Assalamualaikum & Salam sejahtera!
Apabila hamil, semestinya kalori yang lebih diperlukan. Tetapi, adakah anda mengambil sumber yang betul? Bagaimana dengan snek? Adakah snek anda berkhasiat atau setakat tangkap muat? Mari kita berkongsi snek berkhasiat untuk ibu hamil :)
TRIMESTER 1
Semasa trimester 1, ramai ibu hamil yang mengalami alahan, mabuk dan tidak lalu makan. Ada juga yang terus menolak makanan berat seperti nasi dan roti. Apakah snek yang sesuai untuk ibu di trimester 1? Sewaktu ini, ibu perlukan lebih kalori, asid folik dan Vitamin A. Makanan yang sangat sesuai ketika ini adalah :
>> bayam, asparagus - jadikan salad.
>> Buah Oren juga sangat sesuai untuk dikunyah, rasa masam-masam manis boleh mengurangkan loya.
>> Roti berserat tinggi
Mini sandwich sihat seperti ini mudah untuk di pack dan dibawa ke tempat kerja ibu
Juga alternatif kepada roti biasa, balutkan dengan roti pita
Vitamin A sangat diperlukan untuk perkembangan organ, sistem peredaran darah, sistem pernafasan dan sistem saraf bayi. Ibu boleh melazimi makanan seperti Telur, Keju, Cereal, Mangga, Pic dan sayur-sayuran & buah-buahan berwarna oren
sewaktu hamil, saya suka pack kan campuran buah-buahan kering macam ni. kurma, tin, kiwi, kismis. Buat mengunyah atas kereta. hehe. Sedap tau. Kadang-kadang sampai lupa loya dan alahan :D
TRIMESTER 2
Semasa trimester kedua, nutrien yang sangat diperlukan adalah kalsium dan magnesium. Semasa ini tulang. gigi mula dibentuk dan kalsium boleh membantu ibu mengurangkan risiko darah tinggi. Antara snek yang boleh dipilih adalah :
>> Yogurt
>> Buah Tin
>> Badam
>> Roti
>> Kentang
>> Sardin
TRIMESTER 3
Trimester terakhir ini, ibu perlukan lebih tenaga, Vitamin C dan Vitamin B. Vitamin B diperlukan untuk mengeluarkan tenaga daripada makanan yang diambil ibu. Pada masa ini, ibu boleh mencuba snek berikut :
>> Sup cendawan
>> Buah Oren & buah-buahan lain seperti kiwi & strawberi
>> Kacang panggang
>> Bijirin sarapan
>> Kekacang
Potongan buah-buahan seperti ini boleh dibuat seawal pagi untuk ibu mengunyah.
Warna-warna yang cantik boleh meningkatkan selera.
Boleh ditambah dengan sos salad untuk buah untuk membangkitkan
rasa & lebih lembapan
Penyediaan snek ringkas tetapi sihat ini tidak memerlukan masa yang lama dan tenaga yang banyak. Ibu boleh sediakan sendiri atau lebih manis lagi dengan bantuan suami budiman :D
Bosan dengan buah & sayur? cuba blend & jadikan smoothies. Lebih sedap ! Nanti saya kongsikan resepi smoothies di entry akan datang ya :)
Snek seringkas kekacang boleh membantu ibu mengekalkan tenaga & mengelakkan ibu daripada mengunyah snek tidak sihat. Tak sihat untuk ibu, juga tidak sihatlah untuk bayi :)
Selamat mencuba !
Salam sayang,
Founder of Surijunior
019 2282147
4 comments :
waalaikumussalam..
masih dlm alahan.. air masak xleh nk minum.. cepat sgt dehidrasi dan skt kepala..
terima ksh atas perkongsian master :)
seda-sedap nampaknya snek tu.. berkhasiat pula!
Moga cepat pulih. Cuba tambah hirisan lemon dalam air masak. Jgn biar berlarutan
moh cuba :)
Post a Comment