Assalamualaikum & Salam sejahtera !
Potty training atau latihan ke tandas adalah penting untuk anak kecil dan ia adalah simbol awal seseorang anak tersebut mula berdikari dan meningkatkan keyakinan dirinya. Walaupun sesetengah ibubapa membiarkan anak-anaknya tanpa lampin lambat dengan keputusan daripada anak mungkin 3,4 atau 5 tahun, tapi bagi saya, potty train penting untuk membentuk sifat awal berdikari pada anak-anak kecil
Empat anak saya berjaya tanpa diapers pada usia yang berbeza. Ada yang 3 tahun, ada yang 2 tahun, 2.5 tahun dan paling awal 1.5 tahun. Ianya sangat bergantung kepada kesediaan anak dan komitmen kita untuk melatih.
Apakah 10 langkah asas dan penting untuk potty train?
1. Sediakan alatan yang diperlukan
>> 1. Tandas kecil / pelapik tandas kanak-kanak pada tandas dewasa
Ni ha.. comel kan?
Ada juga tangga nak naik ke tandas dewasa dengan pelapik tandas.
Saya tak beli pun yang ni
Ni comel tak? Mau taknak bangun satgi. haha
Ni pelapik tandas dewasa tau, bukan topeng muka. haha
>> 2. Pelapik tilam kalis air
Jangan beli sheet protector yang separuh macam ni tau. Tak effective. sebab anak kita tidur bukannya macam robot. Merata-rata berguling
Beli pelapik kalis air yang macam ni, penuh keseluruhan katil. siap ada getah di bawah.
Macam-macam ada tau, ada yang plain, yang ada corak macam ni pun ada.
Saiz pun pelbagai
>> 3.Underware / lampin potty train yang sesuai
Underwear comel-comel macam ni, tambah-tambah yang kartun tema depa,
memang bagi motivasi
>> 4. Bahan bacaan pengenalan kepada potty train
2. Pastikan atau pancing kesediaan anak anda untuk potty train. Kaedah yang digunakan mungkin dengan bacaan buku tentang potty train atau berbual atau ceritakan pengalaman kering dan selesa tanpa lampin. Kesediaan anak-anak berbeza. Ada yang setahun dah ok, ready, ada yang 2 tahun dan seterusnya.
3. Pilih masa yang tepat. Pilih masa di mana anda sekeluarga tak travel atau terlalu sibuk. Musim raya balik kampung ka, janganla buat potty train pulak. Pakaikan anak anda dengan pakaian yang minima supaya mudah untuk ke tandas dan mudah dibersihkan
4. Perkenalkan rutin. Bawa dan letak anak anda di tandas pada rutin tertentu contohnya selepas makan pagi, selepas makan tengahari, sebelum tidur dan sebagainya.
5. Tunjukkan prosesnya. Masuk ke tandas bersama anak dan tunjukkan bagaimana kita menggunakan tandas untuk membuang air, mencuci dan juga membersihkan tangan. Beritahu padanya bahawa ibu, ayah, abang, dan kakak juga melakukan perkara yang sama. Ajar anak anda mencuci dengan betul. Penting untuk anak perempuan, ajar basuh dengan menggosok dari depan ke belakang, bukan sebaliknya. Ini untuk mengelakkan bakteria daripada dubur dibawa ke vagina.
6. Jadikan ianya isu peribadi dan sangat penting untuk anak anda. Ceritakan kaitan najis dan urinnya dengan tandas. Dan sekiranya anak anda berak dalam pampers, bawa najis dan flush di dalam tandas di hadapannya.
7. Dorongkan tabiat tersebut. Bawa anak anda ke tandas setiap sela masa tertentu. Mungkin 30 minit sekali atau 45 minit sekali. Biarkan dia bersendirian di tandas dan datang hanya ketika membantunya mencuci. Oh, masa ni get ready kalau tercicir. haha. Selepas setiap kejayaan setiap sesi, puji pencapaian tersebut setinggi-tingginya. haha. Berikan reward atau priviledge yang sesuai. Sticker reward atau hadiah aiskrim dan sebagainya.
8. Setelah beberapa hari, hentikan penggunaan training pants / diapers. Tukar kepada memakai underwear biasa. Beri peluang padanya untuk memilih underwear yang dia suka. Corak kartun ka, spiderman ka, spongebob ka. Ini boleh menggalakkan dan memberi motivasi yang kuat kepada anak. Jangan melenting atau marah bila accident berlaku. hehe. Bersihkan dengan tenang dan terangkan kepada anak dia sepatutnya ke tandas. Juga periksa sama ada anak anda mempunyai masalah sembelit atau cirit birit
9. Mulakan latihan tanpa lampin untuk sebelah malam. Pastikan anak telah dibawa ke tandas sebelum tidur. Jika boleh, elakkan anak anda daripada tidur dengan botol susu. Lapikkan tilamnya dengan pelapik kalis air. Angkat anak anda sekali atau dua kali untuk ke tandas pada waktu tidurnya. Yang ni mungkin payah, tapi boleh, kalau nak, mak ayah boleh bangun tahajud sekali. haha. Kalaulah seminggu tak berjaya latih semasa tidur malam, mungkin boleh hentikan sebentar, teruskan dengan siang sahaja, dan mulakan semula latihan di malam hari satu atau dua bulan kemudian.
10. Sediakan hadiah. Penghargaan dan hadiah sangat penting untuk memupuk rasa bangga dan semangat untuk berjaya dalam potty train ni. Sediakan sticker atau aiskrim atau gula-gula (sekali sekala) untuk bagi semangat pada anak
Tapi dalam sesetengah masa dan keadaan, potty train tidaklah berlaku dengan memenuhi sepenuhnya syarat di atas. Mak ayah yang bertuah kadangkala prosesnya lebih mudah. Fuhhh lega! haha. Mak ayah yang di uji, jalannya lebih sukar. Contohnya anak keempat saya, Asyraf, kami tak sempat potty train, masa tu kalut pindah rumah. Apa yang berlaku, suami saya tersilap beli saiz diapers. Dia pi beli saiz M. Asyraf marah dan tak selesa. Dia koyak sisi tepi pelekat diaper tu dan tak mau pakai dah diaper. Start daripada tu dia memang tak pakai dan siang dan malam! Ajaib kan? adala terkucil 1-2 kali. Tapi, itu pengalaman yang sangat pelik untuk kami!. haha. Anak-anak lain sama ja kena potty train, Asyraf ja sorang Allah bagi diskaun. haha
Saya ada seorang kawan, African. Kawan dia, potty train anak start 6 bulan. Believe it or not! Setiap sela masa tertentu, dia akan dudukkan anak dia atas tandas kecik tu, dan sampai lah anak tu terbiasa. Jadi setiap kali nak kencing atau berak, anak dia akan menangis kadang sampai berguling. Yes, seawal 6 bulan! Sebab tu jangan underestimate anak kita. Anak yang tak pandai bercakap pun, boleh diaper-free. Betul, contoh macam baby 6 bulan tu, dan anak saya, Asyraf, dah tak pakai diaper sebelum dia pandai petah bercakap. Yang penting adalah kepercayaan terhadap anak dan sikap kegigihan kita untuk mencuba :)
Untuk semua ibu dan ayah, 3 syarat penting pada ibu dan ayah semasa potty train adalah SABAR, SABAR dan SABAR. Haha. Usahakanlah sampai berjaya, insyaAllah pasti ada caranya.
Selamat mencuba!
Salam sayang,
Founder of Surijunior
019 2282147
No comments :
Post a Comment