Slider

Wednesday, December 13, 2017

PRODUK SUSU TIRUAN, IBU AYAH PERLU AMBIL PERHATIAN!

Baru-baru nie kita digemparkan dengan berita KPDNKK merampas berkotak-kotak susu formula tiruan jenama terkenal. 
gambar sumber HarianMetro

Disebabkan ada aduan dari kes terpencil yang berlaku pda seorang bayi yang mengalami muntah-muntah selepas minum susu tersubut. Siasatan dibuat dan KPDNKK berjaya membuat rampasan tersebut.

MEAD Johnson Nutrition (MJN) masih melakukan pemeriksaan dan siasatan lanjut untuk mengesan susu rumusan bayi Enfalac A+ Langkah 1, pek 1.8 kilogram yang mempunyai tiga pek foil dalam setiap kotak yang disyaki tiruan di pasaran runcit sekitar Johor Bahru.

MJN dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook berkata, tindakan itu diambil dengan kerjasama pihak berkuasa bagi memastikan produk tiruan dapat dihapuskan sepenuhnya dari pasaran.

"Dalam pemeriksaan di pasaran setakat ini mendapati hanya 210 pek tiruan, tetapi siasatan lanjut masih diteruskan untuk menghapuskan produk tiruan ini sepenuhnya.

"Pihak berkuasa juga mengesahkan mereka akan melakukan siasatan secara aktif dalam operasi penghapusan susu tiruan dan memastikan pihak berkaitan akan didakwa dan dihukum sekeras-kerasnya oleh pihak berwajib," katanya.

MJN berkata, pemeriksaan di pasaran yang dilakukan bersama pihak berkuasa minggu lalu berdasarkan maklumat daripada pihak syarikat sendiri.

Katanya, hasil pemeriksaan sudah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki tiruan dijual di beberapa kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bahru.

Menurutnya, produk berkenaan hanya dijual dalam sebilangan kecil kedai di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari.

"Pemeriksaan yang lebih menyeluruh dalam pasaran mengesahkan produk tiruan itu hanyalah dalam format pembungkusan 1.8 kg dan hanya dikesan dalam kawasan geografi yang terhad ini.

"Siasatan dan pemeriksaan baru-baru ini juga menunjukkan insiden produk tiruan ini sangat rendah, tetapi kami ingin memastikan pengguna yakin dengan pek produk yang dibeli," katanya.

Katanya, cara mudah untuk mengenal pasti produk tiruan ini adalah memeriksa pek foil individu.

"Bungkusan Enfalac A+ Langkah 1 yang tulen kelihatan mempunyai lebih udara dalam pek, manakala pek foil tiruan pula mempunyai udara yang kurang dan serbuknya lebih mampat.

"Bungkusan tiruan mempunyai lipatan tajam yang ketara di kedua-dua belah bahagian sisinya, sementara lipatan tidak ada pada pek foil tulen," katanya.
gambar sumber HarianMetro
Menurutnya, sekiranya pengguna menemui pek Enfalac A+ Langkah 1, 1.8 kg dengan lipatan tajam pada sisi bungkusan foil produk yang dibeli, pengguna boleh menghubungi talian pelanggan careline Mead Johnson di talian 1-800-88-3585 (Isnin hingga Ahad mulai 9 pagi hingga 9 malam) untuk mendapat sokongan dan menerima produk gantian.

Ahad lalu, portal Harian Metro melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor merampas 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dalam serbuan ke lima premis kedai ubatan dan serbaneka di sekitar Johor Bahru, Khamis minggu lalu.

Dalam Operasi Produk Tiruan yang dijalankan kira-kira 12 tengah hari di premis di Iskandar Puteri, Mutiara Rini, Taman Orkid, Nusa Bestari dan Taman Daya itu, tiga daripada lima premis itu didapati menjual susu rumusan bayi (langkah satu) pada harga sama dengan yang asli.


sumber :harianmetro
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, December 9, 2017

6 SEBAB INI BUAT ANAK ANDA SELALU SAKIT DAN DEMAM

Menurut DoktorBudak.com, sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.


Walaubagaimanapun, jika anak selalu sakit dengan terlampau kerap, ibu bapa tentu risau. Di mana agaknya silap kita dalam menjaganya? Adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?

1. TERDEDAH PADA VIRUS DI PUSAT JAGAAN
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. SELALU MAKAN MAKANAN RINGAN
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’.Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrient mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.

3. ANAK TAK CUKUP TIDUR
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
4. ANAK KURANG BERGERAK AKTIF
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.

5. BERKONGSI BARANG
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. MANGSA ASAP ROKOK
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.

Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.

Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.

SISTEM IMUNISASI ANAK SEDANG BERKEMBANG
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan berkurang semakin apabila anak semakin membesar.

Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, December 7, 2017

BAYI ANDA MENGHISAP JARI – BAHAYA ATAU NORMAL?

Kita seringkali melihat bayi terutamanya yang baru lahir menghisap jari. Ada yang menghisap ibu jari, jari telunjuk dan lain-lain. Menariknya, kebiasaan ini bukan sahaja bermula dari selepas kelahiran, sebaliknya ada sesetengah bayi yang sudah pun mula menghisap jari semenjak di dalam kandungan.


Sebagai ibu bapa, semestinya timbul persoalan di dalam benak kita. Bahayakah kebiasaan ini?

Sebelum anda bertindak bagi menghentikan habit ini, ini beberapa sebab, kenapa bayi menghisap jari.
3 SEBAB KENAPA BAYI MENGHISAP JARI

1. Tindakan refleks menghisap (sucking reflex) bayi.
Ianya terjadi hasil dari kebiasaan bayi menyusu. Hasil dari keseronokan menghisap puting, bayi cuba mencari alternatif lain dan jari yang paling mudah.

2. Menghisap jari menenangkan.
Tabiat ini membuatkan bayi dan kanak-kanak ini berasa selamat. Sebagai contoh, apabila ibu bapa meninggalkan mereka sebentar. Jadi, jangan risau sekiranya bayi terus menghisap jari walaupun anda baru sahaja memberikannya susu.

3. Jari sentiasa ada di tangan.
Pada mulanya, bayi hanya mencuba-cuba merasai jarinya. Kemudian, setelah dia merasa selesa dan seronok, ianya mula bertukar menjadi tabiat.
ADAKAH KESAN BURUK DARI TABIAT INI?

Ini bergantung pada beberapa faktor seperti kekerapan hisapan, tempoh masa dan kekuatan bayi menghisap jarinya. Contohnya, bayi yang menghisap jari dengan daya hisapan yang kuat tetapi dalam tempoh yang sangat sekejap tidak memberikan kesan yang begitu ketara.

Kebanyakan doktor-doktor gigi menghalang perbuatan ini kerana, hasil kajian membuktikan, dengan hanya daya hisapan yang lemah, mampu menggerakkan kedudukan gigi.

Biasanya, bayi yang mempunya tabiat ini akan menghisap dengan daya hisapan yang lemah tetapi berpanjangan contohnya ketika waktu si comel tidur.

Berikut adalah 3 kesan buruk dari tabiat ini:
i) Gigi Tertolak Keluar – Bagi 1-2 tahun pertama, jangan terlalu risau berkenaan gigi anak anda. Biasanya tabiat ini akan mula menghilang menjelang anak anda berumur 3-4 tahun.

Tetapi, sekiranya pada umur 3 atau 4 tahun, bayi anda tiada tanda-tanda untuk tabiat ini hilang, anda sudah boleh memulakan langkah bagi menghalang tabiat ini.

Disebabkan tabiat menghisap jari itu sendiri yang menolak bahagian atas gigi, menghisap jari boleh mengakibatkan gigi jongang (buck teeth). Ianya juga boleh mengakibatkan pelbagai masalah gigi yang lain.

ii) Merosakkan Jari – Tabiat menghisap ini juga akan memberi kesan pada kulit jari yang dihisap. Terlalu lama terperangkap dengan air liur dan tekanan dari gigi, membolehkan jari terkena jangkitan. Lebih teruk, jari akan luka dan berdarah memudahkan infeksi (kemasukan bakteria dan kuman ke dalam badan).

sumber: zuriat.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;

Wednesday, December 6, 2017

5 CARA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN UNTUK MENGHENTIKAN TABIAT MENGHISAP JARI

Bila bayi kita mula menghisap jari, tentu anda mula risau. Kekadang dengan menghisap jari juga boleh mengakibatkan kuman dan bayi akan mengalami batuk.

Bagaimana cara untuk anda menghentikan tabiat si kecil ini? Jom saya kongsikan.



1. Sediakan Alternatif Selain Menghisap – Secara fitrah, anak-anak gemar bermain. Jadi, apa yang anda boleh lakukan ialah, mencari permainan yang memerlukan anak-anak menggunakan tangan.

Contohnya bermain kad, menyanyi dan lain-lain. Ini sangat membantu kerana, anak akan berasa seronok dan tertanam di dalam minda separa sedarnya, ada perkara lain yang lebih seronok dari menghisap jari.

Ini juga dapat mengalihkan perhatian si bayi. Biasanya bayi/anak anda menghisap jari ketika dia bosan dan tiada aktiviti.

2. Tunjuk & Beritahu – Sekiranya anak anda sudah boleh memahami percakapan anda, anda boleh melakukan ini. Tunjukkan gambar2 kesan dari tabiat menghisap jari yang berpanjangan pada si anak dan terangkan padanya.

3. Membalut Jari – Pada sebelah malam, ketika bayi/anak anda tidur, pakaikan padanya sarung tangan atau cukup sekadar membalut tangan. Ini dapat membantutkan hasrat anak anda kerana rasanya yang berlainan.
4. Cadangkan Tabiat Yang Belawanan – Caranya..cadangkan pada anak anda, sekiranya dia terasa mahu menghisap jari, dia dikehendaki menyorokkan jari tersebut di belakang. Sekiranya dia Berjaya, berikan hadiah. Anda juga boleh menyuruhnya untuk menyembunyikan jarinya di bawah bantal semasa tidur. Cara ini sesuai untuk anak berumur 4 tahun ke atas.

5. Meminta nasihat Doktor Gigi – Sekiranya tabiat ini, masih lagi berlarutan. Mintalah nasihat doktor gigi berdekatan anda. Doktor gigi akan memasukkan Alat Oral (oral appliance) berbentuk dawai kokot di bahagian belakang atas gigi.

Ini dapat menghalang anak anda dari meletakkan jari. Pastikan cara ini adalah pilihan terakhir selepas pelbagai cara lain tidak Berjaya. Metod ini juga hanya sesuai pada anak2 yang sudah meningkat dewasa.

MENGHISAP JARI VS MENGHISAP PUTING

Bayi anda akan memilih jari. Tetapi, putting juga antara alat yang sangat berkesan bagi menghapuskan tabiat menghisap jari bayi anda. Ada sesetengah dari ibu bapa tidak menggemari puting atas factor kebersihan.

Justeru, sekiranya anda ingin menggunakan alat ini, pastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih. Takut-takut terjadi perkara yang lebih buruk di masa hadapan pada bayi.

Bagi saya sendiri, saya suka puting dijadikan solusi.


sumber: zuriat.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;

Back to Top