguna. Produk Shaklee dijamin sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. Tagline yang sangat popular kan. hehe

1. Herblax
Herblax adalah gabungan herba yang selamat dan boleh membantu anda mengosongkan kolon dengan baik, lembut dan tanpa kesan sampingan jika digunakan dengan betul. Produk ini diperkenalkan lebih 30 tahun yang lalu dan terbukti memberikan kesan positif kepada pengguna. Apa yang menyebabkan Herblax sangat hebat? Ianya dihasilkan oleh herba-herba terbaik untuk sembelit dan usus :



>>1. Alfalfa-Herba semulajadi mengatasi sembelit dan agen detox tubuh
>>2. Fennel Seed Powder-Anti-colic, antispasmodic, diuretic, expectorant, laxative, stimulant. 
>>3. Anise Seed Powder- Bagus untuk kembung, gas, ketidakhadaman
>>4. Licorice Root- Melegakan "upset stomach"
>>5. Buckthorn Bark Powder- Melegakan sembelit secara semulajadi
>>6. Senna Leaf Powder- Mengecutkan usus, jadi membantu pergerakan najis
>>7. Culver’s Root Powder- Pembersih pundi hempedu dan membantu ketidakfungsian hati
>>8. Blue Malva Flower Powder- Melegakan kolon / usus besar
>>9. Rhubarb Root Powder-Membantu penyerapan lemak


2. Ostematrix
Ostematrix ini merupakan gabungan kalsium - magnesium yang sangat berkesan diserap oleh tubuh

Kalsium boleh mengurangkan sembelit. Pengambilan kalsium dan magnesium dalam kuantiti yang betul boleh menyelesaikan masalah sembelit. Ia boleh membantu kesihatan usus. Dalam usus besar, kalsium akan bergabung dengan lebihan hempedu dan lemak untuk membentuk bahan seperti sabun yang tidak merbahaya. Bahan seperti sabun ini akhirnya dikeluarkan bersama najis dan membantu melancarkan pembuangan

4. Mealshakes & ESP
Ini pengalaman saya sendiri. Setiap hari jika konsisten amalkan Mealshakes & ESP, sebaik bangun pagi & sebelum tidur, masalah sembelit atau tak membuang berhari-hari akan selesai. ESP adalah protein dengan gabungan kalsium juga dan Mealshakes adalah Multivitamin yang sangat tinggi serat. Disamping dapat banyak manfaat lain, masalah ketidaklawasan anda juga pasti selesai. Cuba tau. Ni pengalaman peribadi saya :)

Oh ya, boleh juga campurkan Mealshakes bersama ESP Shake atau Smoothies, resepi boleh baca di sini >> Resepi ESP Smoothies & Shake






5. Cinch Shake
Untuk anda yang berniat untuk menurunkan berat badan, Cinch Shake bukan sahaja membantu meningkatkan metabolisme dan memanjangkan rasa kenyang, tapi Cinch Shake juga mengandungi serat yang tinggi dan membantu anda lawas. Jangan risau, diet dengan Shaklee takdak sembelit tau ! :)

Rasa banyak sangat produk nak ambik ya? Boleh hubungi saya untuk kesesuaian anda. Jangan risau, anda tak perlu ambil semua :) Ok, panjang dah ni untuk hari ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Jumpa lagi ! 

Salam sayang,
Founder of Surijunior
019 2282147ural laxative and body detox agent.

  • Fennel Seed Powder-Anti-colic, antispasmodic, diuretic, expectorant, laxative, stimulant.
  • Anise Seed Powder-Good for colic, gas, indigestion.
  • Licorice Root-Relieves upset stomach.
  • Buckthorn Bark Powder-Natural constipation relief.
  • Senna Leaf Powder-Contracts the bowel, so waste can pass through.
  • Culver’s Root Powder-Gallblader cleanser.  Helps liver  disorders.
  • Blue Malva Flower Powder- Soothes the colon.
  • Rhubarb Root Powder-Helps with fat absorption.
  • - See more at: http://www.self-care-home-remedies.com/constipation-remedies.html#sthash.zI6AwmTd.dpuf

    019 2282147

    compensates by slowing down your bowel movements which keeps the fecal matter around too long.  This causes many of your constipation symptoms.
    While smoking makes your body work harder, alcohol makes your body work slower. All of your systems become sluggish when dealing with alcohol, which also results in lower motility (less movement) in your intestines and causes constipation discomfort.
    - See more at: http://www.self-care-home-remedies.com/constipation-remedies.html#sthash.zI6AwmTd.dpuf
    compensates by slowing down your bowel movements which keeps the fecal matter around too long.  This causes many of your constipation symptoms.
    While smoking makes your body work harder, alcohol makes your body work slower. All of your systems become sluggish when dealing with alcohol, which also results in lower motility (less movement) in your intestines and causes constipation discomfort.
    - See more at: http://www.self-care-home-remedies.com/constipation-remedies.html#sthash.zI6AwmTd.dpuf


    compensates by slowing down your bowel movements which keeps the fecal matter around too long.  This causes many of your constipation symptoms.
    While smoking makes your body work harder, alcohol makes your body work slower. All of your systems become sluggish when dealing with alcohol, which also results in lower motility (less movement) in your intestines and causes constipation discomfort.
    - See more at: http://www.self-care-home-remedies.com/constipation-remedies.html#sthash.zI6AwmTd.dp

    No comments :

    Back to Top