Slider

Wednesday, December 13, 2017

PRODUK SUSU TIRUAN, IBU AYAH PERLU AMBIL PERHATIAN!

Baru-baru nie kita digemparkan dengan berita KPDNKK merampas berkotak-kotak susu formula tiruan jenama terkenal. 
gambar sumber HarianMetro

Disebabkan ada aduan dari kes terpencil yang berlaku pda seorang bayi yang mengalami muntah-muntah selepas minum susu tersubut. Siasatan dibuat dan KPDNKK berjaya membuat rampasan tersebut.

MEAD Johnson Nutrition (MJN) masih melakukan pemeriksaan dan siasatan lanjut untuk mengesan susu rumusan bayi Enfalac A+ Langkah 1, pek 1.8 kilogram yang mempunyai tiga pek foil dalam setiap kotak yang disyaki tiruan di pasaran runcit sekitar Johor Bahru.

MJN dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook berkata, tindakan itu diambil dengan kerjasama pihak berkuasa bagi memastikan produk tiruan dapat dihapuskan sepenuhnya dari pasaran.

"Dalam pemeriksaan di pasaran setakat ini mendapati hanya 210 pek tiruan, tetapi siasatan lanjut masih diteruskan untuk menghapuskan produk tiruan ini sepenuhnya.

"Pihak berkuasa juga mengesahkan mereka akan melakukan siasatan secara aktif dalam operasi penghapusan susu tiruan dan memastikan pihak berkaitan akan didakwa dan dihukum sekeras-kerasnya oleh pihak berwajib," katanya.

MJN berkata, pemeriksaan di pasaran yang dilakukan bersama pihak berkuasa minggu lalu berdasarkan maklumat daripada pihak syarikat sendiri.

Katanya, hasil pemeriksaan sudah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki tiruan dijual di beberapa kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bahru.

Menurutnya, produk berkenaan hanya dijual dalam sebilangan kecil kedai di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari.

"Pemeriksaan yang lebih menyeluruh dalam pasaran mengesahkan produk tiruan itu hanyalah dalam format pembungkusan 1.8 kg dan hanya dikesan dalam kawasan geografi yang terhad ini.

"Siasatan dan pemeriksaan baru-baru ini juga menunjukkan insiden produk tiruan ini sangat rendah, tetapi kami ingin memastikan pengguna yakin dengan pek produk yang dibeli," katanya.

Katanya, cara mudah untuk mengenal pasti produk tiruan ini adalah memeriksa pek foil individu.

"Bungkusan Enfalac A+ Langkah 1 yang tulen kelihatan mempunyai lebih udara dalam pek, manakala pek foil tiruan pula mempunyai udara yang kurang dan serbuknya lebih mampat.

"Bungkusan tiruan mempunyai lipatan tajam yang ketara di kedua-dua belah bahagian sisinya, sementara lipatan tidak ada pada pek foil tulen," katanya.
gambar sumber HarianMetro
Menurutnya, sekiranya pengguna menemui pek Enfalac A+ Langkah 1, 1.8 kg dengan lipatan tajam pada sisi bungkusan foil produk yang dibeli, pengguna boleh menghubungi talian pelanggan careline Mead Johnson di talian 1-800-88-3585 (Isnin hingga Ahad mulai 9 pagi hingga 9 malam) untuk mendapat sokongan dan menerima produk gantian.

Ahad lalu, portal Harian Metro melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor merampas 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dalam serbuan ke lima premis kedai ubatan dan serbaneka di sekitar Johor Bahru, Khamis minggu lalu.

Dalam Operasi Produk Tiruan yang dijalankan kira-kira 12 tengah hari di premis di Iskandar Puteri, Mutiara Rini, Taman Orkid, Nusa Bestari dan Taman Daya itu, tiga daripada lima premis itu didapati menjual susu rumusan bayi (langkah satu) pada harga sama dengan yang asli.


sumber :harianmetro
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments :

Back to Top